Jumaat, 27 September 2013

Biaqpila

Biaqpila


GEMPAQ!!! BANGUNAN TABUNG HAJI TUMBANG

Posted: 27 Sep 2013 09:14 AM PDT

Info terkini:
bangunan tabung haji di kuala lumpur di sah kan tumbang pd jam 3 ptg tadi,punca msh belum dikethui.. jumlah mangsa masih dlm siasatan tq




KAH! KAH! KAH!
INI SEMUA KHABAQ ANGIN
MAT MASLAN KATA INI BUKAN TUMBANG
INI CUMA PENURUNAN KE TANAH
KAH! KAH! KAH!

LIVE PIALA MALAYSIA: PAHANG VS PKNS FC

Posted: 27 Sep 2013 05:45 AM PDT

KEGAGALAN FAM KOMERSIL LIGA TEMPATAN HARUS JADI PERSOALAN PENTING

Posted: 27 Sep 2013 05:00 AM PDT


Kenyataan Media
27 September 2013

Red Giants: Kegagalan FAM Komersil Liga Domestik Harus Jadi Persoalan Lebih Penting


Pasukan Selangor atau dikenali sebagai The Red Giant merupakan sebuah pasukan yangevergreen dan digeruni lawan sepanjang masa dalam kancah bolasepak tempatan. Tidak dinafikan, perkembangan yang baik dalam pembangunan bolasepak pasukan Selangor seharusnya diberi perhatian.

Namun sebagai anak muda progressif, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor menggesa semua pihak yang saban hari mengkritik dasar kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim dalam sudut pembangunan sukan supaya lebih proaktif dan positif.

SAMM Selangor difahamkan kerajaan negeri telah menyumbang lebih 7 juta setahun untuk pembangunan sukan bolasepak negeri. Jumlah bantuan tersebut adalah yang tertinggi berbanding negeri lain. Apakah bantuan sebanyak lebih RM 7 juta setahun tidak memadai?

SAMM Selangor percaya kerajaan negeri telah memberikan sokongan yang besar namun perlu diingat bahawa sukan bolasepak seharusnya lebih bertenaga dengan tajaan syarikat besar dalam negara. Pihak yang mengkritik harus meneliti apakah sebabnya bolasepak tempatan kurang mendapat tajaan yang besar sehingga memaksa kerajaan negeri dilihat 'wajib' menjadi penaja utama.

SAMM Selangor melihat FAM sebagai satu badan yang gagal membawa bolasepak tanahair ke tahap komersial yang tinggi. FAM perlu dirombak dan diberi nafas baru maka bolasepak tempatan akan berpotensi untuk lebih bersinar seterusnya mendapat sokongan besar dari syarikat gergasi dan menarik minat lebih ramai pelabur.

Kegagalan FAM dalam menerajui bolasepak tempatan ke arah liga domestik yang lebih berkualiti, malah dengan pasukan kebangsaan yang semakin merundum seharusnya menjadi persoalan lebih penting. Liga domestik berada di tangga tercorot dengan katogeri liga kelas D menyebabkan syarikat gergasi dan pelabur berkira-kira untuk menjadi penaja.

Maka SAMM Selangor turut menegaskan sesuatu perlu dilakukan demi menjamin liga domestik yang lebih berkualiti, dan rombakkan FAM itu bukanlah perkara yang mustahil.

Dari satu sudut, pelaburan besar-besaran dari pihak kerajaan negeri tidak semestinya akan membawa hasil lumayan. Pasukan negeri Melaka sebagai contoh, telah dilaburkan jutaan ringgit tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Ia merubah menjadi satu pembaziran.

SAMM Selangor meminta agar semua pihak lebih memikirkan bagaimana dana peruntukkan kerajaan negeri dibelanjakan dengan manfaat terbaik terhadap rakyat tanpa mengabaikan perkembangan sukan di peringkat negeri. Kebajikan rakyat adalah keutamaan dan tidaklah perlu menggadai negeri hanya semata-mata untuk sebuah pasukan bolasepak yang kuat. Berbelanja biarlah dengan berpada-pada, RM 7 juta setahun yang diperuntukkan itu sudah lebih dari mencukupi dalam aspek bantuan kerajaan negeri.

SAMM Selangor juga menggesa kepada semua penyokong agar tidak hanya 'bising' ketika pasukan negeri tidak berada di puncak prestasi, tetapi memberikan sokongan tanpa belah bahagi walau di mana pun kedudukan pasukan negeri.

Azhar Achil
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

GAMBAR IBU DIGILIS LORI DI DEPAN SEKOLAH

Posted: 27 Sep 2013 12:00 AM PDT



Rutin harian seorang ibu mengambil anaknya pulang dari sekolah bertukar tragedi setelah dia maut digilis lori di Jalan Tanah Lapang, Sentul di sini hari ini.

Lebih menyayat hati, kejadian kira-kira 2.15 petang itu berlaku hanya beberapa meter dari pintu pagar sekolah anaknya itu dan mayat mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, pula terputus dua dari paras pinggang.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah lori konkrit hingga menyebabkan motosikal itu hilang kawalan lalu terjatuh.

"Mangsa yang terjatuh di jalan raya digilis tayar bahagian belakang lori terbabit dan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdullah, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya.

Difahamkan, pemandu lori terbabit merupakan warga Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Siti Rohani yang berasal dari Temerloh, Pahang merupakan isteri kepada seorang anggota polis berpangkat koperal dari Bahagian Risikan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan akan dikebumikan di kampungnya.















10 SOLAT YANG TAK DITERIMA ALLAH

Posted: 26 Sep 2013 09:00 PM PDT



Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara sholat, maka sholat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara sholat, maka sesungguhnya sholat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa: "10 orang sholatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t, antaranya:

1. Orang lelaki yang sholat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan sholat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang sholatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Barangsiapa yang sholatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya sholatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata: "Kalau sholat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan sholat. Dan pada hari kiamat nanti sholatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Wallahu'alam...


sumber


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

NAJIB BIKIN MALU

Posted: 26 Sep 2013 06:00 PM PDT

Gara-gara terlalu ghairah bergambar Najib malukan Malaysia





Gara-gara terlalu ghairah bergambar dgn CEO Facebook, Mark Zuckerberg, Najib tersilap mengatakan Mark sebagai CEO Twitter.

Padahal CEO Twitter sebenarnya Dick Costolo..

Samada beliau memang tersilap atau langsung tidak mengetahui siapa CEO Facebook dan siapa pula CEO Twitter hanya belaiu yang mengetahui..

Kesilapannya itu telah dipermainkan oleh ramai pengikut Twitternya..

Ramai antara mereka telah retweet apa yang dnyatakan Najib itu dengan mempersoalkan apakejadahnya CEO Facebook berada di HQ Twitter?


Antara tweet dari pengikutnya..

Mr. SGAG ‏- @NajibRazak Did you also meet Bill Gates at Apple HQ?

not typical ‏- @AskAaronLee @NajibRazak Quite a joke isn't he. Mentioning Facebook's main rival

Lim Yung-Hui - Zuck at Twitter HQ? "@NajibRazak: Had a good chat yesterday with Mark Zuckerberg at Twitter HQ.

Laurel Papworth - @AskAaronLee I know, but funny and cute :) Like a "dad" mistake :P @NajibRazak

Aaron Lee ‏- @SilkCharm and i am like his embarrassed son. lol @NajibRazak

Mr. SGAG ‏- @NajibRazak Did you also have a good chat with Steve Jobs at iHeaven? #MacDaddy

Setelah kenyataannya itu dipermainkan oleh ramai pengikut Twitternya, 40 minit kemudiannya, Najib mengakui kesilapannya itu.

Dan nak cover malu punya pasal Najib memuatnaik gambar beliau dengan CEO Facebook sekali lagi..





Hmmm... adakah Najib orang yang dimaksudkan oleh Mahathir di ( SINI )..?

ASD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Tiada ulasan: