Sabtu, 7 September 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kami sokong harga minyak naik sobab duit kami botingkek-tingkek?.. Gilo ko apo nih?

Posted: 07 Sep 2013 08:24 AM PDT


Beratus-beratus pengguna jalanraya yang melalui Jalan Seremban–Tampin, ketika menghampiri Ibu Pejabat PKR Negeri Sembilan di Jalan Rahang lewat petang semalam, pada mulanya berasa pelik dengan kain rentang yang dipegang oleh lebih 10 ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan.

Ini ialah kerana dikala rakyat mengeluh atas kenaikan harga minyak, badan bukan kerajaan (NGO) ini pula nampak seolah-olah menyokong kenaikan harga minyak.

Namun setelah meneliti sejenak slogan-slogan yang terpapar pada kain rentang tersebut barulah pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya yang mula memahami maksud yang tersirat, membunyikan hon kenderaan mereka sebagai tanda sokongan kepada 'flashmob' tersebut.

Slogan-slogan yang terpapar dalam kain rentang tersebut ialah seperti 'Bunyikan hon tanda syukur kepada BN atas kenaikan harga minyak', 'Kami sokong harga minyak naik sebab kami isi kereta dan motor guna air'.

'Terima kasih (kepada Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak kerana naikkan harga minyak' dan 'Tahniah penyokong BN, kerana BN menang, harga minyak naik'.

Takpoo……BR1M kan adoo

Sebuah kain rentang dalam loghat Negeri Sembilan turut menarik perhatian pengguna jalanraya.

'Harga minyak naik, takpoo…BR1M kan adoo…duit kami botingkek-tingkek'.

Slogan tersebut bermaksud 'Harga minyak naik, tidak mengapa…BR1M kan ada…duit kami bertingkat-tingkat' (duit banyak menimbun-nimbun).

Penyelaras Bersama SAMM, Norazizi A Aziz berkata SAMM Negeri Sembilan mengambil pendekatan yang berbeza kali ini jika dibandingkan dengan 'flashmob' yang dianjurkan oleh SAMM di negeri-negeri lain.

"Sememangnya kami membantah kenaikan harga minyak ini. Walaubagaimanapun kami membantah dengan memaparkan kain rentang yang menyokong kenaikan ini dalam bentuk 'sinikal'.

"Kalau diikutkan daripada respon pengguna jalanraya, mereka faham mesej kami dan slogan kami. Sebab itu mereka membunyikan hon bila melalui 'flashmob' ini.

"Kami mahu kerajaan mendengar rintihan rakyat di peringkat bawahan yang berpendapatan rendah kerana yang merasai bebanan kenaikan harga minyak ialah rakyat bawahan dan bukannya pemimpin atasan.

"Saya juga menyokong kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bersedia elaun beliau dipotong untuk sama-sama merasai bebanan dan kesulitan yang ditanggung oleh rakyat.

"Pemotongan elaun Menteri Kabinet mampu mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi negara kerana akan berlaku penjimatan perbelanjaan dana kerajaan.

"Bagaimanapun, saya berharap kenyataan beliau tidak bersifat retorik tetapi saya berharap beliau mempunyai kesungguhan untuk membawa cadangan memotong elaun Menteri dan Timbalan Menteri ke mesyuarat Jemaah Menteri Kabinet pada minggu hadapan.

"Dari situ kita boleh melihat apakah beliau benar-benar mahu merasai keperitan rakyat dan mahu menjimatkan perbelanjaan negara," jelas Norazizi ~ Free Malaysia Today

Kesan kejatuhan nilai RM dan kenaikkan harga minyak yang rakyat perlu tahu..

Posted: 07 Sep 2013 04:29 AM PDT


Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia menyebabkan rakyat semakin miskin berikutan kuasa beli menurun ekoran kenaikan harga barangan diimport khususnya makanan.

Ahli Ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata, suasana ekonomi itu berlaku apabila nilai mata wang negara mengecil berbanding mata wang asing sekali gus kemampuan rakyat berbelanja terjejas.

"Rakyat mengalami masalah untuk mendapatkan barang pada harga sama sebelum kejatuhan nilai mata wang negara

"Ini menyebabkan kemampuan rakyat membeli barangan itu semakin merosot, " kata bekas Ketua Ekonomi Bank Islam itu kepada TV Selangor, hari ini.

Nilai ringgit jatuh melebihi tujuh peratus tahun ini, paling rendah berbanding tiga tahun lalu kepada 3.3 setiap Dollar dan ia merupakan rekod terburuk.

Kesan kenaikan harga barangan bertambah parah apabila kerajaan Umno BN bertindak menaikkan harga minyak RON 95 dan RON 97 baru-baru ini.

Azrul berkata, penurunan nilai mata wang itu juga menyebabkan barangan import seperti barangan keperluan rakyat turut mengalami peningkatan harga.

Katanya, kerajaan digesa membuat penilaian dan mencari penyebab kepada punca kejatuhan nilai mata wang dan bertindak proaktif menangani masalah itu.

"Kerajaan perlu menumpukan usaha menangani ketirisan bagi mengelakkan pertambahan hutang negara dan defisit perbelanjaan," katanya ~ Selangorku

 

Perdana Menteri Potong Gajinya 30 Peratus Demi Rakyat..

Posted: 06 Sep 2013 10:55 PM PDT


Demi untuk membantu rakyat, Perdana Menteri dilaporkan telah memotong gajinya sebanyak 30% dan menjual sebuah jet dengan harga USD15Juta serta puluhan buah kereta-kereta mewah yang digunakan oleh Menteri Kabinet.a

Tapi jangan haraplah Perdana Menteri yang dilaporkan itu adalah Perdana Menteri Malaysia, beliau adalah Perdana Menteri Malawi..

Perdana Menteri Jual Pesawat Untuk Beri Rakyat Makan


Kerajaan Malawi menjual pesawat presiden untuk memberi makan lebih dari 1 juta rakyatnya yang kelaparan.

Dana yang diperoleh daripada jualan pesawat itu sebesar USD15 juta. Bahkan puluhan kereta mewah para menteri juga terpaksa dijual untuk menyokong program ini.

Presiden Joyce Kota menjadikan jualan pesawat tersebut sebagai prioriti pemerintahannya.

"Dana USD15 juta yang kami dapat dari penjualan jet presiden akan digunakan untuk membeli jagung tempatan untuk membantu memberi makan rakyat yang menderita, dan sebahagian lagi digunakan untuk pengeluaran kacang," kata juru cakap Kementerian Kewangan Malawi Nations Msowoya seperti dilaporkan oleh The Nation, Jumaat (6/9/2013).

Jualan pesawat kepada syarikat Virgin Islands, Bohnox Enterprise itu telah diumumkan Mei lalu. Jet mewah itu dapat mengeringkan perbendaharaan negara.

Sebabnya, kos penyelenggaraan dan insurannya mencapai USD300 ribu setahun.

Kerajaan Malawi pernah membuat negara-negara bantuan barat berang kerana ketika presiden terdahulu, mendiang Bingu Wan Mutharika telah membeli 14 pesawat penumpang Dassault Falcon 900EX pada tahun 2009 yang menyumbang 40 peratus daripada bajet.

England, penderma bilateral utama Malawi mengkritik pembelian pesawat tersebut. England bahkan mengurangkan bantuan untuk pemerintahan Mutharika hingga 3 juta pounds.

Keadaan ini menimbulkan goncangan ekonomi di tengah kelaparan yang melanda negeri itu.


Namun Kota yang menggantikan Mutharika yang meninggal akibat serangan jantung pada April 2012, mendapat pujian penderma Barat atas langkah-langkah penjimatan yang dilakukannya.

Wanita itu bahkan telah menurunkan gajinya sebanyak 30 peratus dan berjanji akan menjual 35 kereta negara Mercedes Benz yang digunakan para menteri kabinet. ~detik news


... Itu Perdana Menteri negara lain.. walaupun negaranya miskin beliau sanggup menjual aset milik negara yang digunakan oleh kroni-kroninya demi untuk membantu rakyatnya..

Tapi dinegara kita pula, Perdana Menteri hanya menyusahkan rakyat demi kesenangan kroninya.. contohnya subsidi untuk IPP itu...

Subsidi minyak kononnya terpaksa dikurangkan tapi subsidi IPP langsung tak berani disentuhnya..

Sikit info untuk dikongsi bersama tentang subsidi kepada IPP ini..

Setiap tahun, anggaran jumlah penggunaan petrol dan diesel adalah sebanyak 10 bilion liter (petrol) dan 6.5 bilion liter (diesel) .  
Pada kadar subsidi sebanyak 83 sen bagi seliter petrol dan RM1 bagi seliter diesel, jumlah subsidi petrol dan diesel adalah sebanyak RM14.8 bilion setiap tahun, iaitu hanya 59% dari jumlah subsidi bahan api yang dibelanjakan kerajaan.  
Sejumlah RM10 bilion subsidi (atau 41% peratus) setiap tahun adalah subsidi gas dan LPG yang ditanggung oleh kerajaan.  
Ini tidak termasuk anggaran subsidi gas kepada penjana bebas (IPP) sebanyak sekitar RM8 bilion setiap tahun.  
Ini bermakna, subsidi korporat yang diberikan melalui subsidi gas kepada industri dan penjana bebas (dianggarkan sekitar RM13 bilion setiap tahun) adalah hampir sama dengan subsidi petrol dan diesel yang diberikan kepada rakyat.

Tiada ulasan: