DIALOG RAKYAT |
- Shabery Chik, Khalid Abu Bakar Sama Cerdik Dengan Pemimpin Perkasa(m)
- Pemberontak PKR Zahrain dapat tugas hebat di Indonesia
- Isu air: Rafizi kumpul aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna
- SPRM didesak siasat semula skandal beli undi
- Perkasa: Potong gaji menteri, timbalan menteri 5% untuk kurang perbelanjaan
- Ketua pemuda Perkasa diberi amaran keras kerana gesa Najib letak jawatan
- Kerajaan tidak bodoh tarik gelaran Samad Said, kata Sasterawan Negara
- Konsert: Pemuda PAS akan jumpa Jakim
- Pak Samad tidak kisah tarik balik gelaran SN
- Syria: PAS, NGO demo di kedutaan Amerika esok
- Kenaikan harga minyak dorong rakyat ‘abai’ kesihatan
- Harga rumah bakal naik 10%
- Tarik gelaran sasterawan cubaan alih isu harga minyak naik
- BN bohongi HINDRAF, HINDRAF pula tipu masyarakat India
- Saniah ditinggal tanpa nafkah
- JDT dikenakan denda RM40,000
- Klinik tumpuan wanita korporat diserbu
- DAP gesa kerajaan henti campur tangan dalam urusan polis
- Tun M terus tentang TPPA
- Apabila Di Mata Nazri Semua Orang Bodoh Belaka
- Potong elaun menteri, kurangkan majlis keramaian
- KDN kenal pasti ahli kongsi gelap sertai politik
- Mahkamah kekal Dun Gaal milik Pas
- Harga Minyak :Menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat
- Saksi: Ada pindaan dalam pelan asal bangunan Umno
Shabery Chik, Khalid Abu Bakar Sama Cerdik Dengan Pemimpin Perkasa(m) Posted: 05 Sep 2013 05:52 AM PDT Cara Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar membuat kenyataan berhubung 'kejayaan' polis menahan A Samad Said (foto) untuk disiasat kerana membaca sajak di samping kibaran bendeara Sang Saka Malaya di malam 31 Ogos lalu seolah-olah kejayaan memberkas Samad itu satu kejayaan besar dan rekod baru terbaru polis tahun ini. Ia semacam kejayaan polis memberkas kesemua kepala 49 gengstar seperti mana diumumkan baru-baru ini. Hebat polis. Zahid Hamidi yang menjadi menteri menjaga polis juga boleh tumpang naik semangat dengan kejayaan polis itu. Bolehlah dijadikan modal untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden Umno dalam perhimpunan parti itu kelak. Jarang polis berjaya menahan seorang sasterawan! Kata Khalid polis berjaya menahan Samad selepas Sasterawan Negara itu menyusup ke rumahnya menjalang tengah malam. Polis telah berada di rumah Samad membuat perhatian tetapi tidak berjaya menangkap kerana Samad dikatakan bersembunyi. Selepas Samad pulang menjelang tengah malam baru polis berjaya memberkasnya. Pak Samad menafikan dakwaan mengatakan dia bersembunyi. Pakat-pakat ukur sendirilah sejauh mana pro dan cerdiknya polis Malaysia. Penahanan Samad yang sudah lanjut usia itu tidak perlu dihebuh-hebuhkan pun. Nampak sangat polis khasnya Khalid Abu Bakar sengaja perbesar-besarkan isu yang tidak sewajarnya disebut pun. Semua orang kenal Pak Samad dan tahu sejauh mana kekuatannya. Usahkan hendak melarikan diri dari polis, hendak halau kambing masuk ke rumahnya sudah tidak mampu lagi. Berbeza dengan Nazri Aziz yang memperlekeh Samad dengan menyoal besarkah Samad Said itu maka beliau tidak perlu menyerah diri kepada polis sehingga memerlukan ada panggilan rasmi. Samad yang dikehendaki polis mempersoalkan tindakan polis kerana beliau tidak dimaklum secara rasmi, jadi tidak timbul dia enggan menyerah diri. Pak Samad yang sudah tua itu dijadikan isu. Dari sudut lain ia menaikkan darjat seorang penyair seperti Pak Samad. Sajak-sajaknya kini menjadi lebih tajam dari lidah orang politik apa lagi dari keris lucah Umno. Ia lebih penting dari isu kenaikan harga bahan bakar yang mencerabui kepala rakyat kini. Seorang lagi menteri yang juga menyentuh soal Samad ialah Shabery Chik yang mengemukakan pandangan anugerah Sasterawan Negara yang diberikan kepada Samad boleh ditarik balik. Kualiti menteri Komunikasi dan Multimedia itu lebih kurang pemikiran pemimpin Ngo Perkasa(m) sahaja yang mahu kewarganegaraan Pak Samad dilucutkan. Samad telah membuat ulasan terhadap pandangan Shabery dan Ngo berkenaan. Katanya beliau tidak kisah kalau anugerah itu hendak ditarik, begitu juga dengan kewarganegaraanya. Tariklah dia sedang menunggu-nunggu. "Bapa sedang menunggu-nunggu," ujarnya seperti dilapor. Cara Shabery itu tidak habis-habis teknik mengugut dan sergah macamlah Samad budak-budak kecil. Begitulah kepala pemimpin Umno bila mereka sudah terdesak dengan sesuatu isu, jalan paling mudah ialah dengan mengemukakan cadangan taraf minda bebudak. Mungkin Shabery boleh membuat ugutan demikian kepada Khairy Jamaluddin atau pun anak Serlin itu atau mana-mana pemimpin Umno, tetapi tidak kepada Samad. Pak Samad sudah matang dengan segala hal. Dia tidak berbuat sebelum dia berfikir semasak-masaknya seperti mana orang politik yang berbuat dahulu baru berfikir itu pun separuh masak. Pak Samad orang seni yang berjiwa halus yang selama ini memejamkan mata mengenai kebobrotan dilakukan pemimpin negara. Apabila beliau bersuara itu menunjukkan kesakitan itu sudah parah. Jangan tahan berak nanti pening kepala. Mengenai anugerah Sasterawan Negara ia bukan sesuatu yang ditagihi Samad. Ia adalah anugerah yang diberikan oleh negara berdasarkan percapaiannya dalam bidang yang diceburinya yang diputus sebuah panel khas. Yang mestinya anugerah itu bukan berdasarkan bodek dan pemujaan kepada kerajaan tetapi jasa dan baktinya dalam bidang persuratan dan kebudayaan. Apakah apabila beliau kini dilihat mengeluarkan pendapat yang tidak senada dan seirama dengan kerajaan maka anugerah itu hendak ditarik balik? Buruk siku weii... Cadangan Shabery itu menunjukkan ketidakmatangan dan kerendahan moral akal menteri berkenaan dan mengeluar pandangan berdasarkan sentimen parti politik melulu. Seorang menteri sepatutnya tidak bersikap macam ketua Umno cawangan di kampung yang tidak akan menanda-tangani borang untuk mendapat buku pinjaman untuk murid yang bapanya tidak menyokong dacing. Apakah nilai Shabery sama dengan nilai ketua-ketua cawangan Umno? Inilah standard menteri Najib Razak. Ahmad Shabery, Khalid Abu Bakar dua kali lima saja dengan pemimpin Ngo Perkasa(m). Adalah diharap Najib Razak dan Muhyiddin Mohd Yassin yang lebih tua dalam kabinet tidak akan terikut dengan pandangan Shabery ataupun cara Khalid yang cuba menunjukkan kehebatan dirinya kerana berharap dia akan disambung kontrek sebagai ketua polis negara dua tiga tahun lagi. Najib dan Muhyiddin perlu menunjukkan mereka lebih kering hingusnya berbanding dengan menteri-menterinya dan juga ketua keselamatan seperti Khalid Abu Bakar itu. Sehari dua ini nampaknya hingus Ahmad Mazlan kering sedikit. | ||
Pemberontak PKR Zahrain dapat tugas hebat di Indonesia Posted: 05 Sep 2013 05:36 AM PDT Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim (gambar) bakal dinamakan sebagai duta Malaysia ke Indonesia yang baru, dan pelantikan itu dilihat sebagai habuan kepadanya kerana menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan tugas hebat sebagai pemegang jawatan diplomatik ke Indonesia itu kepadanya, terutama ketika ramai diplomat yang menyatakan hubungan dengan Jakarta perlu diuruskan dengan halus dan berhati-hati. "Zahrain dapat jawatan duta di Jakarta," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Seorang lagi sumber berkata, pengumuman akan dibuat tidak lama lagi. Zahrain menjadi Ahli Parlimen Bayan Baru dalam pilihan raya 2008 tetapi keluar dari PKR pada Februari 2010 selepas DAP, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) mengkritiknya kerana mengeluarkan kenyataan menentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sebulan sebelum itu, pada Januari 2010, Zahrain menyerang Lim dengan berkata ketua menteri itu seorang `diktator, chauvinis dan berfikiran komunis', dan menyatakan beliau lihat kegagalan Lim menyempurnakan janji pilihan rayanya. Zahrain yang pernah menjadi rakan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kemudiannya menubuhkan Konsensus Bebas bersama beberapa ahli PKR yang berpaling tadah dan kemudiannya menyokong BN. Selepas meninggalkan PKR, Zahrain mendapat liputan meluas dalam stesen televisyen yang dikawal Umno iaitu TV3 apabila beliau lantang mengkritik PKR dan Anwar atas pelbagai isu. Bagaimanapun, Zahrain tidak bertanding dalam PRU13 pada 5 Mei lalu ketika BN hanya menang 133 kerusi persekutuan, kurang tujuh daripada 140 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya 2008. The Malaysian Insider difahamkan bahawa tugas ke Jakarta itu adalah langkah politik iaitu untuk menarik sokongan kalangan ahli politik Indonesia terhadap BN kerana mereka dilihat rapat dengan Anwar. Anwar sering ke Jakarta, di mana beberapa pegawai khasnya melarikan diri ke sana selepas Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998. Jakarta juga baru-baru ini mendapat perhatian apabila dikatakan menjadi lokasi pertemuan damai antara Najib dan Anwar yang diatur bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang dinamakan sebagai orang tengah antara kedua-dua pihak sebelum dan selepas PRU13. Ia difahamkan bahawa Indonesia mengambil berat dan menunjukkan minat terhadap senario politik Malaysia kerana kira-kira dua juta warganya bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah, pekerja di ladang dan dalam sektor pembinaan. Ketegangan yang wujud antara kedua-dua negara berjiran mengenai penderaan pebantu rumah dan pendatang haram di kem tahanan menyebabkan Jakarta membiarkan jawatan dutanya di Kuala Lumpur kosong kira-kira sejak 18 bulan lalu hingga awal tahun ini. Duta Indonesia ke Malaysia terkini ialah Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, yang pernah ditugaskan di sana pada Januari 2010 selepas selesai tugasnya sebagai duta di Iran. Wisma Putra menggambarkan Syed Munshe sebagai seorang warga Indonesia paling berpengalaman kerana ini adalah tugas ketiganya di negara ini. | ||
Isu air: Rafizi kumpul aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Posted: 05 Sep 2013 05:32 AM PDT Azuan Ab Rahman KUALA LUMPUR R: Pusat Khidmat Parlimen Pandan kini mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat orang awam bagi memfailkan tuntutan terhadap Syabas ke Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP). Ahli Parlimen Pamdan, Rafizi Ramli (gambar) ketika dihubungi berkata, pihaknya kini dalam proses menghubungi semula pengadu yang mengisi borang tersebut untuk mendapatkan tandatangan mereka. "Sekarang kita dalam proses menghubungi kembali lebih kurang 300 pihak yang mengisi borang tuntutan tersebut bagi mendapatkan tandatangan mereka sebelum kita dapat serahkan tuntutan tersebut kepada pihak Tribunal." kata Rafizi kepada Keadilandailly. Pusat Khidmat Parlimen Pandan minggu lalu melancarkan kempen mengumpul maklumat dan tandatangan pengguna yang terjejas setiap kali berlaku gangguan bekalan air kendalian SYABAS. Tuntutan tersebut difailkan menurut Seksyen 53, Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang menyebut : "Jika perkhidmatan dibekal kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu akan dijalankan dengan ketelitian dan kemahiran yang munasabah," Tambahnya, kempen tersebut akan dijalankan berterusan dan pihaknya akan mengumpul sebanyak mungkin tuntutan orang awam untuk dikemukakan kepada tribunal tersebut. "Kita lakukan ini secara berterusan, kemungkinan besar tuntutan pertama akan kita serah ke tribunal tersebut pada Rabu hadapan," jelas Rafizi sambil meminta lebih ramai orang awam mengambil bahagian. Orang ramai boleh mengisi borang aduan untuk dihantar ke TTP melalui pautan ini | ||
SPRM didesak siasat semula skandal beli undi Posted: 05 Sep 2013 05:28 AM PDT Oleh Masdar Wahid KUALA LUMPUR : Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semula skandal beli undi pada pilihan raya umum (PRU) lalu seperti didedahkan Pakatan Rakyat. "Saya menyeru agensi itu membuka semula siastan berkaitan 'cabutan bertuah' iaitu pembelian undi di Pulau Pinang pada PRU lalu. "Jika kes ini terus disiasat, mereka mungkin mengenalpasti ratusan suspek terlibat sekaligus membantu SPRM Pulau Pinang mencapai tahap cemerlang dalam KPI mereka," kata Sim dalam satu kenyataan. Beliau mengulas kenyataan pengarah SPRM Pulau Pinang, Samarajoo Manikam 3 September lalu, kononnya agensi itu berjaya mencapai tahap KPI kerana membuka 38 kertas siasatan sehingga Ogos berbanding 30 yang ditetapkan. "Semasa kempen PRU ke-13 puluhan ribu pengundi Pulau Pinang beri jamuan, hiburan percuma, baucar 'cabutan bertuah' serta dijanji wang jika BN menang. "Seminggu selepas PRU, pengundi kawasan calon BN (yang) menang mendapat wang di tempat tertentu," katanya. Ekoran itu, pemimpin KEADILAN membuat tujuh laporan SPRM pada 13 Mei 2013 (berikutan) kemungkinan pembelian undi di Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang, "Malangnya Samarajoo menutup kes 9 Julai lalu dengan alasan agensi itu dapati tiada unsur jenayah dan kekurangan bukti," katanya. Menurut Sim, jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim kepadanya pada sidang Parlimen lalu bersetuju agar SPRM menyemak semula keputusan tersebut. Video rasuah itu masih boleh ditonton di pautan ini Julai lalu, Transparency International Malaysia (TI-M) dan Global Corruption Barometer (GCB) melapor hanya 31 peratus rakyat Malaysia yakin pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membanteras rasuah dan ia paling rendah dalam sejarah. | ||
Perkasa: Potong gaji menteri, timbalan menteri 5% untuk kurang perbelanjaan Posted: 05 Sep 2013 05:17 AM PDT Menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, kerajaan juga perlu turut berjimat-cermat, bukannya hanya dengan mengambil langkah memotong subsidi minyak untuk mengatasi defisit negara. "Serentak dengan kenaikkan minyak 20 sen baru-baru ini, kerajaan sepatutnya juga mengumumkan pemotongan gaji pegawai tinggi kerajaan, menteri dan pengarah dalam GLC sebanyak 5%. "Perlulah ada penjimatan kos daripada sebelah kerajaan, selain itu majlis-majlis yang menggunakan wang rakyat juga perlu dikurangkan," kata Ibrahim dalam satu sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini. Menurut Ibrahim, semasa mengumumkan pemotongan subsidi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu turut mengumumkan program penjimatan dalam agensi-agensi kerajaan. "Perkasa mendapat maklum balas daripada rakyat yang rata-ratanya gelisah. "Kalau kerajaan mahu kurangkan defisit negara, beliau sepatutnya serentak mengumumkan penjimatan belanja negara dalam agensi-agensi kerajaan," katanya. Ibrahim juga mendesak kerajaan supaya lebih menekankan program-program yang lebih produktif dan bukannya berbelanja kepada perkara yang membazir dan tidak bermanfaat. "Malah pada saya, perayaan Hari Kemerdekaan itu penting, tapi kalau boleh dikurangkan kos dan ditumpukan kepada perayaan-perayaan yang lebih mendatangkan semangat jati diri. "Ini kira sesetengah perbelanjaan ini tidak produktif, jadi kita cadangkan supaya ada penjimatan," katanya lagi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin lalu mengumumkan kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang menjelang 2020. Langkah tersebut mendapat sokongan pakar ekonomi yang menyifatkannya sebagai baik bagi menangani hutang kerajaan yang semakin meningkat, iaitu ketika ini berada pada paras 53.5% berbanding KDNK pada hujung tahun lepas. Sejurus pengumuman, orang ramai bergegas dan memenuhi stesen minyak serta meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah kerajaan tersebut. Pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat sebaliknya menggesa supaya Putrajaya memotong subsidi korporat terlebih dahulu. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga menjangkakan kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3% tahun ini selepas kenaikan harga minyak berkuatkuasa. Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel dinaikkan ialah pada 2010, sebanyak 5 sen seliter | ||
Ketua pemuda Perkasa diberi amaran keras kerana gesa Najib letak jawatan Posted: 05 Sep 2013 05:13 AM PDT Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan kenyataan Irwan adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian yang diambil oleh kepimpinan kumpulan pendesak Melayu itu. "Susulan kontroversi melibatkan Irwan, Perkasa telah memberikan amaran keras kepada beliau," kata Ibrahim dalam sidang media hari ini di Kelab Sultan Sulaiman. Menurut Ibrahim, teguran tersebut bukan hanya khusus untuk Irwan seorang sahaja akan tetapi terpakai kepada mana-mana ahli Perkasa lain. "Setiap ahli dan kepimpinan Perkasa yang mahu mengeluarkan sebarang kenyataan perlu melalui perbincangan dengan Ahli Dewan Tertinggi terlebih dahulu," katanya. Bagaimanapun, Ibrahim menegaskan Perkasa tetap sebuah pertubuhan bebas dan akan sentiasa kritikal terhadap mana-mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang. "Kita tetap dengan sikap kritikal kita dimana pandangan-pandangan boleh diberi tetapi tidak melibatkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kontroversi dan kenyataan-kenyataan yang bertentangan," katanya lagi. Dalam pada itu, Ibrahim juga menggesa supaya Najib diberikan peluang untuk menjalankan tugas selaku ketua kerajaan. "Kita berpandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua kerajaan. "Kita perlu berikan kerjasama dan pilihan raya baru sahaja selesai, jadi kita perlu beri kerjasama. Dalam kita memberi kerjasama, kita tetap kekal dengan pendirian akan menjadi kritikal dalam menegur kerajaan," tambahnya lagi. Irwan membuat kenyataan kontroversi itu dalam tulisan di blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan." Dalam laman blognya, Irwan menulis:"1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL. "Ini kerana kepimpinan yang mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26% dan undi kaum India. Bagi kaum Cina ia terbukti gagal, peratusan kaum Cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8%. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat." Beliau turut membangkitkan kegagalan slogan 1Malaysia Najib dan juga Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang menurutnya adalah "rasuah yang dihalalkan oleh kerajaan". | ||
Kerajaan tidak bodoh tarik gelaran Samad Said, kata Sasterawan Negara Posted: 05 Sep 2013 05:04 AM PDT Penerima anugerah Sasterawan Negara 2013 Datuk Baha Zain mengatakan tidak wajar bagi kerajaan untuk menarik balik anugerah Sasterawan Negara yang dimiliki oleh Datuk A. Samad Said (gambar). Menurut Baha, ini adalah kerana sumbangan yang dilakukan oleh Samad terhadap dunia kesusasteraan amat besar bagi negara. "Kerajaan tidak bodoh untuk menarik gelaran itu balik, ini kerana gelaran yang diterima berdasarkan sumbangannya dulu tidak ada kena-mengena dengan tindakannya sekarang, ia tidak boleh disamakan," kata Baha apabila dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi. Akan tetapi bekas Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu berkata, memegang gelaran Sasterawan Negara tidak bermaksud tokoh itu kebal dari segi undang-undang. "Bagaimanapun saya tidak berapa jelas dengan apa yang berlaku pada Samad ini. Namun sekiranya beliau berkata tidak bersalah, maka tidak harus dihukum sebegitu. Apa-apa pun biarlah mahkamah yang tentukan dan saya harap beliau juga tidak perlu takut sekiranya tidak melakukan seperti apa didakwa," katanya. Baha berkata demikian mengulas mengenai komen Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengatakan gelaran tertinggi sastera itu boleh ditarik balik daripada Samad. Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) dilaporkan menuntut tindakan tegas dikenakan ke atas individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya. Menurut Perkasa, individu berkenaan tidak layak menjadi warganegara Malaysia kerana perbuatan itu didakwa menghina bangsa dan negara. Samad dalam reaksinya juga berhubung desakan itu berkata tidak takut sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan kumpulan pendesak agar gelaran Sasterawan Negara yang diterimanya pada 1985. Ini termasuk sekiranya,kewarganegaraannya juga dilucutkan. "Soal tarik balik anugerah Sasterawan Negara itu sangat bapak alu-alukan. Teruskanlah. "Malah kalau ingin tarik balik warga negara saya pun, saya alu-alukan," kata Samad seperti dilaporkan media. | ||
Konsert: Pemuda PAS akan jumpa Jakim Posted: 05 Sep 2013 04:53 AM PDT Harakahdaily,Setiusahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, DPPM menganggap pembatalan itu dibuat hasil desakan dan bantahan orang ramai yang merasa sensitif dengan penganjuran program seperti ini. Tambahnya, DPPM menyokong gesaan penganjur untuk mengadakan dialog dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia berhubung kekeliruan yang timbul ekoran dakwaan negatif Jakim dan orang ramai terhadap kumpulan tersebut. DPPM, ujarnya percaya dialog dan pertemuan akan dapat menjernihkan keadaan di samping menambah kefahaman mengenai isu yang berlaku. "DPPM akan bertemu dengan Jakim dalam masa terdekat untuk membincangkan mengenai garis panduan hiburan di Malaysia," katanya dalam kenyataan kepada Harkahdaily. Katanya, aApa yang diharapkan supaya Jakim tidak hanya respons atau bertindak pada konsert tertentu sahaja, sebaliknya meneliti setiap program hiburan yang akan dilaksanakan di negara ini. Beliau berkata, sebagai badan kerajaan yang menjaga urusan agama Islam, Jakim perlu menjadi pemantau, penyelidik, penasihat dan juga pencegah kepada mana-mana program yang mengundang kemungkaran yang dianjurkan dalam negara ini. DPPM juga, kata beliau menasihatkan kepada mana-mana penganjur konsert atau program hiburan agar lebih berhati-hati dengan melihat kepada sensitiviti masyarakat khususnya umat Islam dinegara ini. Selain itu, ujarnya DPPM berharap agar Jakim menangani isu penganjuran konsert dari luar negara yang semakin bercambah di Malaysia dengan lebih serius supaya setiap penganjurannya memenuhi tuntutan agama Islam dan budaya masyarakat Malaysia serta tidak membawa kerosakan kepada akidah dan akhlak masyarakat. | ||
Pak Samad tidak kisah tarik balik gelaran SN Posted: 05 Sep 2013 04:51 AM PDT
KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said tidak kisah jika kerajaan bertindak menarik balik gelaran Sasterawan Negara yang diterimanya pada tahun 1985. "Jawapan bapak mudah sahaja. Bapak alu-alukan. Sekiranya mereka (kerajaan) mahu berbuat demikian teruskan dan bapak ucap terima kasih," katanya ketika dihubungi Harakadahdaily hari ini. Beliau yang juga dikenali sebagai Pak Samad berkata demikian sebagai memberi respons terhadap kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang tidak menolak kemungkinan gelaran tersebut ditarik balik. Desakan itu timbul ekoran Pak Samad dikatakan terlibat dalam insiden pengibaran Bendera Sanga Saka Negara di Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan Jumaat lalu. Pak Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said dianugerahkan Sasterawan Negara pada 1985 atas sumbangan beliau memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu. Kenyataan Shabery itu turut mengundang respons Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai melampau dan menafikan sumbangan Pak Samad dalam bidang kesusasteraan negara. "Apakah kerajaan boleh menidakkan sumbangan Pak Samad memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu hanya kerana apa yang diperjuangkan Pak Samad kini tidak mesra kerajaan?" katanya. Tambah beliau juga, ketokohan dan keberanian Pak Samad pada usianya yang lanjut untuk melawan kemungkaran dalam sistem pilihanraya melalui Bersih telah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan generasi muda. Sementara itu, ditanya keadaan Pak Samad ketika ini, beliau dengan suara yang ceria berkata 'bapak Alhamdulillah sihat'. "Bapak masih di Masjid Negara. Siapa-siapa mahu mencari bapak, boleh sahaja ke sini," katanya. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini dilaporkan mendakwa Pak Samad bersembunyi dan pulang ke rumahnya di Bangsar secara senyap-senyap sehingga memaksa polis menangkapnya pada lewat pagi. Pak Samad bagaimanapun menafikan perkara itu sebaliknya berkata beliau hanya berada di rumah sebelum bersiar-siar di sekitar Bangsar dan minum teh di kedai mamak berhampiran rumahnya. | ||
Syria: PAS, NGO demo di kedutaan Amerika esok Posted: 05 Sep 2013 04:47 AM PDT
KUALA LUMPUR: PAS bersama beberapa NGO akan mengadakan perhimpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi membantah campur tangan negara itu ke atas konflik di Syria, selepas solat Jumaat, esok. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata perhimpunan itu juga sebagai satu desakan kepada AS agar tidak meneruskan hasrat mereka untuk melakukan serangan ke atas Syria. "Isu ini isu anti-perang. Kita tidak mahu AS campur tangan dalam urusan dalaman Syria. Semua ahli PAS dan rakyat Malaysia diseru untuk menyertai himpunan aman ini esok," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Beliau berkata,seperti biasa, para peserta diminta berkumpul di hadapan Bangunan Tabung Haji, sebelum berarak ke kedutaan untuk penyerahan memorandum oleh NGO. Sementara itu, Lajnah Antarabangsa PAS Pusat turut mengutuk cubaan campur tangan ketenteraan Amerika terhadap Syria yang turut disokong beberapa negara besar lain. Pengerusinya, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata sejarah telah membuktikan bagaimana campur tangan Amerika di negara lain tidak menyelesaikan masalah yang ada, sebaliknya mengeruhkan lagi keadaan. "Sejarah membuktikan, bagaimana berlaku di Iraq dan Afghanistan bahawa campur tangan itu tidak menyelesaikan masalah, malah menjadikan krisis negara itu bertambah parah dan rakyat terus menderita," kata beliau. Turut serta mengutuk cubaan itu Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang menyifatkan hasrat AS ini hanya 'menangguk di air keruh' sedangkan isu yang berlaku di Syria adalah isu dalaman negara itu sendiri. "Niat AS untuk menyerang Syria ini hanya satu bentuk provokasi, untuk menguasai rantau Timur Tengah. Ia perlu dihentikan kerana tiada satu negara pun yang telah dicampur tangan AS menjadi lebih baik," tegas beliau. Malah, kata beliau peranan yang dimainkan Liga Arab sebelum ini turut memberi tekanan kepada Syria walaupun regim Bashar Al-Assad masih berkuasa. "Cukuplah dengan peranan Liga Arab yang dilihat turut memberi kesan, walaupun regim masih kekal. Tapi tekanan yang ada ini sudah menunjukkan Syria ada sedikit tolak-ansur terhadap krisis ini," tegas beliau. Justeru, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat turut menyeru Pemuda PAS di seluruh negara untuk sama-sama menyertai perhimpunan aman esok bagi menyatakan pendirian bersama dalam isu ini. | ||
Kenaikan harga minyak dorong rakyat ‘abai’ kesihatan Posted: 05 Sep 2013 04:45 AM PDT SHAH ALAM : Tindakan Kerajaan Umno-BN menaikkan harga minyak menyebabkan taraf kesihatan rakyat merosot khususnya wanita, kanak-kanak dan warga emas. Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, kos sara hidup rakyat yang meningkat mendadak akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, menyebabkan rakyat terpaksa memotong perbelanjaan tertentu. "Impak kenaikan itu menjejaskan kehidupan golongan suri rumah yang mengendalikan urusan domestik rumah berkaitan perbelanjaan makanan dan minuman. "Dengan gaji tidak naik, rakyat tidak mampu menyara keluarga dengan sempurna," katanya kepada TV Selangor. Zuraidah berkata, taraf kesihatan kanak-kanak turut terjejas kerana tidak memperolehi makanan berkualiti yang membantutkan perkembangan jangka masa panjang. "Orang berpendapatan rendah semakin terjejas kerana tidak mampu menampung kos perbelanjaan tinggi," katanya. Kini RON95 berharga RM2.10 manakala RON97 berharga RM2.85 dan diesel berharga RM2.00. Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak menyebabkan kesan rantaian kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi sehingga menjejaskan kos sara hidup rakyat.- FZL | ||
Posted: 05 Sep 2013 04:28 AM PDT SHAH ALAM – Peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu dijangka akan turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus. Laporan The Star yang memetik kenyataan wakil pemaju perumahan menyebut, peningkatan harga minyak itu menyebabkan kos bahan binaan meningkat. Selain itu, peningkatan harga rumah berkenaan juga berpunca dari kekurangan jumlah tenaga kerja asing ekoran operasi besar-besaran yang dijalankan kerajaan untuk membasmi pendatang asing tanpa izin. Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Datuk Seri Michael Yam Kong Choy dalam laporan itu berkata, kontraktor akan memindahkan kos yang ditanggung akibat kelewatan projek berkenaan kepada pembeli. "Operasi ke atas tapak pembinaan juga menakutkan pekerja asing yang sah," katanya seperti dipetik dalam laporan itu,"katanya. Beliau berkata golongan pekerja berkenaan akan ponteng kerja atau menangguhkan kepulangan mereka ke negara ini, sehinggalah operasi penguatkuasaan itu berakhir. Menurutnya, pemaju terpaksa menanggung kos lebih tinggi untuk tenaga kerja untuk mengelakkan daripada didenda kerana tidak mengikut perjanjian. Yam berkata pemaju berkenaan terpaksa membayar ganti rugi kepada pembeli rumah sekiranya projek tersebut lewat disiapkan. Tambahnya, peningkatan harga minyak tersebut akan menjejaskan rangkaian bekalan melibatkan lebih 100 jenis perniagaan.- The Star. LIHAT VIDEO DI SINI | ||
Tarik gelaran sasterawan cubaan alih isu harga minyak naik Posted: 05 Sep 2013 04:21 AM PDT SHAH ALAM – Kerajaan BN cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada isu peningkatan harga minyak apabila menimbulkan isu penarikan balik gelaran Sasterawan Negara daripada Datuk A Samad Said. Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan tidak boleh menidakkan sumbangan Pak Samad yang banyak menyumbang memartabatkan kesusasteraan Melayu. "Mereka cuba alih perhatian isu peningkatan harga minyak dengan memangsakan Pak Samad dengan apa-apa jua alasan. "Apakah dengan membawa bendera lain dianggap hina bendera negara? Banyak himpunan yang membawa pelbagai bendera negara lain dan ia tidak bermakna menghina bendera sendiri," katanya pada kenyataan media hari ini. Menteri Penerangan dan Komunikasi, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membuat kenyataan terbuka kerajaan tidak menolak kemungkinan menarik balik gelaran itu daripada Pak Samad. Abdul Samad Muhammad Said atau lebih di kenal sebagai A Samad Said dianugerah gelaran Sasterawan Negara Malaysia pada 1986. Beliau juga dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk pada 1997. Ibrahim berkata, kerajaan tidak harus menjadikan Malaysia umpama negara polis apabila melakukan tangkapan sewenang-wenangnya ketika dialog dan perbincangan boleh digunakan bagi menjernihkan keadaan. "Pemimpin Umno BN patut mengadakan dialog bersama Pak Samad dan bukan mencemuhnya di media. "Di sanubari rakyat, Pak Samad bukan sahaja Sasterawan Negara, malah terkenal sebagai hero kerana kekentalannya dalam memperjuang prinsipnya dan melawan kemungkaran kerajaan," katanya. Baru-baru ini, Pak Samad ditahan polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada tengah malam sebelum dibebaskan kira-kira jam 2.30 pagi.- FZL LIHAT VIDEO DI SINI | ||
BN bohongi HINDRAF, HINDRAF pula tipu masyarakat India Posted: 04 Sep 2013 11:38 PM PDT Roketkini.com IPOH, : DAP mempertikaikan kejujuran kerajaan Barisan Nasional (BN) dan HINDRAF terhadap pemerkasaan sosio-ekonomi masyarakat India berhubung Pelan Tindakan lima tahun yang dipersetujui kedua-dua pihak pada April lalu. Ahli parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar berkata, perkara ini dibangkitkan memandangkan hingga sekarang tidak ada sebarang tindakan diambil malah lebih menyedihkan, masyarakat India terus ditipu pemimpin BN dan HINDRAF dengan pelbagai janji manis sebelum pilihan raya. "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berjanji dengan HINDRAF untuk memperakui pelan tindakan lima tahun yang digariskan pertubuhan itu. "Beliau (Najib) juga pernah berjanji untuk menubuhkan satu unit khas di Jabatan Perdana Menteri untuk menangani masalah kaum India secara khusus," katanya. Bagaimanapun, hingga kini, kerajaan BN tidak menggariskan apa-apa rancangan strategik yang khusus untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat India. "Tetapi kita sering dihidangkan dalam laporan media ialah masalah sosio ekonomi yang semakin meruncing," katanya. Tambahnya, apa yang paling dramatik, HINDRAF yang sebelum itu dianggap sebagai pertubuhan haram dan radikal secara tiba-tiba pula diiktiraf dan diberi penghormatan oleh Perdana Menteri dan pemimpin BN. "Bermula daripada saat itu HINDRAF menjadi rakan kongsi BN dan bersungguh-sungguh membantu kemenangan BN pada PRU-13 lalu. "Saya pasti tawaran jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada P Waythamoorty sebelum PRU-13 sebagai ganjaran sokongan kepada BN," ujar beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak. Persekongkolan MIC dalam BN sejak sekian lama membawa malapetaka terhadap kemajuan masyarakat India negara ini bila mana pemimpin MIC tidak tumpah seperti pimpinan UMNO yang mengamalkan budaya kronisme melampau. Kini, kehadiran HINDRAF yang seolah-olah menggantikan MIC itu hanya sekadar batu loncatan untuk terus membohongi masyarakat India dan rakyat Malaysia khususnya. | ||
Posted: 04 Sep 2013 11:33 PM PDT Saniah menahan sebak berkongsi cerita kepayahan menjaga dan membesarkan tujuh anak selepas diceraikan tanpa sebarang nafkah. SABAK BERNAM - Dengan hasil jualan nasi lemak itulah akak sara tujuh anak sampai ada yang sudah berumah tangga, belajar universiti termasuk tiga lagi yang masih di sekolah menengah," kata ibu tunggal, Saniah Che Mat, 50, menceritakan kepayahannya menyara anak-anak setelah diceraikan suami lebih 12 tahun lalu. Anak peneroka tanah rancangan Felda Sungai Tengi ini berkata, dia bercerai dengan bekas suami ketika anak bongsunya berusia 5 tahun yang berada di Tingkatan 4. Katanya, diceraikan tanpa sebarang nafkah memaksanya mencari sumber pendapatan sendiri bagi menyara keperluan anak-anak walaupun sekadar menjual nasi lemak. Menurutnya, hanya pekerjaan itu yang mampu dilakukan. Namun, dia bersyukur berkat kegigihan membesarkan anak-anak, empat daripada mereka berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. "Ketujuh-tujuh anak bersekolah, daripada tadika sampai universiti semua akak tanggung hasil jual nasi lemak. Pengalaman daftar salah seorang ke universiti dengan duit di tangan RM100 sayu kalau dikenang. Ketika itu tiada sebarang bantuan akak dapat," katanya sebak. Katanya, setiap hari bangun seawal 3 pagi menyiapkan nasi lemak kerana jika lewat urusan persekolahan anak-anak akan terganggu. "Semua dah biasa bagi akak, bangun awal pagi siapkan keperluan berniaga," katanya. Katanya, sesekali dia dibantu anak menyediakan keperluan berniaga termasuk membuat kuih-muih sebagai tambahan hasil jualan. Menurutnya, semua anak membantunya termasuk yang belajar di universiti. Apabila cuti semester mereka pulang dan membantunya berniaga. "Cuti semester mereka balik. Ada berkerja sambilan di restoran dekat Tanjung Malim. Alhamdulillah, mereka kalau nak belajar tahu berdikari," katanya. Saniah ahli Kelab Ibu Tunggal Muda (KITM) Gugusan Sungai Dusun ditemui pada majlis Jamuan Merdeka Raya anjuran persatuan tersebut malam kelmarin. Ditanya pengalaman bersama KITM, Saniah berkata, nasibnya terbela sejak menyertai persatuan tiga bulan lalu. "Ada juga ibu-ibu tunggal muda bertanyakan macam mana akak boleh jaga dan didik anak-anak seorang diri sampai berjaya. Kuncinya kita kena sabar dan beri anak-anak ayat dan doa yang baik. "Akak kongsi dengan anak-anak pendapatan dan ajak mereka bincang macam mana nak atur perbelanjaan keluarga. Alhamdulillah semua anak akak faham," katanya. | ||
Posted: 04 Sep 2013 11:29 PM PDT Taufek KELAB Johor Darul Takzim (JDT) terus menjadi penyumbang kantung kewangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila dikenakan denda RM40,000 selepas didapati bersalah kerana gagal memastikan keselamatan penyokong ketika aksi Liga Super menentang Selangor di Stadium Larkin, 6 Julai lalu. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak berkata, isu keselamatan penyokong dan pemain sememangnya dipandang serius persatuan bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku. "Dalam kes yang berlaku ketika aksi JDT menentang Selangor, terdapat tiga pertuduhan dibuat ke atas tuan rumah iaitu membuang resit, pembakaran flare dan faktor keselamatan. "Mengambil kira pandangan dan pengakuan bersalah dari JDT, FAM memutuskan hukuman denda RM40,000 dikenakan kepada JDT kerana gagal mengawal keselamatan yang mendorong kepada kejadian pembakaran flare serta pembuangan resit. "FAM memandang serius kejadian seumpama ini kerana ia melibatkan faktor keselamatan pemain serta penyokong dan mereka masih berpeluang membuat rayuan atas hukuman tersebut," katanya. Dalam perkembangan lain, Taufek menjelaskan pemain pertahanan Kuala Lumpur, Hafizie Roslee dijatuhkan hukuman gantung enam bulan dan denda RM2,000 kerana tidak mempunyai semangat kesukanan ketika menentang Sime Darby FC. Jelas Taufek, berdasarkan pertuduhan Perkara 35.1 Kod Tatatertib FAM Edisi 2012 iaitu gagal mempamerkan semangat kesukanan, pemain terbabit tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan. "Mengambil kira keterangan dari pengurusan pasukan Kuala Lumpur dan rakaman dari video perlawanan dengan Sime Darby, jawatankuasa memutuskan hukuman gantung enam bulan dan tidak boleh terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak serta denda RM2,000. "Jika gagal menjelaskan denda tersebut pemain tersebut akan disenaraihitamkan dari menyertai sebarang aktiviti bola sepak tempatan." katanya. | ||
Klinik tumpuan wanita korporat diserbu Posted: 04 Sep 2013 11:27 PM PDT Antara vitamin dan ubat yang menjadi pilihan pelanggan untuk mendapatkan suntikan selain ubat-ubatan yang tidak didaftar di bawah KKM. KOTA BHARU - Wanita korporat pertengahan usia, merupakan antara pelanggan utama klinik swasta yang diserbu Cawangan Penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Kelantan, 20 Ogos lalu. Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, mereka mengunjungi klinik swasta berkenaan untuk mendapatkan khidmat suntikan Vitamin C yang didakwa mampu membuat seseorang cantik dan awet muda. "Berdasarkan Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, seorang doktor klinik swasta tidak dibenarkan menawarkan khidmat suntikan Vitamin C kepada pelanggan. "Vitamin C tidak boleh disuntik kepada seseorang kerana ubatan secara suntikan untuk kecantikan itu tidak didaftarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menyebabkan kita membuat serbuan dan merampasnya," katanya. Dr Ahmad Razin berkata, merujuk kepada laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, tiada suntikan Vitamin C didaftarkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah KKM. Beliau berkata, dua jenis kategori Vitamin C yang dibenarkan pendaftarannya oleh pihak KKM, ialah vitamin C dalam bentuk tablet dengan nombor pendaftaran MAL diakhiri huruf N dan ekstrak vitamin C yang dimasukkan di dalam produk kosmetik seperti gel, krim, pembersih muka dengan nombor pendaftaran dimulai dengan NOT dan diakhiri huruf K. "Pengamal perubatan swasta diingatkan supayamenghormati profesion mereka dan tidak menjual sebarang produk tidak berdaftar dengan KKM. "Selain itu, ia menjadi contoh kepada masyarakat supaya menggunakan produk selamat dan berkualiti serta berdaftar dengan KKM. "Malah, pengamal perubatan swasta juga dinasihatkan tidak memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan suntikan Vitamin C ke dalam badan mereka walaupun Vitamin C itu milik pesakit sendiri. "Suntikan vitamin C yang dilakukan sendiri oleh pesakit atau individu tidak bertauliah sangat bahaya kerana boleh menyebabkan keradangan pada tapak suntikan itu," katanya. Menurutnya, selain daripada bahaya tersebut tindakan itu juga boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada seseorang itu. Dr Ahmad Razin berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pengamal perubatan moden klinik swasta yang menawarkan khidmat suntikan Vitamin C dan menjual viagra tiruan. Kesalahan adalah mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 , yang mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. | ||
DAP gesa kerajaan henti campur tangan dalam urusan polis Posted: 04 Sep 2013 11:25 PM PDT IPOH: DAP mengecam tindakan kerajaan yang terus memperhambakan polis untuk kepentingan politik sehingga merosakkan kredibiliti serta mencalarkan imej badan penguatkuasaan itu di mata umum. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How berkata, penguasaan kerajaan terhadap polis untuk kepentingan politik tertentu juga menghakis keyakinan rakyat kepada mereka yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab membasmi jenayah. "Apabila masyarakat tidak yakin atau percaya terhadap institusi awam, pasti ia memungkinkan kepada berlakunya kemusnahan dalam negara. "Pegangan kepentingan politik juga membuatkan mereka terus terjerumus dalam situasi 'penafian'. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa sekarang Malaysia sedang mengalami krisis keyakinan yang teruk dan sedang menuju kepada kehilangan kepercayaan yang boleh memudaratkan institusi awam, terutamanya polis," katanya dalam kenyataan. Beliau yang juga Setiausaha DAPSY Perak, menyeru kerajaan memperbaiki institusi itu dengan tidak lagi campur tangan dan mengembalikan semula tanggungjawab asal polis. "Saya memohon kerajaan agar kembali kepada realiti dan tidak lagi berada dalam keadaan separuh sedar dengan menafikan pelbagai pendedahan yang dilakukan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini. "Kemelut ini harus diselesaikan, maruah polis dan negara perlu dikembalikan segera," ujarnya. Sehubungan itu, Howard turut menggesa rakyat agar turut sama membersihkan institusi polis supaya mereka dapat berkhidmat atas kapasiti sewajarnya seperti yang dipertanggungjawabkan. "Kita mesti dengan segala kekuatan melawan musuh sebenar iaitu mereka yang mengamalkan rasuah, kronisme, nepotisme dan kini berada di kerusi kuasa dalam pasukan polis. "Kita mesti berjuang untuk memastikan polis yang sememangnya masih mempunyai hati nurani suci dan bersih boleh berkhidmat serta melindungi kita tanpa rasa takut. Polis perlu bebas daripada belengu kerakusan politik rejim BN. "Sekarang adalah masa sesuai kita menyelesaikan krisis keyakinan dengan berganding bahu dengan pegawai polis supaya dapat bersama-sama menangani pelbagai kejadian contohnya seperti kadar tembakan di tempat awam yang semakin tinggi dan menjadi-jadi kebelakangan ini," tegasnya. -Roketkini.com | ||
Posted: 04 Sep 2013 11:19 PM PDT Oleh Subky Latif Bukan saja pembangkang dan pimpinan NGO yang penting meneruskan kempen menentang gagasan Perkongsian Trans Pasifik, malah Dr Mahathir sendiri mengulangi gesaannya supaya Malaysia menolak muafakat yang dipercayai dikepai oleh Amerika itu. Baginya menjadi sebahagian dari perkongsian akan menjadi negara ini hilang kemerdekaan, saudagar Amerika akan bolot kekayaan dan ekonomi negara kita, syarikat Amerika yang lebih banyak modal akan bukan sekadar jadi sama hak dengan orang/syarikat Malaysia, malah status mereka menyamai bumiputera. Dari apa yang Dr Mahathir bayangkan itu saya terfikir dengan kedatangan pelayar Peringgi hendak membeli sebidang tanah di Melaka sebesar sebidang belulang lembu. Apa yang Peringgi dapat buat dengan tanah seluas kulit lembu? Raja Melaka setuju jual tanah secuit itu dengan harga yang tinggi. Dengan persetujuan itu Peringgi tipu raja kita. Dijadikan belulang itu sepanjang-panjang tali, Bila tati dicantum jadilah tanah yang dibelinya itu seluas tali yang tercantum. Tiada dapat Raja Melaka berbuat apa-apa kerana perjanjian sudah disetujui. Maka itulah mulanya Tanah Melayu dijajah. Agaknya demikian Malaysia akan dijajah semula dengan Pengkongsian Trans Pasifik yang dikepalai Amerika itu. Amerika akan jadi Peringgi baru dan Perdana Menteri Najib akan jadi seperti Raja Melaka. Tentangan Dr Mahathir bukan sekadar dia dengar dan dia kaji dari sumber luar, dia terus tentang gagasan itu setelah mendengar penjelasan Tok Menteri Mustapa Mohamad. Menteri itu adalah orang paling banyak maklumat tentnang perkongsian itu. Dia dikira orang yang tahu akan untung rugi perkongsian itu. Setelah dia dengar, Dr Mahathir menentang gagasan itu, dia datang mendapatkan Mahathir menerangkan tentang semua yang dilakukannya untuk menjadi TPP lebih menguntungkan Malaysia dan dia tentunya cuba meyakinkan Mahathir bahawa TPPA boleh menguntungkan dan Dr Mahathir tidak perlu bimbang. Dia ingat Mahathir itu seperti orang Umno Jeli. Apa yang dia kata budak-budak Umno pun mengangguk. Tetapi Mahathir dalam hal TPPA ini adalah seperti pengundi di Kelantan. Apa Umno beri mereka terima, dan apa yang Mustapa kata depa tidak bantah, apabila mengundi mereka tak undi BN. Mahathir dengar apa Mustapa kata, apabila Mustapa keluar pejabatnya, Dr Mahathir ulangi supaya Malaysia jangan bodoh menyertai perkongsian itu. Mahathir yang mengawal Umno supaya ia terus berkuasa lantang menentangnya kerana tidak mahu Malaysia dijajah semula. Mahathir adalah orang paling getik dengan pembangkang. Tapi dalam isu TPPA dia tidak boleh bersama kerajaan. Pertama dia kenal Mustapa lebih dari orang lain. Menteri di bawahnya dulu. Dia boleh buat kerja apa yang disuruh, mungkin kira-kira seperti kerani. Tetapi untuk berunding dengan Orang Putih belum meyakinkan. Pengetahuannya tentang perairan ekonomi Kelantan pun tak cukup tahu, justeru disangkanya Kelantan tiada hak atas royalti minyak. Jika hak rakyat Kelantan pun dia sanggup gadai, maka dia boleh jual apa yang Amerika hendak beli mengikut syarat Amerika. Dia jadi pemimpin Umno Kelantan, apa yang dia dapat buat untuk menawan Kelantan setakat ini. Mungkin tiada orang lain yang cerdik untuk jadi ketua Umno Kelantan. Jika dibandingkan dengan Ibrahim Ali jauhlah Ibrahim Ali lebih lincak daripadanya. Mahathir kenal sangat keupayaannya untuk berunding dengan Amerika. Mahathir menentang pembangkang sekarang kerana tak mahu Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Dia kata Anwar akan jual negara pada Amerika. Tapi sekarang Najib sedang berkira jual negera pada Amerika. Maka tentangan Mahathir terhadap TPPA tidak terhenti di situ saja. Dia mesti teruskan supaya jangan Najib jual Malaysia melalui TPPA. Lupakan Anwar bersama pembangkang, tetapi marilah bersama pembangkang sebagai usaha menghalang Najib sertai TPP. | ||
Apabila Di Mata Nazri Semua Orang Bodoh Belaka Posted: 04 Sep 2013 11:14 PM PDT Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz terus menjadi bahan sorotan media sejak kebekalangan ini. Jika dulu beliau kerap menjadi perhatian kerana tugasnya sebagai menteri yang menjaga Parlimen, kemudian disusuli dengan pelbagai hal berkaitan anaknya, kini kerana kekerapannya mengeluarkan perkataan "bodoh" pula. Beliau menggelarkan Pengarah Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai "bodoh" apabila menyarankan menteri-menteri kabinet menggunakan duit sendiri untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing sebagai tanda mahu bersama-sama mengurangkan beban kewangan kerajaan, di samping untuk merasai sedikit keperitan rakyat yang terpaksa mengalami peningkatan kos hidup. Sebelum itu, Nazri juga menggelarkan Lim Kit Siang sebagai "bodoh" apabila veteran DAP itu mencadangkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung peristiwa 13 Mei bagi mengelakkan isu itu menjadi polemik yang berterusan dan menjadi bahan propaganda politik pihak-pihak tertentu. Jika anak-anak begitu dilarang menggunakan istilah "bodoh" sama ada kepada adik-beradik atau rakan sepermainannya, begitu juga ia dianggap tidak sopan digunakan di sekolah-sekolah, Nazri sebaliknya mungkin mencatat rekod sebagai pemimpin negara yang paling kerap melafazkan perkataan "bodoh" itu. Yang dicatat media, mungkin hanya Rafizi dan Lim Kit Siang yang "dibodohkannya" tetapi mungkin lebih ramai orang yang disanggahnya atau tidak sependapat dengannya, turut dilabelnya "bodoh" juga. Kepada Rafizi dan Lim Kit Siang, ungkapan "bodoh" yang ditujukan kepada kedua-dua mereka oleh Nazri pula mungkin bukan sekali, malah berkali-kali. Kalau itu diambil kira, rekod Nazri dalam mengungkapkan perkataan "bodoh" mungkin lebih menjulang lagi. Mungkin mencapai taraf Asia, kalau pun tidak di peringkat dunia. Sebagai pemimpin, apatah lagi berbangsa Melayu dan beragama Islam yang selalu dikenali dengan wajah sopan santun dan berbudi bahasa, kelancangan Nazri mengeluarkan perkataan "bodoh" dengan begitu kerap bukan saja mengejut dan menggelikan banyak pihak, bahkan menggambarkan imejnya sebagai pemimpin UMNO yang angkuh, sombong dan sedikit bongkak. Dalam masa yang sama, keinginannya untuk menghayati slogan "berubah" yang selalu dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri ternampak masih jauh panggang dari apinya. Jika pun tidak bersetuju dan ingin menyanggah hujah, bukankah lebih manis jika menggunakan fakta dan bahasa-bahasa yang sopan serta indah. Ia bukan saja lebih mudah diterima oleh orang yang mendengarnya, bahkan menggambarkan kedudukan seseorang yang bergelar pemimpin itu memang jelas berbeza dengan rakyat biasa. Dengan mengungkapkan perkataan "bodoh" sesuka hati dan mudah emosional, Nazri tidak meletakkan imej dirinya, UMNO dan kerajaan yang dianggotainya lebih tinggi di mata rakyat. Rakyat malah membenci dan mencebiknya, bahkan ada yang berkata, jika BN menang lebih daripada 133 kerusi, kesombongan dan keangkuhannya mungkin lebih melangit lagi. Setelah beliau melabelkan Rafizi sebagai "bodoh", Rafizi kelihatan tetap tenang dan ingin belajar kepintaran Nazri dengan mengajaknya berdebat pula. Nazri sekali lagi menunjukkan kesombongannya dengan berkata, beliau yang "somebody" tidak akan membuang masa berdebat dengan Rafizi yang dianggapnya "nobody" itu. Nazri nyata berbeza dengan KJ yang turut diajak berdebat oleh Rafizi, tetapi telah menjawab dengan sopan dan penuh kematangan. Tanpa mengeluarkan perkataan "bodoh", "somebody" atau "nobody", Menteri Belia dan Sukan itu mengatakan tiada keperluan lagi untuknya berdebat dengan Rafizi di pentas terbuka kerana Rafizi kini sudah menjadi Ahli Parlimen dan sebarang isu boleh dibangkit dan dihujahkan di Dewan Rakyat. Dalam hal ini, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim turut menyindir Nazri di twitter dengan mengatakan Rafizi bukanlah "nobody" tetapi seorang yang berani, malah mempertikaikan di kalangan 30 orang menteri kabinet yang ada, tiada seorang pun yang berani menyahut cabaran debat itu. Dalam apa juga keadaan, sama ada kerana dendam kesumat atau ada batu besar terbuku di hati, tindakan Nazri sesuka hati dan selancangnya mengeluarkan perkaraan "bodoh" tetap dianggap tidak sopan dan kurang manis. Malangnya, Nazri bukanlah budak sekolah atau anak kecil lagi yang boleh ditegur atau dinasihati. Barangkali di mata Nazri, semua orang adalah "bodoh-bodoh" belaka. http://shahbudindotcom.blogspot.com | ||
Potong elaun menteri, kurangkan majlis keramaian Posted: 04 Sep 2013 11:05 PM PDT Dr Zaharuddin Abdul Rahman SHAH ALAM – Memotong elaun menteri dan mengurangkan penganjuran majlis keramaian berbajet besar antara langkah yang boleh diambil kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaannya. Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, cara tersebut pernah digunakan khalifah pemerintahan Islam suatu ketika dulu bagi mengawal perbelanjaan negara. "Langkah pengurangan subsidi untuk berjimat hanya berkesan dalam jangka masa pendek. Sebaliknya, kerajaan perlu memikirkan cara yang lebih komprehensif. "Kerajaan boleh mencontohi khalifah terdahulu yang memotong kemudahan orang besar dan mengurangkan majlis keramaian yang tidak penting dan melibatkan belanja yang banyak. Jika dilaksanakan dengan bersungguh, kerajaan mampu untuk berjimat dan mempunyai lebihan peruntukan kewangan untuk negara," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya lagi, pendekatan tersebut mungkin dilihat tidak signifikan dari sudut ekonomi, tetapi dapat memberi contoh di mata masyarakat. "Jumlah yang berjaya dijimatkan mungkin tidak besar. Tetapi, sekurang-kurangnya beban kenaikan tidak hanya dirasai oleh rakyat, malah pemimpin dan orang berpendapatan tinggi. "Misalnya, elaun petrol untuk menteri perlu dikurangkan selaras dengan kenaikan harga minyak. Jika kerajaan sendiri beri contoh untuk berjimat, barulah masyarakat dapat terima," katanya. Menurutnya, sebarang isu ekonomi perlu ditangani secara serius oleh kerajaan. "Kenaikan harga minyak misalnya bagaikan teori domino yang mempunyai kaitan dengan banyak perkara. Apabila harga minyak meningkat, golongan seperti peniaga, pemandu bas dan teksi dan ramai lagi akan terkesan. "Malah, kos hidup yang tinggi juga boleh menjadi faktor peningkatan kes jenayah. Oleh itu, kerajaan perlu beri perhatian lebih dalam isu ekonomi," katanya. | ||
KDN kenal pasti ahli kongsi gelap sertai politik Posted: 04 Sep 2013 11:01 PM PDT Kementerian Dalam Negeri KOTA KINABALU - Kementerian Dalam Negeri sudah mengenal pasti individu yang mempunyai kaitan dengan kongsi gelap dan dikatakan turut bergiat dalam bidang politik di negara ini, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. "Sekiranya ahli politik ini adalah bekas anggota kongsi gelap, mungkin mereka sudah bertaubat dan tidak adillah untuk mengaitkan mereka lagi dengan kongsi gelap. "Tapi, jika siasatan mendapati mereka masih mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, maka kami akan dedah nama mereka dan mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 56 anggota pasukan keselamatan. Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas pendedahan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan bahawa seorang bekas banduan yang pernah menjadi ketua kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat rendah sebuah parti politik di Pulau Pinang. - Bernama | ||
Mahkamah kekal Dun Gaal milik Pas Posted: 04 Sep 2013 10:59 PM PDT KOTA BHARU - Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini menolak dengan kos petisyen yang difailkan BN untuk membatalkan keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gaal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dimenangi oleh calon Pas, Tuan Mazlan Tuan Mat. Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim dalam penghakimannya berkata petisyen yang difailkan oleh calon BN untuk kerusi itu, Redzuan Stapha mempunyai beberapa kecacatan termasuk pelantikan peguam dan juga penyerahan notis petisyen tidak mengikut Kaedah 9 dan 15 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954. Zamani turut memerintahkan Redzuan membayar kos sebanyak RM80,000 iaitu RM30,000 kepada responden pertama, Tuan Mazlan, dan masing-masing RM25,000 kepada responden kedua dan ketiga, yang terdiri daripada Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Gaal dan Suruhanjaya Pilihan Raya. Pada PRU13, Tuan Mazlan mengalahkan Redzuan dengan majoriti 302 undi. BN diwakili peguam Mohd Ilias Mohd Noor, manakala responden kedua dan ketiga oleh Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad. Pas pula diwakili peguam Hisham Fauzi. - Bernama | ||
Harga Minyak :Menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat Posted: 04 Sep 2013 10:54 PM PDT Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara." Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat. Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata? Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat. Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen. Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang 'over priced' dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang. Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini. Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia. Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah." Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan? Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara. Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah! | ||
Saksi: Ada pindaan dalam pelan asal bangunan Umno Posted: 04 Sep 2013 05:33 PM PDT MALAYSIA KINI Mahkamah Koroner hari ini diberitahu terdapat pindaan dalam pelan asal bangunan Menara Umno di Jalan Macalister di George Town membabitkan bahagian atas bangunan berkenaan.Pengarah Jabatan Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Yew Tung Seang berkata terdapat pindaan pada bahagian dinding yang dibina untuk menyokong dinding sayap di atas bangunan berkenaan. "Pelan asal yang diluluskan pada 30 Julai 1997 menunjukkan struktur di atas paras bumbung yang terdiri daripada dinding sayap untuk menyokong penebat kilat. Ada cadangan tiub keluli berbentuk tiga segi (digunakan) untuk menyokong dinding sayap yang dipasang dengan ketinggian 27 meter dari tingkat 21. "Bagaimanapun, pindaan pelan yang diluluskan pada 23 Julai 1998 menukarkan tiub keluli berbentuk tiga segi kepada RC (konkrit bertetulang) alang... lima meter dan sembilan meter tinggi dari aras 21," kata saksi keenam prosiding inkues di hadapan Koroner Khairul Anuar Abdul Halim di George Town. Inkues berkenaan diadakan bagi mengesahkan kematian seorang penjual nasi, Lim Chin Aik, 44, yang dipercayai tertimbus di dalam kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister. Inkues itu juga bagi membolehkan Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan sijil kematian dan memudahkan urusan tuntutan insurans oleh keluarga mangsa. Dalam kejadian ribut 13 Jun lepas, Lim dikhuatiri tertimbus di dalam tanah setelah pasukan mencari dan menyelamat menemui beberapa cebisan kereta Honda City berwarna kelabu yang terbenam di kawasan runtuhan itu dua hari selepas kejadian. Ketika ditanya sama ada beliau ada membuat pemeriksaan di bahagian yang runtuh, Yew berkata beliau ada melawat tempat kejadian dan mendapati keseluruhan dinding sayap berkenaan telah patah di tingkat 21 dan jatuh ke bawah. Yew juga berkata konkrit bertetulang alang berkenaan, bahagian dinding yang dibina untuk menyokong dinding sayap, turut runtuh. Khairul Anuar, yang mendengar inkues itu dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim dan Lim Cheah Yit, peguam Gobind Singh Deo bagi pihak keluarga mangsa serta peguam JKP Sdn Bhd (pemilik bangunan Menara Umno) Abdul Fareed Abdul Gafoor yang dibantu Norliza Ali. Ketika ditanya peguam Gobind Singh sama ada siasatan dijalankan oleh MPPP berhubung kejadian itu, Yew berkata perunding projek bertanggungjawab untuk mengemukakan laporan siasatan insiden berkenaan terutamanya punca kejadian. Beliau turut memberitahu mahkamah, MPPP membenarkan perunding projek terbabit menyiapkan laporan siasatan sehingga hujung bulan ini. Sementara itu, adik mangsa Lim Khung Ling, 43, memaklumkan kepada Koroner supaya kes berkenaan tidak ditangguh lebih lama. "Saya berharap satu sijil kematian boleh dikeluarkan kerana abang saya mempunyai keluarga dan terdapat hal-hal yang perlu diselesaikan... pinjaman bank memerlukan sijil kematian. "Kami semua orang biasa, kami sangat susah hati. Jadi saya harap kes ini dapat diselesaikan segera," katanya. Prosiding inkues bersambung esok. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan