Jumaat, 20 September 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Tukang Kebun Rakus Liwat 7 Pelajar Lelaki

Posted: 20 Sep 2013 05:00 AM PDT


[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun di sebuah sekolah di sini, diibaratkan bernafsu songsang apabila dipercayai tergamak meliwat tujuh pelajar lelaki berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan di rumah sewanya, di Kampung Pasir Panjang, di sini.

Suspek yang berusia 56 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sejak Januari lalu dan berlarutan sehinggalah rahsianya terbongkar kelmarin, selepas salah seorang daripada mangsa mendedahkan peristiwa hitam itu kepada ibu bapanya.

Menurut sumber, mangsa berusia 13 tahun telah memberitahu kejadian dia diliwat oleh suspek, kepada kedua ibu bapanya semasa berada di rumah kira-kira jam 10.30 malam, 17 September lalu.

Lebih mengejutkan, mangsa turut memaklumkan beberapa rakannya turut menjadi hamba seks kepada suspek yang layak dipanggil ayah itu.

"Terkejut dengan pendedahan itu, keluarga mangsa bersama beberapa penduduk kampung segera ke rumah suspek bagi mendapatkan kesahihan di sebalik cerita anaknya iaitu kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin).

"Sebaik sampai di rumah suspek, keluarga mangsa yang gagal mengawal perasaan marah bertindak menyerang dan memukul suspek, lebih-lebih lagi selepas mendengar pengakuan suspek melakukan perbuatan jijik itu," katanya, semalam.

Bagaimanapun jelasnya, polis yang dimaklumkan juga kejadian berkenaan sebelum itu segera ke rumah suspek bagi mengawal keadaan sebelum menahan suspek, kira-kira sejam kemudian.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati, suspek yang masih menjalani parol di sini, dipercayai menjadikan pelajar yang sering ponteng sekolah sebagai mangsa dengan mengumpan mereka ke rumah untuk makan, sebelum memuaskan nafsu jijiknya itu.

"Selain memberikan makan dan minum, suspek turut memasang video lucah bagi merangsang mangsanya sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya.

Jelas sumber, suspek yang turut memiliki rekod jenayah meliwat sebelum ini dan pernah menerima hukuman penjara serta sebatan atas kesalahan itu, baru tamat menjalani hukuman penjara Oktober tahun lalu.

Sehingga semalam, seramai tujuh remaja lelaki dipercayai menjadi mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan penahanan suspek yang direman selama seminggu bermula semalam sehingga 25 September depan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 377C kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan. - 20/9/13


Pemimpin MCA: Apa Bahayanya Abu Chin Peng kepada Malaysia?

Posted: 20 Sep 2013 02:00 AM PDT


MCA: Pengganas Muslim dikebumi di sini, kenapa Chin Peng tak boleh?

[MK] Menjelang upacara pembakaran mayat Chin Peng, MCA mempersoalkan sikap dwi-standard kerajaan berhubung dengan pengebumian dua pengganas Muslim di sini.

Ketua publisiti parti itu, Datuk Heng Sia Kee berkata kerajaan tidak sepatutnya dilihat bersifat perkauman dan hendaklah membenarkan abu bekas pemimpin Komunis itu dibawa pulang ke negara ini.

Beliau merujuk kepada Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top, kedua-duanya dikehendaki kerajaan Indonesia berkaitan pengeboman Bali pada 2002 dan 2005, serangan ke atas hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003, dan di kedutaan Australia pada 2004.

Katanya, Kerajaan tidak memerlukan lagi sebarang publisiti buruk dilihat sebagai membuat keputusan berdasarkan perkauman.

Tambahan pula, kata Heng, Azahari dan Nordin boleh dianggap penjahat terburuk kerana kemusnahan yang mereka lakukan itu telah mengorban nyawa orang yang tidak berdosa.

Azahari dan Nordin - kedua-dua rakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM ) di Johor sebelum didakwa menyertai Jemaah Islamiah (JI ), sebuah rangkaian pengganas yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

Azahari ditembak mati di Indonesia pada November 2005. Manakala Nordin pula pada satu ketika merupakan anggota militan Islam yang paling dikehendaki Indonesia dan dikatakan pembuat bom utama JI. Dia dibunuh pada tahun 2009.

"Perlu ditegaskan bahawa tidak seperti dua pengganas yang dinamakan di atas yang matlamat mereka ialah keganasan dan sasarannya adalah pelancong yang tidak bersalah atau apa-apa yang dianggap Barat, perang Chin Peng adalah untuk mendapatkan kemerdekaan," kata Heng, sambil menambah bahawa ini tiada bezanya dengan Indonesia yang melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajahan Belanda.

Sehubungan itu, katanya, MCA merayu supaya abu Chin Peng, anak kelahiran Setiawan itu, dibenarkan dibawa pulang.

"Atas peri kemanusiaan, kita perlu menghormati permintaan terakhirnya, Lagipun, apa bahaya yang boleh disebabkan oleh abunya terhadap negara ini?" soalnya.

Heng juga menegaskan bahawa bekas pemimpin PKM seperti Syed Hamid Ali dan Shamsiah Faekah juga telah dibenarkan pulang dan tinggal di Malaysia seperti yang dipersetujui dalam perjanjian damai Haadyai.

Dilahirkan sebagai Ong Boon Hua pada 1924, Chin Peng telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 6.20 pagi Isnin lalu di Bangkok dan mayatnya dijadualkan dibakar hari ini di sebuah kuil di Bangkok.

Antara lain, pemimpin kerajaan berhujah bahawa Chin Peng tidak menerima tawaran mendapatkan kerakyatan Malaysia selepas perjanjian damai itu ditandatangani. - 20/9/13


Lelaki Guna Alasan Isteri Curang untuk Curang

Posted: 20 Sep 2013 12:30 AM PDT


Hanyut Dibelai Kekasih Gelap

[SH] BATU PAHAT – "Isteri saya yang mulakan dulu...dia ada lelaki lain, lebih teruk lagi lelaki itu kawan saya sendiri," kata seorang lelaki yang berusia 25 tahun yang ditahan bersama kekasih gelapnya.

Lelaki berkenaan yang sudah mempunyai seorang anak itu didapati berkurung bersama dengan pasangannya di sebuah hotel bajet di sini, semasa Operasi Khalwat dilakukan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, semalam.

Timbalan Penguat kuasa, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika pemeriksaan dilakukan pada awalnya lelaki itu mendakwa tinggal berseorangan di bilik hotel itu.

Katanya, bagaimanapun hasil pemeriksaan menyeluruh, pihaknya menemui seorang wanita yang berusia 20an yang berada dalam keadaan ketakutan menyorok dalam tandas.

"Hasil soal siasat serta pemeriksaan yang kami lakukan, pasangan berkenaan tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah dan mengaku telah melakukan perbuatan salah.

"Mereka juga mengaku baru mengenali antara satu sama lain...dan perkenalan mereka tidak sampai sebulan selain dalam proses untuk menjalin hubungan yang lebih serius.

"Semasa serbuan ini dilakukan lelaki berkenaan turut mengadu dia mempunyai masalah dengan isterinya dan kini dalam proses perceraian ," katanya kepada Sinar Harian

Saiful berkata, walau apa juga alasan yang diberikan, pasangan berkenaan telah melakukan kesalahan kerana berdua-duaan dalam bilik tertutup dan boleh mendatangkan fitnah.

Katanya, pasangan berkenaan kini ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997,

"Pasangan ini akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan kes kesalahan yang mereka lakukan ini selesai.

"Operasi yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk membendung kegiatan sumbang yang semakin menular di kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan semenjak akhir-akhir ini.

"Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel-hotel bajet dan juga kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini," katanya. -20/9/13


Wanita Ditahan Bersama-sama 129 Paket Kondom

Posted: 19 Sep 2013 11:02 PM PDT



[SH] KOTA BHARU- Seorang wanita berusia 20 tahun ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang di sini malam kelmarin kerana disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, bersama 129 paket kondom yang belum digunakan.

Dia yang berasal dari sebuah kampung di Bachok itu ditahan pada jam 11.10 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dalam satu serbuan diketuai Pegawai D7 IPD Kota Bharu, Cif Inspektor Rostam Ayob.

Turut ditahan bersamanya, dua lelaki berusia 27 tahun dan 22 tahun dengan seorang daripadanya dipercayai teman lelaki wanita itu. Semasa ditahan, dua lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine.

Menceritakan detik hitam yang dilalui, wanita terbabit ketika ditemui berkata, dia mula terlibat dalam aktiviti tidak bermoral pada usia 18 tahun selepas mengadakan hubungan seks dengan rakan sekampung.

Katanya, selepas itu dia mula berkenalan dengan seorang lelaki yang kemudiannya menjadi teman lelakinya sebelum dijual kepada seorang bapa ayam di bandar ini.

"Sejak dijual kepada bapa ayam saya mula terlibat dalam aktiviti terbabit, dengan diawasi bapa ayam itu. Teman lelaki yang menjual saya itu kemudiannya menghilangkan diri.

"Setahun kemudian, bapa ayam itu ditangkap dan saya bebas, tetapi saya tetap memilih jalan ini, lagipun mereka tidak tahu tentang pekerjaan saya dan tidak pernah ambil tahu. Keluarga saya juga orang susah dan saya hanya bersekolah setakat darjah enam," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan mengenai penahanan wanita dan dua lelaki itu.

Katanya, serbuan di hotel bajet berkenaan adalah sempena Op Cantas Khas (Op Cantas) di daerah ini.

"Serbuan dibuat, selepas menerima maklumat daripada orang awam. Kita masih lagi menjalankan siasatan mencari jika terdapat lagi wanita muda menjadi pelacur di daerah ini serta kemungkinan wujud sindiket pelacuran," katanya.

Azham berkata, dalam perkembangan ops terbabit di Kota Bharu, seramai 5,125 orang dan 2,234 kenderaan diperiksa, manakala 108 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan jenayah sejak ops terbabit dijalankan di daerah ini pada 18 Ogos lalu sehingga kelmarin. -20/9/13




Tiada ulasan: