Jumaat, 27 September 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Sorok Emas di dalam Seluar Dalam

Posted: 27 Sep 2013 08:00 AM PDT


Sekadar hiasan.

[HM] Colombo: Kastam Sri Lanka kelmarin menahan seorang wanita berusia 54 tahun dan dua lelaki berusia 38 dan 50 tahun kerana cuba menyeludup 2,267 gram emas ke India di Lapangan Terbang Bandaranaike.

Akhbar The Island melaporkan 10 keping emas seberat satu kilogram setiap satu disembunyikan oleh dua suspek lelaki terbabit di kemaluan mereka, manakala emas dalam bentuk barang kemas seberat 267 gram dipakai wanita berkenaan.

Jurucakap jabatan kastam berkata, ketiga-tiga suspek ialah pengunjung biasa dari Colombo ke India. Menurutnya, seramai 48 orang yang cuba menyeludup emas dari negara itu ke pelbagai negara lain sudah ditahan setakat ini. - Agensi - 27/9/13


Pengerusi Surau Mengaku Berzina dengan Banyak Wanita Ditahan Rogol Budak 14 Tahun

Posted: 27 Sep 2013 05:00 AM PDT


Remaja 14 Tahun Hamil, Mangsa Rogol

[SH] HULU SELANGOR - Bukan sekali dia jadi mangsa, tetapi remaja berusia 14 tahun itu dikatakan menjadi mangsa rogol lelaki hidung belang sehingga dia disahkan hamil.

Tembelang lelaki yang bekerja sebagai pemandu di sebuah pusat kesihatan itu pecah setelah sekali lagi didapati merogol remaja terbabit di sebuah stor di kawasan perindustrian di Hulu Yam pada 14 September lalu.

Menurut sumber, perbuatan terkutuk lelaki berusia 53 tahun itu terbongkar setelah bapa mangsa bersama penduduk kampung dan polis menyerbu stor simpanan peralatan jentera itu kira-kira jam 3.30 pagi hari tersebut.

Lelaki terbabit kini direman di Penjara Sungai Buloh dan sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.

Beberapa sumber daripada penduduk kampung turut memberitahu, suspek yang sudah berumah tangga itu telah merogol remaja terbabit kali pertama pada tahun 2012 dan berterusan tanpa diketahui ahli keluarganya.

Mangsa kini disahkan mengandung antara tiga atau lima bulan.

Malah, lebih mengejutkan apabila suspek didakwa pernah melakukan perbuatan sama terhadap ramai wanita.

Seorang penduduk kampung turut mengakui suspek pernah menunjukkan wajah-wajah wanita yang telah menjadi pemuas nafsunya.

"Seorang wanita yang menjadi mangsanya dan sarat mengandung pernah datang ke rumahnya menuntutnya bertanggungjawab tetapi malangnya dia dihalau begitu saja.

"Selain remaja, anak dara dan janda warga tempatan, dia juga pernah 'memerangkap' wanita warga asing," kata sumber.

Menurut sumber sama, disebabkan sikap buruk suspek yang tidak disenangi rakan-rakan tempatnya bertugas, dia pernah beberapa kali dipindahkan bertugas di tempat berlainan.

Sinar Harian turut mendapat maklumat bahawa suspek juga merupakan pemimpin penting di peringkat bawah sebuah parti politik dan dikatakan masih memegang jawatan itu ketika ini.

Suspek turut menjadi pengerusi sebuah surau, memegang beberapa jawatan penting di peringkat kampung dan taman perumahan, menjaga peti undi parti dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan. -27/9/13


Kajian: Malaysia Antara Negara Tertinggi Amal Rasuah

Posted: 27 Sep 2013 04:30 AM PDT


[TMI] Malaysia disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi, kata satu kajian baru-baru ini.

Kajian yang dibuat Ernst & Young itu sekali gus menunjukkan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi.

Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala rasuah menurut penemuan terbaru Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013. Kajian itu dijalankan kepada 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan.


Separuh daripada eksekutif itu berpendapat China, Indonesia, Malaysia dan Vietnam paling banyak terlibat dalam rasuah.

Eksekutif yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang dalam sektor industri, perbankan, peruncitan dan sumber asli.

"Kegiatan penipuan mencatatkan peningkatan dan hal ini tidak berkait di antara polisi ditetapkan dengan pematuhan polisi itu,"kata rakan pengurusan dalam laporan tersebut, Chris Fordham.

Kira-kira 39 peratus mendapati rasuah diamalkan secara meluas di Malaysia, dua kali ganda daripada purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 21 peratus.

Malah, 29 peratus responden mendapati rasuah yang diamalkan di sini meningkat berikutan keadaan ekonomi yang semakin mendesak dan peningkatan dalam persaingan yang merupakan negara ketiga tertinggi dalam kajian itu.

Laporan itu mendapati sewaktu negara di Asia mengenengahkan polisi anti rasuahnya, pendekatan itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.

Kira-kira 40 peratus responden mendedahkan syarikat mereka mempunyai etika anti rasuah dan 35 peratus lagi mengesahkan pegawai atasan mereka menyatakan komitmen terhadap polisi tersebut.

"Kajian juga mendapati risiko rasuah meningkat dalam pasaran negara membangun disebabkan kawalan persekitaran lemah dalam pelaksanaan polisi yang berbeza dengan kerangka kerja pematuhan global," katanya.

Kajian berkenaan turut menunjukkan empat peratus responden bersetuju atau sangat bersetuju di mana bukan sesuatu yang salah menawarkan ganjaran wang dalam perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) membentangkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang salah satunya mengurangkan amalan rasuah. – 27 September, 2013.


P/s: Tahniah!

Lelaki Campak Bayi Minta Hukum MATI

Posted: 27 Sep 2013 04:00 AM PDT



[BH] Beijing: Sebuah mahkamah China menghukum mati seorang bekas banduan kerana menghempas seorang kanak-kanak berusia dua tahun selepas ibu mangsa tidak membenarkannya meletak kenderaan di sebuah petak letak kereta. 

Han Lei, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Rakyat Pertengahan, lapor agensi berita Xinhua, di sini semalam. 

Han dilaporkan memberitahu pendakwa raya Ogos lalu bahawa dia merasa terlalu bersalah dan tertekan sehingga mahu mati, lapor Beijing News ketika itu. 

"Saya menjadi punca bencana kepada kanak-kanak, tolong pastikan saya dijatuhi hukuman mati," akhbar memetiknya sebagai berkata. "Saya tidak mahu hidup lagi." 

Han menarik kanak-kanak hampir berusia tiga tahun dari kereta sorong dan menghempasnya berhampiran sebuah hentian bas di sini Julai lalu. 

Ia berikutan keengganan ibunya memberi laluan kepadanya untuk meletak kereta, lapor media China. - AFP - 27/9/13

Lanjut di sini.

Tukang Rumah Didakwa Rogol Anak Saudara

Posted: 27 Sep 2013 02:00 AM PDT


[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang bapa kepada dua anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas enam pertuduhan merogol anak saudaranya yang ketika itu baru berusia 8 tahun.

Bagaimanapun, tertuduh, 45, yang bekerja sebagai tukang rumah, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak saudaranya yang ketika itu berusia 8 tahun di sebuah rumah di Kampung Jerong Tuan, Marang, antara jam 4 hingga 5 petang, 8 April 2012.

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di alamat dan waktu sama, masing-masing pada 9 April dan 11 April 2012.Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap mangsa sama, sebanyak tiga kali di alamat dan waktu sama masing-masing pada 15 April; 16 April dan 18 April 2012.

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang @ Mamat di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan, Aslam menetapkan 29 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh. - 26/9/13



Isteri Mat Yo Mohon Maaf kepada Rakyat Malaysia. Mengapa Tidak Mohon Maaf kepada Pak Cik Pengawal?

Posted: 26 Sep 2013 11:00 PM PDT


Siti Aisya Nafi Sebar Video, Mohon Orang Ramai Henti Cemuh Suami

[BH] Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

"Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku," kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

"Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

"Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. 

"Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

"Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul," katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.


P/s: Pusinglah macam mana pun, 1Malaysia sudah menonton dan menilai perilaku buruknya.

Persoalannya, mengapa mohon maaf kepada rakyat Malaysia secara umum sedangkan permohonan maaf itu patutnya ditujukan kepada pak cik pengawal di Lapangan Terbang Subang.

Berita berkaitan di sini.



Mat Sabu Perjelas Isu SYIAH

Posted: 26 Sep 2013 08:30 PM PDT


Kepimpinan Ulama dan Unit Amal dari Iran, Kata Mat Sabu

[TMI] Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan Syiah tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini.

Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS.

"Adakah kesemua mereka menjadi Syiah kerana saya membawanya dari Iran. Sudah tentu tidak," katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider sambil bercerita, kurma dari Iran pun dilarang makan kerana takut dituduh Syiah.


Katanya, setiap dua tahun sekali iaitu menjelang muktamar yang ada pemilihan dalam PAS, isu Syiah akan bergema. Kali ini bukan di kalangan PAS sahaja, isu ini juga dimainkan juga oleh pemimpin kerajaan, agensinya dan media yang dikawal mereka.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi salah satu sasaran mereka apabila isu ini dimainkan.

Isu Syiah menjadi sangat hangat apabila perang saudara meletus di Syria dan Iran serta Hizbollah (gerakan Islam di Lubnan) menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad.

Mohamad diserang apabila beliau melawat negara tersebut ketika meletusnya perang saudara di sana.

"Sebenarnya perang di sana adalah agenda perebutan kuasa dan tidak ada kaitan dengan perang antara Sunnah dengan Syiah sebagaimana yang digembar-gemburkan.

"Presiden PAS, Hadi Awang telah menjelaskan perkara ini," katanya kesal dengan apa yang berlaku.

Mohamad menceritakan kembali bagaimana beliau boleh tertarik dengan perjuangan Islam di Iran yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeine.

"Semasa saya belajar di ITM dulu, awal 1970-an, kampus ketika itu dipengaruhi oleh Abim dan PKPIM. Idola kami adalah gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pimpinan Hassan Al-Banna dan Syed Qutb.

"Apabila dunia dikejutkan dengan revolusi Iran pada 1978, saya yang berada dalam Pemuda PAS ketika itu dipimpin Mustafa Ali (sekarang Datuk) dan Haji Subky Latif selaku setiausaha, kami pergi ke sana," katanya.

"Apabila kita melawat Iran di awal revolusi, kami melihat kehebatan ulamanya apabila mereka bercakap hal revolusi dan perjuangan. Kami rasa kagum dengan ketrampilan mereka kerana selama ini di Malaysia, ulama hanya tukang baca doa dan seumpamanya saja," katanya.

Dari situ, apabila pulang, Mohamad dan rakan-rakannya membawa konsep kepimpinan ulama yang diamalkan dalam PAS sekarang.

"Kami bawa usul kepimpinan ulama ini dalam Muktamar Pemuda 1982 di Bukit Mertajam. Selepas diluluskan kami bawa ke Muktamar Pusat dan diluluskan dalam Muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka tahun itu.

"Pada 1983, usul ini dibawa ke dalam Perlembagaan PAS, maka terbentuklah Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS sekarang," katanya.

Sebab itu, katanya, konsep kepimpinan ulama ini bukan datangnya dari Mesir atau Turki, tetapi datangnya dari Iran, kata Mohamad yang cuba mengaitkan ramai pemimpin PAS yang terpengaruh dengan gerakan Islam di Mesir (Ikhwanul Muslimin) dan Turki (AKP pimpinan Tayyib Erdogan dan Saadet pimpinan Necmetin Erbakan).

Mohamad mengimbau kembali bagaimana beliau diseretkan dengan Syiah.

"Orang tuduh saya Syiah kerana saya kagum dengan perjuangan Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah, Lubnan.

"Saya suka dia kerana, bila dia bercakap soal perjuangan, anaknya mati di medan perang melawan Israel ketika umurnya 17 tahun, rumah kena bom hancur berkecai.

"Bila dia cakap Islam dalam keadaan dagang, dia sendiri dagang bila terpaksa bersembunyi ke sana kemari daripada pengeboman dan pembunuhan oleh agen Isreal.

"Maka orang seperti Hasan Nasralah datanglah penghormatan kepadanya dari penyanyi, pemain bola, orang awam, orang Kristian bahkan orang tiada agama menerima kepimpinan Hassan Nasrallah sehingga kain jubahnya itu diambil dan dipakai oleh anak-anak muda dan artis kononnya nak ambil keberkatan... inilah contoh kepimpinan yang saya terima," katanya.

Katanya, kefahaman beliau dan rakan-rakannya ketika itu, kepimpinan ulama ini bukan bermakna semua jawatan dalam PAS mesti dipimpin ulama.

"Kefahaman kita, presiden dan ke bawah boleh di isi sesiapa saja yang layak dan mampu tetapi Majlis Syura Ulama hendaklah di isi oleh orang yang ada latar belakang pendidikan agama secara formal.

"Ini kefahaman kami ketika meletak Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam parti," katanya.

Bagi beliau, pada peringkat awal konsep ini diamalkan, gandingan yang baik berlaku antara Yusof Rawa dengan Datuk Fadzil Noor dan Datuk Fadzil dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kebetulan semuanya dari aliran agama.

"Bagi saya siapa saja boleh pegang presiden dan lain-lain jawatan. Kalau ulama yang mahu memegang jawatan itu, bukan melalui title atau bertenggek atas nama ulama saja, mesti memenuhi syarat kepimpinan," katanya.

Katanya, beliau menerima orang seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Seri Abdul Hadi untuk memimpin PAS kerana kelebihan yang mereka ada.

"Mereka ada kelemahan tetapi kelebihan yang ada pada mereka mengatasi semua yang lain, maka orang seperti itu layak untuk memimpin," katanya.

Beliau berkata, apabila dia dan rakan-rakannya melawat Iran selepas revolusi Iran pada 1978, mereka tertarik dengan gerakan sukarela di sana yang dinamakan Jihad Sizendagi.

Kumpulan inilah yang berjaya membawa keluar rakyat Iran dari buta huruf yang tinggi di samping masalah bekalan elektrik luar bandar yang rendah.

"Bila kita balik, kami ambil semangat itu maka tertubuhlah Unit Amal, bahkan lagu Unit Amal adalah inspirasi dari lagu itu yang dinyanyikan oleh anak muda di sana," katanya yang menjelaskan dari manakah asal usul Unit Amal, badan kebajikan dan kawalan yang sangat berpengaruh dalam PAS sekarang.

Katanya, langkah ini diambil sesuai dengan konsep hikmah dalam Islam iaitu hikmah itu benda yang tercicir dan jika diambil ia akan menjadi hak orang yang mengamalkannya.

"Kita tidak pun menyeru orang mengambil syiahnya tetapi mengambil sistem, cara dan bagaimana mereka boleh gerakkan rakyat menumbangkan satu regim yang zalim," katanya.

Beliau berkata, kunjungannya ke Syria dua tahun lalu dimainkan daripada perspektif mazhab terutama menjelang muktamar kali ini.

"Tahun ini lebih dahsyat bila saya kunjungi Syria sebelum ini. Yang saya jumpa semuanya ahli Sunnah wal Jamaah. Muftinya, Dr Said Ramadhan Albutti, Menteri Wakaf, Menteri Perpaduan... semuanya sunnah... sebenarnya di sana tidak timbul isu Sunni dan Syiah ni, ia adalah pertarungan merebut kuasa," katanya. – 27 September, 2013.



Terpaksa Dikhatan Selepas Kemaluan Bengkak Diikat Getah

Posted: 26 Sep 2013 08:22 PM PDT



[HM] Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas kemaluannya membengkak dan sel kulit rosak akibat diikat dengan getah oleh rakan sekolah selama lebih empat jam.

Akibat kejadian Isnin lalu itu, Aqil Danish Yusri, murid tahun satu sebuah sekolah swasta di Taman Sri Gombak, dekat ini, juga terpaksa dikhatankan doktor bagi 'menyelamatkan' anggota sulitnya. 

Ibu kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai Salina, 35, berkata, pembedahan dilakukan selama lebih dua jam di Hospital Ampang Putri, pagi semalam dan kini anaknya masih berada di bawah pemerhatian doktor.

Menceritakan kejadian itu, Salina berkata, kira-kira jam 5 petang Isnin lalu Aqil Danish pulang dari sekolah ke rumah mereka di Tamn Sri Gombak seperti biasa, namun dia mendapati anaknya itu tidak bermaya dan kerap ke tandas.

AQIL Danish terpaksa dibedah bagi menyelamatkan anggota sulitnya.

"Pelik dengan sikapnya, saya bertanya sama ada dia sakit atau demam, namun Aqil hanya memberitahu dia berasa seperti hendak demam," katanya ketika ditemui, semalam. - 27/9/13



Nazri Jr 'Beli Banglo RM7juta', Nazri Sr: "Bukan masalah saya."

Posted: 26 Sep 2013 07:53 PM PDT


[MK] Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri.

Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta.

"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?"

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim. 

Penyelaras NGO itu Badrul Hisham Shaharin  berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli hartanah itu "amat meragukan". 27/9/13


Berkaitan:

Beli banglo RM7 juta, SAMM desak Nazri Aziz dedah kewangan anaknya

[KD] Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memperolehi dokumen mengenai milikan harta kekayaan anggota keluarga dan individu – individu rapat dengan beberapa orang Menteri Kabinet kira – kira sebulan yang lalu oleh pihak yang tidak dikenali. Setelah diteliti diyakini beberapa dokumen tersebut ada kesahihannya dan SAMM tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan pertembungan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu.

Mengenepikan sentimen mengapa pemberi maklumat menyalurkan maklumat itu dan niat politiknya tetapi atas keinsafan mempertahankan kepentingan rakyat maka SAMM secara berperingkat akan menyiarkan dokumen dokumen tersebut sebagai persoalan untuk dijawab oleh Menteri terbabit.

Dokumen yang pertama ialah berkenaan pembelian sebuah banglow bernilai RM 7,242,555.07 yang dikaitkan dengan seorang yang bernama Mohamed Nedim B. Mohamed Nazri. Diperiksa dia ialah anak seorang menteri kabinet.

Bagi anak yang sangat muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, adalah amat meragukan dari sudut kemampuan. Bagaimana anak menteri ini punya kemampuan untuk membeli banglow dengan harga yang sedemikian tinggi?

Maka perbagai persoalan muncul. Ini bukan tuduhan tetapi sebagai seorang Menteri sudah tentu rakyat berhak bertanya kepada Nazri mengenai banglow anaknya ini.

Bagaimana anaknya dapat membeli banglow ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri?

Nasib kita sebagai rakyat biasa, untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli kereta kancil atau rumah kos rendah pun bagai nak gila memanjat tangga dari bank ke bank bagai mengemis.

Semua persoalan ini juga seharusnya membawa kepada Jabatan Hasil dalam Negeri dan individu tersebut harus dipanggil untuk diteliti milikan sebenar pendapatannya. Juga melalui sumber rekod Jabatan Hasil Dalam Negeri ada terdapat keraguan bagaimana dia mampu memiliki kediaman mewah bernilai tinggi dengan pendapatan yang diistiharkan.

Menarik juga dilihat dari dokumen yang diperolehi ialah bagaimana dalam proses membeli rumah mewah ini pembeli menikmati diskaun RM500,9444.08 (-7%) selaku bumiputera. Orang biasa termasuk pimpinan Umno diperingkat cawangan yang gila–gila mempertahankan Umno ada yang hanya menikmati diskaun tak sampai RM10,000 atas nama bumiputera ketika membeli rumah kerana itulah sahaja kemampuan kita orang biasa – biasa.

Melalui kenyataan ini SAMM bagi pihak anak muda Malaysia yang bergelut dengan peningkatan kos hidup dan dihimpit perbagai masalah kewangan menuntut untuk Nazri tampil dan menjawab. Anaknya ini juga yang satu ketika dahulu pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli berkenaan menggunakan kenderaan mewah milik seorang jutawan dengan siap pengawal peribadi.

Berkenaan perkara ini kami mempunya dokumen sebut harga, perjanjian dan gambar aset tersebut. Sekali lagi kami tegaskan ini bukan tuduhan tetapi persoalan yang perlu dijelaskan.

Selain itu berkenaan individu terbabit kami punya beberapa dokumen lain yang akan kami bangkitkan persoalanya dalam berperingkat. Kami juga dalam proses penelitian peringkat akhir beberapa dokumen lain yang mengaitkan anggota Kabinet yang lain.

Sekian.

Che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Tiada ulasan: