Khamis, 5 September 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Puluhan Lori diletak di tepi jalan bantah SPAD (Video Inside)

Posted: 05 Sep 2013 12:49 AM PDT


Berpuluh-puluh buah lori telah diletakkan di tepi jalan pintasan Kemaman-Kuantan sejak 9.00 malam tadi oleh pemandu-pemandunya sebagai bantahan terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD. 

Menurut sumber tindakan itu dilakukan kerana tidak berpuas hati dengan 'Ops Hippo' yang dijalankan oleh SPAD yang dianggap sebagai keterlaluan bagi mereka.

Ops Hippo yang bermula 11 malam dua hari yang lalu, telah menahan beberapa buah lori yang membawa muatan berlebihan di sekitar Bukti Besi, Dungun selain Semambu di sini.

Semalam sebuah kenderaan SPAD telah dikepung oleh beberapa buah lori dalam himpunan yang sama di Gebeng.

 

Mahathir sahkan Najib boros...

Posted: 04 Sep 2013 07:56 PM PDT


Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya bagi membantu menurunkan defisit negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan penjimatan itu barulah kerajaan mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi.

"Seperti yang kita tahu sekarang, negara kini mengalami defisit. Kita pinjam terlalu banyak wang.

"Kalau kita tak pinjam wang, itu lebih baik. Jika boleh, kurangkan perbelanjaan kerajaan (kerana) subsidi kita sangat tinggi," katanya dalam sidang media Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2013, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang melihat tindakan kerajaan meningkatkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter sebagai satu mungkir janji yang terpaksa dilakukan ekoran perbelanjaan boros dan salah guna kewangan negara semasa PRU13.

Ketika ditanya mengenai cadangan penggunaan semula petrol RON92 untuk memberi pilihan kepada pengguna membeli petrol pada harga lebih murah, beliau enggan mengulas lanjut.

"Itu kena tanya perdana menteri, saya sudah lama bersara jadi saya tidak tahu banyak," katanya ~ Sinar

Anak jenis apa yang mahukan bapanya sendiri dipenjara nih?

Posted: 04 Sep 2013 03:30 PM PDT


Pelakon terkenal, Wan Nor Azlin Wan Mohd Hussin memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, supaya memberi alasan mengapa tidak boleh dipenjarakan berhubung isu penjualan rumah di Taman Keramat.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Mohamed Fouzi Mokhtar, peguam, Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, memaklumkan pihaknya telah menyerahkan notis kepada defendan, Wan Mohd Hussin Wan Ibrahim pada Ahad lalu.

Peguam Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Wan Mohd Hussin, 76, kemudian mengesahkan kata-kata Mahyuddin.

Beliau bagaimanapun memohon satu tempoh masa untuk meneliti kes tersebut kerana baru dilantik.

Sehubungan itu, Mohamed Fouzi berkata, bagi melancarkan perjalanan kes, beliau mengarahkan defendan untuk membuat afidavit pembelaan sebelum kes disebut semula pada 11 September depan.

Wan Nor Azlin ketika ditemui media sejurus prosiding enggan melayani pertanyaan lanjut berhubung notis yang difailkan.


Sementara itu Roshdan pula berkata, perintah komital yang difailkan plaintif adalah berhubung isu penjualan rumah milik defendan di Taman Keramat.

Pada 31 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan permohonan Wan Nor Azlin untuk mengetepikan saman bapanya yang mahu mendapatkan perintah supaya pelakon itu keluar dari rumah berkenaan.

Wan Mohd Hussin dalam writ saman yang difailkan pada 5 Februari lalu mendakwa, dia ingin menjual rumah yang mereka duduki bersama di Taman Keramat dan mahu defendan keluar dari rumah.

Namun defendan enggan berbuat demikian kerana ada kepentingan selepas memasang kabinet dapur dan almari pakaian walaupun ia dibuat atas kehendak defendan sendiri ~ Sinar Harian

Tiada ulasan: