Ahad, 29 September 2013

Addin

Addin


Berita Ini Membuatkan Pemimpin Umno Pening Kepala..

Posted: 29 Sep 2013 09:17 AM PDT


Pemimpin yang sama juga dipilih dalam Pemilihan Semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP seperti diarahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mendapat undi majoriti lebih besar membuktikan DAP bukanlah satu parti anti-Melayu.

Beliau merupakan satu-satunya calon Melayu dipilih menganggotai 20 keahlian CEC. Zairil Khir mendapat undi 1,132 undi mendapat tempat ke-12 berbanding pemilihan Disember lalu yang hanya mendapat 803 undi.

Isu yang berkisar kepada pemimpin berusia 31 tahun itu menarik perhatian perwakilan apabila berlaku masalah teknikal apabila beliau dipilih mengaanggotai CEC.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong masih mendapat undi tertinggi dengan 1,434 diikuti pemimpin veteran Lim Kit Siang dengan 1,436 dan Karpal Singh (1,432).

Anak Karpal, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo masih mendapat undi keempat tertinggi dengan 1,409 undi sementara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengekori rapat dengan 1,304 undi. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)


Akhirnya.. Tanda Putera Rugi RM3.77 Juta

Posted: 29 Sep 2013 07:19 AM PDT


Tayangan Filem kontroversi Tanda Putra yang gagal menarik penonton hingga mengalami kerugian RM3.77 juta, menunjukkan satu lagi pembaziran wang rakyat, kata penulis, Hasmi Hashim.

"Filem ini filem yang amat malang kerana mengalami kerugian. Kalau dicalonkan sekali pun, saya percaya ia tidak akan merangkul apa-apa anugerah.

"Ini pembaziran yang jelas, duit rakyat digunakan untuk menerbitkan propaganda, dan ia tidak berjaya," katanya yang juga penulis lirik terkenal lagu 'Awan Nano'.

Menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), filem kontroversi itu berakhir di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3.77 juta.

Filem yang diterbitkan dengan kos RM4.2  juta dari geran Finas itu hanya mencatat kutipan RM930,000 selepas 25 hari ditayang di pawagam.

Hasmi atau nama penanya, Buddhi Hekayat berkata, satu jawatankuasa sepatutnya ditubuhkan bagi menyemak dan memilih skrip yang sesuai sebelum diberi geran penerbitan.

Sementara itu, bekas pelawak, pengacara dan penulis lirik, Bob Lokman berpendapat dana sebesar itu tidak seharusnya diberikan bagi menerbitkan filem yang sejak awal sudah dijangka tidak akan diterima umum."Rakyat Malaysia memang tidak boleh terima cerita begitu. 

Lebih elok dana sebegitu besar digunakan bagi meningkatkan mutu seni di negara ini dengan cara yang lain," ujarnya.Tanda Putra, merupakan filem arahan Paduka Suhami Baba yang memaparkan insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Filem berkenaan gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya, menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil.

Diterbitan Pesona Pictures Sdn Bhd, filem itu dikritik ramai kerana memainkan sentimen perkauman selain memaparkan peristiwa sejarah secara berat sebelah. ~keadilandaiy

NGO Desak Najib Tunai Janji Ucapan Di PBB

Posted: 29 Sep 2013 06:06 AM PDT

AsSajjad Movement mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi seorang yang tidak tunduk kepada tekanan kumpulan pelampau Islam dan ultra Melayu dalam Umno serta komited melakukan apa yang dijanjikan.

Pengerusinya, Hussain Sajjad, berkata ucapan Najib di New York sempena Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kali ke-68 menggesa penganut Sunni dan Syiah melakukan kerukunan dan perdamaian tetapi pihak berkuasa agama masih mengganas di Malaysia yang jelas bertentangan dengan aspirasi Perdana Menteri.

"Kami mengecam pencerobohan dilakukan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di markas penganut Syiah di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak pada malam Jumaat.

"Pihak berkuasa agama merampas dan mengambil harta benda, sejumlah wang sedekah untuk anak yatim dan banyak barang bernilai milik penganut Syiah dari lokasi yang dimaksudkan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, serbuan tersebut menyebabkan kerosakan yang amat teruk ke atas premis yang menjadi tempat ibadat minoriti Syiah di negeri tersebut.Beliau turut mengecam tindakan pejabat agama mancabul hak seorang penganut fahaman Syiah dari Rompin, Pahang yang tidak menyebar fahaman tersebut tetapi ditahan dan disoal siasat.

Perdana Menteri semaca berucap di Mesyuarat Agung PBB menggesa kekejaman yang berlaku di sesetengah negara Islam perlu segera dihentikan dan menyifatkan situasi semakin buruk dan banyak nyawa yang terkoban.

Beliau berkata, pendekatan paling terbaik adalah wasatiyah iaitu amalan bersederhana sambil menggesa masyarakat antarabangsa perlu segera mencari usaha perdamaian bagi mengurangkan ketegangan di negara Islam.

Katanya, konflik di antara Sunni dan Syiah mengancam ribuan nyawa umat Islam dan Islam diputarbelitkan oleh puak pendesak yang memberi tafsiran salah dan mengundang perpecahan umat. ~the malaysian insider






Iklan C (ii)


Tembelang Zahid Hamidi Terbongkar

Posted: 29 Sep 2013 03:52 AM PDT

PKR mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berbohong mengenai pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) baru-baru ini kerana akta itu sebenarnya mempunyai persamaan dengan akta kejam lain yang dimansuhkan sebelum ini.

Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata kenyataan Ahmad Zahid bahawa akta yang dipinda itu "tidak mempunyai tahanan tanpa bicara" tidak benar sebaliknya rang undang-undang yang dikemukakan secara jelas memberi isyarat pindaan tersebut bertujuan mengembalikan penahanan tanpa bicara seperti Akta Ordinan Darurat 1969 (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

"Kenyataan Zahid sama sekali pembohongan yang jelas bertentangan dengan penjelasan dalam pindaan rang itu sendiri."Adakah Menteri Dalam Negeri tidak membaca rang itu?

Atau dia cuba sekali lagi menipu kepada orang ramai?" kata Ahli Parlimen Padang Serai itu dalam satu kenyataan hari ini.Surendran berkata, kenyataan Zahid mengenai tahanan boleh menyemak penahanan adalah perkara tidak munasabah.

"Klausa 15A secara jelas mengenepikan semakan kehakiman selain keperluan prosedur."Ini bermakna tiada tahanan yang boleh mencabar asas penahanan tersebut, sama seperti EO dan ISA," kata peguam hak asasi manusia itu lagi.

Katanya, pindaan itu tidak praktikal dan masih berat sebelah kerana pelantikan masih lagi di bawah kuasa oleh menteri dan bukannya Lembaga."Ahli Lembaga dilantik oleh Agong atas nasihat menteri. 

Ini tidak praktikal sama sekali."Ini bermakna ahli-ahli Lembaga Pengarah memegang jawatan mereka atas keizinan menteri," katanya.Surendran mengulangi kebimbangan kebebasan rakyat Malaysia akan diperjudikan sekiranya rang ini diluluskan menjadi undang-undang.

Bacaan pertama pindaaan PCA dibacakan Zahid minggu lalu bertujuan mengukuhkan kedudukan untuk menahan penjenayah tanpa bicara sehingga dua tahun.Pindaan berkenaan akan menyamai ISA yang tidak memasukkan semakan kehakiman, kecuali melibatkan langkah prosedur.

PCA ketika ini hanya membenarkan tahanan selama 72 hari terhadap individu yang ditahan di bawah akta berkenaan.Akta itu juga mengkehendaki tahanan dibawa ke mahkamah sebelum ditahan selama 72 hari.

Ia digunakan secara efektif sebelum ISA dikuatkuasakan dan melalui pindaan itu, Putrajaya ingin menggunakan akta berkenaan sekali lagi.PCA bagaimanapun tidak meliputi kawasan Sabah dan Sarawak kerana ia dikuatkuasakan pada 1959 sebelum negeri Borneo menyertai Malaysia, dan pindaan berkenaan akan memasukkan peruntukan melibatkan dua negeri itu.  ~the malaysian insider





Iklan C (ii)


Najib Tenang Dan Gembira Berada Di Luar Negara.. Ini Buktinya

Posted: 28 Sep 2013 10:59 PM PDT

Antara sebab mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menikmati masanya berada di luar negara begitu banyak ialah hanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau di bilik mesyuarat Waldorf Astoria di New York, penonton masih terpersona dengan ceramahnya mengenai Malaysia sebagai model negara Islam yang sederhana.

Keadaan ini berbeza di tanah airnya yang dipenuhi kumpulan berhaluan kanan khususnya  dalam Umno, hilangnya toleransi agama dan kaum, kata-kata "kesederhanaan" tersebut hanya akan dipandang sinis. Atau lebih teruk lagi, menghina.

Ia didedahkan di Parlimen bahawa Perdana Menteri membelanjakan sejumlah RM44 juta untuk berjalan ke luar negara antara Mac 2008 dan Mei 2013.Fakta tersebut memeranjatkan malah di kalangan ahli politik Umno sendiri.

Sebahagian daripada mereka tertanya-tanya mengapa menghadiri perhimpunan PBB atau merasmikan pejabat Khazanah Nasional di San Francisco menjadi begitu penting, atau wujudkah keperluan Najib melawat Thailand untuk berehat selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Namun, terdapat penjelasan mudah mengapa beliau menikmati kebahagian berada di luar negara berbanding di Malaysia. 

Beliau perlukan sesuatu untuk mengalihkan pandangannya daripada masalah harian yang dihadapinya di Malaysia, masalah yang berpunca daripada kesanggupannya membenarkan suara-suara sumbang menentukan hala tuju negara, selain ketidakmampuannya menangani masalah utama iaitu rasuah hingga ke masalah perlanggaran undang-undang.

Masalah lain termasuk wujudnya ramai pemimpin berhaluan kanan dalam Umno, barisan Kabinet yang tidak berkesan, pembangkang yang agresif, parti komponen lemah dan tidak relevan, defisit fiskal meningkat, selera yang tidak pernah puas daripada kroni dan ahli perniagaan, selain kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengacau pentadbirannya.

Dengan latar belakang ini, meletakkan sedikit ruang antara Malaysia dan dirinya, mana satukah yang menjadi pilihan Najib.Fikirkanlah. Apa yang berlaku kepada kanak-kanak di sebuah rumah apabila keamanan dan ketenangan adalah sesuatu yang jarang berlaku, ketegangan dan perbalahan berlaku setiap hari? 

Biasanya kanak-kanak akan memberi alasan untuk melepak di rumah kawan kerana mereka boleh menerima pujian dan belaian.Apa yang berlaku kepada seorang pelajar yang merasakan dirinya ketinggalan di sekolah, tertekan dengan permintaan ibu bapa dan guru, dan terpaksa berdepan dengan pembuli? 

Kemungkinan pelajar tersebut akan ponteng sekolah atau melakukan sesuatu supaya jarang dilihat berada di dalam kelas.

Situasi tersebut sama dengan PM Malaysia. Sebahagian daripada rombongan yang berada dengannya berkata, beliau kelihatan tenang apabila berada di luar, menikmati masanya bersama ahli perniagaan dan pemimpin luar negara, bercakap mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global dan menawan mereka dengan kelancaran penyampaian beliau, berpakaian segak dan berupaya untuk mempersonakan orang Barat dengan cara beliau bercakap.

Di New York, penonton memberi penghargaan kepada Najib apabila bertepuk tangan kepadanya selepas menyampaikan hujahnya "dialog menghadapi konfrontasi, rundingan menghadapi konflik".

Berbeza dengan negara yang dipimpinnya, apabila wujud konfrontasi daripada dialog mengenai agama dan kaum.

Parti yang diterajui beliau tidak berminat untuk berkompromi atau mengambil jalan tengah, sebaliknya memilih untuk menindas hak mereka yang tidak mengundi Umno/Barisan Nasional dalam PRU13. 

Malahan, Najib juga sendiri membuktikann dirinya penyokong kuat agenda mereka yang berhaluan kanan.

Malah, The Economist, sebuah penerbitan yang sangat bermurah hati memuji Najib sebagai seorang pembaharu pada masa lalu, juga menyedari perkara yang sedang berlaku di Malaysia.

Mereka mendedahkan ekoran prestasi buruk BN pada 2013, "parti itu kembali kepada cara politik jijik yang lama berasaskan kaum untuk menyokong kaum Melayu, daripada segi pengagihan peruntukan kepada mereka yang mengundi pembangkang".

"Mangsa utama langkah ini adalah Najib sendiri. Sebelum pilihan raya dia dilihat sebagai seorang pembaharu besar, beliau memansuhkan undang-undang keselamatan yang sudah lapuk tetapi secara perlahan-lahan kembali kes sistem mengutamakan etnik. 

Namun untuk terus hidup daripada serangan pihak konservatif , Najib dipaksa untuk berpatah balik," kata Economist.

Ia kemudiannya membuat kesimpulan ekonomi Malaysia yang lembap perlu dipertingkat bagi  meningkatkan bantuan berbilion-bilion ringgit untuk program tindakan afirmatif baru dan menegaskan kekurangan rakyat Malaysia yang berbakat akan berlanjutan, kerana jijik dengan perkauman yang jelas berlaku di sini.

"Terlalu banyak dengan pembaharuan oleh Najib," kata Newsweekly .Apabila Najib kembali ke Malaysia minggu depan, PM akan berdepan kembali masalah yang dihadapi dalam negara. 

Tetapi seminggu ini, beliau boleh menikmati hidupnya - di mana beliau diraikan sebagai seorang pemimpin yang sederhana. ~the malaysia insider






Iklan C (ii)


DAP Belasah SPRM

Posted: 28 Sep 2013 08:07 PM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibidas DAP kerana mendapat peruntukan sebanyak RM1 juta tetapi hanya tujuh kes disiasat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, serta mendesak untuk tampil telus membuat penjelasan.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching dalam satu kenyataan mempertikaikan keupayaan SPRM berbanding dengan kumpulan bebas Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) yang tidak mendapat sebarang peruntukan tetapi dapat mengesan banyak salahguna kuasa yang berlaku semasa PRU berjalan.

"Ia sangat mengejutkan selepas berbelanja RM1 juta bagi perbelanjaan saraan belanja hidup ke atas pegawainya semasa PRU13, SPRM hanya menemui tujuh kes sahaja yang berkemungkinan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Berbeza dengan kumpulan Pemantau, yang terdiri daripada Bersih, Mafrel dan Pusat Komas yang menemui lebih tujuh kes meragukan semasa pilihan raya lalu," kata Ahli Parlimen Kulai tersebut dalam satu kenyataan media hari ini.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim semasa sidang Parlimen pada 26 September 2013 memberitahu dewan SPRM telah membelanjakan RM1 juta perbelanjaan sara hidup untuk pegawainya semasa PRU13 lalu.

Menurut Razali lagi, SPRM menerima 82 aduan, bagaimanapun hanya tujuh sahaja yang sedang dalam siasatan ketika ini manakala selebihnya telah diketepikan.Teo berkata jumlah peruntukan tersebut bukan kecil dan mendesak SPRM menjelaskan secara teliti dan telus mengenainya.

"SPRM perlu memberi penerangan bagaimana RM1 juta ini dibelanjakan, dibelanjakan oleh siapa dan untuk apa.

"Keduanya, selepas membayar banyak untuk pegawai SPRM, pembayar cukai berhak untuk mengetahui apakah yang telah dipantau oleh mereka semasa PRU13 lalu," tegas Teo lagi.

Semasa pilihan raya lalu, Pemantau berjaya memantau 23 kerusi Parlimen semasa hari penamaan calon, 51 kerusi semasa tempoh berkempen dan 87 kerusi semasa hari mengundi.

Sepanjang tempoh tersebut, Pemantau mendapati wujud unsur rasuah melibatkan wang tunai dan pemberian barang-barangan di lima kawasan yang dipantau, 22% semasa hari penamaan calon.

Semasa tempoh berkempen, hampir setengah daripada kawasan yang dipantau (23 atau 45%) mendapati wang telah diberikan di 19 kawasan (37%), manakala semasa hari mengundi kumpulan tersebut melaporkan wujud unsur rasuah di 16 kawasan yang dipantau (18%).

"Ia tidak masuk akal setakat ini SPRM hanya menemui 7 pelanggaran kesalahan pilihan raya yang berpotensi," kecam Teo lagi.Baru-baru ini, Tribunal Rakyat selesai bersidang membuat rumusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan PRU13 dengan bersih dan adil.

Ketua Pasukan Perundangan tribunal berkenaan, Professor Gurdial Singh Nijar ketika membentangkan laporan tribunal berkenaan berkata kebanyakan isu yang ditimbulkan semasa dan selepas pilihan raya pada 5 Mei lalu juga gagal di uruskan dengan baik oleh pengendali pilihan raya berkenaan. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)




Tiada ulasan: