Ahad, 29 September 2013

Biaqpila

Biaqpila


PANAS!!! VIDEO PENCURI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI SELAMBA MELEPASI BALAI PENGAWAL

Posted: 29 Sep 2013 06:56 AM PDT

Motosikal Kena Curi
(Subang: 29/9/13)

Sebuah motosikal berkuasa tinggi telah dicuri di Apartment Ros Saujana Subang Selangor pada lebih kurang pukul 1 tengahari tadi.

Gambar CCTV menunjukkan pengawal keselamatan menahan motosikal yang ditunggang pencuri tersebut, tetapi pencuri tidak memberhentikannya.

Jenis Motosikal: Honda Firestorm VTR1000
No Plat: WFV7797
 Warna: Putih.




Rakaman CCTV menunjukkan pencuri motosikal keluar dari kawasan apartment.
Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai motosikal ini sila laporkan ke balai polis berhampiran.

Sekian, terima kasih.



FILEM "TANDAS PUTERA" LEBIH POPULAR DARI "TANDA PUTERA"

Posted: 28 Sep 2013 11:00 PM PDT


Sedutan dari filem "Tandas Putera"  hohho!

DEY MACHA!!!
KALAU DAH CERITA FITNAH SAPA NAK TENGOK
BAIK LAYAN BANGLA JAGA TANDAS
HOHO!


Tanda Putera rugi RM3.77j

10:19AM Sep 29 2013

Tayangan filem kontroversi 'Tanda Putera' tamat di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM3.77 juta.

Filem yang dihasilkan dengan kos RM4.7 juta itu hanya menarik kutipan RM930,000 selepas 25 hari di pawagam, menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Satu lagi filem yang turut mula ditayangkan pada 29 Ogos, 'KL Zombie' berjaya mengutip sejumlah RM2.93 juta dalam tempoh sama.

'KL Zombie' dihasilkan dengan kos RM1.8 juta, kurang daripada separuh kos produksi 'Tanda Putera' dan masih ditayangkan di pawagam.

'Tanda Putera' yang merakam persahabatan di antara perdan menteri waktu itu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Ismail Abdul Rahman dalam latar peristiwa 13 Mei 1969 itu dikritik kerana memaparkan perisitiwa sejarah dengan tidak jujur.

Filem tersebut tetap mengalami kerugian walau dipromosi oleh kumpulan pendesak nasionalis, yang turut menggesa akan filem berkenaan diwajibkan tayangan di sekolah dan universiti.

Filem oleh Persona Pictures Sdn Bhd dihasilkan dengan geran RM4.2 juta dari Finas.

Menurut laman 'Tanda Putera' di Facebook, filem berkenaan akan ditayangkan di luar pawagam melalui tempahan khas, yang dijangka akan memberi tambahan kutipan RM570,000.-MK


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

LAWAK AHAD: MAKCIK NOTTI

Posted: 28 Sep 2013 06:00 PM PDT



Seorang doktor gigi dan seorang pesakit wanita tua, yang kelihatan agak gelisah.

Untuk meredakan kegelisahannya, dr tersebut buat lawak.

"Makcik tau camner dia orang buat sarung tangan ni?, tanya doktor tersebut sambil menyarungkan sarung tangannya.

" Tak tau.." kata makcik tu.

Sambil melawak, doktor tu berkata,"Dia orang buat sarung tangan ni di China, asal satu tangki latex yang besar lepas tu pekerja-pekerjanya datang celup tangan dia orang. Bila dah kering, dia orang tanggalkan, jadilah sarung tangan ini.

Makcik tu tak senyum pun.

" Tak pe lawak tak jadi nih kot",kata doktor tu.

Sedang dia memeriksa gigi makcik tersebut tiba-tiba makcik tu gelak sekuat hati,
"Ape yg kelakar, makcik",tanya dr tu.

" Tak de....makcik terbayang camne depa buat kondom", kata makcik tu.

Tiada ulasan: