Isnin, 9 September 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Salahuddin: 'Saya belum buat keputusan'

Posted: 09 Sep 2013 05:18 AM PDT

IPOH - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, beliau belum memutuskan sama ada mahu mempertahankan jawatannya itu atau tidak.

Menurutnya, sama ada beliau layak atau tidak untuk terus memegang jawatan itu akan ditentukan oleh perwakilan pada muktamar tahunan Pas November depan.

"Sebagai penyandang, saya harus menilai dan muhasabah prestasi saya selama empat tahun memegang jawatan ini.

"Saya menunggu isyarat daripada perwakilan dan biarkan mereka menentukan siapa layak," katanya pada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Ipoh Timor, di sini, semalam.

Mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden, Salahuddin berpendapat ia merupakan pandangan peribadi bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Menurutnya, perwakilan Pas bijak membuat keputusan dan mengharapkan muktamar Pas kali ini berlangsung dalam suasana cukup berdisiplin seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Mursyidul Am ada pandangan tersendiri tetapi perwakilan yang akan menentukan siapa akan menerajui parti.

"Muktamar ini penting dalam menentukan masa depan Pas yang lebih baik," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berpandangan pemotongan elaun wakil rakyat atau menteri Kabinet bukan satu keperluan utama dalam usaha membantu menangani kos sara hidup rakyat.

Katanya, apa yang paling penting adalah kerajaan seharusnya mengkaji semula dari sudut menstrukturkan semula subsidi dan membanteras rasuah habis-habisan.

Beliau berkata, perbelanjaan atau projek mega yang tidak memberi impak besar kepada rakyat harus dikaji.

"Kerajaan harus elakkan pembaziran, khususnya pada majlis keraian dan kurangkan perbelanjaan untuk aktiviti atau projek yang tidak membantu meringankan beban rakyat.

"Kita (PR) berani janjikan dalam manifesto pada PRU13 lalu untuk turunkan harga minyak disebabkan kita yakin mampu melaksanakannya dan ada jalan untuk lakukannya," katanya.

Gengsterisme sudah menjadi industri

Posted: 09 Sep 2013 05:14 AM PDT


Suleiman Mohamad Dr Suleiman Mohamad
[VIDEO] 

SUSULAN pendedahan wujudnya kegiatan kongsi gelap atau gengster di negara ini, ada pihak yang mendakwa kumpulan ini mempunyai kaitan dengan ahli politik.

Hubungan ini dibuat khusus untuk mengukuhkan kedudukan seseorang atau kumpulan tersebut.

Ikuti temubual wartawan Sinar Harian, Norutul Ilham Md Jari yang berkesempatan bertemu individu yang mengetahui berhubung dunia gengsterisme, Datuk Seri Dr Suleiman Mohamad juga bekas Timbalan Menteri Penerangan.

Boleh Datuk terang sedikit mengenai kongsi gelap?

DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Macam-macam nama kumpulan kongsi gelap, ia dibawa daripada negara China semasa perang zaman Revolusi China, jadi apabila ramai kaum Cina datang ke sini (Malaysia) mereka buka pula di sini.

Memang sudah lama kongsi gelap sudah ada dalam negara ini, contohnya kumpulan 24, tapi dalam bahasa Cina, ia dipanggil 'Je Si', di bawahnya ada kumpulan Long Foo Thong (Harimau Naga).

Kemudian di bawah, ada 'Ji Si' (24) Leng Ho, 789 juga sama, iaitu cara kira tujuh tambah 8 tambah 9 sama dengan 24.

Ada juga kumpulan 38 iaitu tiga darab lapan sama dengan 24, ada juga kumpulan 969 iaitu sembilan tambah enam tambah sembilan sama dengan 24 (kau luk kou), Kao Long Pong (9 Naga) ada juga kumpulan 21 Brothers, ada juga Lok Wan.

Kemudian bawah ini, ada kumpulan Hong Fa (08), kemudian Waiki (04) yang semua orang heboh-heboh sekarang, kemudian ada 36. Ini kumpulan-kumpulan yang besar ini.

Semua masuk sini, asal usul memang dari China, tapi 'askar-askar' kumpulan gengster ini majoritinya satu kaum sahaja, di bawah kumpulan 24, memang banyak lagi pecahan kumpulan, mereka ini memang bergiat aktif.

Sesama mereka ini sebenarnya musuh. Kenapa mereka guna nombor?

DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Itu saya sendiri tidak faham kenapa.

Adakah undang-undang negara kita tidak cukup ketat memandangkan kongsi gelap semakin berkembang.

DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD:
Mereka ini kumpulan haram yang tidak berdaftar, mereka ini 'under world society', Mereka akan pegang kawasan, contohnya kawasan sana 04, kawasan ini, Lok Wan punya, jadi dia jadikan macam itu, aktiviti dia peras ugut, kembang kepada judi haram, pelacuran, mereka akan bergaduh jika ada kumpulan langgar kawasan milik kumpulan lain.

Kerana kawasan itu dia 'bangunkan', aktivitinya sejak zaman merdeka sehingga sekarang dia tumbuh silih berganti, tetapi semuanya aktiviti-aktiviti jenayah.

Memang semua ini perlukan undang-undang, kita sudah cukup undang-undang kita, kemudian kita dulu ada Ordinan Pencegahan Jenayah (PCO), tangkap, lepas itu buang daerah.

PCO adalah di bawah kuasa polis, tapi sekarang banyak undang-undang kita batalkan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), PCO pun dibatalkan. Ada kesan daripada pemansuhan, banyak undang-undang kita bagus, tapi sekarang kerajaan kita ambil tindakan untuk menubuhkan skuad seperti Ops Cantas, walaupun baru dilaksanakan ia cukup berkesan.

Apa pandangan Datuk Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan nama-nama kumpulan kongsi gelap?

DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Bagus, orang sambut baik, kerana semasa PRU lepas, banyak parti-parti politik ada kecenderungan menggunakan gengster, sama ada gengster Melayu ataupun bukan Melayu. Rakyat tidak begitu selesa apabila parti politik terlibat dengan gengster. Jumlah ahli-ahli gengster ini sudah cecah 70,000.

Orang awam tahu parti-parti politik guna gengster untuk mendapat undi, disebabkan itu undi yang diharapkan tidak dapat, duit habis. Kita mengatakan bahawa PRU lalu ada parti-parti politik guna gengsterisme untuk dapat undi tetapi daripada godfather, arahan turun ke bawah tidak sampai, duit habis.

Saya tahu stok duit yang dibelanjakan ada yang mencecah sehingga RM17 juta. Ini yang tidak disenangi rakyat, tentulah polis tak senang la, bila kamu guna gengsterisme untuk raih undi. Jadi gengster ini naik lemak, pasal dia diiktiraf, tapi tindakan Ops Cantas ini bagus. Jadi kita dapat bagi keyakinan  daripada orang awam. Bila ahli politik guna gengster, tidak bagus untuk negara, kerana mereka ini penjenayah, takkan gunakan mereka.

Adakah benar kongsi gelap ini menyebabkan jenayah semakin meningkat dan  pembunuhan upahan itu daripada kumpulan kongsi gelap?

DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Hanya penjenayah boleh buat kerja-kerja seperti ini, susah untuk kita nak pastikan soal ini, tapi hanya orang macam ini yang mampu buat kerja macam itu. Tapi kita tidak tahu sama ada organisasi dia yang bagi arahan, mungkin mereka ini contohnya daripada kumpulan Waiki (04), ini bahasa Hookien, jadi pasti penjenayah ada daripada kumpulan kongsi gelap.

Bagaimana pandangan Datuk untuk kita membanteras kumpulan kongsi gelap?

DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Susah nak bendung, kalau dengan Ops Cantas itu hanya boleh kurangkan, kalau nak bendung ia seperti sudah jadi budaya terutamanya dalam masyarakat Cina.

Mereka ini ada sumpah tersendiri, contohnya lambang tangan yang menggambarkan kumpulan mereka. Kalau Gengster Melayu ini berasal daripada 'fisabilillah', tahun sebelum merdeka dan awal merdeka, lepas itu kumpulan fisabilillah ini terbahagi kepada dua.

Satu tentera semut, tentera semut ini yang buka Pekida (Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia) ini, Kerajaan iktiraf Pekida sebab dia berdaftar, tapi Pekida ditubuhkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu, mereka ini bukan gengster, tapi jika ada di antara mereka terlibat dengan kegiatan gengster, kita akan takrifkan dia sahaja sebagai penjenayah.

Jadi gengsternya adalah ahli, bukan pertubuhan. Kalau ahlinya terlibat dengan jenayah, maka hanya dia sahaja penjenayah. Pekida bukan tergolong daripada kumpulan kongsi gelap.

Boleh Datuk ceritakan mengenai tragedi berdarah negara pada 13 Mei 1969?

DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Saya bercakap berdasarkan ahli akademik, dalam isu 13 Mei ini pengenalan kaum berdasarkan ekonomi cukup ketara, keadaan Melayu ketika itu teruk, ia berlaku di kampung saya sendiri kerana saya anak Kampung Baru.

Ayah saya meninggal semasa 13 Mei, apabila kita terlalu mundur dan orang yang bukan Melayu agak maju, maka rasa tidak puas hati dan jadi isu politik. Maka jadilah 13 Mei. Faktor ekonomi yang mewujudkan isu politik kerana Melayu miskin. Jadi dia orang menggunakan benda ini untuk lebih kepada segi politik.

Sejak daripada dulu lagi, mereka (Cina) mahukan kuasa politik, itu sebab mereka tak undi BN, itu sahaja.

Apabila disebut Lim Kit Siang 'Malaysia for Malaysian 1982', ini mencerminkan bahawa dia tidak terima konsep Bumiputera, kuasa politik Melayu, mereka mahukan sama-rata. Kemudian, datang pula (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang mengatakan sama rata sama rasa, itu asas yang mereka nakkan dan selepas itu (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak pula membawa konsep 1Malaysia.

Apakah perbezaan kumpulan kongsi gelap dulu dan sekarang?

DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Zaman dulu daripada penelitian saya, organisasi dulu berpersatuan, berkomrad, persaudaraan. Jika dia daripada kumpulan ini, dia ada komrad sendiri.

Dia juga ada pergaduhan dengan kumpulan lain kerana perbezaan kumpulan dan kerana kawasan, tidaklah kegiatan itu menjolok sangat  kerana kegiatan peras ugut dilakukan secara tersembunyi. Namun, tidaklah sampai kepada jenayah-jenayah berat seperti pembunuhan yang kita dengar seperti hari ini.

Hari ini, dia (kongsi gelap) tidak berdasar kepada ritual itu, kumpulan gengster ini sebenarnya ada tokong sendiri. Komrad mereka sangat kuat. Sekarang, nampak 'sofistikated' sikit, mungkin kumpulan ini sudah meningkat daripada segi budaya dan kehidupan, gaya hidup dan juga pendidikan. Jadi dia lebih 'sofistikated' sampai sanggup ambil upah bunuh orang.

Kita dahulu ada undang-undang sesiapa kalau ada pistol, kena hukum gantung sampai mati. Tapi undang-undang sekarang sudah tidak ada, jadi orang berani pegang pistol sekarang. Ini yang nak ditekankan kerajaan, supaya undang-undang lebih ketat dan supaya rakyat lebih yakin mereka akan selamat.

Sekarang kita nak hidup pun takut, kerana jenayah gengsterisme sudah dijadikan industri, tidak lagi berdasarkan ritual seperti orang-orang lama, tapi sudah jadi industri.

Adakah benar gengster wujud kerana adanya pengaruh media?

DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: "Ya, terutamanya bila anda lihat sendiri filem India. Dia punya elemen keganasan itu nampak boleh mempengaruhi. Media memang boleh mempengaruhi penonton, ini termasuk menerusi sosial media, surat khabar atau TV yang mampu pengaruhi peribadi dan pemikiran seseorang.

Setiap orang pastinya mahu menjadi hero, apabila tengok filem seperti ini, budak-budak nak jadi hero. Siapa-siapa pun tengok mesti mahu jadi seperti hero itu juga.

Apa pandangan datuk dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), adakah undang yang bakal menggantikannya perlu lebih ketat?

DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Saya rasa, undang-undang yang ada sudah memadai, tapi PCO rasanya perlu diteruskan. Sebagai contoh jika seorang penjenayah itu ditangkap di Kuala Lumpur, dia akan dihantar ke tempat-tempat lain, contohnya Kuala Terengganu untuk dua atau tiga tahun, selepas itu penjara di Simpang Renggam, Johor. Ini saya nampak sudah tidak diguna pakai.

Namun, kita alu-alukan Ops Cantas. Kita ucap syabas kepada kerajaan apabila kerajaan umum, kerana rakyat kini rasa selesa.

Rakyat juga perlu sama-sama menentang, tapi jika rakyat buat tidak tahu pun susah juga, ini bermakna rakyat juga perlu sokong kerajaan dan polis.

Apa pandangan Datuk apabila jenayah tembak seolah-olah mendadak masa kini?

DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Sebagai rakyat biasa kita akan terfikir apa polis buat, di mana kekuatan polis, di mana penguatkuasaan. Tetapi hakikatnya polis telah berbuat sesuatu, kita boleh lihat melalui surat khabar bahawa banyak kes yang berjaya diselesaikan dengan contohnya kes penjenayah ditembak di Pulau Pinang baru-baru ini.

Kalau ikut pandangan saya secara ikhlas, perlu ada cara yang mungkin ekstrem. Contohnya di Indonesia, ada seorang Jeneral Benny Moerdani, yang menjadi Menteri Pertahanan ketika pada zaman pemerintahan (Presiden Indonesia) Soeharto.

Dia telah mewujudkan pembunuh misteri. Hasilnya, di Bandung sahaja, pembunuh misteri ini berjaya bunuh 6,000 gengster setiap malam, jika ada rekod terus buang ke dalam sungai.

Tanjung Periuk yang menjadi lubuk gengster Cina, habis, licin. Sampai ada penjenayah yang dalam penjara minta tolong tidak mahu keluar. Statistik jenayah menurun menerusi cara ekstrem ini.

Sama ada kita di Malaysia boleh lakukan itu atau tidak, itu saya tidak pasti. Pembunuh misteri ini diwujudkan kerana untuk hapuskan jenayah yang pada waktu itu cukup tinggi di Indonesia.

Jenayah besar tidak terkawal di Tanjung Periuk, bukan kerajaan yang kawal Tanjung Periuk, tapi gengster. Seperti juga lepas kejadian 13 Mei 1969, orang ditangkap disimpan di Pulau Jerejak. Ada yang kena buang daerah.

Kalau kita cakap jenayah ini banyak dibuat anak-anak India kerana mereka tidak mendapat pendidikan dan tiada kerja. Anak Melayu juga melakukan perkara sama seperti kes ragut dan rempit.

Kita harus selesaikan isu ini dengan memberi peluang pendidikan dan sediakan peluang pekerjaan, melalui cara ini saya percaya kita dapat selesaikan masalah gengster ini. Jika mereka dapat pekerjaan, masalah kemiskinan akan berkurangan dan mereka tidak akan cari jalan mudah seperti melakukan jenayah, seperti dahulu.

Nasihat Datuk kepada kerajaan untuk tangani jenayah?

DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Penguatkuasaan undang-undang mesti diperketat. Kerajaan juga perlu memikirkan cara bagaimana untuk memastikan tiada remaja dan anak muda yang tercicir dari segi pendidikan.

Ini kerana menerusi pendidikan dan pelajaran, golongan ini akan lebih mendapat masa depan yang cerah. Jadi kita mesti selesaikan dua perkara ini terlebih dahulu.

Jangan dibiarkan. Kalau mereka tidak ada duit,  ini kerana dia pastinya mahukan pendapatan, kadang-kadang mereka ambil jalan mudah.

Selain itu, kerajaan perlu wujudkan masyarakat tersusun. Individu yang tidak tersusun akan membentuk satu masyarakat yang tidak tersusun. Apabila kita dapat bentuk masyarakat tersusun, mudah untuk kita beri peluang sekolah, pekerjaan.

Masjid Ar Rahman: PR gesa Jawi beri penjelasan

Posted: 09 Sep 2013 05:10 AM PDT


Khalid Samad Khalid Samad

KUALA LUMPUR - PR hari ini menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan status aktiviti perobohan yang sedang berlaku di Masjid Ar Rahman, Universiti Malaya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Jawi perlu memaparkan notis pemberitahuan tentang aktiviti yang sedang dijalankan di masjid tersebut.

"Kami dimaklumkan bahawa projek pengubahsuaian yang bakal dilaksanakan oleh pihak Jawi di masjid itu melibatkan perobohan bangunan asal dan penutupan operasi masjid, sama ada tempat ibadah atau program lain.

"Jadi kami perlukan penjelasan daripada Jawi," katanya di ibu pejabat Jawi, di sini, hari ini.

Menurut Khalid, tidak ada sebarang notis ditampal menyebabkan masyarakat di situ keliru dengan status masjid berkenaan.

Dalam pada itu, Khalid juga memberi dua tarikh untuk diadakan perbincangan dan mendapatkan penjelasan daripada Jawi.

"Kita bagi tarikh cadangan, sama ada pada 11 September atau 13 September," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, perbincangan itu dituntut bagi mengelak pelbagai spekulasi terhadap perkara itu berterusan.

"Perkara ini memang telah lama diperkatakan, ramai ahli qariah masjid itu membuat aduan tetapi pihak Jawi tidak memberi respon.

"Jadi kita bangkitkan kembali perkara ini kerana masjid ini dikatakan akan dirobohkan pada 14 September ini, tanpa sebarang notis," katanya lagi.

Masjid Ar Rahman telah dibina sejak 1963 dan di antara masjid tertua di Malaysia.

Parlimen: Menteri yakin MP tak bawa usul RON95

Posted: 09 Sep 2013 04:55 AM PDT

 
Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM – Setiap Ahli Parlimen bebas membawa usul masing-masing termasuk isu kenaikan harga petrol RON95 dan diesel dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung 23 September hingga 3 Oktober depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, setiap usul yang dibawa akan dibincangkan dan seterusnya terserah kepada Speaker untuk membuat keputusan.

Bagaimanapun menurutnya, beliau percaya Ahli Parlimen tidak akan membawa usul berkenaan kerana mereka mereka sedia maklum kenaikan ini demi memantapkan ekonomi negara.

"Namun terpulang kepada mereka untuk berucap kerana masing-masing ada hak untuk bercakap mengenai sebarang isu," katanya, semalam.

Persoalan ini bangkit berikutan pengumuman kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen berkuat kuasa 3 September lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mendapat bantahan sesetengah pihak.

Dalam pada itu, Shahidan memuji tindakan Persatuan India Muslim Malaysia yang menerima keputusan kerajaan menaikkan harga bahan bakar tersebut secara terbuka.

"Kebanyakan ahli persatuan ini menyatakan kenaikan tersebut bukanlah satu masalah besar kepada mereka.

Sekiranya menjejaskan harga barangan sekali pun mereka berkemungkinan menaikkan harga jualan sebanyak 1 peratus sahaja," katanya.

Kajian lengkap projek baru Lebuh Raya Rakyat siap

Posted: 09 Sep 2013 12:38 AM PDT

Aslani M,


KOTA BHARU: Penantian rakyat Kelantan untuk melihat Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bakal menjadi kenyataan selepas mendapat komitmen penuh syarikat dari Emeriah Arab Bersatu.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sebuah konsultan, Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group sudah menyampaikan kajian lengkap mengenai projek tersebut.

"Kita akan putuskan secara rasmi dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri tidak lama lagi selepas mendapat maklumat awal cadangan projek.

"Selain itu aspek pembiayaan turut dibincang bagi mendapat kerjasama Bank Pembangunan Asia (IDB).

"Berdasar kepada taklimat mereka 5 September lalu perkembangannya cukup positif. Jadi kita berharap ia sebagai suatu kejayaan," katanya di sini.

Lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu sepanjang 68 km dirancang kerajaan negeri ekoran projek berkenaan dipinggirkan kerajaan pusat sejak 1986.

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad memberitahu kerajaan negeri melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan.

Menteri Besar berkata, laporan terperinci daripada Ecobound telah disampaikan kepada kerajaan negeri.

"Projek berkenaan akan diteruskan melalui sistem wakaf. Insya-Allah projek tersebut akan dimulakan semula tidak lama lagi.

"Kerajaan negeri memberi keutamaan kepada projek Lebuh Raya Rakyat," ujarnya.

Pembinaan Lebuh Raya Rakyat telah dimulakan awal tahun ini di tapak Bukit Bakar, Machang. Bagaimanapun kerja-kerja awal tertangguh ekoran syarikat lama menarik diri.

Nabila Huda Cedera Kenderaan Terbalik, Anak Tercampak Keluar

Posted: 09 Sep 2013 12:32 AM PDT


KELAB GREENBOC

Bentong - Pelakon yang juga anak penyanyi terkenal Amy Search, Nabila Huda, 29, terlibat dalam kemalangan di Kilometer 71 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton bersama anaknya, Keisha Laila, 4 tahun.

Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, kenderaan dinaiki dipercayai terbabas.

"Nabila dan anaknya hanya mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu," katanya.

Sementara itu, melalui portal hiburan Oh Bulan, Nabila Huda difahamkan menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama anaknya dan seorang lagi pemandu.

Menurut portal itu, ketika kemalangan berlaku, kenderaan tersebut telah terbalik. -SH


Pelakon Nabila Huda kemalangan,Anak tercampak keluar dari kereta

KUALA LUMPUR: "Saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius, hanya luka kecil di bawah telapak kaki dan sudahpun menerima jahitan di Hospital Bentong, petang tadi (semalam).

"Maaf saya tidak boleh ingat berapa jarum jahitan yang diberikan doktor kerana saya lebih risaukan keadaan anak saya sekarang," kata pemegang trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012), Nabila Huda Suhaimi, 29.

Nabila dihubungi semalam mengesahkan kemalangan yang menimpanya kira-kira jam 4 petang itu. Dia dan anaknya Keisha Laila, 4 tahun, serta pelakon Shazwan Zulkifli dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri acara Karnival Planet Gempak Astro yang diadakan di Kuantan, Pahang.

Sewaktu memintanya menceritakan pengalaman mencemaskan itu, Nabila berkata, kejadian berlaku sepantas kilat malah tidak dapat mengingatinya kerana sedang tidur.

"Saya duduk di bangku penumpang. Bagaimanapun ketika kejadian berlaku saya sedang tidur. "Rakan artis, Shazwan Zulkifli yang memandu kereta berkenaan. Saya menumpang keretanya kerana kami sama-sama terbabit dalam promosi drama Jodoh Itu Milik Kita untuk saluran Mustika HD di Karnival Planet Gempak Astro. "Saya terjaga selepas mendengar dentuman berlaku dan menyedari anak saya tercampak keluar. Saya keluar dari kereta dan berlari mendapatkan Keisha (anak). Mujurlah semua kenderaan berhenti ketika itu," kata Nabila dengan nada sebak.

Sambungnya lagi, "Keisha mengalami bengkak di tangan dan luka di kepala. Yang merisaukan saya adalah Keisha kerana dia mungkin mengalami hentakan di kepala selain terdapat banyak luka kecil ekoran cermin belakang kereta pecah. "Sekarang ini saya masih menantikan keputusan X-Ray ang dibuat dibahagian kepala Keisha. Sementara, X-Ray di badan sudah dilakukan dan doktor memaklumkan Keisha tidak apa-apa," katanya.

Selepas mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Bentong, Nabila membawa anaknya pulang untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Damansara Specialist dengan bantuan seorang teman yang membawanya pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Noor berkata, kejadian terbabit berlaku di Kilometer 71 Lebuhraya Pantai Timur dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

"Kenderaan yang dinaiki pelakon berusia 29 tahun terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

"Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Suami pelakon itu, Zaidi Zailani menerusi laman Twitternya memaklumkan anak perempuan mereka kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Damansara, di sini, dan dilaporkan stabil.


Gambar daripada Twitter bekas suami Nabila, Zaidi Zailani menunjukkan Keisha Laila, 4, cedera dan dirawat di hospital swasta.
-HM

ULASAN GB

Sebelum ini banyak kisah mengenai Nabila Huda yang kita dengar.

Apabila hukum kebenaran dan keadilan tiba, maka ia sepatutnya menjadi pembuka mata dan penyedar jiwa kepada sesiapa juga yang alpa. Jika kita mengabaikan "peringatan" itu, dikhuatiri, pelajaran yang lebih hebat bakal menjelma.

Pada masa itu sesal kemudian sudah tidak berguna. Semuga ia juga menjadi pengajaran kepada kita semua.

Ku Nan: Ku Li tak akan cabar Najib

Posted: 09 Sep 2013 12:23 AM PDT



 
Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau yakin bahawa bekas naib presiden Tengku Razaleigh Hamzah menyokong Datuk Seri Najib Razak dan tidak akan merebut jawatan presiden parti.

"Itu dia belum cakap lagi... Dia baru cerita-cerita... Tunggu sajalah, tunggu hari penamaan calon.

"Saya rasa dia tak bertandinglah... Saya ingat, dia tahu apa Datuk Seri Najib telah laksanakan dan ia juga menyokong Datuk Seri Najib untuk mencapai negara maju pada tahun 2020," katanya.

Walaupun sistem pemilihan kali ini memberi peluang mana-mana pemimpin Umno untuk bertanding, Tengku Adnan turut menasihatkan mereka yang menawarkan diri supaya "tidak merosakkan" parti.

"Ukur bajulah dengan badan... Jangan kita sengaja nak bertanding, sengaja nak merosakkan parti. Yang penting, parti mempunyai wadah perjuangan," katanya kepada pemberita hari ini.

Pemerhati lihat kedudukan Mat Sabu kini genting

Posted: 09 Sep 2013 12:21 AM PDT


 


 
Pemerhati PAS melihat kedudukan timbalan presiden parti Mohamad Sabu kini dalam keadaan genting apabila mursyidul am Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan hasrat agar jawatan timbalan presiden PAS dipilih dari kalangan ulama.

NONESumber parti melihat kenyataan pemimpin PAS paling berpengaruh itu sebagai arahan dan mungkin juga isyarat kepada para perwakilan untuk memilih pemimpin dari golongan ulama.

Sumber yang dekat dengan Mohamad itu memberitahu Malaysiakini, ia sekali gus memberi peluang cerah menanti pemimpin dari kumpulan ulama untuk merampas kedudukan beliau.

"Isyarat beliau (Nik Aziz) yang mahu dari kumpulan ulama, ia akan mencetuskan gelombang besar.
"Ia dianggap (arahan) supaya perwakilan memilih calon pilihan beliau," kata sumber tersebut ketika dihubungi pagi ini.

Sumber berkenaan juga melihat bahawa penolakan ke atas Mohamad itu dikuatkan lagi dengan latar belakang penceramah popular tersebut yang bukan dikenali sebagai pemimpin ulama.

NONEMohamad juga sering dikaitkan dengan fahaman Syiah, walau dakwaan tersebut berkali-kali dinafikan olehnya.

Menurut sumber berkenaan, perkara ini secara tidak langsung memberi peluang kepada ketua penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk berdepan dengan Mohamad sekali lagi.

Sumber berkenaan mendakwa faktor penolakan berkenaan boleh dilihat sejak pemilihan parti 2011, yang menyaksikan Mohamad dipilih sebagai timbalan presiden.

"Mereka mahu memastikan harapan untuk mengangkat kumpulan ulama yang tergendala pada 2011 tercapai. Inilah kali pertama (pemilihan 2011) ulama kalah dan tidak pernah berlaku sebelum ini," kata sumber.

NONEDalam pemilihan tersebut, Mohamad berdepan dengan penyandang, Nasharudin Mat Isa dan naib presiden pada masa itu, Tuan Ibrahim.

Menurut sumber, kedudukan Mohamad juga semakin tergugat apabila terdapat usaha untuk mengetengahkan seorang calon "tokoh profesional yang dianggap ulama" iaitu Datuk Mujahid Yusof bertanding jawatan timbalan presiden.

"Akan ada kawasan daripada Perak, Pulau Pinang dan Kedah akan mencalonkan (Mujahid). Tapi kalau berlaku tiga penjuru, kumpulan ulama akan menang.

"Malah kalau perlawanan satu lawan satu pun, Tuan Ibrahim akan menang kerana arus dalam parti menolak Mat Sabu," kata sumber.

Tuan Ibrahim kalah tipis dengan Mohamad dalam pemilihan dua tahun lalu, dengan perbezaan hanya 21 undi.

Nik Aziz dalam laporan pada hari Sabtu lalu meminta agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai presiden, dan berharap agar jawatan timbalan tersebut diisi oleh golongan ulama.

Tiada ulasan: