Anak Sungai Derhaka |
- Akhbar yang dianggap Lidah Keramat oleh Najib sekali lagi disahkan menyebar fitnah..
- Ketandusan isu punca kematian Chin Peng dipolitikkan pemimpin UMNO..
- Bekas ketua pengarang Utusan mahu Kerajaan Iktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan..
Akhbar yang dianggap Lidah Keramat oleh Najib sekali lagi disahkan menyebar fitnah.. Posted: 17 Sep 2013 12:41 AM PDT Mula-mula kita baca dulu apa anggapan Najib terhadap Utusan sewaktu beliau merasmikan bangunan baru akhbar tersebut minggu lalu.. "Jika Utusan sebagai suara lidah keramat Melayu, lambang imej Utusan juga lambang kejayaan orang Melayu," "Peranan Utusan Malaysia diakui membuka minda rakyat kepada maklumat mutakhir ... memang benar jika dilihat sejarah, Utusan adalah milik Melayu yg begitu berjasa kepada negara," Najib juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut.. apa lagi kata Najib sila baca di ( SINI ) Bagaimanapun hari ini akhbar yang dianggap sebagai lidah keramat bangsa Melayu oleh Najib itu memalukan bangsa Melayu.. Ini kerana akhbar lidah Rasmi UMNO itu telah terbukti sekali lagi sebagai penyebar fitnah dan Mahkamah telah memerintahkan Utusan supaya membayar RM40,000 kepada Datuk Husam Musa.. Ini laporannya...
Persetujuan ini dicapai melalui penyelesaian damai yang dibacakan di depan Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Mingguan Malaysia, versi mingguan kepada akhbar Utusan Malaysia, bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya 22 September ini dan bersetuju membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam. Utusan juga berjanji tidak akan menyiarkan kembali perkataan fitnah itu dalam mana-mana penerbitannya. Husam diwakili peguam Malik Imtiaz melalui Tetuan Thomas Philip manakala Mingguan diwakili Tetuan Shafie and Mohan. Penasihat Undang-undang Kanan Utusan, Shirad Anwar menandatangi persetujuan hari ini bagi pihak Utusan. Turut berada di mahkamah ialah Zulkiflee Bakar, penulis rencana berkenaan. Menjelang muktamar PAS pada 2009, Mingguan Malaysia menyiarkan satu tulisan bertajuk 'Menilai Hujah Husam' ditulis Zulkeflee yang mengandungi penyataan fitnah terhadap Husam. Antaranya, akhbar milik Umno itu menyiarkan tulisan: "Ahli-ahli PAS tidak boleh membenarkan kehadiran mana-mana pemimpin yang dilihat suatu hari kelak boleh menjadi 'makhluk perosak' atau melakukan 'kerja-kerja bodoh' dalam parti itu." "Mereka tidak boleh menyiarkan ada pemimpin daripada golongan profesional merelakan diri mereka diperalatkan oleh orang luar bagi meruntuhkan kepimpinan ulama dalam PAS." "Kalaulah puak-puak Erdogan dipilih, ahli-ahli PAS harus bersedia melihat kedudukan ulama dalam parti itu berada dalam keadaan bahaya. Ini kerana agenda golongan profesional daripada puak Erdogan untuk menguasai PAS tidak akan berakhir di situ. Mereka akan melakukan perancangan yang lebih teliti untuk memastikan agenda pihak tertentu di luar PAS bagi menguasai parti berkenaan tercapai. Oleh itu mereka perlu menghapuskan sebarang golongan yang boleh bertindak sebagai musuh dalam selimut kepada PAS." Husam ketika ditemui The Malaysian Insider hari ini berkata, beliau gembira dengan keputusan yang dicapai dalam mahkamah hari ini. "Isu ini berlangsung selama empat tahun tanpa penyelesaian dan menjadi isu yang menyerang saya ketika itu," katanya ketika ditemui selepas keputusan dibacakan. Pada tahun berkenaan, Husam bersama Mohamad Sabu bertanding untuk jawatan sebagai timbalan presiden PAS namun beliau dan Mohamad Sabu kalah kepada Nasharudin Mat Isa yang disokong Utusan. Ekoran itu, beliau menyaman Utusan, ketua pengarangnya serta penulis, Zulkeflee kerana memfitnahnya. "Hari ini ia selesai. Saya harap tuduhan sebegini tidak berbangkit lagi," katanya. |
Ketandusan isu punca kematian Chin Peng dipolitikkan pemimpin UMNO.. Posted: 16 Sep 2013 09:50 PM PDT Pengerusi Parti Komunis Malaya yang di haramkan, Chin Peng, telah mati di Bangkok pada Hari Malaysia, 16hb September 2013. Kematiannya telah menjadikan ahli politik mengambil kesempatan untuk menunjuk-nunjukkan kesetiaan kepada negara dengan membuat kenyataan yang garang-garang terhadap orang yang telah mati dan tidak bernyawa itu. Ada pemimpin UMNO dan NGO yang dahagakan isu untuk di sebut menggunakan kematian Chin Peng ini untuk menempelkan rasa sayang dan cintakan negara dengan meminta mayatnya tidak dikebumikan di negara ini kerana tindakan parti itu masuk kehutan dan menjadi pengganas kepada negara. Saya tidak mahu memberikan komen tentang kematian Chin Peng ini kerana dia telah meninggal dunia dan ramai orang tidak sedar pun yang Chin masih hidup sehingga mendapat berita tentang kematiannya pada 16hb September yang lalu. Saya lebih cenderung untuk memberikan ulasan tentang kenyataan-kenyataan yang 'made belief heroes' dalam UMNO dan beberapa orang pemimpin NGO yang sibuk untuk menunjukkan kesetiaan kepada negara dengan membidas orang yang telah mati itu. Benar Chin Peng telah membunuh dan menyeksa ramai rakyat yang bertuankan British semasa parti itu masuk kehutan dahulu. Tetapi kita jangan lupa yang keganasan Chin Peng itu tidak ada bezanya dengan parti dan pemimpin yang merosakkan negara melalui tindakan rasuah dan menyalahgunaan kuasa. Pemberontakan Chin Peng itu menghasilkan kematian banyak tubuh dan jasad manusia tetapi sikap rasuah yang menjahanamkan negara juga telah banyak menindas perasaan dan membunuh jiwa rakyat yang berjuta bilangannya dinegara ini. Pendeknya Chin Peng telah membunuh tubuh ribuan manusia tetapi sikap rasuah dan salahguna kuasa pemimpin itu telah membunuh keseluruhan sistem kerajaan dan demokrasi negara kita. Rasuah telah membunuh jiwa berjuta rakyat negara ini. Kerajaan yang rasuah dan menggunakan kuasa telah merobohkan segala sistem dan 'fabric' politik dan kenegaraan kita dan itu sangat membunuh perasaan rakyat. Kadang-kadang kita lupa apabila kerajaan itu rasuah ia akan membawa kekecuhan politik dan minda rakyat. Kelemahan dan kesalahan itu telah diperguna oleh pihak parti politik yang bertentangan untuk mendapat simpati rakyat untuk mengambil kuasa yang sesungguhnya belum tentu boleh membaik pulih budaya rasuah itu. Ada tanda-tanda jika pihak yang lain mendapat kuasa pun belum tentu sistem pentadbiran kerajaan serta politik negara itu akan mampu dipulihkan. Parti Komunis Malaya telah diharamkan dan pimpinannya telah pun mati seorang demi seorang. Tidak perlu kita jadikan sebagai isu untuk mendapat publisiti murahan kerana politik masing-masing. Tidak perlu di ingati peristiwa lama itu. Kalau pun kita hendak mengingatinya biarlah kita mengingati bagaimana ahli-ahli parti komunis itu keluar untuk memaksa rakyat memberikan makanan untuk mereka didalam hutan dan mencuri makanan rakyat untuk dibawa kedalam hutan di seluruh negara. Apa yang mereka curi hanyalah makanan untuk menyambung hidup mereka dihutan, tetapi apa yang di curi oleh perasuah negara ini bukan untuk mengalas perut yang lapar tetapi untuk membina 'empire' kekayaan untuk mereka sendiri dan keluarga terdekat mereka. Pengganas komunis semasa itu hanya mencuri beras dan binatang ternakan orang kampung sahaja. Jika dibandingkan jumlah yang dicuri oleh pengganas rasuah negara sekarang ini dan apa yang dicuri oleh pengganas komunis semasa itu adalah terlalu kecil. Lagi pun kecurian makanan dan beras oleh pengganas itu sudah lama berlalu dan tidak berlaku lagi. Yang kita takuti dan masih merasakan kesakitannya ialah jumlah wang rakyat yang dicuri oleh pengganas rasuah yang belum tentu lagi akan berakhir. Entah bila lagi ia akan berakhir, kita tidak tahu. Ia berlaku dimana-mana dalam skala yang besar dan melibatkan banyak pihak. Pendeknya kalau di pandang dari sudut nilai dan moral diantara perasuah negara dengan pengganas komunis dahulu, ia tidak lah begitu besar dan jelas perbezaannya. Ia lebih kurang sama tahap nilai dan moralnya. Cukuplah menjadikan Chin Peng itu modal politik murahan semata-mata. Carilah modal politik yang lain yang boleh menunjukkan perbezaan dengan kita. Kalau kita masih mahu mengingatinya, kita ingati apa persamaan diantara PKM itu dengan kita untuk dijadikan sempadan dianatar yang baik dan yang salah. ~ Aspan Alias |
Bekas ketua pengarang Utusan mahu Kerajaan Iktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan.. Posted: 16 Sep 2013 05:00 PM PDT Tak faham aku dengan pemimpin-pemimpin UMNO ni.. Jasad Chin Peng yang dah mati itupun tak mahu dibenarkan mereka dibawa pulang ke Malaysia.. apa yang mereka takutkan entahlah.. Sedangkan beliau pernah meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan kekejamannya sewaktu mengepalai PKM suatu masa dulu.. Jepun juga pernah melakukan kekejaman terhadap rakyat Malaya.. tapi boleh pula dimaafkan.. Walaupun aku tak sokong ideologi yang dibawanya, sebagai umat Islam aku mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya kerana telah membunuh Henry Gurney. Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut dikenali sebagai Bintang Tiga bertanggungjawab atas pembunuhan Henry Gurney di Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951. Henry Gurney ialah individu yang bertanggungjawab membawa masuk orang Yahudi Zionis secara haram ke Palestin pada 1948. Beliau membuka penempatan baru orang Yahudi Zionis di Palestin dan menghalau orang-orang Arab. kerana jasanya itulah, beliau dipindahkan ke Tanah Melayu... ... Mungkin pemimpin UMNO yang tak mahu jasad atau abu Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia sengaja mahu menunjukkan kebencian mereka terhadap Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya sedangkan hakikatnya adalah berbeza.. Ramai yang tak tahu rasanya.. sebaik-baik sahaja perdamaian antara Kerajaan Thailand, Kerajaan Malaysia dengan parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis Thailand (PKT) selesai diadakan di Thailand.. Kerajaan Malaysia dengan ihsan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid telah membiayai tiga bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM), bersama isteri masing-masing menunai fardu haji di Mekah. Mereka itu, ialah Rashid Maidin, Abdullah C D dan Abu Samah Kassim. Mereka telah berangkat ke Tanah Suci Makah melalui lapangan terbang antarabangsa Bangkok, Thailand.. sumbernya sila lihat di SINI dan juga di SINI Pembiayaan tersebut bukan melibatkan mereka bertiga sahaja malah ramai lagi dan bukan pada tahun itu sahaja malah beberapa tahun yang berikutnya.. dedah Bekas Komando dari Kor 12 yang mempersoalkan kenapa Kerajaan menjaga kebajikan Komunis tetapi tidak Bekas Komando sila baca di SINI.. Kesian aku baca rayuannya.. sepatutnya Kerajaan menghargai mereka kerana jasa mereka amat besar buat negara.. Jika sahabat-sahabat Chin Peng dihargai sedemikian rupa kenapa pula Chin Peng dilayan sebegini rupa? "Iktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan," kata bekas ketua pengarang Utusan |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan