Isnin, 9 September 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Laporan dari Pulau Pinang yang tak akan disiar Utusan dan TV3...

Posted: 09 Sep 2013 06:00 AM PDT


Usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai "Global Halal Centre" semakin membuahkan hasil di peringkat antarabangsa.

Penang International Halal Hub (Halal Penang) semakin menerima pengiktirafan apabila saya selaku Pengerusi Halal Penang yang mewakili kerajaan negeri, telah diberi penghormatan menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan "4th Istanbul Halal Expo & Conference 2013 " di Istanbul, Turki yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Turki; Yang Berbahagia Bulent Arinc.


Jemputan ini merupakan pengiktirafan dan penghormatan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas aspirasinya untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Pusat Halal Global (Global Halal Centre).

Sebelum ini, Halal Penang telah diberi penghormatan yang sama di persidangan Halal Antarabangsa di Kuwait, Pakistan, Thailand, Riyadh dan London.

Malah, pada 26 – 28 September 2013 nanti, sekali lagi Halal Penang diberi penghormatan di Persidangan Halal Antarabangsa Morocco diikuti pada Disember di Persidangan Halal Antarabangsa Belgium.

Usaha penjenamaan ( branding approach) selama 3 tahun sejak penubuhan Halal Penang pada Ogos 2008 sedang menuai hasilnya.

Sehingga akhir tahun 2012, Halal Penang telah berjaya menarik pelaburan dalam dan luar negara berjumlah RM484 juta.

"4th Istanbul Halal Expo & Conference 2013 " anjuran CNR Expo telah berlangsung dari 5 hingga 8 September 2013.

Sebanyak 300 pemamer tempatan dan antarabangsa daripada 80 buah negara terutamanya dari Timur Tengah dan Eropah telah mengambil bahagian.

Perjumpaan bersama Timbalan Perdana Menteri Turki, Yang Berbahagia Bulent Arinc

Sebagai pengiktirafan kepada Halal Penang, saya turut dijemput sebagai tetamu kehormat menyertai delegasi Timbalan Perdana Menteri Turki, melawat tapak pameran.

Dalam ucapan, saya menjelaskan tentang pencapaian Halal Penang dan usaha berterusan kerajaan negeri membangunkan industri halal di Pulau Pinang yang berkonsepkan 'Halal Ecosystem' sejak penubuhannya 5 tahun lalu.

Juga dijelaskan beberapa inisiatif oleh kerajaan negeri yang dinikmati para pelabur industri halal di Pulau Pinang.

Selain mengalu-alukan pemain industri halal, khususnya dari Turki, saya turut menzahirkan hasrat Pulau Pinang mewujudkan jalinan kerjasama dua-hala bersama Turki dalam membangunkan industri halal. 

Pada kesempatan itu, saya telah menjemput CNR Expo untuk menyertai Pameran dan Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang 2014 yang akan berlangsung pada 17 sehingga19 Januari 2014.

Saya juga berkesempatan mengadakan pertemuan rasmi dengan beberapa syarikat dan agensi kerajaan Turki antaranya dengan Pengerusi Caprice Gold Groupe Encik Fadil Akgunduz.

Caprice Gold Groupe adalah syarikat industri perhotelan dan resort terkemuka di Turki.

Perbincangan awal berkisar usahasama dalam membangunkan industri perhotelan dan hospitaliti berkonsepkan Syariah di Pulau Pinang.

*Kenyataan media oleh Dato' Haji Abdul Malik Kassim,EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang**

Tanda Putera punya pasal.. Kit Siang saman Utusan, Puad Zarkashi dan Zainuddin Maidin..

Posted: 09 Sep 2013 04:31 AM PDT


Penasihat DAP Lim Kit Siang memulakan tindakan saman ke atas akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang membangkitkan semula dakwaan bahawa beliau kencing di hadapan kediaman menteri besar Selangor sebaik sebelum rusuhan kaum 1969.

Lim juga mengemukakan saman ke atas bekas timbalan menteri Umno Mohd Puad Zarkashi atas kenyataan kepada akhbar berkenaan, serta bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang mendakwa dalam satu tulisan blog bahawa Lim menyebabkan rusuhan 13 Mei.

"Bagaimanapa seorang bekas timbalan menteri Umno berkata (demikian) dan Utusan Malaysia menerbitkan kenyataan palsu seperti ini sedangkan ini adalah penipuan paling tidak bertanggungjawab," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Mohd Puad dalam Utusan Malaysia bertarikh 7 September bahawa kritikan ke atas filem Tanda Putera hanya untuk menutup tindakan Lilm yang didakwa kencing di hadapan kediaman menteri besar.

Kontroversi tersebut bermula pada tahun lalu apabila laman facebook Tanda Putera menerbitkan gambar Lim dengan keterangan bahawa pemimpin DAP itu ditahan selepas kencing di satu tiang bendera. 

Gambar berkenaan seterusnya dipadamkan namun filem tersebut mengekalkan babak kencing melibatkan beberapa orang pemuda.

Lim bertegas bahawa insiden seperti itu tidak pernah berlaku dan beliau berada di Sabah ketika rusuhan meletus pada 1969.

~ Malaysiakini

Syiah: Akhirnya PAS dikatakan punca ia tersebar di Malaysia..

Posted: 09 Sep 2013 12:47 AM PDT


Isu mengenai Syiah adalah antara beberapa isu yang tiba-tiba timbul setelah UMNO/BN mendapat sokongan minoriti dalam PRU13 yang lalu.

Ramai tahu bahawa ianya bukanlah satu perkara yang baru di negara ini tetapi ianya telah disensasikan selepas PRU13 lalu oleh media-media tunggangan UMNO/BN depercayai dengan tujuan untuk memecah belahkan PAS..

Menurut satu memorandum yang telah dikirim kepada Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipertuan Agong melalui Perdana Menteri Malaysia pada 6 June 2011 oleh Majlis Syiah Malaysia.. mereka mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 200,000 hingga ke 300,000 pengikut di negara ini.

Syiah menurut memorandum tersebut telah diterima sebagai mazhab Islam yang sah di Malaysia sejak dari tahun 1984 lagi.

Ni sebahagian dari memorandum tersebut..

5. Mazhab Syiah juga telah dituduh sebagai "Bahaya" oleh JAKIM dan JAIS, dan perkara ini bertentangan dengan kenyataan Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu YB Dato` Seri Hishammuddin bin Tun Hussein bahawa, "Syiah tidak ancam negara" dan "gerakan Syiah tidak menjejaskan sama sekali keselamatan Negara" (Lampiran 2). 
6. Kenyataan KDN ini benar-benar terbukti jika dinilai sejak dari tahun 1984 yang mana Syiah telah diterima sebagai mazhab Islam yang sah di Malaysia. Umat Islam Syiah di Malaysia belum pernah direkodkan membunuh atau menyerang masyarakat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. 
Bahkan, Syiah sebuah mazhab yang mengutamakan kedamaian dan persaudaraan sesama Islam. Umat Islam Syiah sentiasa memandang positif dan menyambut seruan kerajaan Malaysia yang mahukan kemajuan dan perpaduan sesama rakyat (1Malaysia). Hidup 1Malaysia!! 
Umat Islam Syiah di Malaysia sentiasa mengimbangi dalam arena politik Malaysia. Dari sudut ekonomi, umat Islam Syiah di Malaysia tidak pernah ketinggalan ke belakang. Bahkan, mereka sentiasa berada di hadapan memacu ekonomi rakyat Malaysia tanpa mengira aliran pemikiran mazhab dan agama juga membantu Dasar Ekonomi Baru. 
Manakala dari sudut pendidikan, umat Islam Syiah di Malaysia juga telah bersama-sama mengambil bahagian memajukan diri mereka dan menaik-taraf pada setiap sudut bidang hingga mengatasi cendekiawan dunia antarabangsa, dan ini bertepatan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang diseru oleh pihak kerajaan Malaysia. 
Inilah juga ajaran dan petunjuk al-Quran, as-Sunnah dan Ahlul Bait yang dipegang dan diamalkan oleh masyarakat Islam Syiah di Malaysia dan di seluruh dunia sejak dulu sehingga kini. 
Seandainya ketulusan kami patik bermazhab Syiah di Malaysia ini diragui, kami, patik bermazhab Syiah rela dan sanggup untuk bersumpah laknat diri (mubahalah) sebagai bukti bahawa Kami sanggup berkorban demi kebenaran dan cinta kami kepada Agong kami, Sultan-sultan (Raja &Yam Tuan Besar) kami, Perdana Menteri kami, pemimpin-pemimpin kami, saudara-saudara kami dan negara kami Malaysia. Ini janji kami dan ini juga SUMPAH kami.

Memorandum sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Dari apa yang ditulis oleh Setiausaha Agung Majlis Syiah Malaysia, Mohd Haidar bin Mohd Hashim di atas itu jelas pihak mana yang disokongnya..

Namun begitu sebagaimana yang dijangkakan oleh banyak pihak.. akhirnya PAS dipersalahkan dalam hal ini...

PAS punca Syiah tersebar ke Malaysia, kata bekas Naib Presiden  
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa pemimpin PAS menjadi penyebab utama fahaman Syiah mula tersebar ke negara ini apabila ada ahli parti itu yang menghantar anak mereka mendalami mazhab Syiah di Iran selepas Revolusi Islam Iran pimpinan Ayatollah Ruhullah Khomeini menang pada 1979.  
Nakhaie berkata, anak mereka menuntut di Qom - pusat pengajian Syiah terulung dan terbesar dunia - dan kemudiannya membawa pulang fahaman berkenaan ke negara ini lalu menyebarkannya.  
"Ini berlaku semasa saya masih di dalam PAS sebagai Naib Presiden, dan sekarang, gerakan menyebarkan ajaran ini lebih agresif daripada dahulu," katanya.  
Beberapa pemimpin PAS sebelum ini didakwa mengamalkan fahaman Syiah, namun kenyataan itu menimbulkan bantahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap Putrajaya sengaja menjadikan isu berkenaan sebagai isu politik.  
"Saya nampak kerajaan bukan hendak tangani tetapi mahu jadi isu politik. Sepatutnya, perbincangan antara mazhab ini dilakukan di kalangan ilmuan, ulama yang tahu dalam bidang dia dan bukan mereka yang tidak tahu hala bincang mengenai mazhab ini," kata Abdul Hadi sebelum ini.  
Nakhaie berkata, tidak hairan sekiranya terdapat pemimpin PAS yang begitu taksub dengan Syiah sehingga menggelar pemimpin parti sebagai lembu ekoran lambat bertindak dalam satu-satu perkara.

Abdul Hadi bagaimanapun sebelum ini berkata, jalan terbaik bagi mencari penyelesaian dalam menangani isu kontroversi Syiah perlu kepada perbincangan tertutup secara akademik dan ilmuan.  
"Jadi hendak bincang hal Syiah kena ada orang akademik, perbincangan dalaman dan kerajaan mesti bertindak secara ilmu dan bukan bertindak untuk jadikan isu politik," katanya ~ The Malaysian Insider

Azmin bakal menggantikan Wan Azizah sebagai Presiden PKR...

Posted: 08 Sep 2013 05:00 PM PDT


Kebanyakan pemerhati politik tanah air berpendapat, krisis terbuka antara Timbalan Presiden Azmin Ali dan juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan berlakunya konflik antara kepentingan parti dan kepentingan individu kepimpinan, yang mana dapat dilihat dalam Umno pada suatu ketika dahulu.

Bukan lagi krisis terpencil, Azmin sebelum ini secara terbuka mengkritik kepimpinan parti yang dilabel "parti keluarga" itu dengan Wan Azizah sebagai Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, dan anak mereka Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden.

Malahan, terdapat juga ura-ura Azmin akan menentang Wan Azizah dalam pemilihan parti berkenaan yang dijangka berlangsung tahun hadapan.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, meskipun pertandingan merebut jawatan parti itu normal, namun PKR perlu membuktikan sikap keterbukaan sekiranya Azmin benar-benar bertanding menentang Wan Azizah dalam pemilihan akan datang.

"Kita tahu berlakunya krisis antara Azmin dan Khalid, dan juga Wan Azizah... namun kita tak tahu berapa serius krisis ataupun keretakan itu," katanya ketika dihubungi.

"PKR adalah parti serpihan Umno, dan Umno suatu ketika pernah mengalami insiden sama sehingga mengakibatkan perpecahan, namun bagi PKR kita sedar krisis telah berlarutan sejak sekian lama," katanya.. Lapor The Malaysian Insider di SINI

..... Aku setuju dengan pendapat Prof Madya Shaharuddin Badaruddin yang menganggap pertandingan dalam parti tidak boleh dianggap sebagai perpecahan kerana ia adalah lumrah dalam politik.

Tetapi dalam hal Azmin dikatakan akan mencabar Wan Azizah bagi kerusi Presiden PKR dalam pemilihan yang akan berlangsung pada tahun hadapan, aku tak nampak akan berlakunya pertandingan bagi jawatan itu..

Sebabnya ialah.. Dalam Kongres khas PKR yang telah diadakan pada 13 June 2009 telah diluluskan pindaan perlembagaan parti.

Antara pindaannya ialah menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun, memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.

Dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan, 941 perwakilan bersetuju dengan pindaan itu, 103 menentang dan sembilan lagi bersikap berkecuali, pindaan itu diterima selaras dengan apa yang di peruntukan dalam Perkara 31.1 perlembagaan PKR.

Bagi mengelakkan Presiden yang dipilih memegang jawatan Presiden untuk tempoh yang lama.. serta bagi mengelakkan apa yang berlaku di parti-parti lain contohnya UMNO berulang di PKR, tempoh yang telah ditetapkan bagi Presiden memegang jawatan itu ialah maksimum tiga penggal atau selama sembilan tahun.

Dan pada 4 April 2013 yang lalu KEADILAN telah mencapai genap usia 14 tahun selepas ditubuhkan pada 4 April 1999.

Jadi selama 14 tahun itulah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menjadi Prediden bagi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang pada mulanya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional.

Oleh itu jika berpegang kepada perlembagaan yang telah diluluskan itu.. Presiden yang ada sekarang telah tamat tempoh perkhidmatannya..

Jika tiada sebarang perubahan pada perlembagaan pada saat-saat akhir.. Azmin Ali bakal mengambil alih teraju Parti Keadilan Rakyat sebagai Presiden tanpa sebarang pertandingan..

Lagipun buat masa ini hanya Azmin yang dilihat layak menggantikan Wan Azizah sebagai Presiden PKR.. takkan nak suruh Ketua Umum bertanding jawatan Presiden pulak kot..

Ketua Umum tu kan kalau ikut hiraki parti kedudukannya lebih tinggi dari Presiden...

Tiada ulasan: