Addin |
- Menteri Umno Tidak Setuju Putus Hubungan Diplomatik Dengan Negara Syiah
- Semakin Dekat Pemilihan, Umno Makin Berantakan.. Ini Buktinya
- Nazri Aziz Setuju Dengan Jazlan, Masyarakat Muak Dengan Umno
- Masyarakat Sudah Muak Dengan Umno - Ahli Parlimen BN
- Bekas Pemimpin Tertinggi Dakwa PAS Punca Syiah Tersebar
- Tengku Adnan Saran Rakyat Yang Merungut Harga Rumah Naik Jangan Beli Rumah
- Misteri Kematian PI Bala Terbongkar
- Azmin Ali Bakal Menentang Dr. Wan Azizah Sebagai Presiden PKR?
Menteri Umno Tidak Setuju Putus Hubungan Diplomatik Dengan Negara Syiah Posted: 09 Sep 2013 04:00 PM PDT Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak bersetuju dengan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh agar Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran kerana negara itu dikatakan menyebarkan mazhab Syiah. Bagaimanapun Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata sejarah membuktikan negara yang mempunyai pengikut Syiah tidak akan menjadi aman. "Kita memang tidak akan putuskan hubungan diplomatik malah tidak halang mereka datang ke sini, kerana negara ini tidak mengamalkan diskriminasi. "Bila bab Syiah ini saya memang akan lawan habis-habisan kenapa mereka nak sibuk -sibuk datang mengembangkan ajaran mereka pada umat Islam di sini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pra Pelancaran Malaysia Tourism Hunt 2013 di Kuala Lumpur. Nazri mencadangkan agar pengikut ajaran Syiah mengembangkan mazhab mereka kepada penduduk bukan Islam dan bukannya kepada majoriti rakyat Malaysia yang bermazhad Sunnah Wal Jamaah. "Saya nak cadangkan mereka kembangkan Syiah pada bukan orang Islam di Eropah, tengok apa reaksi mereka, di sini kita memang tidak terima mereka," katanya lagi. Semalam Wan Zahidi berkata, meskipun Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan China sejak sekian lama, negara berkenaan tidak pernah menyebarkan fahaman komunis melalui hubungan diplomatik, dan perkara itu jelasnya berbeza dengan pegangan penganut Syiah. Malah, katanya, kajian beliau sejak 1980-an mendapati, ajaran Syiah juga lebih berbahaya berbanding Yahudi dan Nasrani. Kenyataan mufti itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu cuma dihalang untuk menyebarkannya kepada orang ramai. Awal bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran, Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran. Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang ditakuti negara Barat kerana kelantangannya menyuarakan bantahan terhadap tindakan Amerika Syarikat dan Israel "membuli" negara lain. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Semakin Dekat Pemilihan, Umno Makin Berantakan.. Ini Buktinya Posted: 09 Sep 2013 09:19 AM PDT Kenyataan ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa rakyat sudah muak dengan Umno ekoran gagal menunaikan janji mereka adalah cubaan "menarik perhatian" menjelang pemilihan Umno, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar). Hishammuddin menegaskan, kenyataan Nur Jazlan itu adalah tidak tepat memandangkan Umno berjaya menambah kerusi dalam Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu awal hari ini mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno yang akan datang bagi meneruskan perjuangan Umno dan usaha untuk meremajakan parti. "Masyarakat dah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno. Dahulu sebelum pilihan raya umum berjanji untuk melakukan perubahan, tetapi sehingga kini masih belum ada yang berubah. "Jadi orang mula melihat tiada perubahan dalam Umno dan mereka mahu mengubah kerajaan. Apa yang diinginkan adalah perubahan dan muka baru yang memimpin parti. "Pencalonan saya kali ini bertujuan mengejutkan ahli Umno dan kemasukan muka baru dapat membantu parti melakukan perubahan dengan lebih cepat," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu mengadakan lawatan ke Jabatan Audit Negara di Putrajaya. Menurut Hishammuddin, prestasi memberangsangkan Umno ketika pilihan raya jelas menjadi kayu pengukur kepada parti majoriti Melayu dalam Barisan Nasional (BN) itu sekaligus menyanggah kenyataan Nur Jazlan. "Tuduhan itu ada yang tak kena, tak mungkin Umno boleh menang, dan tambah kerusi, dalam pilihan raya ... itu tanda aras sokongan rakyat kepada Umno, tegasnya yang juga pemangku kerusi Menteri Pengangkutan. Pada pemilihan Umno 2008, Nur Jazlan pernah melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno namun menarik diri pada saat akhir ekoran kurang pencalonan dari Umno Bahagian Johor yang pada ketika itu sebulat suara mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai calon. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Nazri Aziz Setuju Dengan Jazlan, Masyarakat Muak Dengan Umno Posted: 09 Sep 2013 07:36 AM PDT Dato' Seri Ahmad Nazri Aziz (gambar) menyokong kenyataan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyatakan masyarakat sudah muak dengan Umno. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata sudah tiba masanya Umno melakukan perubahan sekiranya ingin terus kekal relevan kepada masyarakat. "Negara ini punya kebebasan bersuara dan apa yang diperkatakan beliau merupakan satu yang betul, dan ia tidak salah sama sekali."Setiap calon sepatutnya menolak meraih undi populariti sekiranya mereka tidak melakukan apa-apa untuk kawasan mereka dan rakyat," katanya dalam satu sidang media selepas Pra Pelancaran Malaysia Tourism Hunt 2013 di Kuala Lumpur. Terdahulu Jazlan yang mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno akan datang menyelar parti itu dengan berkata, masyarakat sudah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno. Katanya, hasratnya kali ini untuk bertanding adalah bagi meneruskan perjuangan Umno dan usaha untuk meremajakan parti. "Masyarakat dah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno. Dahulu sebelum pilihan raya umum berjanji untuk melakukan perubahan, tetapi sehingga kini masih belum ada yang berubah," katanya. Menurut Nazri lagi, amat penting bagi Umno untuk kembali menilai parti itu agar terus relevan."Pemilihan Umno sudah diadakan banyak kali dan kita perlu belajar dari kelemahan yang penting kita tidak terlalu tamak untuk merebut jawatan," katanya lagi. Katanya, calon sebenarnya perlu menawan hati pengundi di peringkat bawah kerana populariti dalam Umno tidak akan menjamin kemenangan dalam pilihan raya. "Seperti sebelum ini ramai jugat pemimpin Majlis Tertinggi (MT) seperti Dr Ahmad Puad Zakashi dan Datuk Saifuddin yang menang populariti dalam Umno tapi kalah masa pilihan raya," katanya. Beliau juga turut menyokong Umno kini perlu memberi ruang kepada pemimpin pemimpin muda."Saya setuju 100 peratus tampilkan pemimpin muda yang baru ini seperti 're genarasikan' semula parti bagi pemimpin lama mereka boleh juga datang tapi memerhati saja," katanya. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Masyarakat Sudah Muak Dengan Umno - Ahli Parlimen BN Posted: 09 Sep 2013 05:16 AM PDT Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno yang akan datang dan berkata, masyarakat sudah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno. Katanya, hasratnya kali ini untuk bertanding adalah bagi meneruskan perjuangan Umno dan usaha untuk meremajakan parti. "Masyarakat dah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno. Dahulu sebelum pilihan raya umum berjanji untuk melakukan perubahan, tetapi sehingga kini masih belum ada yang berubah. "Jadi orang mula melihat tiada perubahan dalam Umno dan mereka mahu mengubah kerajaan. Apa yang diinginkan adalah perubahan dan muka baru yang memimpin parti. "Pencalonan saya kali ini bertujuan mengejutkan ahli Umno dan kemasukan muka baru dapat membantu parti melakukan perubahan dengan lebih cepat," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu mengadakan lawatan ke Jabatan Audit Negara di Putrajaya hari ini. Pada majlis itu beliau turut berseloroh untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno melihatkan keadaan parti yang masih mengekalkan muka lama. "Saya pernah berhasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno kerana risau kurangnya pemimpin yang berkaliber dalam parti. "Namun syarat baru yang ditetapkan seperti untuk bertanding jawatan tertinggi perlu menjadi ahli MT untuk tiga penggal menjadikan saya mengubah fikiran," katanya. Pada pemilihan Umno 2008, Nur Jazlan pernah melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno namun menarik diri pada saat akhir ekoran kurang pencalonan dari Umno Bahagian Johor yang pada ketika itu sebulat suara mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai calon. Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menawarkan diri bertanding jawatan ahli MT Umno pada pemilihan parti Oktober ini. Naib Ketua Umno Bahagian Lenggong itu berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat restu Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin Umno negeri. Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu berkata, beliau bertanding bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya hanya ingin berjuang demi agama, bangsa dan negara. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Bekas Pemimpin Tertinggi Dakwa PAS Punca Syiah Tersebar Posted: 09 Sep 2013 02:11 AM PDT Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa pemimpin PAS menjadi penyebab utama fahaman Syiah mula tersebar ke negara ini apabila ada ahli parti itu yang menghantar anak mereka mendalami mazhab Syiah di Iran selepas Revolusi Islam Iran pimpinan Ayatollah Ruhullah Khomeini menang pada 1979. Nakhaie berkata, anak mereka menuntut di Qom - pusat pengajian Syiah terulung dan terbesar dunia - dan kemudiannya membawa pulang fahaman berkenaan ke negara ini lalu menyebarkannya. "Ini berlaku semasa saya masih di dalam PAS sebagai Naib Presiden, dan sekarang, gerakan menyebarkan ajaran ini lebih agresif daripada dahulu," katanya. Beberapa pemimpin PAS sebelum ini didakwa mengamalkan fahaman Syiah, namun kenyataan itu menimbulkan bantahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap Putrajaya sengaja menjadikan isu berkenaan sebagai isu politik. "Saya nampak kerajaan bukan hendak tangani tetapi mahu jadi isu politik. Sepatutnya, perbincangan antara mazhab ini dilakukan di kalangan ilmuan, ulama yang tahu dalam bidang dia dan bukan mereka yang tidak tahu hala bincang mengenai mazhab ini," kata Abdul Hadi sebelum ini. Nakhaie berkata, tidak hairan sekiranya terdapat pemimpin PAS yang begitu taksub dengan Syiah sehingga menggelar pemimpin parti sebagai lembu ekoran lambat bertindak dalam satu-satu perkara. Abdul Hadi bagaimanapun sebelum ini berkata, jalan terbaik bagi mencari penyelesaian dalam menangani isu kontroversi Syiah perlu kepada perbincangan tertutup secara akademik dan ilmuan. "Jadi hendak bincang hal Syiah kena ada orang akademik, perbincangan dalaman dan kerajaan mesti bertindak secara ilmu dan bukan bertindak untuk jadikan isu politik," katanya. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Tengku Adnan Saran Rakyat Yang Merungut Harga Rumah Naik Jangan Beli Rumah Posted: 09 Sep 2013 01:01 AM PDT Selepas pilihanraya pemimpin Umno tunjuk belang sebenar diri mereka. Jikalau sebelum pilihanraya, merintih merayu kepada rakyat supaya mengundi mereka. Kini sudah terbalik, rakyat merintih dan mengadu keperitan hidup namun pemimpin Umno tidak melayannya malah di hamburkan pelbagai kata-kata angkuh dan bongkak. Terima kasih kepada pengundi BN...
Iklan C (ii) |
Misteri Kematian PI Bala Terbongkar Posted: 08 Sep 2013 11:19 PM PDT Akhbar Suara Keadilan edisi 137 terbit bagi membongkar misteri kematian penyiasat persendirian, (PI) Balasubramaniam. Temubual bersama isteri mendiang PI Bala, Santamil Selvi berkisar reaksinya mengenai keputusan pembebasan dua bekas pegawai keselamatan Perdana Menteri, Sirul Azhar dan Azilah Hadri dari tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu. "Jiwanya 'disana' tak tenteram. Apa yang saya katakan, adalah apa yang Bala katakan," kata Selvi dalam temubual. Dalam temubual eksklusif ini, Selvi turut menunjukkan dokumen yang didakwanya punca PI Bala diserang sakit jantung. "Dua jam lepas pemeriksaan doktor dia meninggal dunia. Saya tak percaya. "Bala ada kata – sakitnya macam kena buatan orang. Dia rasa seseorang hendak 'kenakan' secara halus," kata ibu kepada tiga orang anak ini. Antara kandungan menarik ialah laporan mengenai komplot kemasukan warga Bangladesh ke Malaysia di muka surat 13, selain isu bola sepak tempatan di muka surat 31. Manakala penulis Hishamuddin Rais melalui kolum 'Dari Brickfields' menyingkap kembali sejarah pemecatan Datuk Seri Awar Ibrahim dari kerajaan, yang kemudian mencetuskan gerakan Reformasi. Akhbar Suara Keadilan diterbitkan setiap minggu, 32 muka surat sarat dengan maklumat, pendedahan dan laporan aktiviti Parti KEADILAN Rakyat di seluruh negara. Untuk tempahan hubungi talian 03-92211045 atau faks ke 03-92212045. Sebarang pemakluman program dan kenyataan media, boleh menghubungi kami melalui emel skeadilan@gmail.com Pautan Suara Keadilan versi dalam talian boleh dicapai melalui laman twitter dan facebook. ~keadilandaily Iklan C (ii) |
Azmin Ali Bakal Menentang Dr. Wan Azizah Sebagai Presiden PKR? Posted: 08 Sep 2013 06:59 PM PDT Krisis kepimpinan yang berlaku dalam parti pembangkang diketuai Datin Seri Wan Azizah Ismail dilihat sebagai cerminan kepada sifat Umno, kata penganalisis politik tanah air, ekoran majoriti pemimpin PKR adalah serpihan daripada parti tunjang Melayu tersebut. Kebanyakan pemerhati politik tanah air berpendapat, krisis terbuka antara Timbalan Presiden Azmin Ali dan juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan berlakunya konflik antara kepentingan parti dan kepentingan individu kepimpinan, yang mana dapat dilihat dalam Umno pada suatu ketika dahulu. Bukan lagi krisis terpencil, Azmin sebelum ini secara terbuka mengkritik kepimpinan parti yang dilabel "parti keluarga" itu dengan Wan Azizah sebagai Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, dan anak mereka Nurul Izzah Anwar (gambar) sebagai Naib Presiden. Malahan, terdapat juga ura-ura Azmin akan menentang Wan Azizah dalam pemilihan parti berkenaan yang dijangka berlangsung tahun hadapan. Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, meskipun pertandingan merebut jawatan parti itu normal, namun PKR perlu membuktikan sikap keterbukaan sekiranya Azmin benar-benar bertanding menentang Wan Azizah dalam pemilihan akan datang. "Kita tahu berlakunya krisis antara Azmin dan Khalid, dan juga Wan Azizah... namun kita tak tahu berapa serius krisis ataupun keretakan itu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. "PKR adalah parti serpihan Umno, dan Umno suatu ketika pernah mengalami insiden sama sehingga mengakibatkan perpecahan, namun bagi PKR kita sedar krisis telah berlarutan sejak sekian lama," katanya. Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Azmin dilihat lantang dalam menyuarakan kenyataan keras, terutamanya ketika pelantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor. Dalam laman mikro Twitter miliknya, Azmin pernah dilaporkan berkata,"rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman, muhasabah diri, akui kelemahan, maju ke hadapan, tumpu rakyat bukan kerabat." Kenyataan itu kemudiannya menerima liputan meluas media, yang menunjukkan krisis dalaman PKR semakin meruncing sehingga sampai ke tahap terbuka. "Jika benar Azmin bertanding, PKR perlu mengalu-alukannya," kata Azizuddin, dan menambah ia adalah bukti jelas sekiranya PKR melaksanakan prinsip demokrasi seperti dilaungkan mereka. Sementara itu, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, pensyarah di UUM, berkata keretakan yang berlaku dalam PKR bukanlah perkara mengejutkan kerana parti itu mirip kepada "abang" politik mereka Umno. "Memang ada budaya Umno... mereka datang daripada Umno," katanya kepada The Malaysian Insider. Jelasnya lagi, pertandingan adalah lumrah, namun dengan aspirasi individu berbeza dari parti ia bakal menghancurkan parti. "Jika mereka tidak menerima jawatan tertentu, mereka akan kejar," katanya, dan menambah jika Azmin bertanding menentang Wan Azizah, Anwar akan tertekan untuk menyebelahi isteri ataupun anak didiknya. Perkara itu bagaimanapun disanggah Prof Madya Shaharuddin Badaruddin yang menganggap pertandingan dalam parti tidak boleh dianggap sebagai perpecahan kerana ia adalah lumrah dalam politik. "Jika pertandingan membawa perpecahan umpama Umno dulu, dengan wujudnya parti Semangat 46, itu dikira perpecahan... namun setakat pertandingan, itu lumrah," katanya. Beliau melihat perkara seumpama itu adalah kelaziman perbezaan pendapat dan "tegur-menegur" berlaku menjelang pemilihan parti. "Ia berlaku dalam semua parti... tidak semestinya parti mengetuai kerajaan atau sebaliknya," katanya kepada The Malaysian Insider. "Ia normal, Kalau ada persaingn kepimpinan pasti ada pertelagahan ideologi, nak urus parti macam mana... Ia bukan perpecahan," katanya lagi. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan