Anak Sungai Derhaka |
- Ustaz Azizan yang ku kenali...
- Syarikat Tembakau Dedahkan Sebab Harga Rokok Akan Dinaikkan Esok...
- UMNO Pulau Pinang perkenal kaedah baru untuk pertahan jawatan ke ni?
- Tanda Putera rugi RM3.77 Juta.. Pengarahnya nak salahkan siapa pula?
- Runtuh lagi di Terengganu!! Lagi Bumbung Masjid Runtuh...
- Pahang bakal ditransformasi menjadi 'Serambi Buddha' melalui 1Malaysia Spiritual Tourism ?
Ustaz Azizan yang ku kenali... Posted: 29 Sep 2013 09:30 AM PDT TANGGAL 24 Ogos 2013 pasti terpahat dalam memori saya kerana itulah kali pertama bertentang mata dengan Ustaz Azizan sejak beliau dimasukkan ke hospital akibat komplikasi diabetik. Sebaik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang selepas menziarahi Ustaz Azizan di wad ICU (HSB), saya dibenarkan melawat, ditemani bekas Setiausaha Politik beliau, Muhammad Sanusi Md Nor dan beberapa ahli Pas yang turut berada di situ. Sebaik melangkah ke bilik yang menempatkan Ustaz Azizan, hati tidak sekuat yang saya sangka. Saya berdiri disisi Ustaz Azizan tanpa berkata-kata, hanya renungan yang mampu saya berikan. Sedangkan dalam benak ini, banyak yang ingin saya katakan. Ustaz Azizan ketika itu membuka mata apabila Muhammad Sanusi memanggil, "Ustaz, Linda Sinar mai tengok ustaz". Ustaz Azizan merenung lama wajah saya. Saat itu, tidak tertahan air mata ini mengalir laju ke pipi. Saya cuba berbual dan meluahkan beberapa patah perkataan, namun tak dapat diteruskan… Muhammad Sanusi sekali lagi bertanya kepada Ustaz Azizan, "Ustaz ingat dak?". Ustaz Azizan membalas "Ingat". Arwah tetap merenung saya dengan kelopak matanya yang kuyu, seakan menggagahi diri untuk berbual. Tiba-tiba Ustaz Azizan berkata, "Terima kasih" (kerana datang). Sebaik sahaja kata-kata itu diucapkan, saya tidak mampu lagi bertentang mata dengan pemimpin berjiwa besar ini, yang cukup kuat melawan derita ketika itu. Saya segera meminta diri dan berdiri seketika di luar pintu, cuba menenangkan diri. Jururawat seolah-olah memahami perasaan saya dan memaklumkan kondisi Ustaz Azizan ketika itu. Kali kedua saya menziarahi Ustaz Azizan ialah ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melawatnya semasa kunjungannya ke Kedah sempena Multaqa Ulama pada 15 September lalu. Waktu itu, saya agak panik melihat pelawat dikehendaki memakai pakaian khas dan sarung tangan jika masuk ke bilik. Disebabkan itu, saya hanya melihat dari luar pintu perbualan dua sahabat itu. Sekali lagi, air mata tidak dapat ditahan, lalu saya beredar dan menanti di ruang legar ICU. Kali ketiga hajat saya tidak kesampaian. Saya menelefon isteri Ustaz Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah (yang lebih mesra dengan panggilan Tok Puan), memaklumkan untuk hadir melawat. Sebaik tiba di pintu masuk ICU, saya sekali lagi menelefon Tok Puan memaklumkan sudah tiba, namun jawapan dari Tok Puan amat mengejutkan: "Nak tengok apa Linda; dah tak ada", sayu tutur katanya. Sehari sebelum sakit Saya masih ingat kali terakhir berjumpa Ustaz Azizan sebelum beliau jatuh sakit. Ketika itu hari mengundi PRU13 (5 Mei 2013). Tepat jam 9 pagi saya sudah berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, di mana Ustaz Azizan mengundi. Puas kami (media) menunggu hingga tengah hari, namun kelibat Ustaz Azizan tidak kelihatan. Saya menekan nombor telefon berkali-kali, tetapi semuanya masuk pesanan suara. Terdetik di hati seolah-olah ada yang tidak kena, namun pegawai Ustaz Azizan hanya memaklumkan beliau lewat kerana singgah di beberapa lokasi untuk jumpa pengundi. Saya akur walaupun tahu benar itu bukan stail Ustaz Azizan. Ketika itu, saya antara percaya dengan tidak dengan alasan yang diberi. Tetapi, demi tugas, saya tetap menunggu hingga jam hampir 1 petang. Pada masa sama, saya terus menekan nombor telefon hingga akhirnya Ustaz Azizan menjawab panggilan. Saya bertanya: "Kenapa tak datang mengundi?". Ustaz Azizan lantas berkata: "Kurang sihat, demam; kaki pula sakit." Mendengar itu, saya menyarankan Ustaz Azizan berehat sahaja dan tidak perlu datang. Namun Ustaz Azizan pula berkeras suruh kami (media) menunggu dan akan tiba dalam 20 minit. Tidak sampai hati pula untuk hampakan harapan Ustaz Azizan. Ketika beliau sampai, saya lihat Ustaz Azizan jalan berdingkit-dingkit, sambil dipimpin setia oleh pembantunya, Shahril Elham. Wajahnya tetap ceria, walaupun ketika itu jelas sedang menahan kesakitan. Itulah Ustaz Azizan. Beliau bagaikan lilin, sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain. Banyak situasi menunjukkan Ustaz Azizan banyak berkorban, sama ada dalam parti mahupun kerja. Pada luarannya, nampak Ustaz Azizan seperti tegas dan perongos, tetapi hati beliau lembut dan banyak bertolak-ansur. Walaupun mengenalinya hanya lima tahun (2008-2013), saya dapat memahami karakter beliau. Ia amat berbeza dengan pemimpin Pas lain, umpama satu dalam sejuta. Kali pertama Saya masih ingat waktu awal memulakan tugas di Kedah (2008) iaitu selepas peralihan kuasa. Saya sering kali disuruh ketua untuk dapatkan reaksi Ustaz Azizan bagi isu-isu semasa. Ketaq perut setiap kali mahu menekan nombor telefon beliau sebab orangnya garang. Demi tugas saya beranikan diri, dapat dua tiga patah pun sudah cukup untuk 'goreng' berita. Disebabkan terlalu kerap menelefon, suatu hari, pada sidang media di Wisma Darul Aman, Ustaz Azizan bertanya, "Mana satu Linda?". Saya ketika itu berada di barisan belakang, terus berkata: "Ya, saya". Rakan media di hadapan membuka ruang untuk saya ke depan. Saya tersengih tak tahu nak kata apa. Azizan dengan wajah serius, bersuara: "Kamu ni, duk telefon saya. Saya marah, kamu telefon lagi. Saya marah lagi, kamu telefon juga. Saya dah tak tau nak marah macam mana lagi". Kata-kata itu tak pernah saya lupa kerana sejak itu jugalah hubungan saya dengan arwah semakin baik, dan arwah mula beri kerjasama. Ada kala, ketika bertanya isu panas, sebelum Ustaz Azizan memberi ulasan, sudah tentu saya kena marah dulu. Yang bestnya, selepas marah, Allahyarham akan memujuk dengan kata-kata jenaka, bagaikan seorang bapa bercakap dengan anaknya. Ada juga rakan media yang dihamburi atau ditengking jika cuba dapatkan reaksi Allahyarham melalui telefon. Dari hari ke hari, saya cuba membina hubungan lebih mesra antara media dan Ustaz Azizan. Banyak pandangan saya berikan kepada Allahyarham supaya hubungan beliau dengan media menjadi lebih diplomasi dan relaks. Sejak itu Ustaz Azizan dilihat semakin bersikap terbuka dengan media. Beliau sebenarnya bukan tidak mesra media pada awalnya, tetapi sebenarnya beliau kecewa kerana banyak kenyataannya di putar belit. Setiap kali berita Ustaz Azizan terpampang di dada akhbar yang tidak menyenangkan, setiap kali itu juga Allahyarham menghubungi saya untuk memberi kenyataan balas atau sekadar meluahkan perasaan. Namun sebagai bekas Pengarah Urusan Harakah, Ustaz Azizan akur dan faham dengan pendirian setiap akhbar di negara ini. Sebab itu, Allahyarham tidak melatah tetapi ambil sikap malas nak layan. Jika Ustaz Azizan berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja, pagi-pagi lagi beliau menghubungi saya untuk bertanya khabar Kedah, apa yang berlaku sepanjang ketiadaan Allahyarham. Disebabkan itu juga, saya perlu sentiasa alert dengan apa yang berlaku kerana saya tahu Alllahyarham akan hubungi saya bila-bila masa sahaja. Mungkin Ustaz Azizan mahukan perspektif berbeza satu-satu isu, di mana sebagai orang media, saya telus menceritakan dari semua sudut. Kaya dengan perumpamaan unik Paling saya suka sikap Ustaz Azizan yang gemar berjenaka, berseloroh tak kira masa. Sidang media Allahyarham dinanti-nanti saya dan rakan-rakan media lain. Bukan apa, nak tahu apa pula perumpamaan dicipta pada hari itu. Sampai ke hari ini, masih terngiang-ngiang riaknya yang bersahaja. Pernah bila ditanya isu tanah, Allahyarham menjawab: "Nak potong tanah bukan macam potong tepung talam. Ukur-ukur potong. Nak kena sukat, ambil masa". Jika bertanya pula isu calon PRU13, jawabnya: "Macam nak tangkap ikan la. Ada masa kita guna jala, pukat, bubu, pancing. Banyak cara." Paling tidak dapat saya lupa, perumpamaan 'Ibarat beruk atas pokok cermai', yang mengundang ketawa semua yang hadir. Ustaz Azizan, secara berseloroh, menggambarkan situasi itu kepada Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, yang sering mendesaknya menjelaskan isu-isu semasa. Balas Ustaz Azizan spontan: "Kamu tahu pepatah Melayu ada kata 'jangan usik beruk atas pokok cermai'. Beruk atas pokok cermai, dia tengok kita dia usik kita, kita pun tengok. Jika kita sama layan dia, dia lagi syok goncang pokok sampai habis jatuh buah dan daun cermai. Jadi tak payah layan. Jika kita layan sampai bila pun tak habis." Itulah antara kenangan yang begitu sentimental buat saya. Pemergiannya ditangisi, kehilangannya dirindui. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin… Nukilan, Roslinda Hashim (Wartawan Kanan, Sinar Harian Utara) |
Syarikat Tembakau Dedahkan Sebab Harga Rokok Akan Dinaikkan Esok... Posted: 29 Sep 2013 08:21 AM PDT Syarikat tembakau, British American Tobacco (BAT) Malaysia mendakwa kenaikan harga rokok sehingga RM10.50 bermula esok tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan eksais tembakau sehingga 14 peratus. BAT dalam satu kenyataan media mendakwa, kenaikan harga rokok bermula 30 September 2013 itu juga tidak dapat dielakkan disebabkan kemerosotan jualan yang dialami syarikat tembakau berikutan lambakan rokok seludup di negara ini. "Kami telah beroperasi pada kecekapan kos yang optimum dan peningkatan jumlah eksport dengan meluaskan kontrak pembuatan beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengekalkan pulangan kepada pelabur. "Langkah-langkah ini bagaimanapun sukar mengatasi kerugian akibat kewujudan rokok haram. Oleh itu kami tiada pilihan tetapi melakukan peningkatan harga," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam kenyataan sama hari ini. Clini dalam pada itu mendakwa pihaknya kecewa dan terperanjat dengan kenaikan eksais tembakau melebihi kadar 14 peratus itu kerana didakwa akan menggalakkan kewujudan rokok tidak sah di negara ini sekali gus menyebabkan industri tembakau negara dikuasai sindiket penyeludupan rokok haram. Ia kerana kenaikan harga rokok secara mengejut didakwa akan menyebabkan ramai perokok beralih kepada rokok haram yang lebih murah yang boleh didapati dengan mudah meskipun penjualan rokok seperti itu menyalahi undang-undang. Beliau turut mendakwa kadar kerugian akibat lambakan rokok haram kira-kira RM2 bilion dan berharap kerajaan akan memperhebatkan langkah penguatkuasaan dan mengenakan peruntukkan undang-undang yang lebih tegas seperti penjara mandatori terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan rokok haram Mynewshub.my semalam melaporkan harga setiap kotak rokok akan mengalami peningkatan yang agak ketara bermula esok. Pengumuman mengenai perkara itu dibuat pihak Commercial Marketers and Distributors Sdn. Bhd. melalui iklan yang diletakan di dalam beberapa akhbar utama hari ini. Melalui peningkatan tersebut, harga baru sebungkus rokok pek 20 jenama utama adalah antara RM10.50 hingga RM12.00. Jenama rokok yang terlibat dengan harga baru berkenaan adalah Dunhill, Benson & Hedges, Kent, Lucky Strike, Rothmans, Peter Stuyvesant dan Pall Mall ~ Mynewshub.my ... Hari ini golongan perokok sudah menjadi semakin minoriti, apatah lagi dunia hari ini ditadbir oleh golongan "anti smoking facist", maka kenaikan harga rokok tidak ramai yang peduli. Berita mengenai rampasan rokok yang diseludup akan terus kita dengari jika kerajaan akan menaikkan lagi cukai rokok. Rokok seludup akan terus laku setiap kali cukai terhadap rokok "halal" dinaikkan. Sebabnya dimana ada permintaan disitu ada penawaran.. Dalam usaha untuk mengurangkan defisit negara disamping mengurangkan jumlah perokok dinegara ini.. siapakah yang sebenarnya untung setiap kali harga rokok naik? Kerajaan atau tauke rokok seludup? |
UMNO Pulau Pinang perkenal kaedah baru untuk pertahan jawatan ke ni? Posted: 29 Sep 2013 06:48 AM PDT Menjelang pemilihan UMNO Oktober ini, Pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang dikhabarkan telah menggunakan kaedah baru bagi mengekalkan kuasa ditangan mereka dan juga kroni mereka. Laporan dari Bernama ini cuma menyebut satu UMNO Bahagian saja yang menjadi mangsa kaedah baru itu, hakikatnya bukan satu sahaja.. tapi banyak lagi Bahagian-bahagian UMNO yang menjadi mangsa.. Yang lain-lain tu cuma berani marah dari belakang saja.. berkumpul kat kedai kopi, lepas tu pakat kutuk dari belakang.. nak kutuk secara berhadapan takut saki baki kepentinganpun hilang.. Antaranya ialah Nibong Tebal, Bukit Bendera dan juga Permatang Pauh.. yang lain-lain aku tak ingat dah.. Kaedah ini ialah mengusulkan kepada pusat untuk menggantung hak keahlian individu-individu yang cuba menentang calon-calon Ketua Bahagian yang merupakan kroni kepada seseorang. Dengan cara itu kroni mereka akan menang mudah dan UMNO Pulau Pinang akan berada sepenuhnya dalam kawalan individu yang akan bertanding pada peringkat MT itu pula.. Tak kiralah samada individu yang digantung itu telah bersama UMNO sejak 20 tahun yang lalu atau telah bersama UMNO sejak azali lagi.. Ada khabar angin yang mengatakan individu itu akan melawan Ketua Bahagian atau apa saja jawatan yang melibatkan kepentingan kroni.. "Aku gantung hang!!.. biaq padan muka hang!".. Alasan yang digunakan untuk penggantungan hak keahlian itu ialah kononnya mereka sabotaj UMNO semasa PRU13 yang lalu.. Itulah kaedah baru yang dikhabarkan oleh beberapa orang pemimpin UMNO yang sudah digantung... Sebahagian anggota Umno di Pulau Pinang hari ini mahu pucuk pimpinan parti itu memberi penjelasan berhubung status keanggotaan mereka selepas menerima surat mengenai perkara itu Rabu dan Khamis lepas. Kenapa aku letak gambar Datuk Musa tu... pemimpin UMNO Pulau Pinang tentu faham... macai UMNO tak akan faham punya.. maklumlah.. macai katakan.. ha..ha..ha.. Diharap PKR tidak meniru kaedah ini dalam Pemilihan yang akan datang ni.. Sementara itu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) juga diminta menyiasat pemilihan jawatan dalam Umno yang akan berlangsung bulan depan kerana ada prosesnya yang tidak telus serta wujudnya politik wang.. sila baca di SINI |
Tanda Putera rugi RM3.77 Juta.. Pengarahnya nak salahkan siapa pula? Posted: 29 Sep 2013 02:11 AM PDT Semasa filemnya mula ditayangkan dan tidak mendapat sambutan dulu.. pengarahnya salahkan Kerajaan kerana telah menangguhkan tayangannya sebanyak tiga kali.. ... Tindakan kerajaan menunda tayangan filem Tanda Putera sebanyak tiga kali menyebabkan pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba rasa seperti didiskriminasi oleh kerajaan Malaysia. Shuhaimi berkata, penerbitannya hilang momentum sejak tahun lalu lagi dan kesannya dapat dilihat daripada sudut pasukan pemasaran yang hilang fokus. "Mustahil bagi kami untuk mengembalikan momentum itu meskipun Finas berusaha membantu dengan memberikan peruntukan promosi namun masanya terlalu singkat bagi melihat kesannya dan kita hanya melakukan apa yang termampu," katanya kepada The Malaysian Insider Kemudian dia kata "Kenyataannya kami menjangkakan filem ini kurang mendapat sambutan dan kutipannya pula tidak mungkin akan pecah panggung. Tetapi kami tetap meneruskannya kerana ia wajar dilakukan," Dalam masa yang sama dia salahkan filem lain yang turut ditayang serentak dengan filem itu yang menurutnya memberi saingan yang besar kepada filemnya.. Sekarang filem Tanda Putera dilaporkan rugi RM3.77 Juta.. siapa pulak yang nak disalahkannya.. Tanda Putera rugi RM3.77j Yang ruginya ialah rakyat dalam hal ini.. sebab RM4.8 Juta itu datangnya dari cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat.. Pengarahnya sendiri dah kaut masuk poket banyak mana entahlah... |
Runtuh lagi di Terengganu!! Lagi Bumbung Masjid Runtuh... Posted: 28 Sep 2013 09:50 PM PDT Sebuah masjid dilaporkan runtuh sebahagiannya pada pagi ini di Kampung Tebauk dalam DUN Bukit Tunggal, dekat sini, dan ia merupakan masjid kedua yang roboh pada tahun ini selepas masjid Kampung Binjai Kertas beberapa bulan lalu. Beberapa rakan media telah mengesahkan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun berkejar untuk meyiasat kejadian tersebut. Menurut Setiausaha Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Tunggal, Haji Iszeham Ali, masjid tersebut juga merupakan sebuah masjid yang baru dibina dan kira-kira hanya baru setahun setengah digunakan oleh orang ramai. Sementara itu Harakahdaily melaporkan.. Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu diibaratkan 'termakan sumpah hukum karma' apabila satu demi satu binaan bangunan termasuk masjid runtuh. Hal ini berlaku, selepas Masjid Bujal yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal di Kemaman dirobohkan oleh kerajaan BN ketika itu diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh pada 26 Mei 2005 lalu. Selepas itu, pelbagai kejadian bangunan runtuh dan tumbang seperti dewan komputer, dewan sekolah, stesen bas, menara telekomunikasi, masjid serta bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak yang berharga hampir RM300 juta. Hari ini, sebuah lagi struktur bumbung anjung Masjid Kampung Tebauk Bukit Tunggal, runtuh selepas Masjid Kampung Baru Kertih di Kemaman dan Masjid Binjai Kertas Kuala Berang di Hulu Terengganu pada 20 Mei lalu. Harakahdaily dimaklumkan, kejadian anjung masjid itu runtuh berlaku kira-kira jam 4.00 pagi tadi serta disedari oleh penduduk di Taman Perumahan Kampung Tebauk setelah terdengar bunyi yang kuat. Seorang bilal masjid, Jaafar Ismail berkata masjid tersebut baru digunakan hampir dua tahun iaitu pada akhir tahun 2011. "Saya sedar anjung masjid ini runtuh ketika datang untuk bertugas waktu subuh pagi tadi sekitar jam 5.00 pagi dan melihat lampu yang biasa dipasang di masjid terpadam. "Saya diberitahu oleh penduduk berhampiran masjid bahawa kejadian runtuh ini berlaku kira-kira jam 4.00 pagi. Ini amat mendukacitakan tetapi bersyukur kerana tidak berlaku kemalangan jiwa," jelasnya ketika ditemui di masjid tersebut. Menurutnya, sebelum ini telah berlaku sedikit kebocoran tetapi pihak kontraktor ada melakukan kerja-kerja membaikpulih. Kata beliau, bayangkan jika kejadian runtuh tersebut berlaku ketika hari Jumaat waktu solat yang melibatkan orang ramai. Harakahdaily difahamkan, masjid yang bernilai lebih RM2 juta itu baru digunakan hampir dua tahun lalu dan masih belum dirasmikan. Berikut dilampirkan senarai binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008: 1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang Tarikh: 12 April 2008 Harga: RM2 juta 2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Tarikh: 2 Jun 2008 Harga: RM292 juta Punca: "Semua buat silap" – Ahmad Said 3. Kolam Renang Batu Burok bocor Tarikh: 5 Jun 2008 Harga: RM18 juta 4. Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggal Tarikh: 29 Jun 2008 Harga: (terminal ) RM123 juta 5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman Maklumat – runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan. Tarikh: 15 Mac 2009 6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut. Maklumat – tumbang. Tarikh: 6 Ogos 2009 Harga: RM15 juta 7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman Tarikh: 3 Oktober 2009 Harga: RM2.1 juta 8. Bumbung kaca Terminal Bas Kuala Berang Tarikh : 21 Disember 2009 Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek) Punca : Tiada pemantauan semasa 9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu Maklumat – runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan. Tarikh: 29 Mac 2010 10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang Tarikh: 9 Januari 2011 Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina. 11. Astaka dalam pembinaan di Besut Tarikh: 21 Jun 2012 12. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang Tarikh: 19 Julai 2012 13.Tangki air Sekolah Menengah Paka Tarikh: 24 Julai 2012 14. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai Tarikh: 30 Disember 2012 15. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih Tarikh: 20 Februari 2013 16. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang Tarikh: 20 Mei, 2013 Harga: RM1.4 juta Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah: 1. Binjai Souq 2. Bazaar Warisan 2. Masjid Kristal (22 November 2008) 3. Masjid Kampung Lingai (4 November 2009 - harga RM3 juta) 4. Taman Tamadun Islam – stor dewan runtuh pada Julai 2010 5. Masjid An Naim, Dungun 6. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulihnya. 7. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta 7. Pasar baru Kedai Buluh 8. Pasar baru Manir 9. Dewan serbaguna dan masjid di Ketengah 10. Taman Panorama Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu |
Pahang bakal ditransformasi menjadi 'Serambi Buddha' melalui 1Malaysia Spiritual Tourism ? Posted: 28 Sep 2013 09:06 AM PDT Apa cerita ni?.. Disebuah negara Islam sebuah negeri akan ditransformasikan sebagai serambi Buddha terbesar dalam dunia.. Menurut laman web 'Enchant Acres' projek '1 Malaysia Spiritual Tourism' ini akan mempromosikan agama Buddha, Taoisme , Hindu , Sikh, Confucian , Kristian, serta Sai Baba dan pergerakan I- Kuan Tao. Projek ini akan dibangunkan di Gambang, 35 Km dari bandar Kuantan, Pahang di atas tapak seluas 500 ekar lebih besar dari KLIA. Antara yang dirancang dalam projek ini ialah pembinaan piramid setinggi 30 tingkat , yang akan menjadi piramid yang terbesar di dunia, dimana patung gergasi berputar Kuan Yin akan didirikan dipuncak piramid. Patung gergasi Kuan Yin itu dipercayai yang terbesar didunia dan Kuil Kuan Yin yang akan didirikan juga merupakan yang terbesar didunia. Piramid yang dibina merupakan bangunan untuk menyimpan abu mayat (Columbarium) paling besar didunia. Selain itu pembinaan kawasan rekreasi dan komersial yang terdiri daripada hotel dan pusat peranginan , kedai-kedai makanan dan minuman, kemudahan rekreasi seperti kelab-kelab dan pusat-pusat hiburan , taman, taman-taman, pusat-pusat perniagaan , dan juga universiti- kolej, sekolah antarabangsa , dan pusat-pusat pengajian yang lain. Pengarah Urusan Kumpulan Enchant Acres Sdn Bhd, Datuk Dr Allan Ho pemaju projek ini mendakwa projek ini disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan juga menyediakan tanah untuk mereka. Selain itu dakwanya Kerajaan Malaysia juga membantu menyediakan dana untuk pembangunan projek ini.. Yang menghairankan ialah Kerajaan negeri Pahang dilaporkan tidak tahu menahu tentang projek ini.. baca di SINI ..sedangkan mana mungkin dalam memajukan projek yang sebegini besar kerajaan negeri tidak tahu kerana ianya melibatkan tanah seluas 500 ekar bukan 5 inci.. Tapi.. mengikut apa yang tercatat dalam laman Enchant1MST yang screenshotnya di bawah, Najib tahu.. Siapa yang bohong dalam hal ini.. Pemaju atau Kerajaan Negeri? Persoalannya disini wajarkah kompleks ini dibina di dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi? Tapi aku nampak lain macam saja projek ni.. sebab siap ada marketing plan lagi macam MLM pulak..lihat di SINI Eh?? Najib dari Pahang kan?.. kenapa dia tak hebahkan projek ini kepada rakyat? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan