DIALOG RAKYAT |
- DAP sedia heret ROS ke mahkamah - Karpal
- Keputusan pemilihan CEC kekalkan muka lama
- PCA bahan kempen Zahid Hamidi untuk pemilihan Umno
- Keputusan pemilihan CEC DAP status quo, Zairil peroleh majoriti lebih besar
- Kerugian Tanda Putra RM3.8 juta bazirkan wang rakyat
- SPR Akan Umum Tarikh PRK Sungai Limau Pada 3 Oktober
- FITNAH LAGI! Chin Peng pandang rendah orang Melayu - Utusan
- Jika Mukhriz menjadi naib presiden, ia TIDAK membawa perbezaan
- Warga Pakistan dibunuh dalam kedai sendiri
- Jangan main-main dengan DAP, kata Karpal
- Pertahan Piala Sultan Selangor, MB ucap tahniah
- SPR harus terima teguran, bukan sebelahi Umno BN
- Tanda Putera rugi RM3.77j
- Dr M kata Mukhriz tiada niat jatuhkan Najib
- CEC: Keputusan dijangka diketahui 6 petang ini
- Bumbung Masjid Kampung Tebauk di Terengganu runtuh
- Karpal tak akan undur selagi PR gagal jadi kerajaan
DAP sedia heret ROS ke mahkamah - Karpal Posted: 29 Sep 2013 07:32 AM PDT
PETALING JAYA: DAP mengingatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar tidak melakukan cubaan bagi menggagalkan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat parti itu yang diadakan hari ini. Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata sekiranya badan itu cuba mencari jalan menggagalkan pemilihan dan ia dilakukan dengan melanggar undang-undang, pihaknya akan mengheret ROS ke mahkamah. "Saya bagi amaran kepada ROS, jangan cuba main-main dengan parti ini yang begitu kuat. Saya sudah mula memperhatikan ROS ini sejak Disember lalu dan saya akan terus memerhatikannya. Ini amaran terakhir saya kepada ROS," tegas beliau ketika berucap di Kongres Khas DAP, di sebuah hotel di sini, pagi ini. Menyifatkan kongres hari ini sebagai satu sejarah kerana diadakan dua kali, Karpal berkata kongres yang mencatatkan kehadiran kira-kira 85 peratus hari ini menunjukkan parti itu sebagai sebuah parti yang kuat. Pemilihan PRU14 Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu turut mengingatkan para perwakilan agar memilih satu jawatankuasa yang kuat bagi persiapan parti itu dan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum ke-14 kelak. Saranan tersebut, katanya bukan menganggap kepimpinan yang dipilih sebelum ini tidak kuat, sebaliknya memperkuatkan lagi kepimpinan agar DAP bersama Pakatan Rakyat menawan Malaysia pada pru-14. Karpal dalam masa yang sama turut memuji semangat yang ditunjukkan pimpinan muda dan mahu agar mereka menjadi pelapis yang kuat pada masa akan dating. "Orang muda ini, anda adalah pelapis untuk menubuhkan kerajaan masa depan. Untuk Malaysia yang lebih baik. "Apa yang saya lihat, kita jangan putus asa kerana kita ada peluang dalam pilihan raya akan datang. Kita dan Pakatan Rakyat (PR) akan berjuang merebut kuasa dari Barisan Nasional," katanya. Pada pemilihan hari ini, semua senarai calon yang bertanding untuk 20 jawatan tertinggi parti kekal seperti mana pemilihan pada Disember 2012 yang lalu. Bagaimanapun, terdapat 17 orang calon menarik diri dan dua meletak jawatan menjadikan bilangan yang calon yang bakal dipilih perwakilan berjumlah 47 orang berbanding 66 calon tahun lalu. Pemilihan semula hari ini diadakan berikutan ROS mengumumkan pemilihan sebelum ini tidak sah ekoran terdapat dakwaan kononnya terdapat perwakilan yang tidak diberikan notis untuk menghadiri kongres sebelum ini. | ||||
Keputusan pemilihan CEC kekalkan muka lama Posted: 29 Sep 2013 07:08 AM PDT KL TODAY PETALING JAYA – Seperti yang dijangka keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP menyaksikan kesemua 20 anggota ahli yang dipilih dalam pemilihan Disember tahun lalu berjaya mengekalkan kedudukan masing-masing dalam pemilihan semula yang dijalankan hari ini. Menduduki hearaki teratas ialah Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang berjaya memperolehi sebanyak 1,438 undi. Sementara itu, Lim Kit Siang menduduki tempat kedua dengan undi sebanyak 1,436, hanya dua undi kurang berbanding Chin Tong. Dalam pada itu, satu-satunya anggota CEC Melayu, Zairil Khir Johari yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera menduduki tempat ke-12 dengan 1,132 undi. Sementara Karpal Sing menduduki tempat ke-3 dengan undi sebanyak 1,421 diikuti oleh anaknya Gobind Singh Deo dengan undi sebanyak 1,409. Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merupakan penyandang Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjadi calon kelima popular dengan 1,304 undi. Pemilihan hari ini yang berlangsung menerusi Kongres Khas DAP diadakan susulan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menolak keputusan pemilihan pada Disember tahun lalu. | ||||
PCA bahan kempen Zahid Hamidi untuk pemilihan Umno Posted: 29 Sep 2013 07:05 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 dilihat bahan kempen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk pemilihan Umno, kata ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin."PCA seolah menjadi alat kempen untuk Zahid Hamidi. Cuma saya nak beritahu. Tanpa PCA pun Zahid boleh menang," kata Shamsul kepada Keadilandaly.Justeru, Shamsul bercadang 'menaikkan populariti' naib presiden Umno itu melalui dialog atau debat dengannya berhubung pindaan undang-undang tersebut. "Kalau Zahid bersedia, kita boleh buat secara langsung. Di Bernama atau Sinar Harian atauAstro. Kerana isu ini melibatkan semua pihak," kata Shamsul yang juga ketua Angkatan Muda KEADILAN. Kata Shamsul, Zahid tidak perlu mencadangkan undang-undang yang bercanggah dengan hak asasi, sedangkan hak seseorang yang dibicarakan atas kesalahan tertentu terjamin dibawah perlembagaan Persekutuan. "Berbanding dulu, rakyat berasa selamat jika dia tidak tahu (ada penahanan tanpa bicara). Tapi, konteks hari ini berubah. Rakyat lebih selamat jika mengetahui perkara sebenar kenapa (seseorang) ditangkap dan ditahan. Beliau memberikan contoh pewartaan akta ISA pada 1960 yang bertujuan mengekang pengaruh komunis meresap ke dalam masyarakat Malaya yang ketika itu baru mencapai kemerdekaan. "Tapi itu konteks 50 tahun dulu. Tapi masyarakat hari ini berkembang. Yang penting ialah pendidikan mencegah jenayah selain pemerkasaan badan penguatkuasaan seperti Polis. "Kita bimbang. Dalam masa kerajaan mahu menghapuskan ancaman, kerajaan pula yang menjadi ancaman," kata Shamsul. | ||||
Keputusan pemilihan CEC DAP status quo, Zairil peroleh majoriti lebih besar Posted: 29 Sep 2013 07:02 AM PDT Pemimpin yang sama juga dipilih dalam Pemilihan Semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP seperti diarahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mendapat undi majoriti lebih besar membuktikan DAP bukanlah satu parti anti-Melayu. Beliau merupakan satu-satunya calon Melayu dipilih menganggotai 20 keahlian CEC. Zairil Khir mendapat undi 1,132 undi mendapat tempat ke-12 berbanding pemilihan Disember lalu yang hanya mendapat 803 undi. Isu yang berkisar kepada pemimpin berusia 31 tahun itu menarik perhatian perwakilan apabila berlaku masalah teknikal apabila beliau dipilih mengaanggotai CEC. Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong masih mendapat undi tertinggi dengan 1,434 diikuti pemimpin veteran Lim Kit Siang dengan 1,436 dan Karpal Singh (1,432). Anak Karpal, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo masih mendapat undi keempat tertinggi dengan 1,409 undi sementara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengekori rapat dengan 1,304 undi. | ||||
Kerugian Tanda Putra RM3.8 juta bazirkan wang rakyat Posted: 29 Sep 2013 06:58 AM PDT Azuan Ab Rahman KUALA LUMPUR : Tayangan Filem kontroversi Tanda Putra yang gagal menarik penonton hingga mengalami kerugian RM3.77 juta, menunjukkan satu lagi pembaziran wang rakyat, kata penulis, Hasmi Hashim. "Filem ini filem yang amat malang kerana mengalami kerugian. Kalau dicalonkan sekali pun, saya percaya ia tidak akan merangkul apa-apa anugerah. "Ini pembaziran yang jelas, duit rakyat digunakan untuk menerbitkan propaganda, dan ia tidak berjaya," katanya yang juga penulis lirik terkenal lagu 'Awan Nano'. Menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), filem kontroversi itu berakhir di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3.77 juta. Filem yang diterbitkan dengan kos RM4.2 juta dari geran Finas itu hanya mencatat kutipan RM930,000 selepas 25 hari ditayang di pawagam. Hasmi atau nama penanya, Buddhi Hekayat berkata, satu jawatankuasa sepatutnya ditubuhkan bagi menyemak dan memilih skrip yang sesuai sebelum diberi geran penerbitan. Sementara itu, bekas pelawak, pengacara dan penulis lirik, Bob Lokman berpendapat dana sebesar itu tidak seharusnya diberikan bagi menerbitkan filem yang sejak awal sudah dijangka tidak akan diterima umum. "Rakyat Malaysia memang tidak boleh terima cerita begitu. Lebih elok dana sebegitu besar digunakan bagi meningkatkan mutu seni di negara ini dengan cara yang lain," ujarnya. Tanda Putra, merupakan filem arahan Paduka Suhami Baba yang memaparkan insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Filem berkenaan gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya, menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil. Diterbitan Pesona Pictures Sdn Bhd, filem itu dikritik ramai kerana memainkan sentimen perkauman selain memaparkan peristiwa sejarah secara berat sebelah. | ||||
SPR Akan Umum Tarikh PRK Sungai Limau Pada 3 Oktober Posted: 29 Sep 2013 05:06 AM PDT MSTAR ONLINE PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Khamis depan (3 Oktober) untuk membuat keputusan dan mengumumkan tarikh bagi pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau. Pilihan raya kecil itu berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu. SPR dalam satu kenyataan berkata ia menerima notis pada Ahad daripada Speaker DUN Speaker Kedah, Datuk Md Rozai Sapian yang memaklumkan mengenai kekosongan kerusi di kawasan Sungai Limau berikutan kematian Azizan. Mesyuarat itu akan bermula pada pukul 10 pagi di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan akan dipengerusikan oleh pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. | ||||
FITNAH LAGI! Chin Peng pandang rendah orang Melayu - Utusan Posted: 29 Sep 2013 04:55 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mendedahkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng (gambar) adalah individu yang sering memandang rendah kepada orang Melayu, menentang kuat hak keistimewaan orang Melayu serta menafikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia. Melalui akhbar edisi Ahadnya, Mingguan Malaysia, laporan berkenaan turut memetik beberapa pengakuan bekas pemimpin komunis Melayu. ''Bangsa Melayu adalah bodoh, mundur, pemikirannya tidak luas dan hanya berkisar dalam penghidupan kampung yang didiaminya. Orang Melayu juga disifatkan mudah berpuas hati dengan keadaan mereka yang ada," kata seorang pemimpin kanan komunis Melayu. Laporan itu turut menggambarkan Chin Peng sebagai seorang yang tidak menyembunyikan pendapatnya kepada pemimpin komunis Melayu ketika itu mengenai penentangannya terhadap status Bumiputera kerana ia menggambarkan penguasaan politik orang Melayu terhadap bukan Melayu. "Setiausaha Agung PKM itu berhujah golongan pertengahan Melayu adalah 'alat' kepada kerajaan, hasil daripada perancangan British dan kerajaan Malaysia bertujuan meneguhkan pemerintahan mereka menerusi sokongan ramai kaum Melayu. "Golongan pertengahan Melayu juga dianggap oleh Chin Peng bersekongkol dengan golongan kapitalis dan monopolis untuk mengeksploitasi kekayaan negara," menurut laporan tersebut. Seorang pemimpin komunis Melayu lain mendedahkan propaganda PKM satu pembohongan nyata kononnya berjuang untuk kesamarataan kaum dan penggunaan semua bahasa sebagai bahasa rasmi. Katanya, dalam PKM, bahasa Cina diguna dengan meluas manakala bahasa lain termasuk Inggeris tidak diendahkan seperti dalam surat arahan parti dan dokumen mesyuarat. "Chin Peng tanpa berselindung menyatakan bahasa Melayu adalah bahasa mundur dan terhad daripada segi perbendaharaan istilah dibandingkan dengan bahasa Cina. "Dalam satu mesyuarat PKM pada 1965, dasar kerajaan Malaysia mengutamakan bahasa Melayu disifatkan Chin Peng sebagai diskriminasi dan mendakwa kerajaan memberi layanan rendah terhadap bahasa Cina. "Slogan PKM yang melaungkan perjuangan untuk membina Republik Rakyat Malaya yang bermakna kesetiaan kepada Malaya hanyalah pembohongan kerana kepimpinan PKM memandang kiblat kepada China sebagai asas kesetiaan dan sumber inspirasi," katanya. Pemimpin komunis Melayu itu turut mencatatkan perkataan yang disebut oleh ahli jawatankuasa pusat PKM yang menyifatkan lawatan kerap mereka ke China sebagai 'Hui Chu Kuo', bermakna pulang ke tanah ibunda. Katanya, meskipun kerap disarankan supaya PKM memberi perhatian untuk meraih sokongan orang Melayu, Chin Peng berterusan menolak kerana menganggap sokongan Melayu sebagai tidak relevan. "Chin Peng percaya apabila PKM berjaya merampas kuasa, orang Melayu akan terdorong untuk menerima komunisme dengan memberi contoh sejurus selepas Jepun menyerah kalah pada 1945 dan sebelum kepulangan Tentera Bersekutu, pasukan MPAJA (Tentera Rakyat Malaya Anti Jepun) berjaya memastikan orang Melayu tunduk, dengan ancaman senjata. "Pemimpin komunis itu beranggapan Malaya dan Singapura sebagai satu entiti yang sama, dan ini akan menjadikan bilangan penduduk Cina sebagai kumpulan majoriti yang seterusnya menurunkan status orang Melayu kepada minoriti," katanya dipetik daripada Utusan Malaysia hari ini. TMI | ||||
Jika Mukhriz menjadi naib presiden, ia TIDAK membawa perbezaan Posted: 29 Sep 2013 04:53 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE Kerajaan dan pimpinan hari ini sedang menghadapi krisis keyakinan terburuk dalam sejarah kewujudan negara ini. Tiada lagi kita mendengar orang atau kumpulan bersetuju dengan segala apa yang dilakukan kerajaan sekarang. Suasana ini wujud mesti bersebab. Sebab itu yang belum difahami oleh pimpinan kerajaan sejak hampir dua dekad dahulu. Tahap keyakinan terendah ini bukannya wujud dalam sekelip mata tetapi setelah ia menyemarak sejak dua dekad dahulu secara beransur-ansur. Ibarat sebuah kereta, jika ia diselenggara dengan baik, kereta itu akan bertahan lama untuk dipandu. Tetapi jika tidak diselenggara dengan baik dan konsisten kereta itu tidak akan bertahan lama dan akhirnya kita tidak akan ada lagi keyakinan kereta itu boleh dipandu dengan selamat. Begitu jugalah sebuah negara. Jika tidak diselenggara dengan baik oleh pemimpin, maka pemimpin itu tidak akan diyakini mampu untuk menyelenggara negara ini. Rasuah menjadi perkara dan isu terbesar di negara ini kerana ia berlaku di setiap peringkat dan oleh semua yang mempunyai kuasa walaupun kuasa yang kecil. Pegawai kerajaan tertinggi dengan penggubal dasar melakukan rasuah dalam skala yang bersesuaian dengan pangkatnya dan kedudukannya. Budak pejabat pun melakukan rasuah tetapi mengikut skala dan kedudukan mereka. Pendeknya rasuah berlaku di setiap tempat dan setiap tahap dan itu sudah menjadi lumrah dan telah pun dibudayakan oleh keadaan sekarang. Rasuah dianggap halal dan mereka yang tidak mengambil serta mengamalkan rasuah sudah dianggap ketinggalan zaman dan bodoh. Kuasa di negara ini berjalan selari dengan rasuah kerana rasuah itu adalah sinonim dengan rasuah. Selalau saya katakan rasuah dan kuasa itu seperti aur dengan tebing, saling memerlukan di antara satu dengan lain. Tanpa kuasa tidak dapat melakukan rasuah dan tanpa rasuah tidak akan dapat kuasa yang diidamkan. Malahan melakukan rasuah itu menjadi kebanggaan. Bukan aneh jika kita mendengar peniaga berkata yang mereka layak untuk mendapatkan projek kerana mereka membayar dan memberi rasuah kepada sesiapa yang berkuasa bagi memberikan mereka projek besar di negara ini. Dua hari lalu Tengku Razaleigh (TR) mendesak semua menteri, termasuk Perdana Menteri dan bekas-bekas Menteri termasuk bekas Perdana Menteri, mengisytiharkan harta mereka. TR mengatakan beliau sendiri bersedia untuk melakukannya demi untuk menjaga imej kepimpinan negara dan memastikan Umno dan kerajaan itu terus relevan di mata dan hati rakyat yang memberi mandat kepada mereka. Jika benar apa yang dinyatakan oleh pimpinan yang mereka mahu mendapatkan mandat terus itu semata-mata untuk memberi khidmat kepada rakyat, kenapa pengisytiharan harta ini menjadi masalah besar kepada semua pemimpin kita? Jika benar apa yang dikata mengisytiharkan harta ini akan mendapat sambutan dan setiap pemimpin kita akan dengan rela hati dan menyokong seruan untuk pengiystiharan harta itu. Seruan itu sepatutnya mendapat sokongan kuat kerana dengan pengisytiharan harta itu akan memulihkankan imej dan pandangan serong masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap negara kita yang melekat dengan stigma rasuah itu. Malah ini formula terbaik bagi kerajaan dan pimpinan hari ini terhindar daripada tuduhan rasuah yang di lemparkan terhadap pimpinan hari ini. Tetapi jika seruan dan pandangan ini tidak dihiraukan maka ia sekali gus mengiyakan pandangan dan tuduhan ramai yang pimpinan hari adalah pimpinan yang sarat dengan rasuah itu. Tiada sebab barisan pimpinan hari ini tidak bergembira untuk membersihkan imej mereka dengan mengisytiharkan harta mereka. Perdana Menteri dan barisan Kabinet beliau sepatutnya bertindak cepat untuk mengisytiharkan kerana itu cara terpantas membersihkan nama mereka. Jika mereka (pimpinan) tidak mahu atau bergembira untuk mengisytiharkan harta mereka maka sah dan benarlah wujudnya perlakuan rasuah yang besar di kalangan pimpinan negara. Jika rakyat mengambil tindakan membenamkan kerajaan hari ini, itu adalah tindakan yang sangat wajar. Rakyat benar-benar tertekan dengan rasuah ini kerana pimpinan yang rasuah tidak mungkin dapat mengambil keputusan dengan baik dan betul. Kerajaan boleh menggubal dasar demi dasar untuk rakyat, dan boleh mewujudkan pelan memperkasakan ekonomi Bumiputra dan berbagai-bagai tindakan yang mempunyai jargon besar, tidak ada yang akan dapat dijayakan dengan betul dan berkesan. Ketirisan akan berlaku di mana-mana, akhirnya Bumiputra itu sendiri akan merasakan tekanan itu kerana mereka tidak akan dapat merasakan nikmat penggubalan dasar itu. Malahan Bumiputra akan dipandang rendah oleh kaum bukan Bumiputra kerana mereka akan menyangka mereka (Bumiputra) itu mendapat nikmat dasar itu yang sebenarnya mereka tidak rasai itu. Maka perasaan benci membenci di antara kaum itu akan bertambah besar, rakyat Bumiputra pula akhirnya mendapat nama busuk daripada kegagalan pelaksanaan dasar 'affirmative' untuk mereka (Bumiputra). Setakat ini, janji kerajaan semasa pilihan raya belum diusahakan tetapi dikeluarkan pula dasar baru yang kini dirasakan ramai akan tinggal sebagai dasar sahaja. Sebenarnya kerajaan yang baru mendapat mandat ini tidak akan berjaya dalam kesemua tindakan mereka kerana selagi mereka yang ada dalam pimpinan Umno hari ini tidak boleh dipercayai dan diyakini kemampuan mereka. Mereka wajib berhenti dan bersara sahaja seperti saranan Dr Mahathir tiga hari lalu. Hanya yang tidak mahu diakui Mahathir ialah,mereka yang memimpin sekarang ini adalah hasil kepimpinan beliau sendiri. Beliau tidak menumpukan pembinaan kepimpinan bersih dan mempercayai hakikat rasuah itu adalah kerja paling hina, sama seperti pelaku sodomi dan setaraf dengannya. Apa yang kita alami hari ini adalah warisan beliau dan pengkaji sejarah akan mempunyai bahan yang besar untuk penulisan mereka untuk dibaca generasi akan datang. Sekarang Mahathir berusaha untuk menyangkutkan anak beliau di dalam barisan kepimpinan tertinggi parti kononnya untuk memberikan nafas baru kepada Umno yang kini mempunyai kepimpinan yang tua dan sudah buruk dan tidak elok dipandang mata lagi. Rupa-rupanya beliau dan generasi beliau sahaja yang layak untuk dianggap terbaik untuk negara. Beliau menuduh semua pimpinan dalam Umno kini bodoh Jika tuduhan Mahathir itu benar, maka benar jugalah anggapan setengah pihak yang sepandai mana pun seseorang itu, mereka akan menjadi bodoh setelah menyertai kepimpinan Umno. Maka itu jugalah yang akan berlaku kepada Mukhriz dan beliau akan menjadi seperti pemimpin lain jika berjaya menjadi Naib Presiden Umno dalam pemilihan yang bakal diadakan nanti. Penyakit rasuah dalam Umno dan kerajaan begitu 'contagious' dan Mukhriz tidak akan dapat memberikan apa-apa perbezaan kepada parti jika beliau dibariskan sebagai Naib Presiden Umno itu. Semua sama sahaja dan elok digilirkan jawatan itu dengan Isa Samad dan Ali Rustam sahaja. Kalau digilirkan dua orang di antara tiga penyandang itu, Isa bolehlah mengambil giliran kali ini. Seperti yang saya katakan tadi, mereka itu sama sahaja, tidak ada lebih dan yang kurang di antara mereka. Lebihnya Isa beliau tidak sombong. Hidungnya terletak di tempatnya, tidak di atas dahi. Begitulah adanya. – aspanaliasnet.blogspot.com | ||||
Warga Pakistan dibunuh dalam kedai sendiri Posted: 29 Sep 2013 04:48 AM PDT Pasukan forensik menjalankan siasatan di tempat kejadian. Gambar kecil: Hadi. KUALA NERUS - Seorang lelaki warga Pakistan ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan dalam kedai perabot miliknya di Kampung Padang Nenas, Jalan Mengabang Telipot, di sini, semalam. Dalam kejadian yang dipercayai berlaku jam 12 tengah hari itu, mangsa, Hadi Khan Yusof, 55, yang mempunyai taraf penduduk tetap (PR) ditemui berlumuran darah dalam keadaan terbaring di bahagian belakang kedainya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam dan setibanya di lokasi, mangsa didapati sudah meninggal dunia akibat ditikam dengan senjata tajam. "Mangsa sudah lebih 20 tahun menetap di negara ini dan tinggal bersendirian kerana anak serta isterinya baru pulang ke negara asal mereka di Pakistan. "Kita masih lagi mengesan senjata yang digunakan kerana ia tidak ditemui di tempat kejadian. Kita ada terima maklumat daripada jiran dan sedang mengesan suspek, bagaimanapun motif dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan termasuk mengenal pasti barang peribadi milik mangsa," katanya. Manoharan berkata, mangsa dipercayai baru membuka perniagaan di kawasan berkenaan dan polis sedang berusaha menghubungi keluarganya di Pakistan. Katanya, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sementara itu, menurut seorang saksi, Ahmad Syafandi Mohd Yusof, 34, dia sama sekali tidak menyangka punca mangsa lewat membuka kedai akhirnya membawa kepada penemuan mayat jirannya itu yang baru dikenali sebulan lalu oleh seorang pemandu lori yang datang untuk mengambil barang di kedai perabot berkenaan. "Sebelum itu, ada beberapa orang datang bertanyakan mangsa kerana kedainya masih belum dibuka, tapi ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah dimaklumkan pemandu lori berhubung penemuan mayat berkenaan dan saya segera menghubungi polis," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu. Menurut pengusaha kedai pakaian yang juga jiran terdekat mangsa, sebelum kejadian iaitu kira-kira jam 8.30 pagi, ada jiran lain yang melihat mangsa sedang membaca surat khabar di bahagian depan kedai perabotnya dan selepas itu, mangsa terus tidak muncul. "Mangsa tinggal seorang diri dan biasanya dia buka kedai lebih awal daripada saya kerana dia menetap di tingkat atas kedainya, jadi bila dia lewat buka kedai, ramai yang tanya. "Sebaik dimaklumkan pemandu lori berkenaan, saya bergegas ke dalam kedainya dan melihat mangsa sudah terbaring dengan berlumuran darah," katanya yang baru sebulan memulakan operasi di kedai bersebelahan mangsa. | ||||
Jangan main-main dengan DAP, kata Karpal Posted: 29 Sep 2013 04:45 AM PDT Karpal Singh PETALING JAYA - [Dikemaskini] Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), supaya jangan 'bermain-main dengan parti itu kerana mereka akan terus teguh berdiri walaupun pelbagai sekatan yang dikenakan oleh badan tersebut. Menurutnya, DAP merupakan sebuah parti yang kuat serta mendapat sokongan majoriti daripada rakyat pada PRU13 yang lalu. "Saya ingatkan ROS bahawa DAP parti yang teguh. "Jadi jangan 'main-main dengan DAP," katanya ketika memberi ucapan pembukaan bagi sesi pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) DAP yang berlangsung, di One Utama Hotel, di sini, hari ini. Dalam pada itu, dalam ucapannya juga beliau turut memuji ahli DAP yang terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti tersebut. "Apa yang saya lihat dalam dewan ini, hampir 85 peratus yang hadir. "Ini menunjukan DAP terus mendapat sokongan, kita kuat," katanya. Tambah Karpal lagi, parti DAP tidak akan berputus asa dan akan terus berjuang sehingga berjaya mengambil alih kuasa pentadbiran kerajaan Pusat daripada BN pada PRU14 nanti. "Kita akan buktikan pada PRU14 nanti. Walaupun dikenakan pelbagai tekanan, kita akan buktikan bahawa DAP sebuah parti yang boleh hadapi apa-apa sahaja cabaran, kita tidak mudah mengalah," tegasnya. Pemilihan semula CEC ini diadakan berikutan tindakan ROS yang telah memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti berhubung dakwaan berlaku penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan yang diadakan 15 Disember tahun lepas. | ||||
Posted: 29 Sep 2013 04:40 AM PDT BN naikkan harga petrol selepas PRK DUN Sungai Limau?Posted in: Berita, Berita Nasional, Dasar Kerajaan Selangor, Fokus, Fokus Rakyat, Infrastruktur, Inisiatif Kerajaan Selangor, Integriti, Kebajikan Rakyat, Kecekapan, Kerajaan Selangor, Ketelusan, Maklumbalas Rakyat, Menyelesaikan Masalah Rakyat, Pakatan Rakyat, Pelaburan, Pencapaian & Prinsip Tadbirurus, Pengagihan Adil, Pengurusan Dana Rakyat, Perkhidmatan Kepada Rakyat, Perpaduan, Politik & Berita Nasional, Program Merakyatkan Ekonomi Selangor 597 views – September 29, 2013SHAH ALAM: Sekalipun tiada pengumuman kenaikan harga minyak yang heboh diperkata dalam media sosial, Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin ia tetap berlaku dalam masa terdekat. Menjangkakan kerajaan sekali lagi akan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel dalam jangka masa terdekat ini. Pengarahnya, Yahya Mat Sahri, kenaikan harga bahan api itu sukar dielak berikutan faktor kelemahan pengurusan kewangan pemimpin dan amalan rasuah dalam kerajaan Umno BN itu. "Ini disebabkan penyusutan nilai mata wang kita yang terpaksa ditampung, pendapatan dan perbelanjaan tak seimbang, perbelanjaan terlalu tinggi dan hutang negara juga terlalu tinggi dan rasuah tidak dibendung. "Kerajaan terdesak mencari sumber kewangan dan akhirnya mereka letakkan beban kepada rakyat. Kalau begini senanglah kerja kerajaan, tak cari penyelesaian lain. Asal ada masalah ekonomi, semua hadapkan kepada rakyat untuk dipikul," katanya kepada TV Selangor. Yahya tidak menolak kemungkinan kerajaan mengambil kira faktor pilihan raya kecil DUN Sungai Limau tidak lama sebelum membuat keputusan menaikkan harga petrol. Beliau turut menyelar kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang memberi alasan kenaikan itu disebabkan kenaikan harga antarabangsa. "Kata terpaksa naikkan sejajar harga pasaran antarabangsa tetapi sebenarnya pasaran minyak antarabangsa ketika ini turun. Kita sahaja yang menaikkan harga," katanya. Selain itu, katanya alasan kenaikan bagi membenteras penyeludupan petrol di sempadan juga tidak masuk akal berikutan masalah itu sudah berlarutan sejak berpuluh-puluh tahun lalu. "Ini bukan perkara baru, sudah berpuluh tahun dulu lagi. Kenapa sampai sekarang tidak dapat diatasi. Setiap kali timbul isu kenaikan harga minyak, mulalah timbulkan isu penyeludupan untuk jadikan alasan," katanya. | ||||
Pertahan Piala Sultan Selangor, MB ucap tahniah Posted: 29 Sep 2013 04:38 AM PDT SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak Selangor yang mempertahankan Piala Sultan Selangor ke-12 selepas menumpaskan Singapura 3-2 di Stadium Shah Alam, malam tadi. "Tahniah kepada pasukan bola Selangor kerana berjaya menewaskan Singapura dalam Piala Sultan Selangor!" katanya melalui facebook, malam tadi. Abdul Khalid hadir mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mencemar duli bagi menyaksikan perlawanan yang menemukan dua musuh tradisi Liga Malaysia suatu ketika dahulu. Pada edisi tahun lalu, Selangor merampas kembali piala berkenaan dengan kemenangan 3-1 menewaskan Singapura selepas kemarau selama tiga tahun berturut-turut. Pasukan bimbingan jurulatih, P Maniam itu muncul juara hasil dua jaringan tonggak penyerang import Francis Forkey Doe dan satu gol dari pemain import pertahanan, Adam Griffith. Biarpun bergelut dengan isu peletakan ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim, pasukan Merah Kuning ternyata beraksi cemerlang untuk tidak mengecewakan lebih 50,000 penonton yang hadir malam itu. Kesebelasan utama dibarisi Asharuddin Putra Omar, Norazlan Razali, Mohd Amri Yahyah, Mahali Jasuli, Adam Griffith, Forkey Doe, S.Kunalan, K.Gurusamy, Mohd Nashriq Baharom, Mohd Fitri Shazwan dan S.Veenod. Pasukan Selangor membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000 yang disampaikan baginda sejurus tamat permainan. Pada malam itu, peminat bola sepak tempatan turut dihiburkan dengan perlawanan antara pasukan Veteran Selangor menentang Veteran Singapura, Veteran Singapura menang 1-0. | ||||
SPR harus terima teguran, bukan sebelahi Umno BN Posted: 29 Sep 2013 04:36 AM PDT SHAH ALAM : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu sedia menerima teguran semua pihak termasuk Tribunal Rakyat demi memelihara kepentingan rakyat. Keengganan SPR membantu siasatan Tribunal Rakyat hanya membayangkan agensi itu mengambil pendirian yang menguntungkan Umno BN sahaja. Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata SPR sepatutnya berani dan bertanggungjawab terhadap setiap teguran. "Tribunal Rakyat mengesahkan isu yang dibangkitkan PKR dan Pakatan Rakyat sebelum ini betapa ada banyak penipuan sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU 13). "SPR wajar meneliti secara profesional untuk mengembalikan keyakinan rakyat sebagai agensi yang melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil," katanya kepada TV Selangor. Beliau juga menolak dakwaan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kononnya tribunal berkenaan hanya mencari publisiti. "Ini bukan soal menonjolkan kepentingan mana-mana pihak sebab itulah saya mendesak SPR bersikap terbuka dan mendengar teguran semua pihak khususnya rakyat. "Keputusan PRU 13 penuh penipuan dan penyelewengan menyebabkan kesan buruk terhadap imej negara kepada dunia antarabangsa," kata Pengerusi PKR Selangor itu. | ||||
Posted: 29 Sep 2013 04:10 AM PDT MALAYSIA KINI Tayangan filem kontroversi 'Tanda Putera' tamat di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM3.77 juta.Filem yang dihasilkan dengan kos RM4.7 juta itu hanya menarik kutipan RM930,000 selepas 25 hari di pawagam, menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Satu lagi filem yang turut mula ditayangkan pada 29 Ogos, 'KL Zombie' berjaya mengutip sejumlah RM2.93 juta dalam tempoh sama. 'KL Zombie' dihasilkan dengan kos RM1.8 juta, kurang daripada separuh kos produksi 'Tanda Putera' dan masih ditayangkan di pawagam. 'Tanda Putera' yang merakam persahabatan di antara perdan menteri waktu itu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Ismail Abdul Rahman dalam latar peristiwa 13 Mei 1969 itu dikritik kerana memaparkan perisitiwa sejarah dengan tidak jujur. Filem tersebut tetap mengalami kerugian walau dipromosi oleh kumpulan pendesak nasionalis, yang turut menggesa akan filem berkenaan diwajibkan tayangan di sekolah dan universiti. Filem oleh Persona Pictures Sdn Bhd dihasilkan dengan geran RM4.2 juta dari Finas. Menurut laman 'Tanda Putera' di Facebook, filem berkenaan akan ditayangkan di luar pawagam melalui tempahan khas, yang dijangka akan memberi tambahan kutipan RM570,000. | ||||
Dr M kata Mukhriz tiada niat jatuhkan Najib Posted: 29 Sep 2013 04:09 AM PDT Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan laporan yang meramalkan bahawa anaknya Mukhriz merupakan antara pemimpin Umno yang bakal mengancam kedudukan Datuk Seri Najib Razak. Mahathir berkata, anaknya itu tidak mempunyai apa-apa niat buruk seperti yang dilaporkan majalah The Economist. "Mereka (The Economist) tidak boleh mencari apa-apa yang baik mengenai siapa saja. "Itu (usaha menjatuhkan Najib) yang akan mereka lakukan jika berada di kedudukan Mukhriz, tapi di Malaysia kita tidak akan niat jahat seperti itu," katanya kepada pemberita hari ini. Terdahulu, Mahathir melawat hari terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya dan meluangkan masa membaca buku cerita kepada kanak-kanak di acara tersebut. | ||||
CEC: Keputusan dijangka diketahui 6 petang ini Posted: 29 Sep 2013 04:02 AM PDT PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Pengarah Strategik Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming, berkata, sebanyak 1,725 kertas undi telah dikeluarkan parti itu hari ini dalam menentukan pucuk pimpinan baru parti itu. Proses pengundian yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi itu berakhir pada jam 1.15 petang tadi. Bagaimanapun, kotak undi hanya dibawa keluar dari dewan mengundi pada jam 2.00 petang tadi dengan diiringi Kian Ming dan pemerhati yang dilantik ke bilik pengiraan. Keputusan pemilihan semula CEC DAP itu dijangka diketahui kira-kira jam 6 petang nanti. Pada pengundian tengahari tadi, DAP menggunakan kaedah pengundian seperti yang dipraktikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU13 lalu iaitu pengunaan dakwat kekal dan dicalit pada jari perwakilan bagi mengelakkan penipuan. Selain itu, kaedah pengundian juga masih mengguna kertas undi dan ahli DAP perlu memangkah calon yang dikehendaki di tempat mengundi yang tertutup. Kian Ming sebelum itu juga mengumumkan bahawa seramai 49 calon bertanding merebut 20 kerusi dalam pemilihan semula hari ini. | ||||
Bumbung Masjid Kampung Tebauk di Terengganu runtuh Posted: 29 Sep 2013 03:59 AM PDT Orang ramai melihat struktur runtuhan siling dan bumbung Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di sini dalam kejadian yang berlaku sekitar 4 pagi tadi. Insiden runtuhan bumbung itu melibatkan kira-kira 40 peratus bahagian masjid bernilai RM6 juta yang siap pembinaannya dua tahun lalu. - Foto Bernama KUALA TERENGGANU - Sebahagian bumbung dan siling Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di sini runtuh awal hari ini. Insiden itu dipercayai berlaku pukul 4 pagi ini melibatkan kira-kira 40 peratus bahagian masjid itu yang siap dibina dua tahun lepas melibatkan kos RM6 juta dan boleh memuatkan 1,000 jemaah. Bilal masjid Man Mat, 61, berkata ketika tiba di pintu pagar utama, dia terkejut melihat sebahagian bumbung dan siling masjid runtuh dan segera memaklumkan kepada anggota jawatankuasa masjid. "Saya tanya penduduk yang tinggal paling hampir dengan masjid ini dan mereka beritahu ada bunyi dentuman kuat kira-kira pukul 4 pagi tadi," katanya ketika ditemui di sini hari ini. "Masjid ini baru dua tahun digunakan dan sepanjang tempoh ini tidak ada tanda atau bunyi pelik melainkan sedikit kebocoran tetapi ia tidak serius," katanya. Ini bukan laporan pertama mengenai masjid bumbung runtuh di negeri ini. Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh. Pada 3 Okt 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera. Selain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh. Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Feb lepas menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan. - Bernama | ||||
Karpal tak akan undur selagi PR gagal jadi kerajaan Posted: 29 Sep 2013 03:56 AM PDT Karpal Singh KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tidak akan berundur dari politik selagi pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan Pusat. Pemimpin veteran DAP itu tidak menolak kemungkinan yang beliau akan terus kekal menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. "Saya tidak akan undur dan bersara dalam waktu terdekat. Memang hasrat saya untuk menyerahkan kepimpinan kepada generasi muda. Kita semakin tua dan orang (pemimpin) tua perlu bersara satu hari nanti. "Saya akan bersara dalam masa munasabah. Munasabah bermaksud lepas apa yang kami mimpikan iaitu untuk jadi kerajaan Persekutuan menjadi kenyataan. Lepas itu baru bagi kepada orang muda," katanya pada sidang media di Kongres Khas DAP di sini, hari ini. Terdahulu dalam ucapan aluannya, Karpal, 73, berkata, beliau dan kepimpinan generasi lama dalam parti itu termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang, 72, perlu berundur bagi memberi laluan kepada generasi muda untuk menerajui parti itu. Kerjaya politik Karpal, seorang peguam, bermula pada 1970 apabila beliau menyertai parti itu. Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah pada 1974, dan mula menjadi anggota parlimen Jelutong, Pulau Pinang pada 1978. Karpal gagal mempertahankan kawasan Jelutong yang dipegang melebihi 20 tahun pada Pilihan Raya Umum 1999. Sejak 2004, Karpal menjadi wakil rakyat bagi kawasan Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan memegang jawatan sebagai Penasihat DAP pada tahun yang sama. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan