Rabu, 18 September 2013

Addin

Addin


MCA Desak Kerajaan Benar Abu Mayat Chin Peng Dibawa Pulang

Posted: 18 Sep 2013 09:25 AM PDT

Putrajaya perlu membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng di bawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai, kata MCA.

Naib Presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, Gan Ping Siew menegaskan, masyarakat antarabangsa akan memandang serong terhadap Malaysia sekiranya terus melarang abu mayat Chin Peng di bawa masuk ke negara.

"Kubur Karl Marx sekali pun ditempatkan di tengah ibu kota London walaupun empayar British menderita akibat ideologi Komunis yang dibawanya," kata Gan merujuk kepada pengasas ideologi komunis itu.

Tindakan diambil Putrajaya itu menurut Gan hanya akan menambah derita negara ketika pendudukan komunis di negara ini dan rakyat akan terus terseksa dengan bisa peperangan terdahulu.

"Perjanjian Damai Hatyai memperuntukan jaminan kerajaan terhadap mereka yang meletakkan senjata...ia seharusnya turut terpakai terhadap mendiang Chin Peng," kata Gan lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, meskipun Jepun pernah menjajah Malaysia suatu ketika dahulu, negara ini tetap mengadakan hubungan diplomatik dengan negara itu dan mengapa tidak dengan Chin Peng.

Semua agama tegas Gan menuntut penganutnya mengamalkan budaya memaafkan.Putrajaya sebelum ini menolak gesaan agar abu mayat pemimpin Komunis itu di bawa ke negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin PKM itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.

Najib menegaskan bekas ketua pemimpin komunis yang meninggal dunia di Bangkok itu akan terus diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok kira-kira jam 6.20 pagi kerana sakit tua.Dia dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak. ~the malaysian insider






Iklan C (ii)




Rakyat Australia Benci Dengan Nama Taib Mahmud.. Saksikanlah

Posted: 18 Sep 2013 05:56 AM PDT


Ekoran sumbangan besarnya, sebuah laman di Universiti Adelaide dinamakan sempena Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud. Bagaimanapun, bagi mahasiswa universiti di Selatan Australia itu, ia sesuatu yang memalukan.

Bercadang Berhimpun membantah langkah itu esok, mahasiswa berkata, mereka "menolak menerima pendidikan yang ditaja atas penderitaan rakyat, hutan dan haiwan".

"Kami akan menunjukkan bahawa kami tidak mahu Taib Mahmud, jaringan keluarganya atau syarikat utamanya mempunyai sebarang kaitan dengan pendidikan tinggi di Utara Australia," tulis mereka di laman Facebook.

Mahasiswa juga menghantar memorandum bantahan mereka kepada Naib Canselor Warren Bebbington berhubung perkara itu.

Taib pada 2008 dilapor mendermakan puluhan juta dolar untuk Universiti Adelaide.

Universiti juga pada 2006 menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan Sarawak untuk kerjasama kajian, termasuk biasiswa untuk 10 penuntut pascasiswazah. ~malaysiakini





Iklan C (ii)


Isu Panas Ini Hanya Rekaan Hassan Ali

Posted: 18 Sep 2013 03:20 AM PDT

SHAH ALAM: PAS Selangor menafikan berlakunya amalan asabiyah (berpuak) antara kumpulan ulama-profesional-erdogan-kerajaan perpaduan (UG) dalam parti sehingga timbul perbalahan antara mereka.

Sebaliknya persepsi itu wujud berpunca daripada permainan politik bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali yang menerapkan fahaman terbabit sebelum dipecat parti.

Katanya, isu itu pernah wujud sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lagi tetapi kemudiannya senyap seketika selepas PAS menang besar.

"Isu pertembungan Ulama-Profesional hanya rekaan."Ia dibawa dulu oleh Hasan Ali, bila dia tak puas hati selepas PRU 2008 dia bawa isu itu," katanya.

Sehubungan itu, Khalid mengingatkan ahli dan penyokong PAS supaya tidak mudah termakan dengan rekaan yang dibawa Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa wujud kumpulan tertentu dalam parti dan mahu memecahkan- belahkannya.

Tegasnya, PAS tidak membezakan mana-mana pihak dan menghargai semua golongan termasuk profesional dan aktivis yang boleh berhujah berlandaskan ilmu.

"Jangan jadikan diri kamu (ahli PAS)orang yang memanjangkan dakyah Umno-BN dalam PAS," katanya.

Katanya, gabungan padu antara golongan profesional dan ulama adalah kaedah mantap yang perlu diperkukuhkan demi mencapai kejayaan.

Sementara itu, dalam reaksi terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Umno-PAS bersatu demi Islam, pelawaan itu sama sekali ditolak.

"Selagi ada bulan, bintang dan matahari, PAS takkan bekerjasama dengan Umno," tegas Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib.

Menurut Saari, jika Umno parti itu perlu mengubah dasar yang dulunya bersifat zalim kepada Islam jika ikhlas mahu menjalinkan kerjasama.

Semalam, Muhyiddin dalam sesi dialog di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menyatakan hasrat melihat Umno dan PAS bersatu demi memastikan kekuatan Islam terus kukuh dinegara ini.

Muhyiddin berkata, Umno bersikap terbuka dan tidak ada masalah jika ia membabitkan kebaikan Melayu dan Islam. ~free malaysia today





Iklan C (ii)


Kolumnis Utusan Hentam Umno, Dakwa Umno Tersepit

Posted: 17 Sep 2013 11:21 PM PDT

Kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggesa PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) dan bekerjasama dengan Umno kerana parti Melayu itu sedang dalam keadaan 'tersepit' dan boleh dimanipulasi untuk kepentingan Islam.

Menurut kolumnis kontroversi itu, tahaluf siyasi atau kerjasama dengan PKR dan DAP dalam PR tidak akan dapat memperkukuh lagi kedudukan agama Islam di Malaysia kerana kedua-dua parti itu merupakan "penentang Islam".

"Tidakkah lebih baik kita berkawan dengan orang yang sudah sedia Islam dan bersedia untuk berbincang melaksanakan agenda Islam, iaitu Umno? Umno dahulu berbeza dengan Umno kini. Apatah lagi Umno hari ini berada dalam keadaan tersepit.

"Tidakkah keadaan 'tersepit' itu boleh juga dimanipulasikan demi kepentingan Islam? Tidakkah tahaluf siyasi boleh dilaksanakan di sini daripada bersama penentang Islam," katanya dalam tulisannya bertajuk "PAS mesti keluar Pakatan" hari ini.

Ridhuan menyokong cadangan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib di Multaqa Ulama Se-Malaysia di Alor Setar, Kedah minggu lalu, mengenai parti itu perlu mengkaji semula tahaluf siyasi atau hubungannya dengan PKR dan DAP.

"Walaupun PAS kini sudah pun diperalatkan, tetapi masih belum terlambat. Saya harap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas dalam soal ini," katanya.

Menurut Ridhuan, PR tidak boleh menjadi medan dakwah kepada PAS kerana PKR tidak mahu Islam menjadi dasar dan DAP terang-terangan menolak Islam.

"Lihatlah pada cara mereka membela kes di mahkamah, apabila berlaku pertentangan dengan Islam atau Islam lawan bukan Islam. Mereka langsung tidak menampakkan rasa hormat terhadap Islam.

"Sama juga isu rumah ibadat baru-baru ini. Tidak perlu saya sebut siapa dan di mana? Semua telah maklum," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PAS.

Menurutnya, BN sentiasa terbuka mengambil apa jua langkah termasuk mengadakan perbincangan bersama PAS bagi tujuan menyatupadukan umat Islam.

"Kita tidak kisah bekerja bersama PAS atau Pakatan sekiranya ia demi kepentingan Muslim di negara ini dan kita yakin sekiranya Umno bekerjasama dengan PAS banyak yang dapat dicapai," katanya.

Idea kerjasama antara Umno dan PAS bukanlah sesuatu yang baru kerana ia pernah dibincangkan selepas Pilihan Raya 2008.

Bagaimanapun ia ditolak oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz dengan berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno.

"Selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan," kata bekas menteri besar Kelantan itu.

"Tidak ada sesiapa pun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli," katanya.

Menurut Nik Abdul Aziz, Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS dan selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

"Rayuan saya kepada PAS. Buanglah rasa buruk sangka terhadap Umno. Begitu juga Umno terhadap PAS. Mulakan langkah pertama. Perbincangan kerajaan perpaduan.

"Jika kuasa yang menjadi matlamat, berapakah bilangan kerusi Kabinet yang boleh diberikan oleh Umno kepada PAS. Jika tidak bersetuju, berbincang lagi. Belum pun muktamad. Pokoknya kita mahukan segala keputusan menguntungkan Islam. Biar DAP kecut perut," tambah Ridhuan yang mengajar di Universiti Pertahanan Malaysia itu.

Dalam Pilihan Raya 2013, PAS memenangi 21 kerusi Parlimen dan mengekalkan penguasaannya di negeri Kelantan.

Bagaimanapun, ia gagal mempertahankan Kedah yang dimenanginya pada 2008.

Sementara Umno pula meningkatkan bilangan kerusi Parlimen mereka daripada 88 kepada 133 kerusi. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Gambar Tokoh Umno Memasuki Latihan Tentera Penjajah Jepun

Posted: 17 Sep 2013 09:08 PM PDT


Tercatat dalam lipatan sejarah, Jepun pernah menyerang Malaya dan menjajah Tanah Melayu. Sejarah juga membukti, tempoh penjajahan Jepun, ramai rakyat Malaya ketika itu hidup dalam kepayahan akibat penindasan pentadbiran Jepun.

Justeru, dicatatsejarahkan sesiapa yang bersekongkol dengan pentadbiran Jepun semasa pemerintahannya di Tanah Melayu ketika itu sebagai pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.

Gambar di atas yang tersimpan di muzium negara membuktikan penglibatan secara langsung Abdul Razak bin Hussien dalam latihan ketenteraan Jepun.

Ketika rakyat Tanah Melayu susah dan menderita akibat penaklukkan Jepun dan di saat rakyat marhean dan para komunis berjuang menggadai nyawa untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan tentera Jepun, pemuda bernama Abdul Razak bin Hussien, bapa kepada Najib bin Razak, dengan bangganya menyertai latihan ketenteraan Jepun.

(Tun Abdul Razak when he is receiving japan military training during World War 2)

"TUN ABDUL RAZAK (BERCERMIN MATA) KETIKA MEMASUKI LATIHAN TENTERA JEPUN
 (GAMBAR MUZIUM NEGARA)" - (mukasurat 327, Biography of Tan Sri Samad Idris)

The Hidden Truth: When Chin Ping and the rakyat miskin is busy fighting the Japanese during World War 2, (WW2) to protect our Tanah Melayu, our former Prime Minister Tun Abdul Razak is receiving his special training with the Japanese ARMY !!! As Malaysian is our duty to share the true historical fact out !!.

Kalau Chin Ping yang berjuang menentang Jepun untuk membebaskan negara daripada penjajahan dianggap sebagai pengkhainat, mengapa sejarah negara menganggap Abdul Razak Hussein yang jelas bersama tentera penjajah sebagai pahlawan?
Lord Luis memberikan medal star Burma pada tahun 1946 di singapura
kerana jasa Chin Peng menyekat kemaraan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1941-1945



~wasukalu.com





Iklan C (ii)


Tiada ulasan: