Isnin, 23 September 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim dan Janji Manisnya...

Posted: 23 Sep 2013 05:29 AM PDT

http://no2azeezrahim.blogspot.com/



Selaku Pengerusi Idiqa Holding Sdn Bhd, Azeez telah membelanjakan 18.15juta bagi membayar pendahuluan pampasan kepada 363 bekas peneroka tersebut yang berjumlah RM50,000 seorang.

Umum semua maklum yang mana Azeez Rahim mula memegang jawatan sekalu Ketua UMNO Bahagian Baling pada November 2008. Jika dihitung sehingga sekarang, sudah mengjangkau setahun lima bulan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Baling disandang oleh Azeez Rahim. Rata-rata janji-janji Azeez Rahim kepada penduduk di Baling masih samar-samar. Jika ingin dirungkaikan janji-janji Azeez ini mungkin seminggu pon tidak habis di cakap.

Berikut adalah beberapa janji-janji Azeez Rahim yang cukup menjadikan Azeez Rahim cukup dimarahi oleh orang UMNO sendiri:

1) Membina Banggunan Baru 7 tingkat UMNO Bahagian Baling.

2) Member elaun kepada Semua Ketua Cawangan yang bukan JKKKP sebanyak RM450 sebulan.

3) Membawa semua Ketua Cawangan menunaikan Haji.

 4)Membawa semua Ketua Cawangan menunaikan Haji.

( janji ini sudah sebanyak 2 kali katanya)

5) Membawa Semua Ketua Cawangan menunaikan Umrah.

6) Membina Kawasan Perindustrian untuk anak-anak Baling bekerja.

7) Membina Universiti Pertanian di Baling.

Banyak lagi janji-janji Azeez Rahim yang terus membelenggu Masyarakat Baling. Jika Azeez Rahim ikhlas dalam membantu masyarakat di Baling, dimana janji-janji Azeez ini semua. Berapa juta yang dia ikhlas laburkan di Baling untuk pembanggunan Baling? Apa yang Azeez Rahim lakukan hanyalah kerana untuk menaikkan namaya sahaja di mata DS Najib Tun Razak. Di Baling hanyalah bantuan beras sepeket, gula sekilo, kopi saja yg selalu disumbang di Daerah Baling bagi membantu org-org di sini. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan..

Dek kerana ingin menonjolkan diri kepada DS Najib Tun Abd RAzak, Azeez Rahim bersungguh-sungguh membantu sehingga Rm18.15juta dihabiskan dek kerana ORANG LUAR dalam tempoh 9 hari sahaja. Janji-janji di Baling hanya janji tinggal janji. Beterpatan dengan slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan telah menjadi Rakyat Luar Didahulukan Rakyat Baling Diperbodohkan.

Selepas ini pencacai-pencacai Azeez Rahim di Baling akan memuji Azeez Rahim tinggi-tinggi kerana Azeez Rahim membantu ORANG LUAR. JTAR mencabar pencacai-pencacai Azeez Rahim cuba mendesak Azeez Rahim melunaskan janji-janjinya di Baling dalam tempoh 10 hari. Di depan DS Najib, Azeez boleh laksanakan kenapa tidak di belakang DS Najib?

Wanita ditembak ketika sedang tidur

Posted: 23 Sep 2013 05:12 AM PDT

KUANTAN - Seorang wanita cedera di tapak kaki kiri dipercayai ditembak dengan senjata api di rumahnya di Sungai Ular, Balok dekat sini awal pagi semalam.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Aziz Ahmad berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam semasa mangsa yang berumur 37 tahun sedang nyenyak tidur bersama anak lelakinya berusia sembilan tahun manakala tiga lagi anaknya tidur di bilik berasingan.
  
Katanya mangsa yang hamil empat bulan dan bekerja sebagai tukang cuci itu hanya tersedar daripada tidur selepas berasa sakit di tapak kaki kirinya.
  
"Mangsa yang mendapati kakinya berdarah itu segera menghubungi suaminya berusia 47 tahun yang bekerja sendiri dan kebetulan tiada di rumah semasa kejadian untuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
  
"Susulan rawatan kira-kira jam 2 pagi semalam, pegawai perubatan mengesahkan tapak kaki mangsa cedera akibat ditembak dengan senjata api. Mangsa hanya membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata polis bergegas ke rumah mangsa pagi tadi dan siasatan awal mendapati percikan serbuk belerang timah dipercayai kesan tembakan itu juga ditemui.
  
"Selain itu satu lubang dipercayai bekas tembakan turut ditemui menembusi dinding papan bawah tingkap di bilik mangsa," katanya.
  
Kata Aziz polis masih lagi menyiasat motif kejadian terbabit sama ada cubaan membunuh atau menyamun mangsa.
  
"Mangsa kini dalam keadaan stabil namun masih trauma dengan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,' katanya.
  
Sementara itu adik lelaki mangsa berkata kakaknya berada dalam keadaan stabil dan kini masih dirawat di HTAA.  - Bernama

Hanya 0.45 peratus banduan kembali ke penjara

Posted: 23 Sep 2013 04:24 AM PDT


Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan mengesahkan kejayaan program Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) apabila jumlah kemasukan berulang ke penjara hanya 0.45 peratus.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kejayaan itu turut menjimatkan kos di mana kerajaan tidak perlu lagi membina penjara baru.

"Setakat semalam, jumlah banduan yang telah keluar 2664 dan jumlah kemasukan berulang hanya 0.45%.

"Ini satu kejayaan dalam usaha kita nak memastikan kepelbagaian kemahiran kepada banduan-banduan ini.

"Kerajaan tidak lagi perlu membina penjara baru yang menelan belanja antara RM50 juta hingga RM60juta," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Melalui inisiatif PPP ini, banduan diberi latihan dan kemahiran untuk dapat hidup berdikari serta menyumbang kepada peningkatan sosio ekonomi.

Mengulas lanjut soal kejayaan itu, beliau menyifatkan kini negara berada dalam landasan terbaik.

"Saya rasa fakta angka ini membuktikan kita berada di landasan terbaik.

"Ini adalah keputusan kepada rehabilitasi yang dijalankan yang memberikan mereka kemahiran supaya mereka boleh masuk ke dalam masyarakat," katanya.

MB: Rakyat Selangor nikmati air percuma 10 tahun lagi

Posted: 23 Sep 2013 04:12 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Rakyat negeri Selangor akan terus menikmati pemberian 20 meter padu air percuma untuk tempoh 10 tahun akan datang, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jaminan itu dinyatakan Khalid ketika berucap pada Majlis Dialog Belanjawan 2014, di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya hari ini.

Menurutnya, jika penstrukturan air di Selangor berjaya dilaksanakan, maka susidi air percuma itu akan diteruskan kepada tempoh yang lebih panjang.

MB

"Penyusunan semula industri air ketika ini ada nampak cahaya di hujungnya tetapi masih belum selesai dan kita akan meneruskan program subsidi ini untuk tempoh 10 tahun akan datang.

"Kita harap dapat selesaikannya kerana kita tidak mahu aset yang paling penting untuk rakyat ini diuruskan oleh pihak yang tiada kepakaran," katanya dipetik Selangorku.

Sebelum ini, Khalid memberitahu penyusunan itu akan diselesaikan sebelum 31 Disember depan selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air (Wasia) 2006.

Perkara berkenaan diputuskan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam surat bertarikh 9 September lalu.

Khalid turut memaklumkan penstrukturan itu akan memberi kemampuan kepada Kerajaan Negeri untuk menjelaskan hutang kira-kira RM1 bilion kepada Kerajaan Pusat.

"Selepas hutang itu diselesaikan, hutang Kerajaan Negeri hanya tinggal tidak lebih RM200 juta.

"Jadi oleh kerana rizab negeri ketika ini sebanyak RM3 bilion, jadi negeri Selangor tidak perlu meminta sedekah lagi, dengan ini kita dapat melaksanakan pembangunan negeri dengan baik," katanya.

Dasar Umno BN hanya kayakan anak, kroni – Anwar

Posted: 23 Sep 2013 04:10 AM PDT

Oleh Nazar Hashim

KUALA LUMPUR: Dasar Umno Barisan Nasional hanya mementingkan anak dan kroni dan bukan membantu bumiputera yang miskin, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Pakatan Rakyat termasuk DAP sebelum ini menyokong hak keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

SONY DSC

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

Najib turut mengumumkan pakej bernilai RM30 bilion, serta penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.

"Kita tidak pernah menyangkal hak dan kedudukan tersebut. Namun begitu apa yang kita tentang ialah keistimewaan yang diberikan kepada kumpulan Melayu yang kaya menjadi semakin kaya serta berbilion dianugerahkan kepada anak Menteri," kata Anwar.

"Sokongan kita berikan sekiranya kekayaan ini diberikan kepada orang Melayu yang miskin untuk menaikkan taraf hidup dan menseimbangkan kedudukan ekonomi masyarakat yang ketara jurang perbezaannya. Bukannya untuk mengkayakan anak sendiri," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis Himpunan Kepedulian Kemanusiaan Global yang diadakan di Yayasan An-Nadhoh, Penanti, Pulau Pinang 16 September lalu.

Anwar berkata, kerajaan harus mengubah dasar yang hanya memberi bantuan kepada kroni dan kenalan yang menyebabkan jurang kekayaan semakin melebar.

Abdul Hadi ikhtiraf golongan profesioal

Posted: 23 Sep 2013 04:08 AM PDT

MSO

Sebenarnya saya lebih suka kalau ahli-ahli Pas tidak dipecahkan kepada dua 'mazhab' atau puak yang berlandaskan kepada latar belakang pendidikan ataupun perwatakan diri, ataupun apa-apa kriteria seperti apa yang disebut sekarang ini, sepuak golongan ulamak dan sepuak lagi golongan profesional.

Abdul Hadi Awang
Sebab itu apabila media massa PB menyandarkan profesional sebagai nama perdana menteri Turki, Tayib Erdogan saya tidak kerap menggunakannya, saya lebih selesa menyebut mereka ini prolib - profesional liberal. Sebab jika dihaluri ada perbezaan di antara watak-watak profesional dalam Pas dengan Erdogan.

Istilah diguna pakai oleh Dr Mujahid Yusof Rawa saya rasakan lebih tepat, lunak dan jelas. Beliau menamakan dua kumpulan yang 'dipisahkan' itu sebagai konservetif dan modern. Koservetif mereka yang ingin mengekalkan beberapa ciri-ciri atau pegangan berpersatuan lama di dalam Pas yang dilihat perlu kepada perubahan. Manakala yang modern yang ingin merubah yang konservetif itu agar lebih progresif dan dinamik lagi.

Saya kira perwujudan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang diuruskan Mujahid itu adalah langkah ke arah memodenkan (dinamik) Pas sejajar dengan kehendak semasa. Saya tidak setuju dengan perwujudan DHPP kerana melihat kesan jangka panjangnya tetapi akhirnya ia tidak dapat mengelak kepada perwujudannya kalau Pas ingin berjaya.

Sebaik-baiknya tidak ada penduaan (faraq) ahli dan pemimpin didalam Pas.

Suka di sini saya menarik perhatian kepada penjelasan atau seruan Presiden Pas Abdul Hadi Awang terhadap golongan yang dikatakan profesional atau pun moden tadi. Abdul Hadi juga turut sama menggunakan istilah berkenaan, profesional dan ulamak. Menurutnya golongan profesional besar jasanya dalam menubuhkan Pas sehinggakan mungkin kalau tidak ada mereka (profesional) Pas tidak wujud (sistemetik) seperti hari ini.

Lantas beliau menyebut Yang diPertua Pas Dr Alias Abbas adalah antara orang yang berusaha untuk mendaftarkan Pas. Turut sama berperanan ialah Prof Ahmad Ibrahim, Ungku Omar dan Aminuddin Baki. Ertinya golongan profesional inilah yang menjadi tuan hak milik kepada Pas sebagai sebuah badan siasah.

Kenapa Abdul Hadi membawa cerita itu, mengimbau balik ke belakang kepada sejarah penubuhan Pas? Tentu ia ada motif tersendiri. Yang jelasnya presiden Pas itu mengikhtiraf peranan dan kewujudan golongan profesional dalam mengangkat martabat Pas sebagai badan politik. Dalam erti kata lain semua pihak tidak kira apa aliran fahaman dan latar belakang didalam Pas harus menerima golongan cerdik pandai atau 'albab' itu.

Tegasnya, kalau Pas ingin menjadi kerajaan mestilah memiliki kemahiran mengenai hukum hakam dan kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu yang dimiliki oleh profesional. Penegasan itu menjelaskan presiden faham peri pentingnya kedua-dua golongan bahkan golongan-golongan picisan lain berada dalam Pas perlu dihormati kehadiran mereka.

Memang akhir-akhir ini ada kecenderungan cuba memisah atau memecahkan ahli Pas kepada dua aliran, baik dinamakan konservetif atau moden, ulamak atau profesional atau sebagainya. Gejala ini ini membahayakan Pas kerana apabila kedua-dua pihak berpegang kepada kumpulan mereka apa lagi kalau sudah ada tuduh menuduh akhirnya Pas akan terpisah kepada dua firkah. Saya tidak pasti apakah matlamat usaha pemisahan ini apakah ingin memonopoli Pas atau apa? Sedangkan kedua golongan ini boleh diibaratkan tangan kanan dan tangan kiri dimana tanpa salah satunya cacatlah Pas.

Sebagai presiden Abdul Hadi nampak perkara ini sebab itu beliau membawa pemerhatian ahli Pas semua kepada sejarah lampau dengan harapan tidak ada persepsi buruk atau meletakkan golongan profesional tersudut dalam jemaah Pas hanya semata-mata kerana nama Pas itu sebagai parti Islam. Kena faham bila ada profesional maka akan ada golongan lain yang bertentangan di antara satu sama lain. Pertengangan atau pemecahan itulah yang dikehendaki musuh Pas. Kata buya Hamka dalam sebuah serikata nasyib, perbalahan meruntuhkan kekuatan.

Seruan Abdul Hadi agar ahli-ahli parti tidak terikut dengan pemisahan itu hendaklah dijadikan azimat kepada setiap ahli Pas. Mungkin latar belakang atau perwatakan serta budaya boleh dipersoalkan kerana manusia ada hak membuat pentafsiran, tetapi jangan sesekali mempertikaikan kealiman dan akidah sesama ahli Pas kerana itu sudah sampai ke tahap melampau.

Mudah-mudahan selepas ini ahli dan penyokong Pas tidak akan menjarakkan saf mereka dengan menganggap diri aku golongan ini dan dirimu golong itu. Pas perlu melawan musuhnya secara bersama umpama sekawan harimau yang sama-sama meratah daging buruan tanpa mengira siapa yang menangkap dan menjatuhkan dahulu mangsa itu. Persepakatan dan persepuakan Pas laksana sekawan harimau di hadapan hidangan itulah sangat diperlu

KDN: 92 penjenayah ditembak mati

Posted: 23 Sep 2013 04:05 AM PDT


Ahmad Zahid Hamidi  
Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Seramai 92 penjenayah telah ditembak mati sejak 2011 sehingga Ogos 2013, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Daripada jumlah itu, 56 orang adalah warganegara Malaysia dan selebihnya dari Indonesia, Myanmar serta Nigeria.

Beliau  menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him secara bertulis pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Tong Him menuntut penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung jumlah kes anggota polis menembak mati individu ketika menjalankan penguatkuasaan dan penangkapan bagi tahun 2011 hingga 2013.

Menurutnya, pihak polis tidak sewenang-wenangnya melepaskan tembakan dalam menjalankan tugas.

"PDRM sentiasa mengingatkan semua anggotanya agar mengambil langkah-langkah keselamatan diri dan juga limitasi kuasa semasa menggunakan senjata api.

"Kadangkala terdapat tindak balas daripada penjenayah yang mana pertembungan ini membawa kepada kejadian tembak menembak atau diserang dengan senjata yang berbahaya hingga menyebabkan polis terpaksa bertindak pertahankan diri," katanya.

Beliau berkata, setiap kejadian tembak akan disiasat dengan rapi dan jika berlaku kecuaian, PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.

"PDRM tidak teragak-agak ambil tindakan tegas atas mana-mana pegawai atau anggota berkenaan termasuk mendakwa mereka di mahkamah.

"Sehingga kini, dua orang polis telah didakwa di mahkamah atas kecuaian melepaskan tembakan," katanya.

Keluarga Chin Peng nafi pengagihan abu seperti dilapor Bangkok Post

Posted: 23 Sep 2013 04:03 AM PDT

OLEH LEE SHI-IAN
























Laporan Bangkok Post yang mendakwa keluarga mendiang Chin Peng akan mengagihkan abu mayat bekas ketua komunis itu kepada saudara-mara dan rakan seperjuangannya dinafikan oleh ahli keluarganya.

Jurucakap keluarga Chin Peng, Lee Chong memberitahu pemberita hari ini bahawa mereka masih belum memutuskan untuk pengurusan abu berkenaan sambil mendakwa tiada pihaknya yang bercakap dengan Bangkok Post.

"Saya tidak tahu siapa yang ditemubual oleh Bangkok Post dan saya ulangi kami masih belum membuat keputusan untuk menguruskan abu berkenaan," katanya.

 Beliau menghargai liputan media terhadap kematian Chin Peng tetapi hak privasi juga perlu dihormati.

Lee turut meminta anak Chin Peng, Ong Boo Kok, diberi ruang meratapi kematian bapanya. Beliau turut enggan mendedahkan lebih lanjut identiti anak Chin Peng ketika ditanya media.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia pada 16 September lalu di Hospital Antarabangsa Bunrungad setelah lama bertarung melawan penyakit barah.

Bangkok Post melaporkan hari ini abu Chin Peng akan diagihkan kepada saudara-mara dan rakan seperjuangannya selepas upacara pembakaran mayat.

Mendiang Chin Peng kini masih berada di Tokong Wat That Thong di Jalan Sikhumvit, Bangkok dan mayatnya akan dibakar jam 5 petang ini.

Tumpuan pada mesyuarat tergempar majlis tertinggi PBB hari ini

Posted: 23 Sep 2013 03:59 AM PDT

ANTARAPOS.COM

Post Pic
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini menjadi tumpuan berikutan sumber dalaman parti dan penganalisis percaya presiden parti Tan Sri Abdul Taib Mahmud mungkin memberikan petunjuk mengenai kepimpinan beliau.
Sumber dalaman parti berkata mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi itu yang akan diadakan di ibu pejabat parti di Kuching itu dipanggil oleh Taib dan kebanyakan anggota MT dimaklumkan untuk menghadiri mesyuarat itu dalam tempoh notis yang singkat.
Taib memimpin Sarawak lebih 32 tahun, iaitu sejak 1981 dan diakui sebagai ahli politik yang pintar dan mempunyai daya ketahanan mengharungi pelbagai cabaran politik. 
Beliau dituduh oleh pembangkang sebagai korup, namun dakwaan-dakwaan itu tidak menjejaskan prestasi beliau atau PBB secara umum, menyebabkan tusnami politik yang menyaksikan Pakatan Rakyat menguasai empat negeri di Semenanjung tidak merentasi Laut Cina Selatan.  
Memandangkan mesyuarat tergempar itu  diadakan menjelang Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) pada 18 hingga 20 Okt, maka ia menimbulkan pelbagai teka-teki mengenai politik Sarawak.
"Tiada agenda ditetapkan tetapi kami hanya diberitahu ia adalah penting. Biasanya kami akan menerima notis untuk mesyuarat Majlis Tertinggi lebih awal tetapi tidak pada kali ini," kata seorang pemimpin kanan parti yang enggan didedahkan identitinya ketika dihubungi.
Setiausaha agung parti Datuk Dr Stephen Rundi ketika dihubungi mengesahkan mengenai mesyuarat tergempar itu tetapi enggan mengulas lanjut.
Pemerhati politik berpendapat Taib mungkin menggunakan mesyuarat itu untuk mengumumkan pelan peralihan politiknya dan mendapatkan persetujuan berhubung kepimpinan parti mengenai bagaimana ia harus dilakukan.
Pada April 2011, Taib telah menyatakan beliau akan bersara dalam "dua atau tiga" tahun lagi dan beliau mungkin berundur pada "pertengahan penggal" tanpa menyatakan tarikh spesifik.
Semasa merasmikan mesyuarat perwakilan PBB Cawangan Balingian baru-baru ini, Taib yang juga pengerusi BN negeri berkata beliau telah membimbing pemimpin berkebolehan untuk menerajui PBB dan negeri.
Bagaimanapun beliau tidak menyebut sebarang nama atau memberikan sebarang pembayang mengenai siapa pengganti beliau itu.
PBB wujud hasil penggabungan antara Parti Bumiputra dengan Parti Pesaka pada Januari 1973 dan menjadi tonggak "simpanan tetap" undi Barisan Nasional  yang menjanjikan kemenangan selesa untuk pemerintah di peringkat negeri dan nasional pada setiap pilihan raya.

Tribunal Rakyat: Kerajaan perlu ambil tindakan

Posted: 23 Sep 2013 03:57 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
 
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar meminta kerajaan meneliti aduan yang dibuat pada Tribunal Rakyat berhubung Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
Katanya walaupun penubuhan tribunal itu tidak mendapat kelulusan dari Kabinet, ia tetap perlu dinilai demi menegakkan kebenaran dan mendedahkan salahlaku sepanjang proses pilihan raya, 5 Mei lalu.
 
Tribunal Rakyat adalah anjuran pertubuhan bukan kerajaan yang condong kepada Pakatan Rakyat, Gerakan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).
 
"Justeru proses yang BERSIH lakukan ini penting dan kalau semua merasakan mereka tidak bersalah, mereka patut berani datang beri bukti. Setiap dakwaan yang saya buat kita buat laporan polis dan gambar. 
 
"Walaupun pada kerajaan mereka rasa tak perlu bertindak, sebuah kerajaan bertanggungjawab tentu akan mengambil endah dan berbuat sesuatu selepas dapat makluman kes tersebut," katanya.
 
Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus berani berdepan dengan aduan rakyat.
 
"Melihatkan Datuk Seri Najib mahu kekalkan jawatan Presiden Umno, maka sekali lagi saya ingatkan beliau, bila nampak masalah depan kita.
 
"Dengan adanya tribunal ini, ada tanggungjawab untuk perbaikinya. Jangan kata ini suara minoriti, ini apa yang terjadi sekarang yang perlu diperbetulkan," katanya.
 
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewajaran penubuhan Tribunal Rakyat yang dikatakan tidak berkecuali dan condong pada pembangkang.
 
Tribunal Rakyat PRU13 yang diwakili beberapa individu dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seorang wakil calon PRU13.
 
Sidang aduan itu bermula 18 hingga 22 September lalu.

Anggota polis maut bergelut dengan suspek curi besi buruk di Melaka

Posted: 23 Sep 2013 03:56 AM PDT

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
MELAKA: Seorang koperal polis maut ketika bergelut untuk menahan seorang suspek dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng di sini, hari ini.
 
Dalam pergelutan itu, Kpl Zal-Azri Abdul Somad, 31, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan muka dipercayai dipukul dengan batu dan mati di tempat kejadian.
 
Ketua Polis Melaka SAC, Datuk Chua Ghee Lye berkata, Zal-Azri menyertai operasi itu untuk menangkap sekumpulan lelaki yang disyaki cuba mencuri besi buruk di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheng awal pagi tadi.
 
"Tiga suspek ditahan berumur 17, 22 dan 23 tahun dipercayai sedang mencuri besi lusuh di kawasan itu. Kira-kira 8 pagi seorang daripada mereka (suspek berusia 17 tahun) cuba melarikan diri dan dikejar Zal-Azri," katanya.
 
Beliau berkata, Zal-Azri dipercayai bergelut dengan suspek sebelum cedera di bahagian kepala serta muka dan anggota polis itu ditemui anggota pasukannya dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 25 meter dari tempat pergelutan itu, sebelum meninggal dunia.
 
Ditanya adakah Zal-Azri dipukul menggunakan batu di kepala oleh suspek dalam pergelutan itu, Chuah berkata: "Mungkin dipukul dengan batu...kami jumpa batu itu di sana, kami masih menyiasat. Jadi buat masa ini masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.
 
Beliau berkata, suspek yang dapat melarikan diri selepas pergelutan itu, berjaya ditahan di Krubong pada pukul 10.50 pagi.
 
"Zal-Azri telah berkhidmat lebih 10 tahun sebagai anggota polis dan baru dua bulan ditukarkan ke bahagian itu berdasarkan perkhidmatan cemerlangnya sebelum ini di Alor Gajah," katanya.
 
Jenazah Zal-Azri akan dikebumikan di negeri asalnya, Pulau Pinang. Allahyarham meninggalkan isteri Atiqah Mohd Rosdi @ Mohd Rodi, 29, dan dua anak iaitu Mohamad Habibullah, 4, dan Mohamad Atiqullah, lima bulan.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Ahli Parlimen PAS sokong abu Chin Peng masuk Malaysia

Posted: 23 Sep 2013 03:49 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS




















Ahli Parlimen PAS hari ini menyokong agar abu mayat Chin Peng dibawa masuk negara apabila menyeru agar Ketua Polis Negara (KPN) disarankan jangan menjadi "seperti Perkasa" apabila bercakap soal perundangan.

Tanpa merujuk kepada mana-mana perundangan, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin (gambar) membidas kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata abu mayat Chin Peng tidak boleh dibawa masuk ke dalam negara dan semakan akan dibuat untuk menghalangnya.

Mohamed Hanipa berkata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah jelaskan tiada sebarang peruntukan undang-undang boleh digunakan bagi menghalang abu mayat Chin Peng di bawa masuk.

 "Jangan keluarkan kenyataan seperti Perkasa, menggunakan emosi. Gunakan fakta undang-undang," katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Profession Undang-undang (Pindaan) 2012 hari ini.

Memuji kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor, yang menyeru sumbangan Chin Peng kepada kemerdekaan negara dikaji semula, Mohamed Hanipa menegaskan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu juga turut membantu kemerdekaan negara.

"Nasib baik Rahim Noor yang kata, kalau Mohd Sabu sudah tentu banyak laporan polis dibuat terhadapnya," katanya merujuk kepada Timbalan Presiden PAS.

Kenyataannya itu selari dengan perbahasan hari ini yang mana mereka tanpa kepakaran perundangan tidak seharusnya mengeluarkan nasihat perundangan.

"Ia perlu diperluas kepada individu seperi KPN, Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menghalang mereka mengeluarkan kenyataan membabitkan isu perundangan," katanya, menambah kenyataan KPN itu prejudis terhadap Chin Peng.

Selepas kematiannya, pertikaian antara penyokong dan penentang komunis mula berbangkit apabila Putrajaya menghalang abu mayat bekas pemimpin PKM itu di bawa masuk ke dalam negara.

Tinggal beberapa jam sahaja lagi mayat Chin Peng akan dibakar, keluarganya masih tidak pasti apa yang akan dilakukan terhadap abu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keengganan Putrajaya membenarkan abu mayat itu di bawa masuk adalah disebabkan khuatir akan wujudnya "penghargaan" sesetengah pihak terhadap bekas pemimpin berkenaan.

GLC boleh arahan Najib tidak beli iklan Utusan, kata Paul Low

Posted: 22 Sep 2013 10:59 PM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM

Paul Low nafi jadi 'window dressing' bagi Najib. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 September, 2013.Paul Low nafi jadi 'window dressing' bagi Najib. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari























Datuk Paul Low hari ini berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh mengendahkan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kerajaan untuk tidak membeli iklan dalam akhbar Utusan Malaysia.
Bagaimanapun sekiranya keputusan untuk membeli iklan dalam akhbar Utusan itu boleh mendatangkan faedah maka ia harus dipertimbangkan oleh syarikat tersebut.

"Saya percaya Najib hanya mengharapkan bukan mengarahkan seperti yang didakwa pembangkang namun ia tidak harus seperti dilihat memihak kepada apa yang disarankan beliau

 "Akhirnya ia akan berbalik kepada kuasa pasaran dan sekiranya membeli iklan boleh mendatangkan keuntungan maka apa salahnya,namun sekiranya tidak seperti dijangkakan maka Perdana Menteri tidak boleh disalahkan "katanya kepada media selepas melancarkan program Persidangan Kebangsaan Audit Dalaman di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

Dalam masa sama, Low turut menafikan beliau hanya sebagai "window dressing" bagi pihak kerajaan seperti didakwa DAP.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, beliau hanya menyerahkan kepada rakyat menentukan sendiri sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut.

"Sama ada saya 'window dressing' atau tidak, anda yang tentukan tapi bagi pihak saya telah menentukan segala terbaik untuk rakyat,"

Low turut menolak dakwaan yang kononnya tindakan Najib itu kerana wujud kepentingan peribadi ekoran akhbar tersebut milik parti Umno

Sebelum ini Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menyelar Low sebagai "window dressing" bagi Najib dan Perdana Menteri itu memperalatkan pelantikannya membuktikan kononnya kerajaan bersungguh-sungguh
Pua turut mencabar Low untuk meletakkan jawatan daripada Kabinet sekiranya gagal melaksanakan tanggungjawab memastikan ketelusan dalam sebaran tindakan kerajaan.

"Paul Low harus bukan hanya sekadar memberi maklum balas beliau secara dalaman tapi hati nuraninya sendiri mesti bersetuju bahawa arahan yang diberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kerajaan mengiklankan lebih banyak bahan kepada akhbar Utusan Malaysia merupakan konflik kepentingan yang teruk dan boleh menjejaskan wang pembayar cukai,"katanya.

Semasa perasmian Ibu Pejabat baru Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Najib yang juga Presiden Umno mendakwa akhbar itu tidak boleh bergantung kepada jumlah pengedaran akhbar semata untuk kekal dalam perniagaan dan pengiklanan diperlukan untuk memastikan ia terus bertahan.

Suspek Utama Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank Ditahan

Posted: 22 Sep 2013 10:54 PM PDT

MSTAR ONLINE

 
KUALA LUMPUR: Suspek utama kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, ditahan di Larut Tin Tambahan, Taiping, Perak tengah malam Ahad.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek berumur 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah pada pukul 12.30 tengah malam susulan maklumat awam.

Turut ditahan ialah dua lelaki, masing-masing berumur 31 dan 26 tahun, yang dipercayai memberi perlindungan kepada suspek, katanya.

"Kesemuanya kini dibawa IPKKL (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur)untuk siasatan lanjut," katanya dalam sidang media di IPKKL di sini, Isnin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 212 Kanun Keseksaan.Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas. -BERNAMA

Tindakan Raja Roopiah bertanding MT Umno dipersoal PKR

Posted: 22 Sep 2013 10:48 PM PDT

OLEH MD IZWAN
























Datuk Raja Roopiah Raja Abdullah yang dilanda kontroversi berhubung isu tanah di Selangor kembali menjadi tumpuan, selepas menawarkan diri untuk bertanding Majlis Tertinggi (MT) Umno walaupun sehingga kini masih belum tampil membuat penjelasan.

Bekas Senator itu menjadi perhatian media awal tahun lalu selepas dikatakan mengaut untung dalam kontroversi penjualan tanah oleh syarikatnya Awan Megah Sdn Bhd kepada syarikat pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bernilai RM130 juta.

Isu tersebut dimainkan oleh Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor semasa pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, secara tidak langsung menjadi salah satu faktor kegagalan Umno menawan negeri terkaya itu.

 Sejak pendedahan demi pendedahan dibuat oleh pemimpin PKR, bekas Ketua Wanita Umno Selangor itu tidak pernah tampil untuk membuat penjelasan dan cubaan media untuk menghubunginya sering gagal.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (gambar) yang lantang mengkritik dan mendesak Raja Roopiah membuat penjelasan mengenai skandal tanah di Selangor sekali lagi mengulangi pendirian supaya Raja Roopiah untuk membuat penjelasan dan membersihkan namanya.

"Sampai sekarang Raja Roopiah tidak pernah keluar satu penjelasan pun mengenai skandal tanah yang PKR dedahkan.

"Pemimpin beginikah Umno mahu? Saya mendesak sekali lagi supaya Raja Roopiah untuk membuat penjelasan kepada semua terutamanya rakyat Selangor," kata Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang, kepada The Malaysian Insider.

Kontroversi Raja Roopiah melibatkan tanah di Bukit Raja terbongkar selepas pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan tindakannya menyaman Putrajaya kerana didakwa melanggar perjanjian tetapi kemudiaannya telah ditarik balik.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Astacanggih (milik Deepak) mendakwa Awan Megah bersetuju dengan syarikat tersebut bahawa Kerajaan dan Syarikat Tanah dan Harta bersetuju untuk memindahkan tanah di Bukit Raja kepada Cebur Megah.

Beliau turut membuat pelbagai dakwaan mengenai urusan melibatkan bekas Ketua Wanita Umno Selangor Senator tersebut.

PKR menuduh pembelian LTAT ke atas tanah milik Raja Roopiah bermotifkan politik dan mendakwa ia bertujuan menyelamatkan Raja Roopiah daripada pendedahan yang lebih banyak oleh Deepak.

Pada tahun 1997, Kabinet meluluskan secara prinsip penswastaan projek Puspahanas kepada Awan Megah sebagai pulangan bagi 223 ekar tanah kerajaan di Bukit Raja yang akan dipindahkan kepada syarikat tersebut untuk pembangunan komersial.

Namun, Disember tahun lalu Boustead  telah membeli 80 peratus saham Astacanggih bernilai RM30 juta dan tanah Bukit Raja dari Awan Megah bernilai RM130 juta, dengan berkata ia membawa keuntungan.

Lagi NGO tampil menyokong protes kenaikan harga minyak

Posted: 22 Sep 2013 10:23 PM PDT

 
Program ini telah disokong oleh 20 lebih NGO seluruh Malaysia.




KUCHING: Lebih banyak NGO dan wakil parti politik tampil menyokong protes kenaikan harga minyak yang bakal diadakan pada 28 September ini.

Dalam satu sidang media khas bersama NGO dan wakil daripada parti politik hari ini, jurucakap Penganjur bersama, Abib Ismadi, aktivis Teori Timur, protes ini menuntut penurunan kembali harga minyak dan mengembalikan subsidi rakyat serta mengurangkan subsidi korporat.

"Kami sebagai gabungan NGO bantah kenaikan harga minyak menyeru masyarakat awam untuk hadir bersama kami pada masa yang telah ditetapkan. Untuk pengetahuan semua, program ini telah disokong oleh 20 lebih NGO seluruh Malaysia," katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa gabungan ini terdiri daripada Pusat Teori Timur, Sarawak Youth for Change, Angkatan Muda Keadilan (AMK), Persatuan Anak Muda Sarawak (PAMS) dan Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) untuk kawasan Sarawak.

"Selain itu, kita mendapat sokongan dari rakan-rakan NGO kita di Semenanjung." tambah beliau.

Pengerusi bersama, Nicholas Mujah berkata: "Bagi kita (SADIA) amat menyokong misi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di luar pesisir kerana kenaikan minyak yang kita hadapi adalah amat bertentangan dimana pemerintah (BN) yang kita ada sekarang semasa PRU lalu tidak akan membebankan masyarakat luar bandar."

"Rakyat di luar bandar banyak membuat aduan kepada kita kerana mereka sangat merasakan kesan kenaikan ini disebabkan masalah pengangkutan dan kos yang tinggi untuk bergerak." tegas beliau.

Beliau juga memohon agar kerajaan menyemak kembali harga minyak dan lebih mengutamakan masyarakat luar bandar.

Jurucakap Persatuan Anak Muda Sarawak (PAMS), Mohd Salleh Shawkatali, menyokong protes "Walk Against 20 cent".

Dalam reaksi berasingan, Mohd Salleh menjelaskan: "Menurut kajian FOMCA yang dilakukan, terdapat lebih kurang 14 belia bangkrap setiap hari. Bukan itu sahaja menjelang tahun 2020, seramai 120000 belia akan bangkrup dan menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata sehingga bulan Ogos tahun ini, 2011 penjawat telah bangkrup."

"Sebagai belia di Sarawak, kita menggesa pihak kerajaan lebih peka dengan masalah kita terutama sekali belia yang akan menjadi penerus kepimpinan negara." tegas beliau.

Sementara itu, jurucakap DAP Tupong, Abdul Aziz Isa juga menyokong protes ini dan berkata kenaikan harga minyak ini amat bermasalah kerana kadar gaji minimun di Sarawak cuma RM800.

"Kenaikan 20 sen ini walaupun kecil tetapi memberi impak kerana kadar kos yang berperingkat-peringkat untuk sampai kepada golongan sasar." katanya.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak melalui jurucakapnya, Siti Norazarizah Rahman dan Mohd Yusof daripada Angakatan Muda Keadilan (AMK) menyokong penuh protes ini.

Mengenai permit, pihak penganjur sudah memaklumkan protes ini kepada pihak Polis.

Turut baca:
Protes kenaikan harga minyak di Kuching 28 September

Nawi ajak ‘Jom tanam sayur’; Pak Lah dah lancar ‘Bumi Hijau’

Posted: 22 Sep 2013 10:19 PM PDT

BULETIN ONLINE
 
 
Pada Mac 2006, Program Kempen Bumi Hijau yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) yag menyebut ia mengandungi empat komponen utama tanaman, ternakan, akuakultur dan pembangunan sosial dan ia dilaporkan telah dilaksanakan di seluruh negara.

"Di bawah program ini, warga bandar digalakkan menaman sayursayuran daun, sayuran buah, herba, rempah ratus, ulam-ulaman, ternakan ikan dalam kanvas dan ternakan ayam kampung yang boleh dihasilkan secara berterusan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bumi Hijau Warga Putrajaya pada 29 Jun 2009.

Sebelum itu pada 19 Ogos 2008, Pak Lah kata jangan menjalankan program Bumi Hijau secara 'hangat-hangat tahi ayam' dengan hanya mengusahakannya pada musim-musim tertentu sahaja dan program itu perlu dijayakan secara bersungguh-sungguh bagi memastikan ia berjalan lancar dan menepati objektif pelaksanaan.

Bumi Hijau adalah program gantian kepada Dasar Buku Hijau yang menjadi program Kementerian Pertanian Dilancarkan pada peringkat Negeri Terengganu pada akhir 2006 di Medan Jaya, Marang.

Walaupun program ini menjadi program utama yang diputuskan kementerian, namun tidak ada peruntukan kewangan khusus bagi perlaksanaan, samada oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu atau pun Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.

Sewaktu majlis pelancaran peringkat Negeri Terengganu, pelbagai jenis sayuran yang dipamerkan kelihatan ditanam dikawasan perumahan adalah sebenarnya adalah diusahakan oleh para pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu

Program ini juga adalah sebenarnya 'satu bentuk penipuan yang jelas' oleh pihak-pihak yang terbabit kerana Kerajaan Negeri mahupun pihak Jabatan Pertanian Negeri tidak ada apa-apa perancangan perlaksanaan program ini.

Tinjauan dan pemerhatian telah dibuat oleh NGO Gerak Tani Sedar yang melawat tapak di Medan Jaya telah mendapati bahawa projek Kempen Buku Hijau hanyalah satu usaha melepaskan batuk di tangga.

Apabila ditanya kepada mereka yang menyertai program itu, berapakah hasil diperolehi daripada program tersebut, mereka menjawab, program ini hanya untuk pameran dan lawatan sahaja. Sekiranya pokok sudah mati atau tidak subur, maka pegawai dari Jabatan akan datang untuk menggantikan yang baru.

1234960_566384753397010_497454223_n 

Ahmad Said basmi kemiskinan dengan 'bumi hijau'

Menteri Besar Ahmad said berkata di Kampung Pelandan, pelaksanaan program Bumi Hijau berteraskan "Tanam Ternak Guna Sendiri, Jimat Cermat Bina Ekonomi", bukan sekadar mampu mengurangkan kos perbelanjaan harian keluarga, tetapi juga satu langkah bagi memastikan hasrat kerajaan negeri menyasarkan bilangan rakyat termiskin tegar sifar menjelang 2010.

Beliau berkata, semua pihak perlu menyambut saranan kerajaan bagi menjayakan program ini kerana ia dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Golongan PPRT perlu lebih sensitif dan responsif terhadap apa jua bentuk tawaran kerajaan dalam usaha memberi peluang kepada mereka berdikari, sekaligus membantu keluar daripada kepompong kemiskinan.

Penyertaan dari sekolah-sekolah negeri juga digalakkan dalam program ini dan sehingga April 2009, sebanyak 90 buah sekolah di negeri ini melibatkan diri dalam Program Bumi Hijau. Pelaksanan di peringkat sekolah mampu menyemai kecintaan terhadap alam sekitar di kalangan pelajar selain dapat menyihatkan tubuh badan serta membantu mengurangkan tekanan kerana ia membabitkan aktiviti-aktiviti yang bersifat riadah.

Namun sehingga kini, miskin tegar masih ramai dan melarat bahkan masih ramai yang tidak berumah, tinggal didlam kotak, tinggal di reban ayam dan yang terbaru tinggal dalam kanvas bawah pokok.

Lancar "Jom tanam sayur" pula

Semalam 22 September 2013 Kerajaan negeri umumkan akan melancarkan kempen `Jom Kita Tanam Sayur' dalam usaha manjamin kesihatan serta mengatasi masalah kekurangan bekalan sayur-sayuran di negeri ini bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri YB Nawi Mohamad berkata program itu menggalakkan setiap buah rumah menanam jenis tanaman yang hendak dimakan.

"Kita akan adakan kempen supaya setiap buah rumah menanam apa yang dia hendak makan dan dia makan apa yang dia tanam," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pembukaan kedai perabot mesra alam.

Penggabungan Gerakan, MCA & SUPP Belum Tentu Dapat Kembalikan Kegemilangan BN - Chang

Posted: 22 Sep 2013 10:14 PM PDT

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Cadangan menggabungkan parti Gerakan, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) bukan jalan penyelesaian dalam mengembalikan kegemilangan Barisan Nasional (BN).

Pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata cadangan seperti itu tidak perlu dilaksanakan kerana parti komponen BN sendiri yang perlu membantu kerajaan dalam menangani isu tersebut.

"Untuk apa (gabungan parti)? yang paling penting semua parti komponen B Nmemainkan peranan sama ada mengubah struktur BN dan menjadikan BN satu jentera yang kuat melalui perbincangan dan juga melakukan perubahan dalam menghadapi cabaran negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Perhubungan Negeri, Pemuda dan Wanita Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2013, di menara PGRM di sini, malam Ahad.

Chang berkata perkara utama yang perlu diberi perhatian kini adalah bagaimana parti komponen BN menangani isu yang diutarakan rakyat ketika ini.

"Isu yang diutarakan rakyat contohnya, ketelusan, sistem penyampaian kerajaan, semua ini perlu diselesaikan, termasuk juga isu jenayah, kos sara hidup yang tinggi dan kualiti hidup di kawasan bandar," katanya.

Chang menambah, barisan kepimpinan Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terpilih nanti, perlu merangka strategi baharu dalam mengembalikan kekuatan parti tersebut.

Di persidangan itu, Lau Hoi Keong terpilih sebagai Pengerusi Perhubungan Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang baru dengan mendapat 78 undi mengalahkan Dr Wong Ruen Yuan yang mendapat 73 undi.

Dr Wong pernah memegang jawatan setiausaha Gerakan Wilayah Persekutuan.

Manakala jawatan Ketua Pemuda dimenangi oleh Calven Loke Wai Hoong yang meraih 25 undi mengalahkan pencabarnya Simon Sim yang mendapat 17 undi pada sesi pemilihan yang berakhir kira-kira 11.30 malam Ahad. - BERNAMA

Kes Jenayah Catat Penurunan Sejak Ops Cantas Khas Dilancarkan - Polis

Posted: 22 Sep 2013 10:11 PM PDT




PETALING JAYA: Kes jenayah yang melibatkan penggunaan senjata api di negara mencatatkan penurunan sehingga 90 peratus sejak Ops Cantas Khas dilancarkan, menurut polis.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan, terdapat pengurangan kes jenayah secara keseluruhan sejak operasi berkenaan dilancarkan, 17 Ogos lalu.

"Sejak 36 hari (daripada 17 Ogos hingga 22 September), kes jenayah berat telah mencatatkan penurunan daripada 12.48%, dengan kes bunuh turut mencatatkan penurunan sebanyak 33.78%, kes rompakan bersenjata secara berkumpulan turun sebanyak 23.58% dan rompakan pula turun sebanyak 26 peratus jika dibandingkan daripada jumlah hari yang sama pada 12 Julai dan 16 Ogos.

"Secara keseluruhan sebanyak 23 senjata api, 14 senapang buatan sendiri, 1,238 butir peluru, sebutir bom buatan tangan dan 445 kereta curi ditemui semula sejak 17 Ogos hingga 22 September.

"Kami juga menahan 10,695 orang atas pelbagai kesalahan, termasuk peras ugut, rompakan bersenjata, kereta curi serta mereka yang terlibat dengan kumpulan kongsi gelap," katanya sambil menambah, bahawa setakat ini pihak polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas 267,496 orang dan 168,556 kenderaan.

SAC Abdul Jalil berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 198 kereta dan 215 motosikal yang dicuri ditemui semula.

"Empat pistol palsu, 27 pedang, 105 parang dan 116 pisau serta 29 tukul besi turut dirampas," katanya.

He said that on Saturday alone, police checked 16,951 people and 7,872 vehicles, resulting in the arrest of 407 people.

"We seized a home-made air rifle and five bullets from one suspect.

"Eight stolen motorcycles and three stolen cars were also recovered on Saturday," he added.

Opd Cantas dilancarkan ekoran peningkatan kes tembak di negara ini, mereka yang terlibat dipercayai menggangotai kumpulan kongsi gelap yang terlibat dengan aktiviti haram seperti pengedaran dadah dan peras ugut.

Fasa 1, operasi berkenaan menyasarkan untuk mengesan dan merampas senjata terutamanya senjata daripada ahli kumpulan kongsi gelap.

Fasa 2, yang sedang berlangsung melibatkan usaha untuk mengesan ahli 49 kumpulan kongsi gelap yang telah diisytiharkan sebagai pertubuhan haram.

Sementara Fasa 3, pula polis akan mengesan ketua kumpulan kongsi gelap berkenaan serta merampas aset mereka.

Fasa ini dijangka bermula tidak lama lagi.

Abdul Jalil turut menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan kongsi gelap berkenaan segera menghubungi pihak polis di talian 03-2266 3333 atau 03-2031 9999 atau melaporkan maklumat tersebut kepada mana-mana balai polis berhampiran.

Kerajaan Tubuh Badan Siasatan Dalaman PDRM Siasat Salah Laku Polis

Posted: 22 Sep 2013 10:10 PM PDT




KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan sebuah badan penyiasatan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memantau salah anggota polis. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, badan itu tidak akan melibatkan pegawai-pegawai PDRM tetapi akan dianggotai oleh golongan profesional termasuk peguam.

"Kabinet telah memutuskan sebuah badan penyiasatan dalaman PDRM sedang dilakukan bukan melibatkan pegawai-pegawai PDRM tetapi ahli-ahli profesional dari luar termasuk para peguam untuk menganggotai badan ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat pada Isnin.

Guan Eng meminta supaya proses yang diambil PDRM harus dirombak dan IPCMC ditubuhkan supaya hanya anggota polis yang profesional dikekalkan dan bukan mereka yang terlibat dengan salah laku dan penyalahgunaan kuasa

Ahmad Zahid turut menegaskan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bukanlah jawapan muktamad untuk menangani masalah itu.

"Mengenai proses untuk melakukan rombakan, saya fikir IPCMC bukanlah jawapan muktamad. Kita mempunyai beberapa langkah, " katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut menyangkal kenyataan Guan Eng yang mendakwa kononnya negeri Pulau Pinang masih mempunyai 600 kekosongan jawatan anggota polis.

"Dakwaan itu tidak tepat. Dari segi penjawatan di Pulau Pinang, jumlah penjawatan bagi pegawai beruniform adalah seramai 5,650 jawatan.

"Daripada jumlah itu, seramai 5,616 jawatan telah diisi...kekosongan hanya 31 jawatan bukannya 600," katanya.

Mengenai Ops Cantas yang dilancarkan sejak 17 Ogos lalu, Ahmad Zahid berkata kira-kira 7,200 individu disyaki terlibat dalam kegiatan kongsi gelap telah ditahan.

"Kesan daripada operasi itu menunjukkan penurunan ketara terutamanya kes bunuh," katanya.

Keluarga: Kami tak akan seludup masuk abu Chin Peng

Posted: 22 Sep 2013 05:11 PM PDT

 


 
VIDEO| 2.18min

Anggota keluarga bekas pemimpin komunis Chin Peng menegaskan mereka tidak akan menyeludup abu mayat mendiang masuk ke negara ini.

Menolak laporan akhbar berhubung perkara itu, jurucakap keluarga Chang Yuan berkata, Chin Peng seorang lelaki yang hebat, justeru itu ia mesti dilayan dengan penuh kehormatan.

"Kenapa kita harus menyeludup abunya?

"Kami hanya akan membawanya masuk dengan jalan yang betul dan penuh maruah," katanya kepada Malaysiakini di Bangkok dalam majlis mayatnya dipamerkan untuk penghormatan terakhir.

Justeru, beliu berkata, laporan akhbar yang memetik sumber tidak dinamakan sama sekali tidak benar dan sebarang rancangan berhubung abu mayatnya akan diumumkan di media oleh anggota keluarga sendiri.

Anak saudara Chin Peng, Lee Suvit, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa sumber yang dipetik itu mempunyai motif tersendiri.

"Mungkin ia seorang yang mengambil berat tentang abu itu, atau mungkin juga seorang yang mempunyai tujuan lain," katanya ketika ditemui.

'Adakah kamu cuma fikir hendak menang?'

Posted: 22 Sep 2013 05:10 PM PDT

 


 
TRIBUNAL BERSIH

Tribunal Rakyat hari ini mengkritik wakil rakyat PKR atas kegagalan Pakatan Rakyat mengemukakan aduan di kawasan yang mereka fikir tidak dapat menang petisyen pilihan raya.

azzat kamaludin ucsi 160910Anggota tribunal Azzat Kamaludin (kiri) menyoal perkara itu kepada saksi Akmal Nasir, yang juga penyelaras #SiasatPRU13 PKR, berhubung kegagalan Pakatan mengemukakan dakwaan pembelian kertas undi di kawasan Parlimen Besut.

Ini ekoran dakwaan terdapat tuntutan untuk membeli kertas undi dengan bayaran RM100.

PKR mengemukakan aduan itu kepada tribunal yang pendengarannya diadakan di Hotel Empire, Subang Jaya hari ini.

"Jika kamu hanya mengemukakan kes yang kamu kalah dengan majoriti kecil, untuk menukar keputusannya, adakah kita mahu simpulkan bahawa kamu tidak peduli terhadap perlanggaran yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya atau tidak.

"Apa yang penting ialah siapa yang menang," kata Azzat.

Utusan tarik balik rencana tentang Husam, lepas 4 tahun

Posted: 22 Sep 2013 05:08 PM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
 
Harian berbahasa Melayu Utusan Malaysia hari ini menarik balik artikel yang didakwa memfitnah Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini.

"Pada 31 Mei 2009 satu rencara bertajuk 'Menilai hujah Husam' telah disiarkan di ruangan rencana akhbar ini.

"Kami dengan ini menarik balik perkataan-perkataan yang diadukan dalam rencara rencana tersebut dan dengan ini menyatakan rasa kesal kami dengan penyiarannya," penarikan balik oleh pengarangnya itu dipetik.

azlanKeputusan itu hasil persetujuan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 September lalu.

Husam sebelum ini menamakan Utusan, penulis rencana Zulkiflee Bakar dan Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan dalam tuntutannya.

Rencana yang disiarkan akhbar milik Umno itu didakwa Husam memfitnahnya sewaktu pemilihan PAS semakin hampir pada masa itu.

Menurut Husam, rencana itu memberikan gambaran beliau tidak setia kepada PAS dan idealismenya, tidak boleh dipercayai, berniat membahayakan kepentingan serta merupakan musuh kepada PAS.

Utusan juga sebelum ini diperintahkan membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.

NGO: Apa hasil siasatan kes 'langgar lari' setahun lalu?

Posted: 22 Sep 2013 05:06 PM PDT


MALAYSIA KINI


Sebuah NGO membangkitkan persoalan berhubung status siasatan kes kemalangan maut yang dilaporkan setahun lalu tetapi siasatannya didakwa masih tidak selesai sehingga ke hari ini.

Merujuk kepada kes mendiang Tan May Teng, Ketua Koordinator Jingga13 Fariz Musa mendakwa, kes yang didakwanya "langgar lari" pada 3 September tahun lalu itu baru dimulakan siasatan pada hari ini.

NONEFariz (kanan) mendakwa, pada hari ini, polis baru membawa suami dan ibu mendiang ke tempat kejadian , mengambil gambar, mengukur dan mengambil kenyataan.

"Bermakna sepanjang satu tahun tersebut tidak ada sebarang tindakan dan siasatan yang diambil oleh pihak polis trafik Klang...," katanya sambil berkata empat laporan polis sudah dibuat berhubung kes itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Fariz berkata, kumpulan itu bersama keluarga mangsa dan Naib Presiden PKR Tian Chua telah menghantar memorandum menuntut keadilan untuk Tan.

Beliau bagaimanapun memuji tindakan segera Ketua Polis Negara Tan Sri Khaid Abu Bakar selepas mendapat memorandum mereka.

Menurutnya lagi, Tan meninggal dunia ekoran berlaku kemalangan di Jalan Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

PP lulus peruntukan pada ADUN Umno

Posted: 22 Sep 2013 05:03 PM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
 
Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di Pulau Pinang akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, peruntukan kepada pembangkang negeri itu "diluluskan secara prinsip" dalam mesyuarat exco negeri pada 18 September lalu.

"Selepas mekanisme peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata, langkah itu menunjukkan bahawa Pakatan bersikap terbuka, menghormati prinsip dan semangat demokrasi dan adil kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang.

Oleh itu, katanya, berbeza dengan amalan konfrontasi BN dan menerima anjuran pendamaian nasional, mesyuarat exco meluluskah peruntukan itu "mengikut mekanisme ketat yang ditetapkan".

Tiada ulasan: