Khamis, 19 September 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


13 Peserta Ops Bubar Dibebaskan dengan Ikat Jamin

Posted: 18 Sep 2013 11:04 PM PDT



[HD] TAIPING: Hakim Mahkamah Tinggi Taiping menerima permohonan peguambela untuk menangguhkan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap 13 peserta Ops Bubar.

Keputusan ini dibuat selepas Hakim Datuk Ahmad Nashfi berpuas hati dengan penghujahan oleh barisan peguambela yang terdiri daripada Asmuni Awi, Mohamed Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkapli, Agustine dan beberapa orang lagi.

Ahmad Nashfi memutuskan kesemua dilepaskan dengan jaminan RM3,000 oleh seorang penjamin.

Denda RM5,000 yang dijatuhkan sebelum ini boleh dibayar secara ansuran dalam tempoh 6 bulan.

Semua tertuduh juga tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan sama ada di laman sosial seperti Facebook mahupun media.

Ratusan orang terdiri daripada pimpinan, penyokong dan ahli keluarga telah hadir memberikan sokongan.

Antara pimpinan yang hadir termasuklah Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa serta Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al- Jundi, dan barisan Adun serta pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

Pada 13 September lepas, Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada mereka kerana terlibat dengan demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009. -19/9/13



Marilah Baca Sebab Rozita Che Wan Pakai Baju KETAT

Posted: 18 Sep 2013 07:36 PM PDT



[Mstar] PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mengakui langkahnya memakai pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badan adalah salah satu cara untuk memudahkan dia menjaga berat badan.

Rozita atau lebih senang disapa Che Ta, 40, berkata, memakai pakaian sedemikian dapat membantunya mengekalkan berat badan di mana lebih mudah untuk dia mengesan berat badannya naik jika baju yang dipakai itu tidak muat.

"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita.

"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh ," katanya kepada mStar Online.

Tambah Rozita, walaupun dia dilihat sebagai seorang yang begitu peka dalam soal pemakanan, namun dia tidak pernah mengehadkan jenis makanan yang boleh dimakan, cuma amaun yang dimakan sahaja yang dikurangkan.

Sementara itu, Rozita memberitahu, walaupun ramai yang melihatnya sebagai wanita yang rajin berhias, namun dia bukanlah seorang yang gemar mengikut trend fesyen terkini.

"Memang saya tak ikut trend kerana ada jenis-jenis fesyen yang tidak bersesuaian dengan diri saya.

"Seperti sekarang, ramai yang menyukai baju jenis 'peplum' tetapi bukan saya kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan diri saya yang memiliki badan pendek tetapi kaki yang panjang.

"Bagi saya, tidak perlu nak terlalu mengikut trend sehingga menjejaskan penampilan diri," tuturnya.


P/s: Moga-moga itu bukan jawapannya di depan Allah nanti.


PAS Selangor Tolak Kerjasama PAS-UMNO

Posted: 18 Sep 2013 05:30 PM PDT


'Selagi hidup, aku tak layan kerjasama PAS-Umno'

[MK] PAS Selangor hari ini menyifatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2008 banyak mendatangkan kebaikan dan membanggakan parti itu.


Pesuruhjaya PAS negeri Dr Abd Rani Osman (kiri) menegaskan parti itu tidak pernah rugi dengan kerjasama dengan PKR dan DAP, sebaliknya memberi banyak faedah hasil daripada kerjasama itu.

ADUN Meru juga berkata kerjasama itu menyebabkan PAS diterima oleh kaum lain dan tidak hanya tertumpu kaum Melayu sahaja 

"Melalui tahluf siyasi ini, PAS tidak pernah rugi ini malah paling banyak terima kebaikan," katanya dalam sidang media di Shah Alam pagi ini.

"Kalau dulu orang Cina, India dengar PAS takut. Tetapi sekarang mereka datang berduyun-duyun dengar kita punya ceramah dan dapat menerima Islam sebagi satu agama yang syumul," katanya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kajian semula PAS dengan Pakatan mestilah untuk menambahbaik kerjasama sedia ada, ekoran resolusi persidangan ulama di Kedah hujung minggu lalu.

Resolusi persidangan ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah antara lain mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam Pakatan.

Khalid: Dia ketuk, kemudian ajak kawan

Ditanya berhubung tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PAS, Dr Abd Rani berkata: 

"Selagi aku hidup, takkan aku layan benda itu".

Kemudian Timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor Khalid Samad (kiri) yang turut berada dalam sidang media itu mencelah:

"Saya nak petik kata-kata almarhum (bekas presiden PAS) Ustaz Fadhil (Nor), beliau kata Umno ni manusia yang pelik, dia ketuk kepala kita, lepas tu dia ajak jadi kawan. 

"Lepas tu dia ketuk kepala kita lagi, dia ajak jadi kawan (lagi)," katanya yang juga ahli parlimen Shah Alam. -18/9/13


PAS Tolak kerjasama dengan Umno

[TMI] Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad (gambar) berkata, tidak ada ruang kerjasama dengan Umno selagi ia tidak mengubah dasar dan perjuangan parti itu.

Khalid berkata, tawaran kerjasama yang diumumkan Umno hanyalah mainan politik parti itu semata-mata.

"Selagi Umno tetap Umno maka tidak ada ruang kerjasama, ia tidak akan langsung berlaku," kata ahli Parlimen Shah Alam itu pada satu sidang media PAS Selangor hari ini di Shah Alam.

Khalid yang dilihat menyindir parti itu berkata, isu kerjasama Umno dan PAS sering dibangkitkan parti tersebut.

"Mereka cerita hendak kerjasama tapi seolah-olah Umno ini biasanya kata mahu jadi kawan kita lepas itu dia ketuk kepala kita jadi bagaimana untuk kita mempercayai mereka," katanya.

Pada masa sama, PAS Selangor turut menjelaskan salah faham yang berlaku berhubung tahaluf siyasi antara PAS dan Pakatan Rakyat (PR) ketika Multaqa Ulama Se-Malaysia minggu lalu.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abul Rani Osman media memberi gambaran salah berhubung perkara tersebut.

"Tidak salah dengan tahaluf siyasi tersebut kerana ia bertujuan menambah baik namun perbincangan mengenai keluar dari PR itu telah disalah tafsirkan," katanya.

Menurut Rani, PAS juga tidak memberi kekebalan kepada mana-mana ahli yang menggugat hubungan parti Islam itu dengan PR.

"Sejarah PAS membuktikan naib presiden PAS sebelum ini telah digugurkan pesuruhjaya juga kita pecat apabila mereka ini kita lihat terkeluar dari dasar perikatan PAS dan PR," kata Rani merujuk kepada Nasharudin Mat Isa dan Datuk Hassan Ali.

Ia turut disokong oleh Khalid yang mengakui PAS gagal menangani dakyah Umno di peringkat akar umbi parti itu.

"Kerana itu kita bertekad ingin meningkat kefahaman terhadap ahli-ahli PAS tentang perikatan ini,"kata Khalid yang juga merupakan ahli Parlimen Shah Alam.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya menawarkan kembali kerjasama antara Umno dan PAS demi kepentingan umat Islam Malaysia.

Muhyiddin berkata orang Islam di negara ini masih belum berada di tahap terbaik terutama dari segi pembangunan ummahnya. – 18 September, 2013.



P/s: PAS Terengganu bila lagi?



Filem Viking KRU Dikatakan Menyimpang dan Menghina Mitos Viking

Posted: 18 Sep 2013 05:22 PM PDT


Pakar Mitos Kritik Filem Viking KRU
 
[MK] Pembikin filem tempatan, KRU Studio mendapat maklum balas negatif setelah membelanjakan jutaan ringgit ke atas Vikingdom untuk mendapat perhatian antarabangsa dan memasuki Hollywood.

Malah, pakar mitos Scandinavia zaman pra-Kristian menyifatkan kandungan cerita itu menghina dan menyongsang cerita asal mitos berkenaan.


Lebih buruk lagi, Karl EH Seigfried, pengajar Universiti Loyola di Chicago menyamakan karya Yusry KRU - atau nama sebenarnya Yusry Abdul Halim - itu denganInnocence of Muslims yang dikritik seluruh dunia kerana menghina Islam.

"Video itu (Innocence of Muslimm) memutar mesej yang dibawa Nabi Muhammad dan menghina masyarakat Islam seluruh dunia. 

"Begitu juga filem tersebut (Vikingdom) telah menukar dan menyongsang peranan Thor," katanya menerusi surat terbuka kepada KRU studio di Facebook.

"Saya berharap anda tidak menghina dan mengembalikan memori ramai pengikut yang telah diseksa dan dibunuh kerana keengganan mereka meninggalkan kepercayaan lama."


Bagi pengikut kepercayaan lama itu, dewa-dewa Scandinavia dimuliakan dan Thor sebenarnya melindungi dunia dewa dan manusia.

KRU Studio sebaliknya didakwa memaparkan dewa Viking itu sebagai penakluk.

"Saya faham bahawa ia semata-mata fantasi dan aksi pengembaraan, disasarkan untuk pasaran yang besar. Bagaimanapun, budaya pop boleh memberikan kenyataan yang serius juga. Apa kenyataan yang mahu kamu buat dengan filem ini? soalnya.

Filem Vikingdom dibintangi oleh pelakon Hollywood terkenal Dominic Purcell dan mula ditayangkan mulai 12 September lalu. -18/9/13


Tiada ulasan: