Sabtu, 7 September 2013

dollah yankee

dollah yankee


Ini lah Malaysia Ku(kuku?) dengan 2 buku undang-undang

Posted: 07 Sep 2013 09:00 PM PDT


Bekas CEO YPM dipenjara sehari, denda RM300,000

Bernama
4:14PM Sep 6 2013

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Datuk Dr Abdul Shariff Hamid hari ini dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana bersubahat menggunakan dokumen palsu berjumlah lebih RM300,000 dua tahun lepas.

Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu selepas Abdul Shariff menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap lapan pertuduhan pilihan bersubahat itu.
Abdul Shariff, 53, yang juga setiausaha Kelab Umno Luar Negara didakwa telah bersubahat dengan pengurus bahagian pengurusan program YPM Zainal Rashid Zakaria, 44, dengan mengarahkannya menggunakan sebagai tulen borang pengesahan pembayaran bagi pelaksanaan lapan program yang keseluruhannya bernilai RM324,150 yang mana ia merupakan dokumen palsu.
.........................................................................
 
Bersubahat menipu: Penjual roti dipenjara 3 tahun, disebat dua kali
 
PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan terhadap seorang penjual roti kerana bersubahat menipu sebuah syarikat pembinaan melibatkan sejumlah RM500,000 tahun lepas.

2-2 pun Kassim Baba

Posted: 07 Sep 2013 04:56 PM PDT



Pergerakan Wanita Umno akan memberi sokongan kepada Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir yang menawarkan diri bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) parti, Oktober ini.
  
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sokongan tidak berbelah bagi itu adalah bagi memastikan calon berkenaan menang dan boleh membawa suara rakyat Pulau Pinang ke persada negara.
  
"Hari ini saya nak umumkan yang perwakilan Wanita berjanji akan memberi sokongan serta undi kepada pemimpin Umno dari Pulau Pinang iaitu Datuk Musa yang menawarkan diri untuk MT.
  
"Kita semua tahu pemimpin ini mempunyai suara yang cukup lantang terutama dalam mempertahankan Umno serta nasib orang Melayu di Pulau Pinang," katanya semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya dan Sambutan Merdeka Wanita Umno Pulau Pinang, di perkarangan pejabat Umno Kepala Batas hari ini...

Kah..Kah..Kah.. yang ni yang tak boleh tahan ni.."lantang dalam mempertahankan nasib orang melayu Pulau Pinang.. "
Kah..Kah..Kah.. elok lah tu penyamun sokong penyangak ...

dollah yankee -
Mana tak lingkup Negara..semua orang jadi Kassim Baba. Ali Baba tak apa lagi, dia cuma 'tanggung' 1 tong bawa balik. Kassim Baba? dia bawa lori,angkut semua..tayar buruk pun tak tinggai.
Kah..Kah..Kah..

Alternatif nya ialah bagi kita cepat mamposss ...

Posted: 07 Sep 2013 08:10 AM PDT


Orang lain semua jalan ke-depan, tapi Malaysia (yang ramai menteri nya yang bangang) ambil langkah jalan mengundur ke belakang. Ini lah bahana bila menteri yang dilantik ada lah jenis yang dikutip di tepi jalan...

Petrol jenis RON92 telah ditarik dari pasaran disebabkan penggunaan nya akan menyebabkan dan mempunyai kesan negative dan buruk kepada alam sekitar.

Menteri(cap ayam) yang di kutip ditepi jalan ini telah mencadangkan agar petrol RON92 diperkenalkan semula sebagai alternatif untuk menjimatkan wang kita selepas kita semua tak berhenti-henti memaki dan menyumpah kerajaan BN/Najib selepas harga minyak RON95 dinaikan sebenarnya tidak tahu, tidak mahu ambil tahu dan memang golongan jenis yang bangang kerana dia tidak memikirkan kesan jangka panjang terhadap alam sekitar dan enjin kereta kita jika petrol RON92 ini digunakan semula.


ron 92

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan kembali minyak petrol RON92 bagi menawarkan alternatif sumber bahan api yang jauh lebih murah kepada para pengguna.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar), bagaimanapun berkata, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.

dollah yankee -
Ini semua kes nak bagi kita semua mamposss cepat !
 
 

Tiada ulasan: