Sabtu, 28 September 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Hakim Jelita Didakwa CURANG kepada Suami

Posted: 28 Sep 2013 08:00 AM PDT


[HM] Jakarta: Nasib seorang hakim jelita dari Jombang, Jawa Timur bakal ditentukan Majlis Kehakiman (MKH) tidak lama lagi.

Hakim yang dikenali sebagai VN sudah disiasat oleh mahkamah agung dan Suruhanjaya Kehakiman kerana didapati berlaku curang.

MKH akan mendengar pembelaan diri VN yang dituduh melanggar etika seorang hakim apabila terbabit dengan salah laku.

Jurucakap Suruhanjaya Kehakiman Asep Rahmat Fajar berkata, keputusan akhir mengenai salah laku hakim dari mahkamah Jombang itu akan ditentukan Majlis Kehakiman dia tampil untuk membela diri.

Sebelum ini, ada laporan mendakwa VN disiasat kerana dituduh suaminya berlaku curang dengan seorang usahawan. Bagaimanapun, kerjaya VN di mahkamah Jombang tetap berjalan seperti biasa walaupun ada desas-desus mengenai salah lakunya tersebar.

VN baru setahun bertugas di mahkamah Jombang selepas berpindah dari mahkamah Amlapura Karangasem, Bali. - Agensi - 28/9/13

[Video] Mari Tonton Penyokong Mat Yo Menyanyi

Posted: 28 Sep 2013 05:00 AM PDT




Tonton video awal di sini:




Selepas 56 Tahun Merdeka, Kita Masih Perlukan Orang Luar Draf Polisi Penting Negara

Posted: 28 Sep 2013 04:00 AM PDT


Banyak pihak meluahkan kekecewaan dan keraguan apabila kerajaan menggunakan khidmat pakar perunding luar untuk mendraf Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Mengapa perlu orang luar sedangkan kepakaran mereka diragui, sedangkan Malaysia sendiri mempunyai kepakaran? 

Penggunaan pakar runding luar ini mengulangi kontroversi kerajaan menggunakan khidmat syarikat perunding publisiti yang ada kaitan dengan Israel, Apco.

Bagi yang lupa, Perlembagaan Malaysia juga didraf oleh orang puteh, malangnya selepas 56 tahun draf pendidikan negara pula didraf oleh orang asing.

Berita Berkaitan:

'Bukan Pakar' Dibayar RM20j untuk Pelan Pendidikan

[MK] Anggota Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan penglibatan perunding antarabangsa McKinsey and Co dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Menurut jawapan Parlimen oleh Kementerian Pendidikan, firma itu dibayar RM20.56 juta untuk menyediakan dokumen itu.


Bagi anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming, langkah itu hanya membazirkan wang pembayar cukai.

Katanya, McKinsey adalah firma perunding pentadbiran umum yang didakwa tiada kepakaran khusus dalam bidang pendidikan, terutamanya apabila dibandingkan dengan pasukan petugas untuk projek itu.

"Setakat yang saya tahu, ini kali pertama perunding luar digunakan untuk mendraf rangka dasar pendidikan Malaysia dan dengan kos ini," kata Ong dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. -24/9/13


Dr M: RM20j Tugas Perunding? Saya Pun Boleh

[MK] Selepas kerajaan membelanjakan RM20 juta sebagai yuran perundingan bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sinis berkata beliau juga boleh melakukannya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Subang Jaya petang ini, Dr Mahathir berkata, beliau pun boleh menjadi pakar tempatan, tapi tiada siapa yang mahu memberinya tugas tersebut.

Beliau mengulas pertanyaan berhubung langkah kerajaan membayar sejumlah wang yang besar itu kepada McKinsey & Co untuk perkhidmatan perundingan.

Ia menjadi sasaran kritikan hebat pembangkang kerana mereka mendakwa firma tersebut bukan pakar dalam bidang pendidikan.

Tambahan pula, langkah menggunakan khidmat agensi asing juga dilihat sebagai mengetepikan teknokrat tempatan yang ramai dibawa pulang oleh PEMANDU di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib TUn Razak.

Mahathir juga menyentuh tentang kedudukan yang kurang baik universiti-unversiti di negara ini, dengan berkata ia mungkin disebabkan oleh pengembangan terburu-buru dalam bidang pendidikan tinggi.

Katanya, pengembangan institusi pendidikan menjadi begitu pantas sehingganya sukar untuk mendapatkan tenaga pendidik, profesor dan pensyarah.

Bekas perdana menteri itu berada di Sunway University hari ini untuk menyampaikan biasiswa Yayasan Jeffrey Cheah kepada pelajar yang berkelayakan. - 27/9/13

Pelan Pendidikan: Apakah Sumbangan Sebenar McKinsey?
September 26, 2013

FMT LETTER, Dari Ong Kian Ming dan Zairil Khir Johari, via e-mail

Kami berasa amat hairan membaca maklumbalas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pendedahan bahawa syarikat perunding McKinsey & Co telah dibayar RM20 juta untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menurut laporan media, beliau dipetik sebagai berkata, "Saya percaya itu satu kadar yang berpatutan sebenar pasal dalam mana-mana usaha yang kita buat pun, kita memerlukan beberapa pihak yang agak lebih pakar membantu."

Sememangnya kami tidak menafikan bahawa pandangan, pendapat dan analisa daripada pakar, khususnya pakar pendidikan, adalah diperlukan. Namun begitu, kami mempertikaikan mengapa perunding bukan pakar pendidikan telah dilantik sedangkan kerajaan mempunyai ramai pakar yang mampu melaksanakan tugas tersebut.

Sebagai contoh, laporan akhir PPPM sendiri telah menyenaraikan sumbangan daripada pakar-pakar tempatan, termasuk kajian oleh enam buah universiti awam tempatan, iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Penguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT).

Malah, Kementerian Pendidikan juga telah memperolehi khidmat nasihat antarabangsa daripada pakar-pakar seperti UNESCO, yang telah menyediakan laporan terperinci mengenai pembangunan kurikulum, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan, pendidikan guru, latihan dan pendidikan teknik dan vokasional; serta peperiksaan dan pentaksiran murid.

Selain itu, Bank Dunia (World Bank) juga telah menjalankan kajian menyeluruh ke atas perbelanjaan awam (Public Expenditure Review) termasuk sektor pendidikan pada tahun 2011.

Pada masa yang sama, Panel Dialog Nasional Pendidikan Malaysia di bawah pimpinan Tan Sri Dato' Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin juga telah menyediakan laporan hasil daripada mesyuarat-mesyuarat Townhall yang telah diadakan di 14 negeri.

PEMANDU pula melaksanakan Makmal Pendidikan dengan sokongan pasukan NKRA Pendidikan. Makmal tersebut diketuai oleh pakar-pakar tempatan daripada Kementerian Pendidikan termasuk daripada Institut Aminuddin Baki.

Di samping itu, Panel Penilai Bebas Malaysia juga telah ditubuhkan di bawah pimpinan Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak. Panel Penilai Bebas Antarabangsa pula telah ditubuhkan dengan keanggotaan pakar-pakar seperti Dr Andreas Schleicher (Ketua, Analisis dan Indikator, OECD), Dr Byong-Man Ahn (Mantan Menteri Pendidikan Korea Selatan), Prof Michael Fullan (Penasihat Khas kepada Premier dan Menteri Pendidikan Ontaria, Kanada) dan Prof Sing Kong Lee (Pengarah, Institut Pendidikan Kebangsaan, Singapura).

Ketersediaan khidmat nasihat pakar-pakar di atas adalah bukti bahawa Kementerian sudah mempunyai pakar pendidikan yang bukan sahaja mampu tetapi bertaraf antarabangsa.

Justeru, mengapa perlunya Kementerian melantik perunding McKinsey dengan jumlah RM20 juta? Adakah ini "berpatutan"?

Tambahan pula, sumbangan sebenar McKinsey – yang bukan pakar dalam bidang pendidikan – adalah tidak jelas kerana tidak disenaraikan langsung dalam laporan PPPM. Jika McKinsey tidak menyumbang dari segi input, adakah peranan mereka itu hanya sekadar menulis laporan sahaja?

Tampaknya, jelas bahawa khidmat perunding McKinsey adalah tidak perlu, bukan sahaja dari segi input malah dari segi penyediaan laporan.

Ini kerana kerajaan mempunyai pelbagai jabatan dan agensi yang tidak kurang kemampuannya, seperti pasukan NKRA dan NKEA Pendidikan (PEMANDU), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan atau EPRD (Education Planning and Research Division), serta Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) yang ditubuhkan pada bulan April 2012.

Apakah menteri tidak mempunyai keyakinan pada pakar-pakar dan pegawai-pegawai sendiri untuk menjalankan tugas mereka?

Ong Kian Ming adalah ahli parlimen Serdang manakala Zairil Khir Johari adalah ahli parlimen Bukit Bendera.


PPPM: Malaysia Ada Pakar Runding, Tidak Perlu Bazir RM20 juta

[TMI] DAP hari ini membidas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada media semalam yang mempertahankan pembayaran RM20 juta kepada syarikat perunding bagi penyediaan Pelan Pembangunan dan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013 - 2025).

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, berkata kenyataan Menteri Pendidikan itu sangat tidak jelas dan meragukan kerana McKinsey & Co dikatakan hanya firma perunding am biasa bukan pakar dalam bidang pendidikan seperti didakwa.

"Apa yang menghairankan ialah apabila syarikat itu langsung tidak disenaraikan dalam PPPM. Jika McKinsey tidak memberi sumbangan daripada segi input, adakah peranan mereka itu hanya sekadar menulis laporan sahaja," kata kedua-dua ahli parlimen DAP itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Mereka turut mempersoalkan kewajaran kerajaan melantik khidmat perunding asing walhal negara juga mempunyai pelbagai tenaga pakar bertaraf antarabangsa yang mampu memberikan input terbaik.

"Kita ada pelbagai agensi kerajaan seperti pasukan NKRA dan NKEA Pendidikan (Pemandu), jadi tindakan Muhyiddin ini adakah bermaksud beliau tidak yakin dengan khidmat pegawai kerajaan," kata kenyataan itu.

Semalam, Muhyiddin berkata, RM20 juta adalah berpatutan berbanding apa yang ditawarkan syarikat tersebut termasuk kerana mengambil kira tempoh dua tahun untuk melaksanakannya.

"Perlu ingat penyediaan kita meliputi skop yang luas kita membawa beberapa pakar membantu, mengadakan konsultansi serta melantik beberapa panel antarabangsa dan turun ke setiap negeri.

"Ia usaha yang bukan mudah dan murah jadi kita fikir RM20 juta itu masih berpatutan dan perincian bayaran pelan itu kita akan berikan kemudian" katanya.

Pelan PPPM menyenaraikan 20 individu berkebolehan tinggi yang menjadi sebahagian daripada projek tindakan dan projek pengurusan pejabat termasuk Pengarah Bahagian Perancangan Dasar Pendidikan dan Kajian, Dr Faridah Abu Hassan serta Pengarah NKRA dan NKEA, Tengku Azian Tengku Shahriman. – 26 September, 2013.



Remaja 16 Tahun Lacur Diri Selepas Teman Lelaki

Posted: 28 Sep 2013 03:30 AM PDT


[SH] KULIM - Seorang remaja berusia 16 tahun (gambar), di sini, sudah melakukan kegiatan pelacuran sejak berusia 14 tahun setelah diperkosa beberapa kali oleh teman lelakinya.

Remaja berkenaan yang ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah mengakui, gemar melakukan aktiviti tidak bermoral itu dengan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM80.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, remaja bawah umur yang berpeleseran di pekan Kulim ditahan kira-kira jam 3.30 pagi semalam ketika sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5.

"Remaja ini menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan bagaimanapun apabila ditahan, polis mendapati dia pernah ditahan polis beberapa kali sebelum ini kerana berpeleseran," katanya.

Sinar Harian kemudiannya mendekati remaja terbabit dan bertanya sama ada masih bersekolah atau sebaliknya.

Remaja ini kemudiannya menyatakan dia tidak ke sekolah kerana tidak berminat dalam pelajaran.

Menurutnya, dia tinggal bersama beberapa rakan lain dan melakukan kegiatan pelacuran untuk menampung perbelanjaan.

"Ada kalanya saya tinggal di rumah rakan lelaki sehingga beberapa hari. Sepanjang bersama mereka saya akan diberikan makanan dan tempat tidur. 

"Sebelum ini saya pernah bekerja di Pulau Pinang bagaimanapun berhenti kerana jauh," katanya.

Ditanya mengenai pelanggannya, remaja ini menjelaskan kebanyakan pelanggannya terdiri daripada mat motor.

"Mereka akan membawa saya balik ke rumah untuk melakukan hubungan seks.

"Walaupun terpaksa melayani beberapa lelaki dalam satu masa, saya tetap melakukannya kerana suka dengan layanan ketika melakukan hubungan seks," katanya.

Tambahnya, pelajar sekolah juga ada menggunakan khidmat seks daripadanya dan bayaran yang dikenakan lebih murah berbanding pelanggan yang sudah bekerja.

Menurutnya, sehingga kini tidak ada mana-mana pihak yang pernah menahannya kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran kerana ia dilakukan secara senyap.

Katanya, dia senang melakukan kegiatan itu kerana mudah mendapatkan wang. - 28/9/13



Kes Isteri Mat Yo, Maaf atau Tidak, Kes Tetap ke Mahkamah

Posted: 28 Sep 2013 02:00 AM PDT


'Kita jumpa saja di mahkamah'

[HM] Subang Jaya: "Tidak kira sama ada laporan polis ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan kes ini ke mahkamah."

Itu tegas Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd Mukhveer Singh Gill susulan insiden pertengkaran kakitangan syarikat itu Azman Md Nayan, 49, dengan Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha, 27, atau Mat Yo, pada 12 September lalu.

Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.

"Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami," katanya, semalam.


AZMAN mendengar penjelasan pengurusnya Mukhveer (kanan) sambil diperhatikan Pengurus Operasi dan Pemasaran syarikat Zayed Adam Behl.

Insiden pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai apabila rakaman video kejadian itu yang berdurasi 55 saat dimuat naik ke Internet dan disebar luas pengguna laman sosial Facebook (FB) serta YouTube.




Laporan awal di sini dan di sini.


Janda Sanggup TERJUN Bangunan Elak Diri daripada DIROGOL

Posted: 28 Sep 2013 01:39 AM PDT


[HM] Kuala Lumpur: Demi maruah dan kehormatan diri, seorang janda anak satu nekad terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, semalam untuk menyelamatkan diri daripada dirogol.

Akibat kejadian yang berlaku jam 8.15 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun cedera parah apabila kedua-dua kakinya patah. 

Mangsa yang memakai kemeja-T tidak berlengan dan hanya berseluar dalam ditemui orang ramai terbaring di bahagian bawah bangunan berkenaan, berhampiran kedai mencuci kereta. 

Dia yang berusia 31 tahun itu kemudian dihantar ke hospital oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan lanjut. 

Seorang saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Arif berkata, sebelum itu dia mendengar suara jeritan wanita meminta tolong. - 28/9/13


P/s: Kalau orang di bawah ini...


Petikan pautan berita lama di blog Milo Suam:

Petikan Dari akhbar Berita Harian online adalah seperti berikut:

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f**k you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama. 

Mohd Saiful berkata, beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik. 

Beliau (Saiful) berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian? 

Mohd Saiful: Ya. 

Mohd Yusof: Lepas bilas diri? 

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yuof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala. 

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar? 

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan. 

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu? 

Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.

Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup. - Bernama



P/s: Anwar berusia 60-an dan ada masalah tulang belakang, Saiful 20-an gagah perkasa.




Guru Perkosa Pelajar 14 Tahun Hanya Dipenjara 30 Hari

Posted: 28 Sep 2013 12:33 AM PDT



[HM] Billings (Montana): Seorang bekas guru sekolah tinggi dibebaskan dari penjara semalam selepas menamatkan hukuman penjara hanya 30 hari atas kesalahan merogol pelajar berusia 14 tahun.

Tempoh hukuman itu masih dikaji mahkamah tinggi Montana dan mencetuskan gesaan agar hakim yang menangani kes terbabit digugurkan. 

Menurut sumber akhbar, Stacey Rambold, 54, meninggalkan penjara selepas menamatkan hukuman yang dijatuhkan hakim daerah, G Todd Baugh terhadap kes merogol Cherice Moralez pada 2007. 

Baugh mencetuskan kemarahan bulan lalu ekoran hukuman ringan itu dan komen yang dibuatnya terhadap kes terbabit seolah-olah dia menyalahkan Cherice di atas apa yang berlaku.

Remaja berkenaan membunuh diri pada 2010 sebelum Rambold mula dibicarakan.

Pendakwa raya masih membuat rayuan terhadap kes itu. - Agensi - 28/9/13

Baca lanjut di sini.

Gambar & Ringkasan Kes 8 Budak Bawah Umur Perkosa Budak 12 Tahun Tersebar di Laman Sosial

Posted: 27 Sep 2013 11:29 PM PDT

MAKLUMAT YANG TERSEBAR DI LAMAN SOSIAL:

Kes rogol bdk prmpuan umur: 12 thn.
B/Sentosa Rpt : 5***/XX
sek : 3** Kk
Pengadu : S**** bt P*****
kpt : 010212-**-04**(12 Tahun 7 Bulan)

Almt : No ** Jalan R******** 3C Sg B**** 48010 Rawang, Selangor.

Pekerjaaan : Darjah 6 Pelajar SK Sg B****.


RINGKASAN KES 

-Pada 19/9/13 Jam L/Kurang 0900 Hrs Pengadu telah ponteng dari bersekolah dan pergi ke rumah kawannya nama E**** di Jalan R********* Sg B**** dan lepak di situ sehingga selesai waktu persekolahan kemudian pengadu seorang diri telah merayau2 di kawasan Sg B**** kerana takut untuk pulang ke rumah sehingga waktu malam dan pengadu telah tidur di surau Al Angsa Sg B****.

-Pada keesokkan harinya (Hari ini) 20/9/13 Jam L/Kurang 7.30 Pagi apabila pengadu bangun dari tidur dan keluar dari surau pengadu lihat 8 Orang Lelaki Melayu yg dikenalinya sedang berkumpul berdekatan kawasan surau tersebut,pengadu telah menghampiri mereka dan mereka telah mengajak pengadu pergi ke sebuah rumah kosong.

-Semasa berada di rumah kosong Adam(saspek) telah bertindak menutup Mata Pengadu dengan menggunakan baju T-Shirt. H***** dan H**** telah membuka baju Pengadu dan baringkan di lantai rumah kosong tersebut kemudian pengadu telah Dirogol/diraba Oleh 8 Lelaki Melayu yg dikenalinya.

SENARAI NAMA SASPEK DAN PERANAN
1) Muhd A*** 14 thn (Menutup Mata pengadu/masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

2) Mohd H***** 12 thn (baringkan mangsa/masukkan Kemaluan dalam kemaluan pengadu)

3) Norhafis A**** 14 thn (baringkan mangsa/masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

4) Muhd A***** 12 thn (Raba mangsa)

5) Muhd F****** 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

6) Zariq H***** 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

7) N******* Azuan 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

9)S*** Muhammad H**** 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

TINDAKAN
1/ - Tahan 8 lelaki Melayu (Seperti nama pgakuan diatas) bawa balik ke balai Sentosa untuk siasatan awal dan Jalankan Tangkapan

2/ - Kesemua 8 OKT adalah bawah umur dan pg ni akan reman.

3/ - Mangsa tlh dhantar ke Hospital Selayang utk pmeriksaan doktor, di mana sahkan ada koyakan baru pd kmaluan mangsa & tahan wad.

4/ - Team Forensik diketuai oleh Insp N***** siasat tpt kejadian tlh menemui rambut/bulu kesan air & 1 baju.

5/ - Siasatan diteruskan.


P/s: Berdasarkan pemerhatian, gambar dan ringkasan kes di atas sudah tersebar secara meluas di laman sosial dan di laman forum. Perbuatan menyiarkan gambar dan maklumat kes tanpa dikaburkan tidak wajar dilakukan oleh pengguna internet walaupun mereka berasa marah terhadap suspek kes ini. 

Dari segi undang-undang, perbuatan mendedahkan identiti dan gambar budak bawah umur sama ada mangsa atau suspek jenayah merupakan suatu kesalahan. Oleh itu, DCM mengaburkan wajah dan identiti suspek yang dikatakan terlibat dalam kes tersebut. DCM juga mengaburkan beberapa maklumat lain.

Laporan awal kes ini di sini dan di sini.


Harga Rokok NAIK Mulai 30 September 2013

Posted: 27 Sep 2013 10:55 PM PDT



P/s: Berhentilah merokok. Selain syarikat rokok kenyang, kerajaan juga memungut cukai melebihi RM4 bilion setahun. Paling penting, merokok memudaratkan kesihatan.


Tiada ulasan: