DUNIACACAMARBA |
- Lelaki Lacurkan Sepupu Bawah Umur
- Sekumpulan Mat Rempit Mengamuk dan Samun Orang Awam
- Pemilihan UMNO: Calon MT Dakwa Dipukul
- Budak 13 Tahun Kemaruk Seks, Antara "Perogol"nya Berusia 12 Tahun
Lelaki Lacurkan Sepupu Bawah Umur Posted: 23 Sep 2013 12:10 AM PDT
[HM] Kuala Lumpur: Akibat diperdaya sepupu yang kononnya ingin membantu mendapatkan pekerjaan di sebuah kilang di ibu kota dengan gaji menjangkau RM3,000 sebulan, seorang gadis berusia 16 tahun akhirnya terhumban ke lembah pelacuran. Mujur, selepas hanya seminggu dipaksa melayani puluhan lelaki di sebuah premis di Jalan Raja Laut di sini, mangsa meloloskan diri Jumaat lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini. Sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Pahang datang ke ibu negara pada 13 September lalu selepas terpedaya dengan helah sepupunya yang berusia 30-an. "Hakikatnya, lelaki itu sebenarnya bapa ayam dan dia membawa mangsa ke rumah kedai di Jalan Raja Laut, sebelum memaksa gadis itu melayani puluhan lelaki di bilik di premis berkenaan. "Pada mulanya mangsa enggan berbuat demikian namun dia dipukul lelaki terbabit tanpa belas kasihan. Tambah keji, suspek turut memaksanya mengambil dadah. "Sejak 13 September lalu, mangsa dilaporkan menunggu peluang meloloskan diri, namun dia hanya berkesempatan berbuat demikian jam 8 malam, Jumaat lalu 20 September lalu," katanya. Menurutnya, ketika itu suspek tiada di rumah berkenaan selepas menyerahkan mangsa kepada seorang lelaki untuk dilanggani. "Mendapati suspek tiada di rumah, mangsa melarikan diri sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya. Dalam laporannya, mangsa mendakwa dipaksa melayani puluhan lelaki dan jika tidak, dia dipukul selain dipaksa mengambil dadah oleh sepupunya itu. Mangsa juga mendakwa, kad pengenalan dan telefon bimbit miliknya turut disimpan suspek bagi mengelakkannya melarikan diri. Harian Metro difahamkan, suspek kini menghilangkan diri dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian. - 23/9/13 | ||
Sekumpulan Mat Rempit Mengamuk dan Samun Orang Awam Posted: 22 Sep 2013 08:28 PM PDT Mat Rempit Bikin Binasa [HM] Pasir Gudang: "Saya sangka mereka nak sama-sama menonton perlawanan bola sepak di televisyen, tapi terkejut apabila seorang daripada mereka menjerit 'serang' diikuti puluhan lelaki meluru bersenjatakan parang, pedang samurai, kayu dan besi." Demikian kata Ed Baela Muhalajah, 30, seorang daripada mangsa serangan sekumpulan 100 mat rempit yang menunggang 50 motosikal di bilik gerakan UMNO Taman Air Biru, di sini, malam kelmarin. Kumpulan samseng jalan raya itu kemudiannya turut menyerang sebuah restoran mamak, mencederakan seorang orang awam dan menyamun seorang gadis di luar sebuah restoran makanan segera di sekitar Taman Air Biru. Ed Baela yang juga Ketua UMNO cawangan Taman Air Biru, Jalan Perjiran 9, di sini, berkata, kejadian serangan itu berlaku kira-kira jam 10.15 malam. SEORANG penduduk menunjukkan keadaan keretanya yang diserang. Menurutnya, ketika itu dia bersama sekumpulan penduduk menyaksikan perlawanan bola sepak menerusi skrin televisyen membabitkan saingan Liga Malaysia antara Johor Darul Takzim (JDT) dengan Selangor PKNS. Penduduk Tahan, Pukul Mat Rempit [HM] Pasir Gudang: Amukan 100 mat rempit menaiki 50 motosikal di beberapa lokasi sekitar Taman Air Biru, di sini, berlarutan 45 minit antara jam 10.15 malam hingga 11 malam kelmarin. Selepas menyerang penduduk yang menonton bola sepak di bilik gerakan UMNO Taman Air Biru jam 10.15 malam, mereka yang bersenjatakan pedang samurai, parang, kayu dan besi mengamuk pula di sebuah restoran mamak. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Miswan, 40-an, berkata, dia sedang makan di dalam restoran mamak itu. "Kumpulan itu tiba-tiba muncul dan merosakkan meja menyebabkan pelanggan lari," katanya. Menurutnya, penyerang terbabit meninggalkan restoran mamak dan ketika lalu di depan sebuah restoran makanan segera, mereka menyamun seorang remaja. Pengurus restoran makanan segera itu yang mahu dikenali sebagai Wati, 32, berkata, ketika itu dia berada di luar restoran dan sempat lari menyelamatkan diri dengan memasuki restoran dan mengunci pintu. Ketika dalam perjalanan meninggalkan kawasan itu, kumpulan mat rempit menghalang seorang penunggang motosikal, Khairul Aizad Sulaiman, 25, yang menghala ke Taman Bukit Dahlia di simpang empat kawasan Taman Air Biru dan menetak tangannya pada jam 11 malam. Menurut Khairul Aizad, mereka menghalang dan menetak tangannya menggunakan senjata tajam. "Selepas menetak saya tanpa sebab, mereka melarikan diri," katanya yang menerima dua jahitan di tangan. Difahamkan, seorang daripada mat rempit yang melakukan serangan itu ditahan dan cedera dipukul penduduk selepas suspek terjatuh daripada motosikalnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin berkata, pihaknya menerima 15 laporan penduduk di sekitar Pasir Gudang mengenai serangan terbabit. Berikutan itu, katanya, polis menahan seorang suspek di sekitar Pasir Gudang beberapa jam selepas kejadian dan masih menjalankan siasatan bagi memberkas suspek lain. "Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kami sedang mendapatkan maklumat dan yakin dapat memberkas semua suspek lain," katanya ketika dihubungi semalam. -23/9/13 | ||
Pemilihan UMNO: Calon MT Dakwa Dipukul Posted: 22 Sep 2013 07:31 PM PDT [SH] SHAH ALAM - Seorang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini mendedahkan kisah sebenar berhubung dakwaan beliau dipukul seorang lelaki ketika menghantar borang pencalonan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Mohd Ariff Abdul Aziz, 57, yang merupakan calon ke-24 MT itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 2 petang ketika beliau berjalan kaki menuju ke PWTC untuk menghantar borang pencalonan Ketua Bahagian Titiwangsa. Menurutnya, borang pencalonan MT berjaya diserahkan pada sebelah pagi, manakala borang ketua bahagian mahu diserahkan di sebelah petang. "Saya dicekik, ditendang dan pukul di dada, ketika itu saya sedang berjalan dari Wisma Perkim menuju ke Dewan Tun Razak, PWTC untuk hantar borang calon Ketua Bahagian Titiwangsa. "Lelaki tersebut mengugut saya supaya tidak bertanding di kawasan tersebut bagi memastikan calon di kawasan itu menang tanpa bertanding. Keadaan ini berlaku di hadapan ramai ahli Umno yang ingin menghantar borang," katanya kepada Sinar Harian. Ketua Umno Cawangan Kompleks Pejabat Jalan Gurney itu berkata, selepas kejadian itu beliau terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). "Selepas membuat laporan dan mendapatkan rawatan, saya kembali untuk meneruskan hasrat menghantar borang tetapi dihalang oleh empat orang," katanya. Sementara itu, Datuk Johari Abdul Ghani menafikan dakwaan pihaknya terlibat dalam usaha untuk menghalang seseorang daripada bertanding jawatan Ketua Bahagian Titiwangsa yang dimenanginya tanpa bertanding semalam. "Bila tiada orang nak lawan saya, jadi mereka reka cerita ada orang kena pukul. Saya rasa ini satu usaha untuk jatuhkan saya. "Saya bukan orang seperti itu, siapa lakukan perkara seperti ini, kita akan pastikan mereka kena pecat daripada Umno," katanya. - 22/9/13 | ||
Budak 13 Tahun Kemaruk Seks, Antara "Perogol"nya Berusia 12 Tahun Posted: 22 Sep 2013 06:06 PM PDT
Menipu Demi Seks [SH] Kuala Kubu Bharu - Gara-gara kemaruk seks, seorang pelajar 13 tahun sanggup menipu ahli keluarganya dengan alasan mahu bermalam di rumah rakan, sebaliknya dia menuju ke sebuah surau menanti lapan lelaki untuk menidurinya. Walaupun diperlakukan seperti pelacur, pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah, masih tidak kesal dengan perbuatannya dan cuba menyembunyikan daripada keluarga. Bagaimanapun perkara itu dihidu seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan surau dan ternampak remaja itu membersihkan pakaiannya. Setelah mendapat tahu perkara sebenar, lelaki terbabit yang tinggal di perumahan dalam bandar itu menyampaikan hal tersebut ke pengetahuan keluarga gadis tersebut sebelum laporan polis dibuat. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pelajar perempuan terbabit dilaporkan sering ponteng sekolah dan kurang mendapat perhatian keluarganya. Menurutnya, ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya sudah kembali ke Indonesia dan kedua-duanya sudah berkahwin lain. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada pagi 20 September lalu di sebuah rumah kosong kira-kira 100 meter dari surau berkenaan. "Pelajar itu dilaporkan ponteng sekolah pada 19 September dan tidak pulang ke rumah sebaliknya tidur di surau dalam taman perumahan di bandar itu. "Sebaik perempuan itu sedar keesokannya, rakan-rakan lelakinya sudah menunggu sebelum mengikuti mereka ke sebuah rumah kosong," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Menurutnya, bertindak atas laporan keluarga mangsa, polis menangkap kelapan-lapan suspek dan direman untuk siasatan lanjut. "Enam suspek berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun. "Pelajar perempuan tersebut dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat berkait rogol kerana mangsa masih di bawah umur," katanya. - 23/9/13 P/s: Apa nak jadi???? |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan