Selasa, 17 September 2013

Addin

Addin


Punca Azalina Othman Tarik Diri Bertanding Ketua Wanita Umno Tersebar?

Posted: 17 Sep 2013 10:09 AM PDT

Ahli parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman menarik diri dari bertanding sebagai Ketua Wanita Umno dipercayai selepas tawaran jawatan tinggi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

ZuraidaKetua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan hari ini berkata, tawaran jawatan terttinggi di GLC tertentu sebagai imbuhan kepada Azalina yang menarik diri dari mencabar penyandang

"Rundingan dalaman sedemikian bukan sahaja menggalakkan kronisme, tetapi terus menggalak dan memarakkan budaya buruk."Ini seolah-olah contoh yang boleh diibaratkan peluang kepada ahli Umno merasakan dengan mencabar untuk jawatan pucuk pimpinan, maka akan dianugerahkan jawatan tertentu," kenyataan Zuraida dipetik.

Azalina, bekas ketua Puteri Umno, pada 10 September lalu mengesahkan menarik diri daripada pertandingan Ketua Wanita parti itu, kononnya atas faktor menerima nasihat.

Raihan"Ketika Azalina menerima saranan dari kepemimpinan partinya untuk tidak bertanding, ini menunjukkan bahawa sayap Wanita UMNO adalah pengecut dan tak berani bersuara," kata Zuraida.

Terbaru, pada 13 September, AJK Umno Kulim Bandar Baru, Raihan Suleiman Palestin (kiri) memutuskan untuk mencabar penyandang, Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi jawatan Ketua Wanita Umno.

"Tapi, saya hairan. Ketika ahli Umno dan orang ramai menemui kaitan Shahrizat dalam skandal NFC, Najib Razak memilih untuk menyokongnya dan menaikkan personaliti skandal ini ke jawatan tertinggi," kata Zuraida. ~keadilandaily




Iklan C (ii)


Muhyiddin Gila Talak

Posted: 17 Sep 2013 07:23 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PAS.

Menurut beliau, BN sentiasa terbuka mengambil apa jua langkah termasuk mengadakan perbincangan bersama PAS bagi tujuan menyatu padukan umat Islam.

"Kita tidak kisah bekerja bersama PAS atau Pakatan sekiranya ia demi kepentingan Muslim di negara ini dan kita yakin sekiranya Umno bekerjasama dengan PAS banyak yang dapat dicapai," kata beliau dalam Program Sesi Dialog Timbalan Perdana Menteri bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak hari ini.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dalam ucaptamanya semasa Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan PAS telah mencadangkan agar kerjasama politik di antara parti Islam itu dan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya PKR dikaji semula.Ini ekoran rasa tidak puashati mereka dalam kerjasama dengan PR khususnya PKR.

Menurut Muhyiddin, orang Islam di negara ini masih belum berada di tahap terbaik terutama dari segi pembangunan ummahnya."Amat penting untuk kita bekerja keras, Malaysia memerlukan kestabilan dalam politik, ia bukan boleh diraih begitu saja kerana itu amat penting adanya kerjasama dalam dua parti ini," kata beliau lagi.

Beliau turut mengakui kerjasama dengan ahli politik PAS membawa kebaikan bagi masyarakat Islam di negara ini."Persefahaman antara dua parti ini amat penting, kita perlu membina pertalian yang baik, bagi mencipta kejayaan masyarat melayu dan Islam," katanya.

Idea kerjasama antara Umno dan PAS bukanlah sesuatu yang baru kerana ia pernah dibincangkan sebelum ini.Bagaimanapun ia ditolak oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno.

"Selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan," kata bekas Menteri Besar Kelantan itu."Tidak ada sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli," tambah beliau lagi.

Menurut Nik Aziz, Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS dan selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.Dalam Pilihan Raya 2013, PAS memenangi 21 kerusi Parlimen dan mengekalkan penguasaannya di negeri Kelantan.

Bagaimanapun, ia gagal mempertahankan negeri Kedah yang dimenanginya pada 2008.Sementara Umno telah meningkatkan bilangan kerusi Parlimen mereka daripada 88 kepada 133 kerusi. ~the malaysian insider







Iklan C (ii)


Tujuan Najib Gesa GLC Beriklan Di Utusan Akhirnya Terjawab

Posted: 17 Sep 2013 05:52 AM PDT

Semasa merasmikan bangunan baru milik akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan mereka.

Menurut Najib, Utusan Malaysia adalah lambang kejayaan kaum Melayu di negara ini."Saya harap kepada badan kerajaan, GLC,dan syarikat Bumiputera mereka menghargai Utusan dengan pengiklanan lebih kepada Utusan."Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib menyifatkan sejak 70 tahun penubuhan akhbar berkenaan ia bertujuan untuk memperjuangkan komuniti Melayu."Jika Utusan sebagai suara lidah keramat Melayu, lambang imej Utusan juga lambang kejayaan orang Melayu," kata Najib dalam ucapan perasmian bangunan baru akhbar berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apakah gesaan Najib baru-baru ini agar GLC membeli lebih banyak iklan untuk membayar saman-saman fitnah Utusan Malaysia?Hari ini Datuk Husam Musa kerana beliau berjaya menyelesaikan fitnah terhadapnya menjelang muktamar empat tahun lalu apabila edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia bersetuju untuk menarik balik fitnah itu dan membayar kos RM40,000 kepadanya.

Persetujuan ini dicapai melalui penyelesaian damai yang dibacakan di depan Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.Mingguan Malaysia bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya 22 September ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 4 Julai lalu memerintahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi umum dan teladan sebanyak RM250,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan terhadap akhbar itu berhubung isu pendaftaran nombor plat kereta WWW1, pada tahun lalu.

Peguam Nizar, Fitri Asmuni memberitahu The Malaysian Insider, Hakim Rosnani Saub dalam keputusannya mendapati Utusan Malaysia bersalah melakukan fitnah terhadap Nizar dan akhbar itu gagal dalam pembelaannya yang menyatakan tindakan mereka menyiarkan kenyataan Nizar menerusi akaun Twitternya itu adalah satu justifikasi, komen berpatutan, perlindungan bersyarat dan kewartawanan.

Januari tahun ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam tuntutan saman terhadap Utusan Malaysia selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk VT Singham mendapati akhbar itu memfitnah Anwar dalam dua artikel.

Pada Februari 2011, Mahkamah Rayuan memerintahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung penyiaran artikel bertajuk `Kebiadapan Guan Eng' yang disiarkan pada 20 Disember 2011.

Utusan Malaysia sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya 2013.Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan. 

Pendirian Najib menimbulkan tanda tanya.Najib yang sebelum ini memperkenalkan Gagasan 1Malaysia itu kini dilihat tunduk kepada kumpulan berhaluan kanan dalam Umno untuk mengekalkan kedudukannya menjelang pemilihan parti itu Oktober ini. ~the malaysian insider








Iklan C (ii)




Bekas SU Politik Menteri BN Ada 10 Kenderaan Mewah Di Tahan SPRM.. Siapakah Dia?

Posted: 17 Sep 2013 05:11 AM PDT

Bekas Setiausaha Politik ahli politik ternama ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah.

Beliau yang berpangkat "Datuk" dan pernah bertugas sebagai setiausaha politik bekas menteri kabinet itu ditahan SPRM malam tadi untuk membantu siasatan penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

"Dia ditangkap untuk bantu siasatan, belum dakwa lagi," kata Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Sebuah portal berita melaporkan SPRM turut merampas 10 kenderaan mewah milik bekas setiausaha politik itu.

Kenderaan itu termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Camry yang kini diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM di Putrajaya. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)


Terbukti Utusan Ejen Fitnah Umno, Tarik Balik Fitnah Terhadap Husam Dan Bayar RM40,000

Posted: 17 Sep 2013 12:53 AM PDT

Hari ini mungkin hari yang paling mengembirakan bagi Datuk Husam Musa (gambar) kerana beliau berjaya menyelesaikan fitnah terhadapnya menjelang muktamar empat tahun lalu apabila Mingguan Malaysia bersetuju untuk menarik balik fitnah itu dan membayar kos RM40,000 kepadanya.

Persetujuan ini dicapai melalui penyelesaian damai yang dibacakan di depan Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Mingguan Malaysia, versi mingguan kepada akhbar Utusan Malaysia, bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya 22 September ini dan bersetuju membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.

Utusan juga berjanji tidak akan menyiarkan kembali perkataan fitnah itu dalam mana-mana penerbitannya.

Husam diwakili peguam Malik Imtiaz melalui Tetuan Thomas Philip manakala Mingguan diwakili Tetuan Shafie and Mohan. Penasihat Undang-undang Kanan Utusan, Shirad Anwar menandatangi persetujuan hari ini bagi pihak Utusan. Turut berada di mahkamah ialah Zulkiflee Bakar, penulis rencana berkenaan.

Menjelang muktamar PAS pada 2009, Mingguan Malaysia menyiarkan satu tulisan bertajuk 'Menilai Hujah Husam' ditulis Zulkeflee yang mengandungi penyataan fitnah terhadap Husam.

Antaranya, akhbar milik Umno itu menyiarkan tulisan:

"Ahli-ahli PAS tidak boleh membenarkan kehadiran mana-mana pemimpin yang dilihat suatu hari kelak boleh menjadi 'makhluk perosak' atau melakukan 'kerja-kerja bodoh' dalam parti itu."

"Mereka tidak boleh menyiarkan ada pemimpin daripada golongan profesional merelakan diri mereka diperalatkan oleh orang luar bagi meruntuhkan kepimpinan ulama dalam PAS."

"Kalaulah puak-puak Erdogan dipilih, ahli-ahli PAS harus bersedia melihat kedudukan ulama dalam parti itu berada dalam keadaan bahaya. Ini kerana agenda golongan profesional daripada puak Erdogan untuk menguasai PAS tidak akan berakhir di situ. Mereka akan melakukan perancangan yang lebih teliti untuk memastikan agenda pihak tertentu di luar PAS bagi menguasai parti berkenaan tercapai. Oleh itu mereka perlu menghapuskan sebarang golongan yang boleh bertindak sebagai musuh dalam selimut kepada PAS."

Husam ketika ditemui The Malaysian Insider hari ini berkata, beliau gembira dengan keputusan yang dicapai dalam mahkamah hari ini.

"Isu ini berlangsung selama empat tahun tanpa penyelesaian dan menjadi isu yang menyerang saya ketika itu," katanya ketika ditemui selepas keputusan dibacakan.

Pada tahun berkenaan, Husam bersama Mohamad Sabu bertanding untuk jawatan sebagai timbalan presiden PAS namun beliau dan Mohamad Sabu kalah kepada Nasharudin Mat Isa yang disokong Utusan.

Ekoran itu, beliau menyaman Utusan, ketua pengarangnya serta penulis, Zulkeflee kerana memfitnahnya.

"Hari ini ia selesai. Saya harap tuduhan sebegini tidak berbangkit lagi," katanya. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)


Punca Kematian Chin Peng Tersebar

Posted: 16 Sep 2013 10:47 PM PDT


Chin Peng, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), meninggal dunia akibat penyakit kanser, menurut The Nation.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia ketika berusia antara 88 atau 90 tahun. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Bamrungrad di Bangkok pada pagi Isnin hari ini.

Upacara keagamaan Buddha untuknya akan diadakan di Kuil Tatthong pada petang Isnin.

The Nation, sebuah akhbar Thailand melaporkan bahawa Chin Peng sering berulang-alik dari Hat Yai, Songkhla ke Bangkok untuk menerima rawatan perubatan untuk penyakit kansernya.

Beliau hidup dalam buangan di Songkhla dalam jangka masa yang lama selepas kerajaan Malaysia menolak permintaannya untuk pulang.

Chin Peng pernah berkata hendak menghabiskan hayatnya di tanah Malaysia.






Iklan C (ii)



Kenyataan Umno Bakal Mati Oleh Mahathir Di Tempelak Oleh Pemimpin Umno

Posted: 16 Sep 2013 07:30 PM PDT

Ramalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) yang mendakwa Umno kini "sudah tua dan bakal mati" ditempelak pemimpin parti itu dan enggan menerima kenyataan yang dibuat di akhbar Utusan Malaysia itu.

Mereka berkata, perdana menteri paling lama berkhidmat yang bersara pada 2003 itu seharusnya sedar Umno kini dalam proses transformasi dan pembaharuan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi melihat permasalahan yang dilontarkan Dr Mahathir berlaku sejak zaman bekas perdana menteri itu menjadi presiden Umno dari 1981 hingga 2003.

"Umno wujud dari dahulu lagi dan terpalit dengan pelbagai masalah sejak Dr Mahathir menerajui Umno dan beliau tidak pula merawat kecederaan itu," kata Dr Mohd Puad kepada The Malaysian Insider.

Katanya, antara gejala dalam Umno adalah perpecahan, tidak meletakkan keutamaan kepada parti dan politik wang.

Dr Mohd Puad berkata, kenyataan Dr Mahathir tidak boleh diterima apabila mengatakan Umno akan mati sedangkan kepimpinan parti sedang gigih merawat kepincangan yang berlaku.

"Selagi Umno tidak lari dari masalah dan memegang prinsip kesederhanaan, menyeluruh dan keadilan untuk semua kaum, Umno akan selamat," katanya.

Dalam sebuah rencana yang disiarkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia, Dr Mahathir menasihati Umno supaya melantik pemimpin muda kerana parti itu sedang menghidap "sakit tua" dan bakal "mati".

Katanya, dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasi memerintah negara ini meskipun ada pihak yang memandang serong malah menuduh dirinya mempunyai agenda sendiri.

Beliau berkata, Umno dahulu sentiasa bersemangat dan bercita-cita besar demi bangsa termasuk menewaskan Malayan Union kerana pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan muda.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang juga ahli MT Umno berkata, pemimpin muda seperti Datuk Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan lain-lain adalah bukti Umno kini menyerlahkan bakat muda dalam kepimpinannya.

"Prinsip parti jelas meletakkan bakat muda di enjin kedua parti iaitu di sayap Pemuda dan Puteri. Apabila mereka ini mencecah usia 40 tahun, mereka akan diserap ke dalam Majlis Tertinggi bagi mewarisi kepimpinan parti.

"Dr Mahathir mungkin silap. Saya sendiri hormat dan menjadikan dirinya sebagai idola. Bagi saya, beliau terlepas pandang dengan pembaharuan yang dilakukan dalam parti," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga ahli MT Umno menyifatkan apa yang disarankan Dr Mahathir adalah satu pandangan bagi melihat perubahan dalam Umno secara terbuka dan dinamik.

Katanya, Dr Mahathir mempunyai pengalaman dan pandangan yang luas tetapi beliau harus sedar Umno kini sedang dalam proses transformasi.

"Saya hormat pandangan Dr Mahathir. Bagi saya keinginan pemimpin Umno untuk berubah dapat dilihat daripada segi keberaniannya meletakkan untung nasib kepada 150,000 perwakilan semasa pemilihan parti bulan hadapan," katanya. ~the malaysian insider






Iklan C (ii)


Tindakan Ketua Dewan Ulama PAS Kurang Bijak - Mustapha Ali

Posted: 16 Sep 2013 07:13 PM PDT

SHAH ALAM - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sepatutnya tidak perlu bercakap mengenai strategi parti kepada umum kerana boleh memberikan mesej yang salah berdasarkan persepsi rakyat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tahaaluf siyaasi adalah strategi dalam perjuangan dan perlu dibincangkan secara dalaman, bukannya dihebohkan kepada umum.

"Tidak bijaksana dihebohkan. (Jika dihebohkan) maksud kajian boleh disalah tafsir dan akibatnya kita menghantar mesej yang salah, bukan sahaja kepada rakan PR tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya penyokong Pas dan Pakatan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Harun, dalam ucaptama Multaqa Ulama Semalaysia baru-baru ini, menyarankan Majlis Syura Ulama mengkaji semula tahaaluf siyaasi dalam PR berdasarkan garis panduan syura atas alasan pengaruh parti itu semakin lemah.

Sementara itu Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Harun bukan bertujuan melemahkan parti, tetapi mahu memastikan Pas lebih konservatif dari segi hala tuju parti itu dalam PR.

"Bagi mana-mana organisasi parti dan badan korporat, mengkaji (semula) sesuatu strategi adalah perkara biasa.

"Saya yakin, beliau berkata demikian untuk menjadikan Pas lebih kuat daripada sekarang," katanya.

Salahuddin berkata, perkara itu tidak sepatutnya dianggap negatif, sebaliknya perlu memahami apa yang cuba disampaikan.

"Kenyataan beliau itu supaya Pas bekerja lebih kuat ke arah memanfaatkan pengaruhnya dalam PR.

"Apa sahaja kekurangan dan masalah perlu diperhalusi demi memanfaatkan melalui kerjasama dalam PR, selain mahu melihat peranan Pas bagi menjana kekuatan dalam PR," katanya. ~sinar harian






Iklan C (ii)


Berita Yang Tidak Di Siarkan Media Pencacai Umno

Posted: 16 Sep 2013 06:53 PM PDT

Menjelang pemilihan Umno hujung tahun ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati parti Melayu itu agar melantik pemimpin muda kerana ia sedang menghidap "sakit tua" dan bakal "mati"."Ini naluri manusia. Lambat-laun manusia akan menemui ajalnya," kata Dr Mahathir.

Beliau yang pernah berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri menegaskan hanya dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasi mereka memerintah negara ini.

"Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu," katanya dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Meskipun jelas Dr Mahathir, beliau cuba untuk menyedarkan Umno berhubung perkara itu, ada pihak yang memandang serong terhadapnya, malah menuduh beliau mempunyai agenda tersendiri.

"Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya.

"Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya jadi Perdana Menteri," kata bekas Presiden Umno itu lagi.

Tegasnya, hanya jika Umno diperbaharui oleh generasi muda barulah parti Melayu itu dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanahkan kepada Umno.

"Ahli Umno mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan... demikian juga dengan kepimpinan Umno di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam Majlis Tertinggi.

"Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda," katanya.

Umno dahulu kata Dr Mahathir sentiasa bersemangat dan bercita-cita besar demi bangsa termasuk menewaskan Malayan Union kerana pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan muda.

"Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas Umno, mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka.

"Dan Umno pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu," katanya.

Pemimpin Umno sekarang bagaimanapun tegas Dr Mahathir masih enggan berundur meskipun sudah berusia, malah sanggup merasuah demi terus kekal sebagai pemimpin.

"Masa mereka sudah terlanjut... sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati.

"Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri," katanya.

Tetapi Dr Mahathir mengingatkan agar pemimpin-pemimpin ini harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka.

"Lambat-laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran," tegasnya.

Malangnya kata Dr Mahathir, ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang.

"Tak banyak... RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli Umno. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka," tegasnya.

Beliau juga menyeru agar amalan berkenaan dihentikan kerana apabila pemimpin yang dipilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa.

"Ingatlah negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin negara ini.

Orang Melayu yang menjadi tunjang perjuangan Umno tegas Dr Mahathir juga turut tidak mempercayai Umno, dan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO).

"Jika mereka mempunyai banyak pilihan, Umno sudah kalah Pilihan Raya Umum ke-13," kata Dr Mahathir.

Justeru, Dr Mahathir menyeru agar pemimpin-pemimpin berkenaan mengetepikan kepentingan diri, dan memberikan peluang kepada generasi muda.

"Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua.

"Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan tanah air dapat diteruskan," katanya. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)


Tiada ulasan: