Ahad, 15 September 2013

.

.


Tarik Balik Resolusi No 7 Multaqa Ulamak Se Malaysia

Posted: 14 Sep 2013 05:23 PM PDT

ULASAN                                                                                               

[kemaskini] Memerhati kepada lapan resolusi yang diputuskan oleh Multaqa Ualamak se-Malaysia (Pas) yang berlangsung di Kedah hari ini menjadikan Pas berpotensi berpecah dan bertelagah sesama sendiri. Situasi ini tidak dapat dielakkan sekiranya pihak-pihak yang merasakan mereka bukan ulamak akan membuat serangan balas dalam membela diri mereka di dalam muktamarkelak. 

Ini kerana terdapat satu resolusi yang dikira tidak wajar dan keterlaluan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh golongan menamakan diri mereka ulamak kerana ia boleh menimbulkan ketegangan dan sakit hati oleh rakan Pas dalam Pakatan Rakyat terutamanya PKR.

Resolusi nombor tujuh (7) itu berbunyi; 

7- Multaqa Ulamak SeMalaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulamak yang memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis. 

Ia dikira melampau dan jelas merupakan satu bentuk kempen untuk menidak pihak lain apabila ia menekankan kepada brand ulamak. Cadangan diberikan dalam resolusi itu juga bertentangan dengan Perlembagaan Pas dimana perlembagaan tidak mengsyaratkan untuk ahlinya harus mempunyai brand ulamak untuk memegang jawatan sampai ke peringkat Presiden, Timbalan dan lain-lain. Apa yang ada Perlembagaan hanya menyebut untuk menjadi ahli cukup ianya seorang Islam.

Justeru cadangan itu harus ditarik demi kesejahtraan Pas dan hubungan baik dengan rakan dalam PR serta tidak menunjukkan golongan yang merasakan diri mereka ulamak tidak sombong, ego dan bongkak. Ia juga bertentangan dengan etika atau peraturan pemilihan yang dicadang digubalkan kerana ia berunsur kempen berpuak-puakan.

Lain-lain resolusi ialah; 


1- Ulamak Haraki hendaklah memposisikan diri mereka dgn lebih berkesan sebagai pemimpin politik yg menyambung tugas para nabi-nabi. Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam. 

2- Multaqa Ulamak Se-Malaysia juga mengajak para ulamak haraki PAS bagi melakukan pengukuhan gerakerja, antaranya ;
i- mengukuhkan gerakerja tarbiyah 
ii- mengukuhkan kedudukan kepimpinan ulamak yg menjadi tunjang utama kepada PAS. 
iii-memperkasakan ilmu pengurusan dan kepimpinan

3- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan untuk bersama-sama menangani dan menghadapi pemikiran yg merosakkan (haddamah) dengan pelbagai usaha dan pendekatan supaya umat Islam tidak tersasar dari asas Islam. 

4- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan mencadangkan kepada Pas Pusat supaya melakukan analisa yang menyeluruh dan telus serta mengemukakan analisa bagi tujuan untuk menilai prestasi pru 13 untuk lonjakan pru 14.

5- Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah. 

6- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyarankan kpd semua kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR supaya memberi ruang yang munasabah dan bersesuaian kepada ulamak haraki PAS yang berkelayakan supaya dapat melibatkan diri mereka di dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan. 

8. Multaqa Ulamak Se Malaysia menyeru kepada seluruh ulamak haraki PAS supaya bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mencapai kemenangan dalam PRU14 ke arah perlaksanaan Islam yang syumul di Malaysia.


Resolusi nombor lima (5) juga tidak wajar dimasukkan dan cukuplah kalau maksud dan tujuan itu setakat dilafazkan Harun Taib semasa merasmi multaqa berkenaan bagi perhatian muktamar. Bila ia dicatat ia menjadi rasmi dan kurang diplomasi. Ini kerana resolusi itu boleh menyinggung dan mengilankan rakan dalam Pakatan Rakyat khasnya PKR. 

Sangat diharap Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz dan Presiden Abdul Hadi Awang dapat memberi perhatian mengenai perkara ini bagi mengelakkan Pas bertelagah sesama sendiri. Mungkin pemimpin peringkat atasan dapat memahami dan bersabar, tetapi di kalangan ahli dan penyokong bawah ia mengelirukan. 

[wm.kl.8:23 am 15/09/13] 

Tiada ulasan: