Isnin, 16 September 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


UMNO Dah Tua Dan Nak Mampos Kata Mahathir..

Posted: 16 Sep 2013 07:26 AM PDT


Selain dari mendedahkan bahawa UMNO dah tua dan nak mampos.. Mahathir juga mendedahkan bahawa dengan hanya RM200 sahaja, ahli-ahli UMNO sanggup menjual bangsa dan menjual maruah diri mereka..

Begitu murah maruah ahli-ahli UMNO di mata Mahathir rupanya..

Menjelang pemilihan Umno hujung tahun ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati parti Melayu itu agar melantik pemimpin muda kerana ia sedang menghidap "sakit tua" dan bakal "mati".

"Ini naluri manusia. Lambat-laun manusia akan menemui ajalnya," kata Dr Mahathir.

Beliau yang pernah berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri menegaskan hanya dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasi mereka memerintah negara ini.

"Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu," katanya dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Meskipun jelas Dr Mahathir, beliau cuba untuk menyedarkan Umno berhubung perkara itu, ada pihak yang memandang serong terhadapnya, malah menuduh beliau mempunyai agenda tersendiri.

"Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya.

"Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya jadi Perdana Menteri," kata bekas Presiden Umno itu lagi.

Tegasnya, hanya jika Umno diperbaharui oleh generasi muda barulah parti Melayu itu dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanahkan kepada Umno.

"Ahli Umno mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan... demikian juga dengan kepimpinan Umno di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam Majlis Tertinggi.

"Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda," katanya.

Umno dahulu kata Dr Mahathir sentiasa bersemangat dan bercita-cita besar demi bangsa termasuk menewaskan Malayan Union kerana pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan muda.

"Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas Umno, mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka.

"Dan Umno pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu," katanya.

Pemimpin Umno sekarang bagaimanapun tegas Dr Mahathir masih enggan berundur meskipun sudah berusia, malah sanggup merasuah demi terus kekal sebagai pemimpin.

"Masa mereka sudah terlanjut... sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati.

"Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri," katanya.

Tetapi Dr Mahathir mengingatkan agar pemimpin-pemimpin ini harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka.

"Lambat-laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran," tegasnya.

Malangnya kata Dr Mahathir, ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang.

"Tak banyak... RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli Umno. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka," tegasnya.

Beliau juga menyeru agar amalan berkenaan dihentikan kerana apabila pemimpin yang dipilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa.

"Ingatlah negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin negara ini.

Orang Melayu yang menjadi tunjang perjuangan Umno tegas Dr Mahathir juga turut tidak mempercayai Umno, dan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO).

"Jika mereka mempunyai banyak pilihan, Umno sudah kalah Pilihan Raya Umum ke-13," kata Dr Mahathir.

Justeru, Dr Mahathir menyeru agar pemimpin-pemimpin berkenaan mengetepikan kepentingan diri, dan memberikan peluang kepada generasi muda.

"Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua.

"Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan tanah air dapat diteruskan," katanya ~ The Malaysian Insider

Mengenai menggantikan pemimpin-pemimpin yang dah tua dalam UMNO dengan generasi baru ni.. aku ada bertanya kepada seorang pemimpin UMNO baru-baru ini..

Soalan aku "Kenapa pemimpin-pemimpin  UMNO yang 'rumah kata pergi, kubur kata mari' masih ramai yang terhegeh-hegeh nak pegang kuasa?"

"Bagilah peluang pada golongan muda pulak, takkan dalam UMNO tu semua tinggal yang tua-tua.."

Sebabnya bagi aku.. selagi politik dinegara ini dikuasai oleh golongan veteran.. negara tidak akan berkembang.. kerana kebanyakkan yang ada tu dah tepu pemikirannya... baik dalam UMNO/BN mahupun dalam PKR/PR..

Yang dah tua-tua tu.. sudah-sudahlah.. duduk rumah jaga cucu.. serahkan pentadbiran negara ini kepada generasi baru pulak..

Dia tanya aku.. "Termasuk dengan Anwar Ibrahim?"... jawah aku "YA!!"

Dan kemudian dia jawab soalan aku tadi tu.."Bukan yang dah tua-tua tu tak mau lepas jawatan.. depa mau.. tapi masaalahnya ialah melepaskan jawatan itu adalah sama dengan memotong kabel yang bawa projek...."

Lima Parah, Dua peserta konvoi ‘Malaysia Ride’ nyaris maut digilis tayar.. (gambar dari tempat kejadian)

Posted: 15 Sep 2013 08:01 PM PDT


"Hati saya berdegup kencang melihat dua rakan saya sudah berada di bawah kenderaan itu dengan kepala seorang daripadanya berada betul-betul bersebelahan roda belakang kenderaan pacuan empat roda itu.

"Saya cuba memanggil dan bersyukur kerana nyawa mereka masih panjang apabila memberi respons selepas nama dipanggil," kata peserta konvoi 'Malaysia Ride', Mohd Rizal Ismail, 38.

Pasangan suami isteri itu yang hanya dikenali sebagai Mizi dan Zuraidah berusia 30-an antara lima peserta konvoi yang cedera akibat dirempuh Toyota Hilux di Kilometer 43, Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Cherating, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam.

Katanya, pasangan itu dikatakan tercampak ke bawah kenderaan berkenaan sejurus dirempuh dan si suami mengalami patah kaki kanan manakala isterinya hanya cedera ringan.


Menceritakan kembali kejadian itu, Mohd Rizal berkata, 60 motosikal membabitkan 80 penunggang dan pembonceng berkonvoi dari Kuala Terengganu, Terengganu menuju ke Melaka dan merancang singgah di bandar ini untuk makan tengah hari ~ myMetro



Sebelum itu ABN News telah melaporkan..

KUANTAN – Lima orang penunggang motosikal cedera parah apabila motosikal yang mereka tunggangi terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM 47 jalan Kemaman-Kuantan petang tadi berhampiran simpang Suria Beach Resort.

Kejadian dilaporkan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda itu membuat pusingan U sebelum dilanggar empat buah motosikal yang berkonvoi bersama lebih 45 buah motosikal yang lain.

Lima orang yang cedera parah telah dihantar ke hospital Kemaman untuk rawatan lanjut manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda itu cedera setelah dipukul oleh peserta konvoi yang lain.

Sumber gambar dari SINI

Haram terus tahaluf siasi jika mudarat kata Ketua Pemuda PAS

Posted: 15 Sep 2013 05:30 PM PDT


Kata TG Nik Aziz mengenai cadangan Ketua Dewan Ulama PAS agar dikaji semula hubungan PAS dan PKR ialah jangan beriakn UMNO pelampung..

Jelasnya lagi penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja.

Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Oleh itu beliau melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia.

Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.

Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan katanya.. sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata saranan oleh ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib untuk mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP bertujuan untuk menguatkan lagi usaha berkenaan dalam Pakatan Rakyat.

"Ini adat dalam politik, kita mestilah kaji setiap perjalanan. Kita hanya mahu kaji untuk kuatkan lagi muafakat.

"Kita akan terus bersama dalam Pakatan Rakyat dan tiada kemungkinan untuk keluar dariapda Pakatan itu," katanya..

Kata-kata Presiden PAS itu disokong oleh Naib presiden Datuk Mahfuz Omar..

"(Cadangan) itu biasa. PAS sentiasa mengkaji setiap strategi untuk memperlihatkan keberkesanan (fungsi PAS dalam Pakatan) di samping memperkukuh dan memantapkan sebarang bentuk kerjasama yang kita lakukan,"

Manakala, Ahli jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad pula menegaskan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat "tidak sekali-kali" merugikan parti itu, malah mendapat manfaat yang lebih banyak.

Beliau yang juga ahli parlimen Shah Alam turut bersetuju supaya PAS mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan semata-mata untuk "memperbaiki dan memperkukuhkan" kerjasama di kalangan parti pembangkang,

"Dari dulu (PAS) ditolak Melayu dan bukan Melayu, kecuali di Kelantan. Sekarang penerimaan oleh Melayu semakin ditingkatkan dan penerimaan bukan Melayu, oleh kerana kebersamaan kita dengan Pakatan, amat membanggakan.

Mari kita lihat apa pula kata Ketua Pemuda PAS yang dipetik dari Facebook Dewan Pemuda Pas...

SETELAH lima tahun kita bertahaluf siasi sementara tahaluf itu juga adalah ijtihad para alim ulama kita dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara yang awal membentangkan kertas kerja tahaluf siasi jauh lebih awal daripada itu.

Maka saya lihat cadangan supaya ianya dikaji semula adalah suatu yang wajar.

Kajian semula adalah wajar untuk melihat :

a] apakah tahaluf siasi yg berjalan selama ini menepati syarat-syarat tahaluf siasi yang dikehendaki oleh Islam

b] apakah tahaluf siasi yang disertai selama ini memberi keuntungan kepada perjuangan Islam atau memberi kesan buruk kepada perjuangan Islam.

c] apakah tahaluf siasi yang dilaksanakan selama ini banyak memberi kebaikan kepada Pas atau banyak memberi keburukan kepada.

Andai hasil kajian itu memberi jawapan bahawa tahaluf siasi yang dilaksanakan selama ini menepati syarat yang ditetapkan oleh syara' dan memberi kebaikan kepada perjuangan Islam maka ia wajib diteruskan berdasarkan persefahaman yang telah dimeterai sesama anggota parti yang bertahaluf.

Namun jika hasil kajian itu didapati tahaluf siasi yang telah berlangsung empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam yang muktabar, pula mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didokong oleh Pas maka haram tahaluf itu diteruskan.

Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda Pas

Baca betul-betul apa kata Ketua Dewan Ulama PAS mengenai perkara ini...

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Datuk Harun Taib.

Kata-kata beliau telah ditafsirkan oleh Prof. Agus sebagai penyatuan dengan UMNO dapat disegerakan.. sila baca di ( SINI )

Aku malas nak komen panjang-panjang dalam hal ini... cuma dari beberapa kenyataan-kenyataan di atas ianya menjelaskan UG masih hidup dalam PAS cuma ianya masih cuba untuk ditutup oleh segelintir pemimpin PAS..

Mudarat menurut Ketua Pemuda PAS itu mungkin bermaksud memudaratkan.. kalau cita-cita nak pakai Alphard tu tak sampai......

Mudarat juga kalau cita-cita untuk mengaut sebanyak mungkin elaun-elaun dari GLC-GLC milik Kerajaan Negeri tak kesampaian..


Tiada ulasan: