Selasa, 17 September 2013

.

.


Bekas Pemimpin Belia Ditahan SPRM

Posted: 16 Sep 2013 10:24 PM PDT

TERKINI                                                                                              

Perkembangan terkini bekas Setiausaha Politik Sharizat Jalil yang ditahan malam tadi khabrnya sudah pun dibebaskan dengan jaminan. Sama ada beliau akan didakwa atau tidak, belum dipastikan lagi.

Bekas pemimpin belia yang juga bekas setiausaha politik kepada seorang menteri ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat. Turut sama ditahan ialah 10 buah kereta mewahnya berbagai jenama.

Yang pastinya tidak ada kereta Proton Saga atau Kancil yang ditahan. 

Pemimpin belia itu ditahan malam tadi. Difahamkan beberapa tahun lalu pemimpin belia ini pernah disoalsiasat SPRM menyebabkan beliau tidak disenaraikan untuk bertanding dalam pilihan raya. Beliau pernah menjadi wakil rakyat kira-kira 10 atau 15 tahun lepas. [wm.kl.1:22 pm 17/09/13]

Tahaluf Syiaasi Perlu DiKaji Kerana Punggung Sakit!

Posted: 16 Sep 2013 09:02 PM PDT

SEBANGUN PAGI                                                                                 

"MSO tulis lagi fasal Pas sedap...tidak puas apa yang MSO tulis sebelum ini, terutamanya mengenai kisah "tahaluf syiaasi" itu. Banyak orang tidak faham". Begitulah SMS yang masuk ke dalam telefon saya, entah dari mana dan siapa dia saya tidak tahu. SMS bermaksud begitu juga dimasukkan ke dalam pm facebooks dan juga email dalam blog saya.

Saya terfikir sama ada hendak menulis lagi atau tidak. Rasanya tidak perlu. Orang semua sudah faham apa itu tahaluf siyaasi dan kenapa isu mengenai kerjasama dengan PKR, (saya baca dengan Anwar Ibrahim) minta dikaji semula. Lagipun makin tulis makin celaru dan meletihkan kerana bukan mudah untuk mendamaikan orang politik yang akalnya berbingkai-bingkai mengkut disiplin ilmu masing-masing.

Apa lagi kalau yang ada pandai terjemah dan menghurai filsofi mengikut firman dan hadith lagi menyerabutkan.

Bila minta dikaji semula, ertinya ada orang Pas yang tidak suka berkawan dengan Anwar. Senario ini sudah dapat dilihat lama sebelum ini, sebelum pilihan raya. Kedatangan Anwar ke Terengganu negeri Harun Taib tidak disambut baik. Bahkan ada majlis melibatkan Anwar disebotaj.

Sebelum pilihan raya juga sudah ada orang jumpa Anwar minta dia agar jangan jadi PM dulu. Permintaan itu jelas apa maksudnya. Jadi bagi saya apa yang Harun Taib lakukan itu adalah kerana ada orang bernama Haron juga berpendapat begitu, tidak mahu kepada Anwar. Habis cerita dan jelas duduk perkaranya.

Adapun Harun Taib lebih umum sedikit menyatakan tidak mahu kepada PKR, berselindung, tidak secara langsung dan jujur seperti orang bernama Haron. Jadi kedudukan perkaranya jelas, bahawa sesetengah orang Pas tidak sukakan kepada Anwar Ibrahim. Khalas. Apa nak lagi?

Anwar dianggap mendatang penyakit kepada Pas. Menjadi hijab kepada kemenangan Pas. Pas perlukan keputihan yang suci untuk menang sebab dia Islam. Allah tidak akan bantu Islam kalau penganutnya tidak ikhlas. Itulah persepsi yang dicipta ke atas Anwar Ibrahim. Untuk menimbulkan kebencian itu ditimbulkan berbagai cerita, yang kita sedia maklum. Walhal cerita sedemikian juga ada kepada orang lain, tetapi tahap usaha untuk menimbulkan kebenciannya tidak sehebat apa dilakukan ke atas Anwar.

Hijap-hijap juga wujud di kalangan ahli Pas sendiri. Banyak pemimpin Pas yang menyembunyi dosa khufinya, 'ketandulan' yang menjadi hijap kepada perjuangan? Cuba perhatikan ekor serban tiap daripada kita dengan sejujur dan seikhlas hati tentu ada bintik-bintik dikenali 'petit lalat'. Cuba belek ada ke? Adaaaa...

Jadi kalau sudah bencikan kepada Anwar apa boleh buat. Yang benci tetap akan benci, manakala yang 'sayang' merasakan Anwar perlu digunakan tetap akan bersama Anwar. Saya juga percaya tidak ada sesiapa di dalam Pas yang mahukan Anwar menjadi PM. Bodohlah kalau dia sebagai ahli Pas tetapi mahukan Anwar jadi PM. Baik dia jadi PM sendiri walaupun tidak layak. Saya setuju dengan gurauan Abdul Hadi, seronok juga kalau boleh jadi PM.

Tahaluf syaasi Pas dengan Anwar adalah satu strategi sahaja untuk menjadikan Anwar sebagai alat. Tidak lebih dari itu. Itu adalah hakikatnya dari sudut Pas dan perkara ini juga difahami oleh Anwar dan PKR. Bila dinamakan alat Anwar hanya alat tunggangan sahaja. Ibarat kepada kenderaan kaldai atau kuda atau unta, Anwar hanya ditunggang tidak diterima lebih dari itu. Betapa hebat unta atau kuda melarikan kita membawa untuk sampai ke sesuatu destinasi, katakan rumah seseorang yang ingin kita tuju, bila sampai ke perkarangan rumah itu, unta atau kuda akan ditinggalkan dibawah. Ia tidak akan dibawa naik ke atas rumah. Alat tetap alat.

Perkara atau anologi ini tidak difahami oleh sesetengah orang Pas sehingga menjadikan ia bertindak tidak berhemah dan sering pula dikejar bayang-bayang sendiri.

Dan semestinya juga Anwar yang dijadikan alat, akan juga mengambil kesempatan. Anwar sebagai alat bernyanwa dan ada nafsu dia juga ada cita-cita dan perkiraanya. Sudah tentu disamping bawa orang dia juga hendak mencapai tujuannya. Kalau orang bawa dia untuk pergi ke rumah seseorang, bila sampai dia juga hendak naik, untuk sama-sama makan kueh dan minum tea sebab dia ada perasaan. Cuba fikir kenapa Pas sedia menjadikan Anwar sebagai alat? Tentunya kerana dia ada nilai dan kelebihan tersendiri, bukan?

Di sini terpulang serah kepada Pas dan Anwar dalam merebut nikmatnya. Kalau Pas cerdik Pas akan mendapatnya kalau tidak akan terlepai berputih mata. Kalau Pas merasakan dengan kenderaan bernama Anwar itu mereka tidak berdaya melawannya, adalah kenaifan Pas dan wajar ia berpisah dengan Anwar. Tetapi apakah dengan menggunakan alat lain (Umno) ia mampu membawa Pas ke hampir destinasi jaya itu seperti hari? Mungkin...

Kerencaman sifat politik ini perlu difahami agar kita tidak mudah kecewa dan tertipu.

Saya bersetuju sangat dengan ulasan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali yang mengatakan cara Harun Taib itu tidak bijaksana. Strategi parti mana boleh didedahkan secara umum menyebabkan ia silap tafsir akhirnya memberi kesan buruk kepada parti dan persepakatan. Perkara-perkara seperti inlah menyebabkan kita berpendapat golongan merasakan diri mereka al ulamak, matang berpolitik, tidak faham langsung mengenai tektikal politik. Orang seperti ini hanya layak menjadi buluh pengayuh rakit saja. Ia tidak boleh menjadi kayu senduk penyeduk gasing uri, kerana kedudukannya yang lurus tidak ada bengkang bengkok mustahil dapat mengaman gasing yang ligat berpusing di atas lidahnya

Hanya pengikut dan pentafsir yang lurus sahaja akan mengikut sesuatu yang lurus. Peluru senanpang akan keluar laju dan deras dari laras yang lurus dan sekata lubangnya.

Selain itu mungkin juga Harun ada 'bijak' sedikit tetapi buat sengaja tidak bijak kerana beliau hendak jadikan cadangan itu sebagai modal kempen dalam muktamar. Ia mahu dijadikan signal supaya orang-orang yang terus hendak menggunakan Anwar sebagai kenderaan kalah dan tidak berada dalam mainstream parti. Mungkin begitu, malahan itulah tujuannya. Kenapa saya berkata begitu sekiranya dalam pilihan raya lepas Pakatan Rakyat menang menjadi pemerintah negara ini, idea agar dibuat kajian semula kerjasama dengan PKR itu tidak akan timbul sama sekali.

Mungkin kini semua orang bergembira kerana sudah mendapat ghanimah masing-masing. Yang susah hari ini ialah kerana punggung lekok duduk atas kerusi keras Van C20. Kalau punggung sudah berlabuh di kusyen Mercedez 7 Siries pasti semuanya diam. [wm.kl.11:46 am 17/09/13]

Tiada ulasan: