Khamis, 19 September 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib Gelabah.. Mukhriz sahkan tanding Naib Presiden UMNO..

Posted: 19 Sep 2013 05:31 AM PDT


Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan penyertaannya untuk merebut jawatan Naib Presiden Umno dalam sidang media di Alor Setar hari ini, memberi isyarat tiga penyandangnya bakal berdepan dengan tekanan untuk mempertahankan jawatan penting tersebut.

Pelbagai spekulasi menyelebungi mengenai Menteri Besar Kedah tersebut, malah khabar angin juga mengatakan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak telah menasihati anak bekas perdana menteri,

Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut supaya tidak bertanding dalam merebut jawatan naib presiden parti. Sebaliknya, Mukhriz dikatakan hanya akan bertanding untuk merebut jawatan Majlis Tertinggi (MT). 

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Mukhriz menerima sokongan sebulat suara daripada pemimpin Umno bahagian di peringkat negeri untuk bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Melayu terbesar itu pada Oktober ini.

Beberapa minggu lalu, blogger pro Dr Mahathir juga kerap menulis mengenai peluang Mukhriz untuk mendapatkan tempat di antara tiga jawatan naib presiden – yang dilihat sebagai satu langkah hampir untuk berada di puncak kepimpinan parti ~ The Malaysian Insider

Kenapa pulak Najib nak gelabah?.. Baca nih..

Blogger Umno Syed Akhbar Ali hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir petang tadi.

Menurut Syed Akhbar, Najib telah menghantar kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada Mukhriz berhubung pertemuan tersebut.

"Berbagai teori timbul berikutan perjumpaan tersebut antara tujuannya ialah meminta Mukhriz untuk tidak bertanding

"Hasrat Mukhriz untuk bertanding akan menjejaskan pakatan Najib yang bukan saja mengoyahkan kedudukan Hishamuddin malah Zahid Hamidi, Ali Rustam termasuk Shafie Afdal," kata Syed Akhbar di laman blognya.

Menurut Syed Akhbar, diantara teori lain ialah Mukhriz sendiri yang meminta mengadakan pertemuan bagi meminta nasihat mengenai hasratnya bertanding jawatan naib presiden Umno.

Syed Akhbar dalam blognya turut menyatakan sokongan terhadap anak kepada bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Hasrat Mukhriz itu bagaimanapun menjejaskan pakatan Najib yang mahu penyandang naib presiden Umno dikembalikan pada pemilihan akan datang.

Mukhriz dilaporkan menerima sokongan sebulat suara daripada pemimpin Umno bahagian di peringkat negeri untuk bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Melayu terbesar itu pada Oktober ini.

Najib kata Sabah akan maju 50 tahun lagi...

Posted: 19 Sep 2013 12:57 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin negeri Sabah akan mencapai tahap pembangunan dan kemajuan lebih pesat di bawah Malaysia bagi tempoh 50 tahun akan datang.

Najib yang menyifatkan Sabah sentiasa 'dekat di hati beliau' berkata kejayaan seperti itu boleh dicapai sekiranya rakyat negeri itu terus memilih kerajaan negeri yang sama dengan kerajaan di peringkat persekutuan.

"Kalau kita dah berjaya 50 tahun untuk membawa Sabah ke hari ini, kita berazam 50 tahun akan datang (Sabah) lebih hebat...ini janji kita pada sambutan yang bersejarah malam ini yang mendapat sambutan hangat dari rakyat jelata.

"Kita berikrar kepada rakyat Sabah yang merupakan sebahagian Malaysia untuk terus mempertahankan kemerdekaan Sabah agar setiap inci bumi bertuah ini akan mencapai kemajuan itu.

"Kita berikrar bahawa kita akan bersama-sama 50 tahun lagi. Sabah bertukar wajah dan tujuh tahun lagi Malaysia mencapai status negara maju dan berharap Sabah juga mencapai status negeri maju," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Malaysia dan perayaan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia di Taman Prince Philip, Tanjung Aru di sini Isnin malam.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin yang juga Pengerusi Induk Sambutan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun setiap tahap pembangunan akan memakan masa kerana saiz negeri Sabah yang luas, namun kerajaan Barsian Nasional (BN) akan berusaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini terus terbela.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan BN akan bekerja keras untuk mencapai kemajuan dan merealisasikan janji dan hala tuju terbaik kepada rakyat Sabah yang menyokong BN pada pilihan raya umum ke-13 yang lepas.

Terdahulu, perdana menteri merasmikan Ekopembangunan Tanjung Aru dan pelancaran wang syiling emas 50 tahun sempena sambutan Hari Malaysia ke-50 tahun.

Sempena sambutan yang dihadiri kira-kira 50,000 pengunjung itu, turut diadakan persembahan khas 50 tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia yang menampilkan tujuh segmen dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api ~ BERNAMA

Hadoiiii.... sabar sajalah wahai penduduk Sabah.. 50 tahun saja lagi Sabah akan maju... ha.. ha.. ha..

Macai UMNO tuduh Anwar disebalik kematian Chin Peng pada 16 September..

Posted: 18 Sep 2013 09:13 PM PDT


Selain merupakan satu fitnah untuk memburuk-burukkan PKR.. Inilah artikel yang paling bodoh yang pernah aku baca sepanjang menulis Blog, kerana ianya menyerlahkan kebodohan penulis itu sendiri..

Oleh kerana ketandusan isu untuk dibawa dalam meneruskan agenda menyerang Anwar dan PKR, seorang macai UMNO telah mereka cerita yang lebih berupa fitnah tentang kematian Chin Peng..

Baca apa yang ditulisnya ini...

Diberitakan yang Chin Peng telah menghembuskan nafasnya di Hospital Bangkok, Thailand pada jam 6.20 pagi. Yang menariknya adalah dia meninggal pada kita semua sedang menyambut Hari Merdeka. 
Adakah ini suatu konspirasi??? 
Mengikut maklumat yang disampaikan oleh seorang teman yang mengikuti perkembangan Chin Peng, bekas pemimpin komunis ini sebenarnya telah 6 bulan berada di hospital berkenaan.

Khabarnya Chin Peng telah berada dalam keadaan 'technically dead' sejak sekian lama dan hanya bergantung kepada mesin untuk terus hidup. Sememangnya perkara ini telah dirancang. Pagi 16 September, 'life support machine' telah dicabut atas arahan orang berkepentingan. Persoalannya siapa yang merancang?? 
Chin Peng mati hari ini yang juga Hari Malaysia. Hari ini juga merupakan hari kelahiran Lee Kuan Yew, pengganas komunis dari Singapura. 
Suratan atau kebetulan?? 
Nampaknya konspirasi kematian Chin Peng seolahnya dirancang supaya hari kematiannya senang diingati oleh para pencinta komunis. Para komrad yang masih di dalam DAP dan PKR pasti akan meraikan 16 September. Tetapi bukan kerana hari gabungan Semenanjung Malaya dan Kepulauan Borneo, tetapi sambutan bagi memperingati tarikh kematian Chin Peng sebagai bapa komunis. 
Nescaya pada tahun hadapan para komrad komunis pasti akan mengadakan sambutan besar-besaran dengan mengangkat sepanduk dan membawa lilin di sekitar Kuala Lumpur.

Perkara ini sebenarnya telah dirancang. Perkara inilah yang ditunggu-tunggu oleh Yahudi dalam PKR supaya ada satu 'turning point' supaya rakyat tidak terus bersama dengan Najib Razak. Rancangan jahat Yahudi dengan berproksikan Anwar Ibrahim semakin menular di Malaysia. 
Inilah yang dipanggil 'New Agenda of The Hidden Hand'.


Kenapa aku kata macai UMNO yang menulis artikel itu bodoh??

Menurutnya "Mengikut maklumat yang disampaikan oleh seorang teman yang mengikuti perkembangan Chin Peng, bekas pemimpin komunis ini sebenarnya telah 6 bulan berada di hospital berkenaan."

Hakikatnya ialah Chin Peng telah dimasukkan ke Hospital 11 hari sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir..

Ong Boon Hua, better known as Chin Peng, died at 6.20am, 11 days after being admitted to hospital and just a month before he could celebrate his 89th birthday in exile, some 1,000 kilometres from his birthplace in Sitiawan. 
A statement released to the media said he had died ''after a long struggle with illness''. - BangkokPost.

Walaupun ianya menyerlahkan kebodohan penulis.. ada juga macai UMNO yang bodoh untuk mempercayainya...

Ini komen yang ditinggalkan dalam Blog pencacai UMNO itu...

"Terbaik artikel...mantap Jawa!!!"

Yang aku tak fahamnya ialah apa kaitan Chin Peng dengan sokongan rakyat kepada Najib?.. sedangkan keputusan PRU13 yang lalu membuktikan hanya minoriti rakyat yang sokong BN..

Lagipun nama Chin Peng setahu aku langsung tak diguna dalam kempen Pakatan Rakyat...

Betullah kata orang... adalah mudah memperbodohkan orang yang bodoh walaupun diri kita sendiri bodoh...


SAMM Bakar Patung Obama Dan Bendera Amerika..

Posted: 18 Sep 2013 08:09 PM PDT


Sekumpulan aktivis membakar patung Presiden Amerika, Barack Obama serta bendera Amerika malam semalam sebagai tanda bantahan terhadap kehadiran beliau ke negara ini.

Ia dibuat sempena pelancaran Jelajah #BantahObama #TolakTPPA di Taman Melati, Wangsa Maju malam semalam menjadi satu permulaan mobilisasi besar 'menyambut' kehadiran Presiden Amerika pada 11 Oktober ini di KLCC.

Majlis yang dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama SMM dan NGO Bantah TPPA dipanaskan dengan aksi 'bakar Obama' sebagai satu amaran penting simbolik penolakkan terhadap perjanjian penuh kerahsiaan TPPA dan juga kehadiran Obama ke Kuala Lumpur.


Dalam aksi berkenaan, satu replika Obama dan bendera Amerika dibakar hingga rentung di depan ratusan hadirin. Barack Obama dijadualkan ke Kuala Lumpur pada bulan depan untuk menjadi saksi majlis tandatangan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian TPPA.

Namun tekanan yang hebat dari rakyat dan pelbagai NGO telah menyebabkan kerajaan Malaysia dikatakan menangguhkan majlis tandatangan untuk memeterai perjanjian tersebut.

Turut memeriahkan majlis pelancaran malam semalam ialah Ahli Parlimen Batu Tian Chua; Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohamad Hatta Ramli; Pengerusi SAMM, Che'Gu Bard; aktivis Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Safwan Anang.

Wakil NGO yang hadir antaranya ialah Syed Ibrahim (IKRAM), Azlan Awang (Blindspot), Sivarajan (JERIT).

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Jelajah #BantahObama #TolakTPPA, Edy Noor Reduan, berkata mereka akan merentasi seluruh negara merangkumi 13 lokasi dari setiap negeri.

Hari ini, jelajah siri kedua akan menyusul ke utara tanahair di Bayan Baru, Pulau Pinang bertempat di Tapak bekas Astaka Bukit Gedung bermula jam 8.30 malam, sebelum ke Kangar dan Alor Setar pada hari berikutnya.

Tiada ulasan: