Sabtu, 7 September 2013

Addin

Addin


Ku Li Dedah Punca Najib Naikkan Harga Minyak

Posted: 07 Sep 2013 09:11 AM PDT

Bahang kenaikan harga minyak kini bukan sahaja dirasai pelbagai lapisan rakyat  malah turut mendapat reaksi negatif tokoh politik Umno.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipetik akhbar Sinar Harian, 7 September, mengecam kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Razak kerana gagal membendung gejala rasuah dalam pwntadbiran negara hingga menjejaskan rakyat.

Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi diesel dan Ron95 seperti diumumkan Perdana Menteri, 2 September lalu, bekas Menteri Kewangan itu sebaliknya mahu gejala rasuah yang menjadi masalah terbesar pentadbiran negara ditangani segera.

"Amalan rasuah begitu berleluasa di peringkat tertinggi dan melibatkan jumlah wang yang banyak. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat daripadanya," tegas beliau.

Menurut bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 itu, kerajaan membiarkan rakyat bawahan membayar los tambahan akibat daripada kos projek yang terlalu mahal."Ini tak boleh diteruskan lagi. 

Kerajaan sepatutnya kena tanggung dan selesaikannya," tegasnya dalam satu sidang media.Beliau yakin banyak masalah dapat diselesaikan jika gejala rasuah diatasi.

Tengku Razaleigh turut mencadangkan agar semua pemimpin kerajaan sama ada menteri atau bekas menteri mengisytiharkan harta masing-masing sebagai langkah berkesan membendung gejala rasuah.

"Ini termasuk juga isytihar duit (wang simpanan). Saya sendiri akan isytihar (walaupun sudah lama tidak menjawat menteri)," katanya. ~harakahdaily





Iklan C (ii)

Kerana Flashmob, 4 Aktivis R Di Cekup

Posted: 07 Sep 2013 06:00 AM PDT


Polis menahan empat aktivis Royalti (R) yang membuat flash mob (bantahan senyap) bagi membantah kenaikan harga minyak tengah-tengah bandar Kota Bharu hari ini.

4 orang aktivis R yang ditangkap adalah Khairul Nizam Abd Ghani (Aduka Taruna), Mohd Rosdi Mat Zin, Hazmi Daud, Wan Muhyiddin Asyrafi Wan Baharuddin di bawah flyover hadapan KB Mall.

Mereka dibawa menaiki Black Maria ke IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa.

Flashmob diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak Ron 95, Ron 97 & Diesel dan mengutip sumbangan derma untuk membantu mangsa kebakaran di Lembah Sireh, Kota Bharu semalam.

Penahanan dilakukan sebelum program yang sepatutnya bermula jam 2.30 petang.

Menurut Pressiden R, Nazri Deraman, penahanan telah dibuat secara tergesa gesa tanpa perbincangan lanjutan dibuat. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Lagi Pemimpin Umno Setuju Dialog Dengan Anwar

Posted: 07 Sep 2013 04:06 AM PDT

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menerima cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berunding bersama Pakatan Rakyat (PR) agar perbagai permasalahan dapat diselesaikan secara permuafakatan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan itu menegaskan sekiranya parti Melayu lain seperti PAS ingin menyertai rundingan tersebut, maka cadangan itu perlu diambil kira oleh BN."Jika semua parti Melayu sedia duduk bersama untuk berbincang maka BN harus menyahut seruan perpaduan itu demi rakyat. 

Demi pihak majoriti yang ingin melihat kerjasama tersebut, BN harus menyahut seruan ini."Sekiranya orang Melayu mampu untuk bersatu maka kaum lain akan menghormati pemuafakatan ini dan menjadikan negara lebih stabil dalam jangka masa panjang," katanya semasa ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam persetujuannya itu, Raja Nong Chik sempat mengecam Anwar dengan melabelkannya sebagai pencetus perpecahan kaum Melayu sambil meragui keikhlasannnya mencadangkan untuk berunding dengan BN."Saya melihat cadangan Anwar itu sebagai 'ada udang di sebalik batu'," katanya.

The Malaysian Insider melaporkan pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan tawaran Anwar itu perlu dipertimbangkan.Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, sekiranya ia mendatangkan manfaat tidak salah untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak merebut peluang tersebut.

Katanya, sebarang tawaran yang melibatkan kepentingan rakyat perlu dipertimbangkan secara serius bagi memastikan nasib rakyat terbela dan tidak diabaikan.

Anwar semasa perutusan sehari sebelum hari kemerdekaan negara ke-56 menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara.

Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno secara jelas menolak rundingan damai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).Beberapa pemimpin Umno melahirkan kecurigaan terhadap Anwar yang mengajak dua parti terbesar negara itu untuk berunding.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir melihat cadangan pemimpin pembangkang itu sebagai usul terdesak. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)


Siapa Perkasa? - Pak Samad

Posted: 07 Sep 2013 02:08 AM PDT

"Saya tidak terlibat," tetapi bagi Datuk A. Samad Said, beliau juga tidak mengiktiraf Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk mendengar tuntutan mereka agar beliau memulangkan kembali gelaran Sasterawan Negara.

Beliau yang lebih dikenali Pak Samad, mengulas dakwaan beberapa pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa beliau terlibat dalam mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dan seterusnya memperlekeh beliau.

Desakan Perkasa yang meminta beliau memulangkan sendiri gelaran sasterawan negaranya tidak diendahkan oleh Pak Samad.Perkasa pada Khamis meminta Pak Samad memulangkan sendiri gelaran tersebut untuk membuktikan keikhlasannya sambil mengalu-alukan sekiranya kerajaan mahu menarik balik gelaran itu dari Pak Samad."Bapak tidak iktiraf Perkasa.

Mereka yang hebohkan, mereka yang wajar bertindak," jelas Pak Samad dalam satu kiriman pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.Pak Samad menolak kritikan Muhyiddin yang mendakwa beliau terlibat dengan pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan kemerdekaan hujung bulan lalu.

Katanya, kehadiran beliau di Dataran Merdeka pada sambutan ambang kemerdekaan adalah memenuhi undangan pihak penganjur badan bukan kerajaan (NGO) Himpunan Hijau.

"Secara kebetulan mereka yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya berada di atas pentas yang sama. Saya tidak sedar akan hal itu. Jadi mudah bagi pihak tertentu untuk membabitkan saya.

"Saya tahu Hishamudin Rais dan Adam Adli datang tetapi mereka datang lebih awal dari saya. Apabila tiba giliran saya bersama Himpunan Hijau, mereka sudah ada di sana.

"Perkaitan ini tidak munasabah apabila saya dibabitkan meskipun saya berasa simpati dengan Adam Adli dan Hishamudin," katanya semasa ditemui The Malaysian Insider.

Apabila ditanya adakah beliau bersetuju Sang Saka Malaya dikibarkan pada malam kemerdekaan, beliau menjelaskan bendera itu relevan dengan semangat perjuangan golongan terdahulu.

Katanya, Sang Saka Malaya sudah menjadi sejarah namun tidak salah bagi warga Malaysia mengimbas kembali sejarah berkenaan.The Malaysian Insider melaporkan semalam Muhyiddin menyelar tindakan Pak Samad kerana terlibat dengan insiden pengibaran bendera Sang Saka Malaya dan menyifatkan ia merupakan perbuatan yang memalukan.

Muhyiddin itu kesal apabila insiden tersebut terjadi ketika negara sedang menyambut kemerdekaan sambil menyatakan penglibatan sasterawan itu amat memalukan dan sangat tidak senonoh kerana Pak Samad membawa nama Sasterawan Negara.

Katanya, bendera Sang Saka Malaya tidak harus dikibarkan kerana ia bukan bendera asli Malaya malah dakwaan itu hanya bermotifkan politik semata-mata.Muhyiddin berkata sekumpulan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan, akan sentiasa mencari kesalahan dan mempunyai niat yang tidak baik. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)

Rupanya Ini Penghujung Tembok Besar China

Posted: 06 Sep 2013 11:45 PM PDT


Tembok Besar China adalah salah satu mahakarya seni bina dunia. Namanya tersohor di semua negara, pun menjadi destinasi pelancongan kegemaran pelancong. Tapi adakah anda tahu letak hujung Tembok China?

Tembok Besar China seperti dibangun melampaui batas kemampuan manusia. Selebrasi dan tragedi mewarnai pembuatannya, dua ribu tahun yang lalu, pada masa Dinasti Qing

Tembok ini dibina atas perintah Maharaja pertama China iaitu Qin Shi Huang, untuk melindungi Empayar China. Butuh waktu puluhan tahun yakni dari 220-206 SM untuk merampungkan tembok raksasa ini.

Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas China. Tapi adakah anda tahu di mana hujung benteng ini?

Selain Top Lake di sebelah barat, ujung lainnya ada di Shanhaiguan. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon Head atau disebut juga Laolongtou. 

Hujungnya persis menjorok ke Laut Bohai. Tempat ini jadi destinasi pelancongan kerana di atasnya bertengger menara pemantau dan sebuah kuil.








~tranungkite





Iklan C (ii)

Perdana Menteri Jual Pesawat Untuk Beri Rakyat Makan

Posted: 06 Sep 2013 07:22 PM PDT

Kerajaan Malawi menjual pesawat presiden untuk memberi makan lebih dari 1 juta rakyatnya yang kelaparan. Dana yang diperoleh daripada jualan pesawat itu sebesar USD15 juta. 

Bahkan puluhan kereta mewah para menteri juga terpaksa dijual untuk menyokong program ini.

Presiden Joyce Kota menjadikan jualan pesawat tersebut sebagai prioriti pemerintahannya.

"Dana USD15 juta yang kami dapat dari penjualan jet presiden akan digunakan untuk membeli jagung tempatan untuk membantu memberi makan rakyat yang menderita, dan sebahagian lagi digunakan untuk pengeluaran kacang," kata juru cakap Kementerian Kewangan Malawi Nations Msowoya seperti dilaporkan oleh The Nation, Jumaat (6/9/2013).


Jualan pesawat kepada syarikat Virgin Islands, Bohnox Enterprise itu telah diumumkan Mei lalu. Jet mewah itu dapat mengeringkan perbendaharaan negara. Sebabnya, kos penyelenggaraan dan insurannya mencapai USD300 ribu setahun.

Kerajaan Malawi pernah membuat negara-negara bantuan barat berang kerana ketika presiden terdahulu, mendiang Bingu Wan Mutharika telah membeli 14 pesawat penumpang Dassault Falcon 900EX pada tahun 2009 yang menyumbang 40 peratus daripada bajet.

England, penderma bilateral utama Malawi mengkritik pembelian pesawat tersebut. England bahkan mengurangkan bantuan untuk pemerintahan Mutharika hingga 3 juta pounds. Keadaan ini menimbulkan goncangan ekonomi di tengah kelaparan yang melanda negeri itu.

Namun Kota yang menggantikan Mutharika yang meninggal akibat serangan jantung pada April 2012, mendapat pujian penderma Barat atas langkah-langkah penjimatan yang dilakukannya.

Wanita itu bahkan telah menurunkan gajinya sebanyak 30 peratus dan berjanji akan menjual 35 kereta negara Mercedes Benz yang digunakan para menteri kabinet. ~detik news

Addin :

Bukan PM Najib..jangan harap. Perabihkan duit rakyat kerjaan no.1 Najib dan kroni-kroninya




Iklan C (ii)


Tuan Guru Nik Aziz Saran Tuan Guru Hj. Hadi Di Kekalkan, Timbalan Pilih Di Kalangan Ulama

Posted: 06 Sep 2013 07:02 PM PDT

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berpendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang patut dikekalkan sebagai Presiden PAS dan timbalannya pula dipilih di kalangan ulama.

Semua pemimpin PAS mempunyai ciri-ciri ulama, namun apa yang membezakan mereka adalah ilmu agama yang dituntut, kata Nik Aziz sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 yang mempunyai agenda pemilihan pucuk pimpinannya akan diadakan November ini di Shah Alam, Selangor.

Kenyataan Nik Aziz sekali gus memberi signal kepada perwakilan supaya jawatan Presiden PAS itu tidak dipertandingkan.

"Saya berdoa dan minta Haji Hadi yang banyak pengalaman dan ilmu, kalau boleh, biar dia teruskan jadi Presiden, tetapi timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi timbalan beliau,"katanya selepas kuliah mingguan di Dataran Ilmu, Shah Alam, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan portal berita yang memetik Twitter Yang Dipertua PAS Padang Serai, Fauzi Tahir mahu menawarkan diri bagi mencabar Abdul Hadi merebut jawatan nombor satu itu pada muktamar kali ini.

Fauzi berkata, penawarannya itu bukan ingin berlawan atau mencabar Abdul Hadi tetapi adalah untuk menguji ahli PAS seluruh Malaysia tentang kefahaman mereka terhadap perlembagaan parti.

Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan itu mengakui mempunyai calon pilihan sebagai timbalan presiden, namun tidak mahu mendedahkan sebaliknya menyerahkan kepada ahli PAS untuk membuat keputusan terbaik.

"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya.

Dalam pada itu, desas desus yang mengatakan Nik Aziz berada keadaan kritikal akibat penyakitnya terungkai apabila dia membuat kejutan muncul dalam kuliah itu setelah beberapa minggu tidak hadir. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)


Tiada ulasan: