Rabu, 18 September 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Malaysia akan hantar kumpulan kedua Angkasawan ke ISS tahun 2016.. dan dijangka RM100Juta hangus...

Posted: 18 Sep 2013 07:25 AM PDT


Tanpa mempedulikan pandangan dari Angkasawan Negara yang pertama Dr. Sheikh Muszaphar  hari ini Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengumumkan Malaysia akan menghantar Kumpulan kedua Angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menjelang tahun 2016..

Malaysia buat julung kalinya menghantar angkasawan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke ISS dengan roket Soyuz TMA-11 pada 10 Okt 2007 hasil kerjasama dengan Rusia dan beliau telah menjalankan pelbagai penyelidikan antaranya melibatkan sel kanser dan leukemia di stesen angkasa itu.

Setelah beliau kembali ke negara ini pada bulan April 2008 beliau telah menyarankan agar kerajaan menghentikan sementara misi penghantaran angkasawan kedua Malaysia ke angkasa lepas sebaliknya memberi perhatian pada bidang pendidikan dan menarik minat golongan muda.

Katanya, kerajaan perlu balik semula pada usaha memberi tumpuan terhadap akar umbi memandangkan misi penghantaran angkasawan seterusnya memerlukan kos yang tinggi.

"Keadaan ini berbeza semasa saya menyertai kumpulan angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada Oktober tahun lalu kerana kerajaan tidak perlu mengeluarkan satu sen pun sebagai timbal balas pembelian 18 pesawat pejuang Sukhoi 30MKM dari Rusia.

"Tetapi jika kerajaan ingin meneruskan misi itu, sebanyak RM100 juta diperlukan bagi membiayai kos penghantaran angkasawan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sepagi Bersama Angkasawan Negara di Dewan Kuliah Utama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini pada 15 April 2008.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat aeroangkasa negara, Astronautic Technology (AT) Dato' Dr Haji Ahmad Sabirin Dato' Arshad menyifatkan penghantaran angkasawan hanyalah sebagai satu usaha menaikkan semangat dan kebanggaan negara.

Dari segi penyelidikan sains, ia agak terhad kerana angkasawan Malaysia yang pertama mempunyai masa yang agak singkat di Stesen Angkasa Antarabangsa pada tahun 2007.

Menurut ANGKASA kos untuk menghantar Dr Sheikh Muzaphar Shukor Sheikh Mustapha ke angkasa adalah sejumlah RM27 juta dengan menumpang roket Rusia tetapi kos itu dilunaskan melalui perjanjian perdagangan dua hala dengan Rusia membabitkan pembayaran untuk minyak sawit yang dibelinya dari Malaysia.. sumbernya dari SINI

RM100 Juta itu adalah anggaran yang dibuat oleh Dr Sheikh Muzaphar pada tahun 2008 dan dengan nilai matawang negara yang semakin susut angka tersebut pasti akan meningkat lagi..

Dengan hasil penyelidikan dulu yang entah kemana.. kini Malaysia sekali lagi akan menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)...


Angkasawan Negara Kedua Menjelang 2016- Dr Abu Bakar  

MELAKA: Malaysia dijangka menghantar kumpulan kedua angkasawan negara bagi melakukan pelbagai penyelidikan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menjelang tahun 2016, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah. 
Beliau berkata agensi di bawah kementerian itu seperti Agensi Angkasa Negara dan Yayasan Angkasawan Malaysia sedang giat bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara bagi menentukan misi dan tujuan utama penghantaran angkasawan kedua negara itu. 
"Kita (kementerian) pada masa ini masih dalam fasa perancangan dan pelbagai perkara sedang dikaji termasuk menghantar dua angkasawan ke ISS dalam program itu, selain melihat kepada penyelidikan yang memberi keuntungan kepada negara untuk dijalankan di ISS. 
"Semuanya perlu dilihat dengan teliti kerana (program ini) melibatkan peruntukan yang banyak dan bukan program melancong ke angkasa...selesai semua ini kami akan bawa kertas cadangan ke kabinet," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Science4u di Ayer Keroh di sini, Rabu. 
Karnival sehari yang diadakan untuk menarik minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi itu merupakan antara 103 program yang dilaksanakan kementerian itu di sekolah-sekolah seluruh negara. 
Malaysia buat julung kalinya menghantar angkasawan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke ISS dengan roket Soyuz TMA-11 pada 10 Okt 2007 hasil kerjasama dengan Rusia dan beliau telah menjalankan pelbagai penyelidikan antaranya melibatkan sel kanser dan leukemia di stesen angkasa itu. 
Abu Bakar berkata Malaysia juga sedang merancang untuk meneruskan kerjasama dengan Rusia bagi melaksanakan program angkasawan negara kedua, selain merancang kerjasama dengan negara seperti Amerika Syarikat dan Perancis dalam pelbagai aspek program itu. 
"Kita lihat pada program di ISS melibatkan kerjasama banyak negara dari segi penghantaran angkasawan kepada pengurusan bahan buangan, semuanya ada kerjasama antara negara, begitulah yang kita mahu lihat pada program angkasawan kita, perlu ada kerjasama dengan banyak negara bagi kita belajar daripada semua orang," katanya. 
Beliau berkata selain program angkasawan, Malaysia juga sedang giat melaksanakan program penghantaran satelit dan akan menghantar mikrosatelit TiungSAT bagi pemantauan muka bumi awal tahun depan. 
"Program satelit terbesar kita adalah pada tahun 2015 apabila kita menghantar RazakSAT-2 yang akan membantu dalam proses pemetaan muka bumi dan pemantauan cuaca lebih berkesan. 
"Pada tahun 2018 pula kita akan lancarkan RazakSAT-3 dan kedua-dua satelit ini mempunyai jangka hayat selama tujuh tahun," katanya. - BERNAMA

Persoalannya disini ialah meskipun Angkasawan pertama negara telah menyarankan agar program ini dihentikan.. mengapa Kerajaan tetap hendak meneruskannya???

Siapakah sebenarnya yang memperolehi menafaat dalam program ini?.. Rakyat atau Kroni?


Ibrahim Ali kata Haji Hadi dan Surendran bodoh?

Posted: 18 Sep 2013 04:25 AM PDT


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan N. Surendran yang mempertikai program pemerkasaan ekonomi Bumiputera ekoran hal itu selari dengan apa yang digariskan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjamin hak kaum majoriti dengan pembahagian ekonomi yang adil bagi mengelak ketegangan kaum.

Pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali berkata Abdul Hadi berpandangan cetek dan tidak bertanggungjawab atas kutukan terhadap program pemerkasaan ekonomi Bumiputera demi untuk menjaga hati pengundi mereka.

"Haji Hadi dan Surendran jangan buat kenyataan bodoh dan bermain sentimen politik. Saya kecewa pemimpin politik tersebut melihat agenda Bumiputera sebagai satu isu politik dan untuk meraih undi.

"Mereka perlu melihat pengumuman Datuk Seri Najib Razak dengan kaca mata yang lebih besar dan merupakan satu agenda nasional kerana kaum Melayu merupakan 60 peratus dari komposisi rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata landskap ekonomi di Malaysia unik kerana meskipun orang Melayu merupakan majoriti 60 peratus kaum di Malaysia tetapi pegangan ekonomi yang ingin dikuasai hanya 30 peratus sambil menjelaskan insentif kerajaan adalah langkah tepat bagi mengagihkan kekayaan negara.

Katanya, Perkasa kali ini akan memastikan segala yang diumumkan Perdana Menteri terhadap program pemerkasaan ekonomi Bumiputera dilaksanakan dengan berkesan dengan mengambil beberapa pendekatan pemantauan.

"Perkasa akan menghantar memorandum cadangan kepada Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) setiap tiga bukan unruk memastikan segala yang dicadang mampu dilaksanakan.

"Selain itu kami menyarankan kepada kerajaan agar menubuhkan Permodalan Nasional Berhad 2 (PNB 2) bagi menambah keberkesanan badan itu di mana Petronas Carigali diletakkan sebagai agensi utama selain syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mengelak pihak yang mengambil untung dalam jangka masa pendek.

"Dengan kaedah ini, perbekalan dapat diperkasakan selain meningkatkan nilai tambah kepada kontraktor Bumiputera selain diadakan satu unit pemantau terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GLC yang tidak mencapai KPI," katanya.

Ibrahim berkata Perkasa unit pemantau itu terdiri daripada anak muda Melayu profesional untuk memantau CEO GLC selain memecat individu itu sekiranya tidak mencapai KPI.

Katanya, KPI GLC adalah agenda nasional dan tidak teragak-agak untuk memalukan CEO itu dengan mengedar risalah kepada umum.

"Saya akan pekik 'wanted' CEO GLC kerana mereka ini diberikan gaji yang besar dan kedudukan yang tinggi tetapi lupa akan agenda nasional.

"Perkasa nak pastikan apa yang diumumkan Perdana Menteri jadi kenyataan kerana kita tak mahu jadi macam yang lepas-lepas; umum, seronok, tetapi tiada apa yang dicapai," katanya yang mengingatkan pihak tertentu insentif yang diumum Najib tempoh hari adalah satu tanggungjawab kerajaan kepada kaum Bumiputera ~ The Malaysian Insider

Hmmm.. Entah GLC manalah yang diidamkan oleh Ibrahim Ali ini, sehingga begini rupa dia membodek Najib..

Akta Rahsia Rasmi diguna untuk kayakan kroni?

Posted: 17 Sep 2013 10:20 PM PDT


Walaupun cadangan dari Transparency International - Malaysia ini amat baik terutama bagi mengurangkan amalan rasuah atau dikenali sebagai komisyen..

Namun selagi negara diperintah oleh UMNO dan juga Barisan Nasional jangan harap ianya akan dilaksanakan..

Kerana jika tiada Akta Rahsia Rasmi (OSA) ini segala pembelian kelengkapan ketenteraan akan terdedah kepada umum.

Tapi dalam hal ini aku yakin tiada rakyat yang akan pertikaikan sebab-sebab kelengkapan perang diperolehi oleh negara.

Cuma yang sering dipertikaikan ialah mengapa apa saja peralatan atau kelengkapan pertahanan yang negara kita beli harganya kebanyakkannya merupakan yang termahal didunia.

Sedangkan spesifikasinya bukanlah yang tercanggih didunia.. contohnya ialah pembelian Helikopter Sikorsky dan juga Torpedo.. sila baca di SINI .. kereta perisai juga termahal didunia.. baca di SINI

Dan banyak lagi..

Persoalannya sekarang ialah.. Akta Rahsia Rasmi yang ada digunakan untuk melindungi pembelian peralatan ketenteraan atau melindungi jumlah komisyen yang disapu oleh kroni?

Sedangkan diera IT ini segala maklumat mudah diperolehi diinternet....

Ini apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini..

... Malaysia mengalami kemerosotan dan dianggap mempunyai risiko tinggi berlakunya amalan rasuah dalam perbelanjaan pertahanan dan pengoperasiannya, menurut kajian antirasuah badan pemerhati antarabangsa.

Menurut Transparency International - Malaysia (TI-M), Malaysia jatuh daripada kedudukan D (tinggi) kepada E (sangat tinggi) risiko dalam kajian yang dijalankan cabang NGO itu di UK.


Ia sekali gus meletakkan negara ini sekumpulan dengan China, Afghanistan, Rwanda, bahkan Singapura. Justeru, dalam kenyataannya, TI-M mencadangkan kerajaan meningkatkan ketelusan dalam perolehan barangan keselamatan, melibatkan peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU). 

"TI-M mendesak anggota Parlimen daripada kedua-dua parti pemerintahan dan pembangkang menolak agenda ketelusan lebih jauh ke depan dan mengetepikan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat," katanya.

Eh? Bapa siapa yang sertai latihan Tentera Jepun nie?

Posted: 17 Sep 2013 05:00 PM PDT


Kita fahami dulu apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'Pengkhianat'.. menurut Kamus Dewan Edisi 3 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2002).. pengkhianat ialah orang yang berbuat khianat, orang yang belot, orang yang tidak setia kepada negara atau ketua.

Tercatat dalam lipatan sejarah, Jepun pernah menyerang Malaya dan menjajah Tanah Melayu. Sejarah telah membuktikan, dalam tempoh penjajahan Jepun itu, ramai rakyat Malaya ketika itu hidup dalam kepayahan akibat penindasan pentadbiran Jepun.

Justeru, dicatatkan sesiapa yang bersekongkol dengan pentadbiran Jepun semasa pemerintahannya di Tanah Melayu ketika itu dianggap sebagai pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.

Gambar di atas yang tersimpan di muzium negara membuktikan betapa pengkhianatan nyata oleh seorang anak Melayu terhadap Tanah Melayu kerana penglibatannya secara langsung dalam latihan ketenteraan Jepun.

Ketika rakyat Tanah Melayu susah dan menderita akibat penaklukkan Jepun dan disaat rakyat marhean dan para komunis berjuang menggadai nyawa untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan tentera Jepun, pemuda bernama Abdul Razak bin Hussien, bapa kepada Najib bin Razak, dengan bangganya bersekongkol dengan tentera Jepun mengkhianati hasrat rakyat untuk memerdekakan Tanah Melayu.

"Tun Abdul Razak (Bercermin mata) Ketika memasuki latihan Tentera Jepun (Gambar dari Muzium Negara)" - (mukasurat 327, Biography of Tan Sri Samad Idris)

Sumber info dari SINI

PANAS!! Muhyiddin pelawa 'Parti Ajaran Sesat' sertai BN..

Posted: 17 Sep 2013 09:21 AM PDT


April lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melabelkan PAS sebagai 'Parti Ajaran Sesat' berikutan tindakan pemimpinnya yang kononnya memberi pelbagai kenyataan dan fatwa songsang yang mengelirukan rakyat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz yang mendakwa solat orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

"Ini bukan kali pertama, Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum Umno. Umno sebagai kafir di dalam Amanat Haji Hadi. Ini sudah terbukti bahawa Pas ialah Parti Ajaran Sesat, dan bukannya Parti Islam SeMalaysia," kata beliaui.

Justeru itu, Muhyiddin turut menyeru rakyat agar menolak Pas dan pemimpinnya agar tidak sesat dengan ajaran songsang parti itu.

"Kalau ikut ajaran Pas sebegitu, maka semua akan sesat. Lebih-lebih lagi Nik Aziz menggunakan agama untuk tujuan politik lagi menyesatkan.

"Satu peringatan agar kita menolak Pas dan pemimpin Pas, dan Umno adalah parti yang berjuang untuk Islam sudah lama. Kalau saya nak ceritakan mungkin pemberita tidak ada muka surat untuk tulis," katanya.

Tapi selang beberapa bulan...

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PAS.

Menurut beliau, BN sentiasa terbuka mengambil apa jua langkah termasuk mengadakan perbincangan bersama PAS bagi tujuan menyatu padukan umat Islam.

"Kita tidak kisah bekerja bersama PAS atau Pakatan sekiranya ia demi kepentingan Muslim di negara ini dan kita yakin sekiranya Umno bekerjasama dengan PAS banyak yang dapat dicapai," kata beliau dalam Program Sesi Dialog Timbalan Perdana Menteri bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak hari ini.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dalam ucaptamanya semasa Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan PAS telah mencadangkan agar kerjasama politik di antara parti Islam itu dan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya PKR dikaji semula.

Ini ekoran rasa tidak puashati mereka dalam kerjasama dengan PR khususnya PKR.

Menurut Muhyiddin, orang Islam di negara ini masih belum berada di tahap terbaik terutama dari segi pembangunan ummahnya.

"Amat penting untuk kita bekerja keras, Malaysia memerlukan kestabilan dalam politik, ia bukan boleh diraih begitu saja kerana itu amat penting adanya kerjasama dalam dua parti ini," kata beliau lagi.

Beliau turut mengakui kerjasama dengan ahli politik PAS membawa kebaikan bagi masyarakat Islam di negara ini.

"Persefahaman antara dua parti ini amat penting, kita perlu membina pertalian yang baik, bagi mencipta kejayaan masyarat melayu dan Islam," katanya.

Idea kerjasama antara Umno dan PAS bukanlah sesuatu yang baru kerana ia pernah dibincangkan sebelum ini.

Bagaimanapun ia ditolak oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno.

"Selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan," kata bekas Menteri Besar Kelantan itu.

"Tidak ada sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli," tambah beliau lagi.

Menurut Nik Aziz, Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS dan selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

Dalam Pilihan Raya 2013, PAS memenangi 21 kerusi Parlimen dan mengekalkan penguasaannya di negeri Kelantan.

Bagaimanapun, ia gagal mempertahankan negeri Kedah yang dimenanginya pada 2008.

Sementara Umno telah meningkatkan bilangan kerusi Parlimen mereka daripada 88 kepada 133 kerusi ~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: