DIALOG RAKYAT |
- Pengendali bas mahu tambang naik
- Shuhaimi: Filem James Bond pun 2 orang saja tonton
- Anggota kongsi gelap berselindung di negara jiran
- Bekalan Air Pulih 97 Peratus Di Selangor, KL - Syabas
- Harga Diesel Dan RON95 Malaysia Masih Terendah Berbanding Negara Jiran
- 'Flash Mob' Bantah Kenaikan Harga Petrol Diganggu Wanita Tanggal Pakaian
- Video: Benarkah Niz Aziz Menghidap Kanser Tahap Akhir?
- KENAIKAN HARGA MINYAK: Kenapa NAIK Dan Apa Yang Rakyat AKAN Dapat?
- Isu kongsi gelap: Cukup-cukuplah berdrama Zahid
- Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel 20 sen. Gelombang Kenaikan Harga Barang & Kos Sara Hidup. Bersediakah Rakyat?
- Pemilik kedai emas cedera ditembak di Lebuh Ampang
- Selamat hari naik harga?
- Analogi mudah kenaikan harga minyak
- Tarik semula pengumuman naik harga minyak
- Najib umum lewat, huru hara di stesen minyak
- Kenaikan harga minyak dorong inflasi berganda
- Pak Samad: Saya di rumah, tiada siapapun datang
- 'Zombi' tumpaskan Tanda Putera
- MP: Lebih banyak kematian j'raya jika harga minyak naik
- Warga Bosnia dakwa sperma dicuri wanita tempatan
Pengendali bas mahu tambang naik Posted: 03 Sep 2013 07:13 AM PDT MALAYSIA KINI Persatuan pengendali bas kini mahu harga tambang disemak semula ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan diesel mulai tengah malam tadi.Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, tambang itu mesti diselaraskan semula atau ia akan menjejaskan industri itu. Bagaimanapun, pengendali masih memerlukan kelulusan kerajaan sebelum ia dapat dinaikkan. 'Di Malaysia, harga bas dikawal oleh kerajaan. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan tambang bas.... "Kami sudah mohon peningkatan 30 peratus tambang bas pada Mei tetapi kerajaan belum meluluskannya," katanya. Kerajaan hanya meluluskan 10 peratus surcaj untuk bas ekspres semasa musim perayaan antara 8 Julai hingga 8 September. Mohamad Ashfar juga menggesa kerajaan menaikkan subsidi diesel antara 1,400 hingga 3,000 liter sebulan untuk bas henti-henti dan antara 2,800 hingg 5,000 liter untuk bas ekspres. | ||||
Shuhaimi: Filem James Bond pun 2 orang saja tonton Posted: 03 Sep 2013 06:46 AM PDT MALAYSIA KINI Berbeza dengan laporan media, pengarah Tanda Putera Shuhaimi Baba hari ini mendakwa filem kontroversinya itu menunjukkan prestasi di luar jangkaan. Katanya, beberapa komen di media sosial melaporkan fenomena penonton di beberapa pawagam memberikan tepukan gemuruh sebaik sahaja filem tamat, walaupun tanpa kehadiran pengarah atau pelakon filem itu. Beliau merujuk laporan sebuah media sebelum ini yang turut menunjukkan gambar panggung yang hanya mempunyai 30 orang penonton pada tayangan tengah hari di sebuah pawagam di Pulau Pinang, pada hari kerja. Justeru, beliau membangkitkan persoalan kenapa perkara itu dibangkitkan sedangkan menurutnya penonton memang kurang pada hari bekerja, walaupun melibatkan filem blockbuster Hollywood sendiri. "Membaca berita ini, seorang kawan menceritakan bagaimana dia dan suami pernah menonton filem James Bond Skyfall di hari kerja dan hanya mereka berdua sahaja dalam panggung di kompleks beli-belah yang terletak di Kelana Jaya itu!" katanya. Tuntut maaf kerana 'fitnah melampau' Dalam kenyataannya hari ini, Shuhaimi berkata, di sebalik hentaman dan sindiran, termasuk daripada pemimpin politik yang didakwanya cuba memperlekeh dan menimbulkan kebencian kepada filem itu, beliau bersyukur kutipannya baik. "Kepada pembenci filem ini yang melabelkannya filem Umno, mana mungkin pawagam tidak dipenuhi ahli Umno seramai 3 juta orang itu pada 4 hari pertama filem ini ditayangkan. "Sudah tentu pecah panggung dan mencatat pungutan box office berjuta-juta ringgit!" katanya lagi. Justeru, Shuhaimi menuntut pihak terbabit memohon maaf kerana menaburkan "fitnah yang melampau" terhadap mereka. "...tapi kami tidaklah berharap sangat. Yang lebih penting dan kami hargai adalah sokong kuat yang kami terima. | ||||
Anggota kongsi gelap berselindung di negara jiran Posted: 03 Sep 2013 06:36 AM PDT Khalid Abu Bakar KUALA LUMPUR - Ops Cantas Khas yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak lebih dua minggu lepas, dilihat telah memberi tekanan kepada anggota kongsi gelap apabila mereka cuba mencari perlindungan di negara jiran. Berikutan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata operasi memburu kumpulan kongsi gelap kini tertumpu di kawasan sempadan negara termasuk di pintu-pintu masuk. Untuk operasi dalam negeri, katanya PDRM menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). "Kita akan pantau semua pintu masuk sempadan supaya mereka tidak dapat keluar," katanya kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Pertauliahan Kor Sukses Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini. Khalid berkata anggota kongsi gelap melarikan diri ke luar negara berikutan penahanan ketua-ketua kongsi gelap serta kesukaran menjalankan aktiviti jenayah disebabkan operasi pihak berkuasa, selain mahu menghapuskan tatu kumpulan pada anggota badan supaya sukar dikesan polis. Beliau berkata PDRM mungkin bekerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara jiran bagi menahan mereka yang diburu. Dalam Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas, di seluruh negara PDRM menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, sebuah bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya. Kementerian Dalam Negeri turut mengumumkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara. Dalam pada itu, Khalid berkata polis juga akan menyiasat warga asing yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap setelah laporan Ops 6P Jabatan Imigresen Pulau Pinang semalam mendapati adanya pintu bilik penginapan atau rumah kongsi warga asing di Bayan Lepas, mempunyai lambang kongsi gelap. "Jika benar ini berlaku kita akan ambil-alih kes supaya siasatan senang dilakukan dan semasa disiasat semua elemen-elemen penting juga akan dilihat," katanya. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu. "Polis setakat ini tidak mengesan pembabitan warga asing dalam kumpulan kongsi gelap tetapi sedia siasat," katanya ketika dihubungi Bernama. - Bernama | ||||
Bekalan Air Pulih 97 Peratus Di Selangor, KL - Syabas Posted: 03 Sep 2013 06:33 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Bekalan air di kawasan-kawasan terjejas ekoran pencemaran Sungai Selangor akibat tumpahan minyak Jumaat lepas telah 97 peratus pulih, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Syabas dalam kenyataannya pada Selasa memaklumkan pengguna air di Petaling danKuala Lumpur telah menerima bekalan air sepenuhnya manakala baki tiga peratuspengguna di Klang dan Shah Alam masih mengalami gangguan bekalan air termasuktekanan rendah. Bagi kawasan Klang dan Shah Alam, masalah bekalan air masih dihadapi 23,704 pengguna dari Seksyen 33, Seksyen 22, Seksyen 25, Seksyen 26, Seksyen 27, Seksyen 28, Kampung Kebun Bunga, Kampung Baru Hicom, Subang Mas, Batu 3 Shah Alam, Batu 8 Bukit Kemuning, Bukit Naga dan Kampung Lombong. Bagi kawasan Gombak, bekalan air masih belum pulih sepenuhnya di Bandar Baru Ampang, Jalan Ampang, Kampung Ampang Campuran, Kampung Melayu Ampang, KampungTasek Permai, Taman Tasek Tambahan, Taman Bukit Utama dan Taman Dagang Jaya melibatkan jumlah akaun 8,875. Kenyataan itu juga menyebut Syabas sedang giat menyusun semula sistem pengagihan air kawasan itu, namun usaha itu agak sukar kerana rezab bekalan air terawat amat tipis iaitu sekitar satu peratus walaupun loji rawatan air telah beroperasi pada tahap maksimum dan 'overload'. "Oleh demikian, para pengguna yang terlibat dinasihatkan agak bersabar dan pengguna yang telah mendapat bekalan air disarankan agar menggunakan bekalan air secara berhemah dan tidak berlebihan bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan air secara keseluruhan," katanya. Syabas juga akan terus menggerakkan semua sumber yang ada untuk membantu menghantar bekalan air dan sehingga kini, sebanyak 43 lori tangki telah melakukan 529 trip penghantaran bekalan air dan 66 tangki statik diletakkan di lokasi strategik di kawasan yang terjejas. - BERNAMA | ||||
Harga Diesel Dan RON95 Malaysia Masih Terendah Berbanding Negara Jiran Posted: 03 Sep 2013 06:32 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Harga runcit bahan petroleum Malaysia masih paling murah berbanding negara-negara jiran meskipun selepas kenaikan harga yang diumumkan pada Isnin, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata, harga diesel di Thailand ialah RM3.06 seliter dan petrol RON95 RM4.74; diikuti Singapura (RM4.32 dan RM5.56); Indonesia (RM3.43 dan RM3.05); dan Filipina (RM4.32 dan RM5.44 (RON93)). Harga diesel dan petrol RON95 tempatan pula masing-masing di bawah paras RM3 seliter iaitu hanya RM2.00 dan RM2.10 seliter, kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa. Beliau turut memetik kajian yang dijalankan oleh Bloomberg bertajuk 'Highest and Cheapest Gas Prices by Countries' (Harga Bahan Api Tertinggi dan Terendah Mengikut Negara) yang menyatakan Malaysia berada pada kedudukan kelapan selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu, Iran dan Nigeria, dalam menawarkan harga terendah. Kajian yang dijalankan pada Februari 2013 itu turut melihat Malaysia berada di hadapan berbanding Mexico, Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia, Pakistan danThailand. Ahmad berkata, rasionalisasi harga minyak petrol RON95 dan diesel perlu dilaksanakan ketika ini agar subsidi kerajaan lebih adil dan terarah khususnya untuk penduduk berpendapatan sederhana dan rendah yang akan mendapat lebih banyak manfaat. "Segalanya ini adalah kerana komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat dan dengan pelarasan subsidi ini, kita ingin memberi tumpuan kepada subsidi terarah khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dengan kenaikan bantuan BR1M," katanya. "Jangan terpedaya dengan hasutan politik yang mengambil kesempatan daripada isu ini sedangkan langkah kerajaan ini lebih adil dan baik demi untuk kebajikan rakyat." Ahmad berkata, walaupun harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan 20 sen, rakyat perlu faham bahawa berbanding negara-negara jiran dan dunia, Malaysia belum mencapai tahap harga sebenar bahan api kerana kerajaan masih memberi subsidi 63 sen untuk petrol RON95 dan 80 sen untuk disel. Ini menjadikan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan untuk petroleum bagi2013 adalah sebanyak RM24.8 bilion dan dengan ini, kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM1.1 bilion. Bagi tahun 2014, sebanyak RM3.3 bilion akan diperoleh daripada penjimatan yang boleh digunakan untuk mengurus pembangunan negara termasuk kenaikan pemberian BR1M. Dalam pada itu, katanya kerajaan terus mengekalkan pelbagai pemberian subsidi untuk barangan lain seperti minyak masak, gula, tepung, beras dan gas memasak. - BERNAMA | ||||
'Flash Mob' Bantah Kenaikan Harga Petrol Diganggu Wanita Tanggal Pakaian Posted: 03 Sep 2013 06:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Satu 'flash mob' yang dilakukan oleh sekumpukan aktivis pelajar bagi membantah kenaikan harga petrol akhirnya dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang mula menanggalkan pakaiannya berhampiran dengan kumpulan itu di Dataran Merdeka. Ketika kumpulan berkenaan melakukan piket sewaktu hujan lebat di sepanjang Jalan Parlimen pada pukul 5 petang Selasa, seorang wanita berkepala botak, gempal memasuki ke dalam khalayak dan berada di tengah-tengah jalan. Wanita itu kemudiannya mula menanggalkan pakaian sehingga menampakkan pakaian dalamnya dan menjerit kepada penunggang motosikal yang melalui kawasan itu sehingga mengejutkan sekumpulan penunjuk perasaan. Keadaan itu menyebabkan mereka meletakkan sepanduk sehingga wanita itu meninggalkan kawasan berkenaan. Mereka kemudiannya mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran Merdeka dan dilaporkan bersurai secara aman pada kira-kira pukul 7 petang. Demonstrasi itu dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bahagian Wilayah Persekutuan, Angkatan Pembebasan Bangsa Malaya (APBM) dan Geng Kotak. "Semua penunjuk perasaan begitu terkejut apabila melihat kejadian itu. Mereka berada di sana untuk melakukan flash mob, tetapi tidak menjangkakan ada pihak yang mahu menanggalkan pakaian. "Bagi memperjelaskan keadaan, wanita itu bukan sebahagian daripada demonstrasi ini," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, ketika dihubungi The Star. Beliau berkata, kumpulan itu akan meneruskan persembahan 'flash mob' pada pukul 5 petang setiap hari di Dataran Merdeka berikutan kenaikan harga petrol RON95 kepada 20 sen. | ||||
Video: Benarkah Niz Aziz Menghidap Kanser Tahap Akhir? Posted: 03 Sep 2013 06:25 AM PDT MYNEWSHUBApakah benar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menderita sakit kanser prostat pada tahap ke-4? Itu adalah maklumat yang disampaikan kepada portal ini oleh sumber yang rapat kepada parti PAS. Untuk mendapatkan gambaran dan hakikat sebenar terhadap apa yang disebarkan, Mynewshub telah berusaha mendapatkan komen anak beliu Nik Mohamad Abduh. Nik Abduh ketika ditanya sama ada benar berita menyatakan bapanya menghidap kanser tahap 4, beliau hanya menyatakan ia satu khabar yang tidak disahkan oleh doktor. Apa-apa pun, beliau menyeru agar semua pihak mendoakan kesihatan bapanya. "Saya harap semua rakyat malaysia pakat-pakat mendoakan ayahanda semoga beliau sihat dan dapat terus berkhidmat untuk agama dan negara, insyaAllah," ujarnya yang ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi tadi. Merujuk kepada penyakit sebenar yang dihidapi, Nik Abduh berkata bapanya sudah beberapa jatuh sakit namun kali ini masalah yang dialami ialah sukar membuang air kecil. Sebelum ini, bapanya pernah mengalami masalah jantung dan biasa mengadu sakit perut apabila tersalah makan. Untuk rekod, kesukaran membuang air kecil sebenarnya adalah antara tanda terpenting kepada penyakit kanser prostat. Nik Aziz Nik Mat yang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dibenarkan keluar dari hospital berkenaan seminggu lalu dan kini sedang berehat di rumah. Beliau bagaimanapun namun masih berada di bawah pemantauan hospital. Nik Abduh berkata, keadaan bapanya bertambah baik dan ceria. Begitu pun beliau akan dirujuk semula ke HUSM sehari dua lagi. "Doktor nasihatkan jangan banyak bergerak. Kali ini beliau dengar nasihat, duduk rumah dan tak banyak keluar. Biasa susah sikit sebab beliau sentiasa sibuk," ujarnya. LIHAT VODEO DI SINI | ||||
KENAIKAN HARGA MINYAK: Kenapa NAIK Dan Apa Yang Rakyat AKAN Dapat? Posted: 03 Sep 2013 06:15 AM PDT MYNEWS | ||||
Isu kongsi gelap: Cukup-cukuplah berdrama Zahid Posted: 03 Sep 2013 06:05 AM PDT Naib Presiden PKR, N.Surendran SHAH ALAM - Naib Presiden PKR N.Surendran mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya bersandiwara dalam isu pendedahan senarai nama ahli kumpulan kongsi gelap, baru-baru ini. "Bagi saya isu ini hanya untuk menarik perhatian ahli Umno sahaja. "Hal ini kerana pemilihan Umno akan dijalankan tidak lama lagi, jika Zahid bersungguh-sungguh untuk membanteras kegiatan ini, mana tindakannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Menurut Surendran, pendedahan nama mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah tidak dapat merungkai permasalahan yang melanda negara selagi tindakan tegas dan menyeluruh tidak dilaksanakan. Pihak kementerian dengan kerjasama agensi di bawahnya kini sedang menjalankan Ops Cantas bagi mengesan dan menahan individu yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap. Operasi yang bermula 17 Ogos lalu itu sehingga 1 September lalu telah membawa kepada penahanan lebih 4,000 anggota kumpulan kongsi gelap daripada 40,000 jumlah keseluruhannya seperti yang diumumkan sebelum ini. Bagaimanapun, ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mempertikaikan apakah tindakan konkrit yang akan dilaksanakan pihak berkuasa selepas anggota mahupun 'taiko' kumpulan kongsi gelap ini diberkas dan memastikan mereka yang bersalah menerima hukuman. "Siapa ketua, penaung dan bila polis akan mendakwa mereka mengikut proses undang-undang? Jangan lupa beberapa tahun lalu polis juga ada dedah nama ini, dan isu itu senyap begitu sahaja," ujarnya. Terbaru, Ahmad Zahid hari ini mengumumkan, Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 akan dipinda untuk membolehkan polis melaksanakan tugas membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan. Menurut Ahmad Zahid, polis akan diberi "taring' untuk mencegah jenayah dengan lebih berkesan dan berharap draf pindaan itu akan diterima baik oleh anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang. | ||||
Posted: 03 Sep 2013 05:29 AM PDT Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel : Kepada siapa yang tidak pernah ketinggalan mengikuti setiap laporan Berita Semasa, pastinya anda pernah menyemak laporan Berita Semasa yang bertajuk Harga Minyak RON95 Naik RM2.30 Selepas Ini? Subsidi Minyak Ganggu Ekonomi Malaysia? (175 pendapat pembaca) & juga Harga Minyak & Tarif Elektrik & Tol Naik Selepas Pilihanraya Umum 2013 (PRU13)? (501 respon balas pembaca). Kenaikan harga minyak sudah hampir pasti berlaku, tidak boleh dielakkan lagi lepas dana yang agak tinggi dibelanjakan atas nama survival politik tetapi angka dan bila tempoh pelaksanaannya sahaja menjadi persoalan. Dan…. Awal pagi semalam, keluarkan keratan akhbar yang mengatakan kenaikan harga minyak hanya sekadar khbar angin sahaja. Rakyat Malaysia diminta tidak percaya. Berita Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel 20 sen : Khabar Angin VS Realiti?Berita kenaikan harga minyak RON 95 yang dikatakan sekadar khabar angin terus bertiup kencang bergerak ke seluruh negara dengan begitu pantas melalui aplikasi WhatsApps dan platform medium sosial seperti Facebook dan Twitter.
Jawatan Menteri yang memegang porfolio yang berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel pun tidak tahu? Hebat….Jadi menteri penuh tidak tahu apa-apa? Apalah malangnya rakyat Malaysia memiliki kualiti menteri seperti ini? Dan penafian demi penafian tidak mampu bertahan lama. Akhirnya, ternyata dan terbukti sama sekali Malaysia tidak pernah sunyi dengan lambakan berita khabar angin yang benar sama sekali. Pengumuman kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia & Menteri Kewangan mengenai berita kenaikan harga minyak 20 sen ini adalah atas nama rasionalisasi subsidi. Hakikatnya, harga minyak telah naik. Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel 20 sen : Malaysia Pengimport @ Pengeksport Minyak?Kadang-kadang Berita Semasa, Malaysia adalah negara pengeksport minyak atau pengimport minyak? harga minyak tinggi, pengangkutan awam di Malaysia berkelas dunia? Sangat mudah, snagat baik dan berpatutan untuk digunakan pengangkutan awam di Malaysia? Pun tidak juga……Jadi? Masih segar diingatan Berita Semasa, teringat dahulu semasa Pak Lah naikkan harga minyak, selepas itu setiap hari ada sahaja iklan cara-cara penjimatan minyak, diarahkan penggunaan air-cond dijimatkan, isi minyak waktu pagi dan petang, jangan isi berat -berat dalam kereta tetapi dalam pada masa yang sama barisan Menteri Malaysia naik kereta minyak subsidi hasil duit cukai rakyat. Manakala, ketika harga minyak dunia turun, dengan langkah Datuk Seri Najib Razak dilihat gemar menabur duit di sana sini menyebabkan fitch rating Malaysia turun, nilai ringgit pun menjunam hampir 10%, sekarang harga minyak naik lebih 10%. Ketika hutang negara terus melambung tinggi, Malaysia masih lagi bercakap mengenai BR1M? Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel : Gambar Respon Balas Rakyat MalaysiaSemak satu persatu reaksi rakyat Malaysia yang sempat dirakam sejerus pengumuman drastik kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel 20 sen termasuklah kenyataan Bung Mokhtar Radin & juga Ustaz Dr. Asri Zainal Abidin Semestinya dengan berita kenaikan harga minyak RON 95 & minyak diesel bakal menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup termasuklah mengambil kira bebanan dan peningkatan kos pengangkutan. Kenaikan harga minyak sudah pun mengambil gilirannya. Apa pula yang bakal naik lagi selepas ini? P/S : Beirta Semasa mendapat maklumat RON 91 bakal menemui anda tidak lama lagi. (KLIK SINI) PP/S : Kerajaan akan beri beri kenaikan BR1M 3 pada Bajet 2014 bagi menampung kos kenaikan harga minyak RON 95 kepada anda semua. Setuju? | ||||
Pemilik kedai emas cedera ditembak di Lebuh Ampang Posted: 03 Sep 2013 01:12 AM PDT Pemilik kedai emas Abdul Razak Jewellers di Jalan Lebuh Ampang di Kuala Lumpur cedera parah terkena tembakan ketika cuba menghalang percubaan merompak kedainya hari ini. Abdul Rasul Abd Razak, 58, cedera di bahagian perut dan bahu kanan akibat terkena dua das tembakan dilepaskan seorang daripada empat suspek yang cuba merompak kedainya dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata Abdul Rasul dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. Menghuraikan insiden itu, beliau berkata ketika kejadian, empat pekerja sedang bersiap-siap untuk memulakan operasi sebelum dua lelaki bertopi keledar penuh dan berjaket hitam meluru masuk premis berkenaan. Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, Khairi berkata seorang daripada suspek bertindak melompat masuk ke ruang kerja pekerja manakala seorang lagi berdiri di ruang pelanggan. Mangsa yang keluar dari pejabatnya untuk cuba menghalang tindakan penjenayah tersebut telah bergelut dengan dua suspek itu. Ketika pergelutan itu, dua lagi rakan penyamun yang ketika itu berada di luar kedai dan bersedia dengan motosikal meluru masuk ke kedai dan melepaskan beberapa das tembakan, lalu mengenai bahu dan perut mangsa. "Akibat panik, kesemua suspek melarikan diri dengan dua motosikal tanpa sempat melarikan apa-apa," katanya, sambil menambah tiga kelongsong peluru dan satu serpihan slug ditemui di lokasi kejadian dan polis percaya suspek bersenjatakan dua pucuk pistol. Katanya polis telah mengambil keterangan beberapa saksi termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di luar kedai itu.-Bernama | ||||
Posted: 03 Sep 2013 01:04 AM PDT
Tahniah atas kedunguan sesiapa yang mengundi BN dan pengundi atas pagar yang menyebelah BN. Rakyat masih tidak percaya bahawa BN sinonim dengan Barang Naik. Lepas ni nth apa lagi. Tapi Najib ada penawar, penawar kemarahan pengundi BN atau rakyat 47% akan di berikan BR1M! Kalau nak tahu kelemahan Najib ..sila siasat ke mana duit 20 sen kenaikn minyak petrol akan pergi akhirnya dan siasat dari mana datang duit BR1M? Laporan Sinar Harian memaparkan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen setiap liter berkuat kuasa jam 12.00 malam tadi amat menyusahkan rakyat. Jika diimbas kembali janji pilihanraya yang dibuat BN seperti tertera dalam gambar di bawah menunjukkan ramai tertipu dengan janji pilihanraya tersebut. Tidak sampai 6 bulan selepas pilihanraya Bn merelaisasikan 'endless posibilities' atau kemungkinan tanpa sempadan. "Amalan boros BN beban rakyat," kata Anwar membalas tweet seorang pengikutnya. "Protest; poor governance! Ref my Merdeka msg" kata Anwar membalas tweet pengikutnya yang menggunakan nama "@Matt5834." Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar juga dalam respon balasnya kepada pengguna twitter hanya berkata "Google Multiplier Effects." Sementara itu, ahli Parlimen Batu Gajah dari DAP V. Sivakumar (igambar) dalam kenyataannya berkata PR telah menjangkakan perkara itu akan berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Malangnya , 47 peratus rakyat negara ini termakan tipu muslihat BN dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen. Kenaikan itu jelas Sivakumar terbukti bahawa mereka ini berjaya diumpan oleh BN untuk kepentingan politiknya. Golongan ini telah dipengaruhi dan mempercayai kata-kata manis BN lantang membuat pemilihan yang salah dalam PRU13. "Mereka ini diberi hadiah yang cukup istimewa oleh Barisan Nasional dengan menaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 per liter. "Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13," katanya dalam kenyataan tersebut. Putrajaya mengumumkan harga petrol RON95 akan naik dari RM1.90 kepada RM2.10 manakala harga diesel pula akan naik dari RM1.80 kepada RM2.00. | ||||
Analogi mudah kenaikan harga minyak Posted: 03 Sep 2013 12:57 AM PDT
Sepasang suami isteri yang telah agak berusia serta bergelar datuk dan nenek memiliki satu kawasan kebun rambutan. Kebetulan tahun ini rambutan naik harga dan laris sekali di pasaran. Musim cuti sekolah sebagaimana biasa pulanglah anak cucu ke rumah dan tentunya rambutan atuk dan nenek akan menjadi sasaran mereka. (Gambar hiasan) Tahun ini disebabkan harga rambutan yang meningkat di pasaran, sebelum anak cucu balik, awal-awal lagi atuk ini telah memasang strategi. Kebun rambutan itu dipagar. Di pintu pagar siap diletakkan tanda berapa harga sekilo rambutan mengikut harga pasaran semasa. Penimbang juga disediakan. Sampai saja anak-anak cucu di kampung, terus mereka serbu pokok rambutan atuk. Atuk yang berfikiran kapitalis ini hanya tersenyum sambil menunggu di pintu pagar kebunnya. "Wahai anak-anak dan cucu kesayanganku, selepas petik rambutan itu, sebelum kamu semua makan, pastikan rambutan itu ditimbang dan dibayar harganya mengikut tanda harga di pintu pagar ini," kata atuk. Terkejut beruklah semua anak cucu dengan karenah baru atuk mereka. Biasanya atuk amat pemurah dan tak pernah berkira dengan cucu-cucu. Lebih teruk lagi, harga yang dipamerkan pula sama dengan harga rambutan di pasar. "Ala atuk, tak kan dengan anak cucu pun nak berkira, mahal pulak tu harga rambutan atuk ni," rayu seorang cucunya. "Mahal kamu kata! Cuba kamu pergi check harga rambutan di Singapura dan di Jepun, tengok berapa harganya!" tegas saja nada suara atuk. "Betul lah di Singapura dan Jepun harga rambutan mahal, mereka mana ada pokok…" seorang anak lelaki atuk mencelah. "Harga rambutan atuk ini, mengikut harga semasa pasaran, bukannya atuk pandai-pandai buat naik harga sendiri. Sebelum ni sudah banyak atuk tanggung subsidi dengan bagi rambutan percuma pada kamu semua. Dari mana duit atuk nak dapat untuk beli baja, nak beli racun rumput, nak buat pagar, nak upah orang petik dan bla… bla.. bla," atuk terus membebel. "Betul dah tu atuk, memang rambutan dah naik harga. Tapi atuk juallah kepada orang luar mengikut harga pasaran, dengan kami anak cucu tak kan lah atuk nak berkira. Tak kan sampai atuk nak suruh kami bandingkan harga rambutan atuk dengan harga rambutan di Singapura… Lagipun kebun rambutan ini memang hak atuk. Atuk pun tak perlu tanggung bayar subsidi harga kepada sesiapa. Pelik juga kalau kebun ini milik atuk, tapi tiba-tiba Atuk kata, atuk kena tanggung subsidi, isshh!! Kepada siapa pula subsidi ni dibayar?" jawab seorang lagi cucu atuk yang kebetulan belajar ekonomi di sebuah universiti tempatan secara panjang lebar. "Walau apa-pun kamu cakap, atuk tetap bertegas. Harga tetap tak diturunkan. Kamu semua sepatutnya bersyukur. Masih boleh balik ke rumah atuk dengan aman, kampung kita pun masih aman. Makan pakai semua cukup. Kerja makan gaji . Semua pakai kereta besar. Tandanya kamu semua mampu. Tak kan lah nak bayar harga rambutan sikit pun sudah bising!" atuk membuat keputusan muktamad. | ||||
Tarik semula pengumuman naik harga minyak Posted: 03 Sep 2013 12:53 AM PDT
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak membatalkan pengumuman kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 sen yang berkuatkuasa semalam. Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, alasan Najib bahawa kenaikan itu penting sebagai pengukuhan ekonomi negara adalah tidak wajar memandangkan banyak cara lain yang tidak membebankan rakyat kebanyakan boleh dilakukan. Menurutnya, kerajaan seharusnya bertindak tegas terhadap pelaku rasuah termasuk mereka yang mempunyai kedudukan dan jawatan penting dalam kerajaan, bukan menaikkan harga minyak. DPPM menganggap rasuah menjadi punca ketirisan wang negara sehingga kerajaan tidak mampu menampung subsidi untuk rakyat. "Dianggarkan nilai ketirisan wang negara ekoran aktiviti rasuah berjumlah berbilion ringgit. Rasuah juga menjadi punca integriti negara semakin merudum di mata rakyat bahkan di persada antarabangsa," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Menurut beliau juga, di samping menarik balik pengumuman kenaikan harga minyak, kerajaan harus membentangkan sekurang-kurangnya tiga alternatif lain untuk dipertimbangkan oleh rakyat bagi tujuan meningkatkan hasil dan seterusnya menambahkan penjimatan akaun negara. "DPPM mendesak kerajaan menaikkan pembayaran royalti dari syarikat minyak antarabangsa seperti SHELL, Petron, BP dan lain-lain. "Langkah ini berkesan bagi meningkatkan pendapatan negara di samping mampu menampung subsidi minyak antarabangsa mampu membayar dengan jumlah yang ditetapkan kerana keuntungan mereka setiap tahun berlipat kali ganda. "Tindakan ini bagi mengelakkan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak sebaliknya memikirkan alternatif menyelamatkan wang rakyat," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh. Justeru tegasnya, referendum rakyat adalah satu keperluan pada waktu ini kerana sikap kerajaan yang meletakkan bebanan ekonomi terus ke bahu rakyat adalah satu kesilapan selepas kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi dengan lebih baik tanpa mengambil kira aspek perancangan keutamaan perbelanjaan dan sikap boros kerajaan. "Sesungguhnya keputusan menaikkan harga petrol dan diesel ini adalah petunjuk bahawa kerajaan sudah kebuntuan idea untuk menyelematkan ekonomi negara," katanya. | ||||
Najib umum lewat, huru hara di stesen minyak Posted: 03 Sep 2013 12:48 AM PDT
Kenaikan harga minyak seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang semalam memang telah dijangka oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Jangkaan ini berdasarkan pelbagai janji-janji baru seperti kenaikan jumlah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk tahun hadapan, kenaikan tahunan dua kali kakitangan awam pada tahun ini serta janji-janji yang lain. Kenaikan-kenaikan ini sudah tentu memerlukan pengorbanan oleh rakyat secara keseluruhannya kerana kerajaan perlu meningkatkan atau paling tidak mengekalkan pendapatan tahunan agar negara dapat diurus dengan baik. Apa yang diberikan kepada segelintir golongan perlu diganti dengan sesuatu, seperti kenaikan cukai ataupun seperti apa yang semua rakyat Malaysia hadapi kini, iaitu kenaikan petrol RON 95 serta diesel sebanyak 20 sen. Kenaikan ini mungkin perlu untuk mengekalkan momentum serta kestabilan ekonomi negara. Mungkin ramai yang merungut dengan kenaikan ini yang sedikit membebankan, dan dalam masa yang sama memungkinkan kenaikan harga perkhidmatan serta barangan dalam masa terdekat. Namun, ini semua adalah percaturan ekonomi yang mungkin orang seperti saya ini tidak begitu arif. Namun apa yang dikesalkan adalah cara dan masa pengumuman tersebut dibuat yang telah sedikit sebanyak mencetuskan seolah-olah 'panic attack' di kalangan majoriti rakyat Malaysia. Saya dapati di Shah Alam, kenderaan telah berpusu-pusu ke semua stesen petrol untuk mengisi petrol sejak daripada jam 7 malam berlarutan sehinggalah ke jam terakhir iaitu 11.59 minit malam. Kesesakan berlaku di hampir semua stesen petrol di Shah Alam sehingga menyukarkan pengguna-pengguna yang memang kehabisan petrol untuk mengisi petrol mereka. Ini kerana pengguna-pengguna lain yang masih mempunyai baki petrol melebihi separuh telah berpusu-pusu untuk mengisi petrol penuh akibat kenaikan 20 sen ini. Saya yang mempunyai baki petrol kurang separuh kelmarin, tidak sanggup menunggu lama dalam kesesakan ini lantas kembali semula selepas jam 12 malam untuk mengisi petrol. Namun, apa yang mendukacitakan saya ialah hampir semua stesen petrol di Shah Alam telah kehabisan bekalan dan ditutup awal. Pada pagi ini, Selasa 3hb September 2013, dengan bekalan petrol yang amat terhad untuk ke pejabat, saya telah mencuba ke stesen petrol di luar Shah Alam, namun, keadaan sama juga berlaku iaitu stesen petrol kehabisan bekalan. Mengapa ianya boleh terjadi sebegini? Pendapat saya adalah ini semua kerana kelewatan kerajaan menyampaikan maklumat mengenai kenaikan harga petrol tersebut. Kelewatan yang mencetuskan huru hara kepada rakyat. Kelewatan ini menyebabkan kesusahan kepada orang seperti saya yang benar-benar kehabisan petrol. Apakah kerajaan tidak sedar atau tidak peka kepada keadaan seperti ini? Adakah kerajaan atau wakil-wakil dalam kerajaan seperti para menteri tidak pernah melihat keadaan sebegini berlaku di setiap stesen petrol di seluruh negara setiap kali kenaikan petrol diumumkan? Ini berpunca akibat kelewatan pengumuman kenaikan tersebut kepada rakyat. Apakah sebenarnya motif kerajaan membuat pengumuman sebegini lewat? Hanya kerajaan sendiri dapat memberikan jawapan. Namun, saranan saya demi mengelakkan perkara sama berulang ialah agar kerajaan dapat membuat pengumuman sehari atau dua hari lebih awal dan bukannya 6 jam sebelum masa kenaikan. Ini membolehkan rakyat merancang pengisian petrol terakhir mereka sebelum kenaikan berkuat kuasa tanpa mencetuskan 'panic attack' atau keadaan huru hara ini. Saya mengharapkan kerajaan yang prihatin yang mana slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' menjadi paksi perjuangan, akan terus memikirkan cara, kaedah serta masa terbaik untuk membuat pengumuman seperti ini demi kesenangan serta kemudahan rakyat jelata. | ||||
Kenaikan harga minyak dorong inflasi berganda Posted: 03 Sep 2013 12:45 AM PDT
KUALA LUMPUR: Pakar Ekonomi PAS Dr Rosli Yaakob berkata, kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen dalam suasana nilai Ringgit Malaysia yang sedang lemah dalam pertukaran antarabangsa akan memberi kesan kepada inflasi berganda. Katanya, inflasi tinggi akan mendorong harga barang naik keadaan ini akan memberi kesan kepada penurunan nilai ringgit, kesannya rakyat akan terus tertekan kerana menanggung kenaikan harga yang besar "Harga barang akan berterusan naik, peniaga akan kekal dengan harga baru selepas kenaikan harga minyak tetapi harga barang tidak akan turun walaupun harga minyak diturunkan selepas itu," katanya kepada Harakahdaily. Beliau yang juga bekas Pengarah Bank Negara Malaysia memberi jaminan harga barang akan naik selepas ini kerana minyak adalah input bahan mentah untuk perkhidmatan dan pengakutan seperti lori, bas dan teksi . Malah katanya, dengan kenaikkan harga minyak ini kerajaan tidak boleh memberi alasan mudah kononya kerana harga minyak dunia telah naik. "Alasan ini tidak boleh diterima pakai kerana harga minyak tidak naik sebesar itu. Tetapi kenapa minyak Malaysia tinggi, 20 sen itu tinggi lebih dari 10 peratus," soal beliau. Justeru katanya, kerajaan telah menganiaya rakyat kerana mereka berbelanja boros untuk tampung kekurangan berlanjawan maka mereka menaikkan harga minyak. "Kerajaan kita tidak bertanggungjawab kerana belanja boros! Belanjawan semakin besar, untuk mencari punca mendapatkan wang menaikkan harga minyak ini kerana pelaksanaan GST tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana mendapat bantahan rakyat. "Tidak ada jalan lain untuk mendapatkan hasil lebih tinggi bagi membolehkan kerajaan terus berbelanja lebih boros jadi mereka naikkan harga minyak yang merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan pulangan," katanya. Beliau turut menyifatkan kerajaan mungkir janji kerana dalam PRU 13 lalu mereka memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga minyak malangnya ia berlaku sebaliknya apabila rakyat terus memberi mandat kepada mereka. Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter. Menurut Najib, kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat. Sehubungan itu, bermula hari ini RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter. | ||||
Pak Samad: Saya di rumah, tiada siapapun datang Posted: 03 Sep 2013 12:39 AM PDT Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said menafikan dakwaan ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau menyorok ketika polis mengunjungi kediamannya pada malam tadi. Sasterawan negara itu berkata beliau berada di rumah semalaman semalam dan tiada siapa pun termasuk anggota polis datang ke rumahnya semalam. Tegasnya, dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau menyorok adalah "cakap-cakap angin untuk menyebar citra buruk" terhadap dirinya. "Saya ada di rumah semalaman. Tiada siapapun yang datang. Ya, saya ada di rumah terus-terusan. Tiada (polis) yang rasmi (datang). "(Dakwaan) ini khabar angin untuk menyebar citra buruk kepada saya,"kata tokoh sastera itu ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini. Beliau juga bertegas untuk tidak menyerah diri sekiranya polis tidak mengeluarkan sebarang perintah rasmi. "Saya fikir IGP bercakap depan wartawan. Tidak ada surat rasmi, minta (secara) rasmi untuk (saya) menyerah diri. "Saya tidak bersedia untuk menyerah diri, kalau cakap-cakap luar sahaja. Saya fikir (jika) dipanggil, mesti ada hitam putihnya. Saya tidak tertakluk kepada cakap di luar-luar sahaja," katanya. Sedia bantu siasatan A Samad yang mesra dipanggil Pak Samad mengulas kenyataan Khalid yang meminta beliau menyerah diri membantu siasatan berhubung tindakan individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya berhampiran Dataran Merdeka pada Jumaat malam lalu. Khalid mendakwa A Samad "menyorok" ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi. Dua orang aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim ditahan pada malam tadi dan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 atas perbuatan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya malam sambutan ambang kemerdekaan itu. Kedua-duanya dibebaskan pagi ini. A Samad dilaporkan sedang berucap ketika bendera kontroversi tersebut dikibarkan dalam kejadian berkenaan. Ekoran itu NGO Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) dilapor meminta kerajaan mempertimbangkan supaya menarik kembali gelaran tokoh Sasterawan Negara yang diberikan kepada A Samad. Manakala pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam pula berkata tokoh itu sepatutnya sensitif dengan perjuangan orang terdahulu daripada beliau yang berusaha memperoleh kemerdekaan untuk negara | ||||
'Zombi' tumpaskan Tanda Putera Posted: 03 Sep 2013 12:35 AM PDT MALAYSIA KINI Dengan segala kontroversi, akhirnya filem kontroversi Tanda Putera ditayangkan. Bagaimanapun, selepas beberapa hari dimainkan di layar perak, filem arahan Shuhaimi Baba itu akhirnya dikalahkan oleh KL Zombi daripada aspek kutipan tiket. Dalam senarai box-office antara 29 hingga 1 September, Tanda Putera berada di kedudukan keenam dalam senarai 10 teratas. Berdasarkan carta itu, rakyat Malaysia nampaknya lebih gemar pada filem komedi seram KL Zombie yang dibintangi pelawak terkenal Zizan. KL Zombi menduduki tangga kedua selepas filem sains fiksyen Hollywood Elysium. Tanda Putera turut berada selepas Kick Ass 2, The Mortal Instruments: City of Bones dan Conjuring. | ||||
MP: Lebih banyak kematian j'raya jika harga minyak naik Posted: 03 Sep 2013 12:31 AM PDT MALAYSIA KINI MP DAP Liew Chin Tong berkata kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen melalui pengurangan subsidi akan menyebabkan lebih ramai pemandu kereta beralih untuk mengguna motosikal dan seterusnya menyumbang kepada lebih banyak kemalangan maut.Beliau memberi alasan, jumlah kemalangan maut melibatkan motosikal adalah tiga kali lebih tinggi dari kemalangan melibatkan kereta, enam kali lebih tinggi berbanding pejalan kaki dan 50 kali lebih tinggi berbanding penumpang bas. Beliau memetik kajian yang dijalankan satu badan antarabangsa International Association of Traffic and Safety Sciences yang menyebut rakyat Malaysia bertindak demikian ekoran kenaikan harga minyak antara Mac 2006 hingga 2008 – menyebabkan lebih banyak kematian pengguna motosikal. "Satu bencana kepada manusia dalam bentuk kematian pengguna motosikal bakal berlaku, ekoran kenaikan terbaru harga petrol," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Liew, kerajaan perlu memikul tanggungjawab sekiranya jumlah kemalangan jalan raya meningkat lebih tinggi susulan kenaikan harga bahan api berkenaan memandangkan rakyat Malaysia tiada alternatif lain. "Di negara lain di mana khidmat pengangkutan awam disediakan dengan memadai dan cekap, kenaikan harga petrol akan menggalakkan pemandu kenderaan persendirian beralih kepada pengangkutan awam/ "Bagaimanapun, dalam kes Malaysia, setiap kenaikan harga bermakna lebih banyak kematian di jalanan," katanya. Beliau mendakwa, keadaan di Malaysia tidak banyak berubah walau kerajaan memperuntukkan RM4.4 bilion pada Mac 2006 untuk menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam. | ||||
Warga Bosnia dakwa sperma dicuri wanita tempatan Posted: 03 Sep 2013 12:27 AM PDT Seorang warganegara Bosnia yang berstatus penduduk tetap negara ini memfailkan saman RM600,000 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan mendakwa teman wanitanya mencuri spermanya walaupun tidak berminat berkahwin. Ervin Ahbabovic (kanan), seorang pengarah daripada Taman Danau Desa, menamakan wanita tersebut, 29, sebagai defendan. Ahbabovic, 41, mendakwa beliau dan wanita tersebut mempunyai hubungan dengannya pada tahan 2008. Dakwanya lagi, bekas pasangannya itu lebih berminat dengannya untuk memenuhi kehendak seksual sedangkan dia mahu berkahwin dan memulakan keluarga. Mereka mempunyai seorang anak pada 2010. Ahbabovic mendakwa wanita itu menghalaunya pada tahun lalu. Ekoran itu, dia menuntut RM600,000 untuk penggunaan spermanya untuk mendapatkan anak dan pengisytiharan bahawa dia merupakan bapa yang sah kepada anak itu. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan