Isnin, 16 September 2013

Addin

Addin


Bekas Ketua Pengarang Utusan Saran Chin Peng Di Iktiraf Sebagai Pejuang Kemerdekaan

Posted: 16 Sep 2013 10:03 AM PDT

Sudah sampai masanya kerajaan mengiktiraf bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, kata bekas ketua pengarang Utusan Malaysia Said Zahari (gambar).

Menurutnya, biarpun kerajaan cuba menafikan hak Chin Peng namun hakikatnya beliau tetap merupakan anak kelahiran Malaysia dan sejarah tidak menafikan bekas pemimpin komunis itu juga merupakan antara tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Saya menganggap Chin Peng ini perjuang kemerdekaan, Chin Peng dan rakan-rakannya sebenarnya merupakan sebahagian dari kemerdekaan negara, benar mereka ini menganggotai parti komunis tapi demi membebaskan Tanah Melayu dari penjajah.

"Mereka ini sebenarnya yang menentang British, namun kerana politik, kerana British mahu menguasai negara ini maka mereka melabelkan Chin Peng ini sebagai musuh negara," kata Said ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Said yang pernah memimpin mogok Utusan membantah pengambilalihan oleh Umno itu, tidak wajar kerajaan menghalang Chin Peng dari pulang ke tanah air.

"Chin Peng ini anak kelahiran Sitiawan Perak, darahnya mengalir di negara jadi mengapa hak mendiang sebagai rakyat Malaysia dinafikan tidak dibenarkan pulang ke negara? 

Beliau patut diberi penghormatan untuk kembali ke negara, biarlah Chin Peng bersemadi dengan aman di tanah airnya sendiri.

"Chin Peng benar-benar seorang pejuang, begitu setia pada negara lihatlah sampai saat terakhir beliau tetap mahu kembali ke negara asalnya saya rasa sudah tiba masa rakyat Malaysia menerima Chin Peng sebagai rakyat yang memperjuangkan kemerdekaan bukannya pemberontak," katanya.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.

Menurut Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.

Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.

Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya. ~the malaysian insider







Iklan C (ii)


Idea Terbaik Dr. Dzulkefly Ahmad Buat PAS

Posted: 16 Sep 2013 08:02 AM PDT

BINTULU: Dakwah PAS mestilah 'menerobos' rumah pengundi tradisi Melayu untuk menarik sokongan mereka, kata AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. 

Beliau berkata, ini kerana sifat golongan tradisi Melayu itu sukar untuk mengubah sokongan mereka daripada parti kerajaan kepada pembangkang. Justeru, katanya PAS yang sentiasa berdepan dengan mereka pada pilihan raya seharusnya memastikan dakwah yang dijalankan dapat memasuki rumah golongan itu. 

"Siasah kita bermula dengan dakwah, kita bukan siasah sahaja, siasah dan berdakwah," ujarnya ketika membentangkan kertas kerja 'Pengalaman Kekalahan' pada Ijtimak PAS Negeri Sarawak di sebuah hotel di sini, petang semalam.

Tambahnya, di samping melaksanakan aktiviti dakwah, PAS perlu mengatur strategi siasah kepada mereka. Beliau menambah, PAS perlu melaksanakannya serentak kerana PAS adalah parti siasah dan dakwah.

Berkongsi pengalaman sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor sebelum ini, katanya walau bagaimana pun perkhidmatan yang diberikan kepada mereka, belum tentu dapat menarik sokongan Melayu tradisi pada pilihan raya berikutnya.

Ini, ujarnya kerana sebahagian besar Melayu tradisi mudah dibeli oleh Umno apabila menjelang pilihan raya sehingga mereka takut untuk memberikan sokongan kepada PAS.

Bahkan, jelasnya pengundi muda juga bersikap demikian sedangkan sebelum itu mereka banyak terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PAS seperti pertandingan futsal, motocross dan lain-lain.

Justeru, katanya pendekatan dakwah dan siasah yang dilaksanakan oleh PAS di kawasan tradisi Melayu bukan sahaja sekadar dapat 'memasuki' rumah tetapi memenangi hati budi mereka.

"Yang terbaik selagi kita tak dapat menang hati budi, sehingga tak sedia nak jadi ahli, tiada jaminan mereka nak undi kita," ujarnya.

Menurutnya lagi, dalam pengamatan dan pengalaman pada Pilihan raya Umum lalu, aspek khidmat dan kebajikan, bersama dalam suka duka hidup rakyat itu penting sehingga menatijahkan mereka tertarik dan mendukung perjuangan yang murni ini.

Ini, jelas beliau berbeza dengan golongan Melayu bandar dan pertengahan yang sedia berdiskusi, berdebat, berseminar dan lain-lain sebagai pengisian dan pendekatan PAS kepada mereka.

Selain beliau, lima kertas kerja lain turut dibentangkan pada ijtimak yang bertemakan 'Iltizam Unutuk Sarawak' itu ialah 'Perkongsian Pengalaman di Sabah' oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ustaz Mohd Anwar, 'Perkongsian Pengalaman dari DAP' oleh Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling Sie Kiong, 'Post Mortem Pasca PRU13 Fokus Kepada Borneo oleh Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, 'Senario Belia Masakini – Ruang & Peluang' oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar dan 'Pengalaman Kemenangan' oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. ~harakahdaily





Iklan C (ii)


Menteri BN Rasmi Apa Sahaja.. Lampu Isyarat Pun Jadi

Posted: 16 Sep 2013 04:43 AM PDT


Ini yang dikatakan mencari publisiti murahan sehinggakan lampu isyarat pun perlu dirasmikan. Belum lagi kita persoalkan tentang "kos" perasmiannya.

Sungguh menjelekkan. Rasanya di negara-negara yang mundur dari Malaysia pun, seperti di Papua atau di negara-negara Afrika Selatan, tidak ada menteri mereka melakukan perasmian untuk lampu syarat. 

Hanya di Malaysia!




Iklan C (ii)


Prof. Agus Pula Bidas Golongan Ulamak Dalam PAS

Posted: 16 Sep 2013 02:41 AM PDT

Resolusi Ulamak PAS yang bersidang di Kedah pada 14 September 2013 menunjukkan kepada saya betapa pemikiran 'mereka' yang mencadangkan resolusi tersebut mengundur ke belakang. Kenyataannya tidak sesuai dengan perkembangan semasa politik negara.

Satu yang kumpulan Ulamak PAS ini tidak sedar ialah PAS mendapat pertambahan bilangan kerusi dalam pilihan raya (PRU) bukanlah kerana kekuatannya bertanding sendirian, tetapi kerana pakatannya dengan beberapa parti pembangkang yang lain. Sejak keluar dari pakatan BN pada tahun 1978, politik PAS tenggelam. 

PAS cuma kembali pulih dalam persada politik negara apabila bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah dalam PRU 1990, Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan Pakatan Rakyat pada tahun 2008 dan 2013.

Sekiranya PAS bertanding bersendirian tanpa sokongan dan kerjasama dengan parti lain, saya yakin PAS akan hanya mendapat sokongan dari segelintir orang Melayu yang totok pemikirannya seperti kumpulan ulamak ini sahaja. Bagi orang Melayu yang sederhana pemikirannya, mereka lebih cenderung menyokong UMNO dan BN kerana kelebihan UMNO ialah tidak memandang serong kepada lebai atau tidak lebainya seseorang.

Satu yang menarik dari resolusi ulamak ini ialah "mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat." Saya ingin sekali cadangan ini dipersetujui oleh kepimpinan PAS dan kita tengok sejauh mana PAS boleh pergi jauh dalam politiknya. Saya rasa PAS akan meroyan beragam selepas itu kerana tidak ada lagi sokongan kepadanya.

Yang menghairankan saya ialah kenapa pula kumpulan Ulamak ini tidak mencadangkan juga supaya PAS menghentikan kerjasamanya dengan DAP dan sebagai gantinya mencadangkan PAS supaya menggerakkan penyatuannya dengan UMNO. Saya fikir kenyataan seperti itu lebih jelas supaya penyatuan dengan UMNO dapat disegerakan. Ini satu cadangan yang lebih praktikal jika betullah kumpulan ulamak ini mahu PAS terus mendapat tempat perdana dalam politik negara.

Cadangan kumpulan Ulamak ini supaya "jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa" juga cukup nakal. Apakah kumpulan ulamak ini ingat hanya ulamak sahaja yang memahami Islam dan realiti semasa? Bagi saya, kumpulan inilah yang tidak memahami realiti politik semasa. Di kala rakyat sedang bercakap tentang kewujudan sistem dua parti dalam negara, mereka pula menolaknya. Tindakan kumpulan ini adalah menjauhkan lagi masyarakat dengan PAS dan jika tidak kena dengan caranya boleh menyebabkan ahli dan penyokong PAS lari dari PAS.

Saya hendak sangat tengok ahli PAS lari dari PAS sekiranya kumpulan ulamak jenis ini yang memimpin PAS sebab pemikiran kumpulan seperti ini payah diajar kerana mereka selalu menganggap tindakan mereka sahaja yang Islamik. Bagi kumpulan ini, jika mereka mengutuk atau mengaibkan orang itu dibenarkan, tetapi jika ahli hanya sekadar berbeza pendapat dengan mereka, maka ahli pula yang dituduh tidak taat kepada pemimpin dan melanggar etika parti. Tindakan kumpulan ulamak ini tidak demokratik dan hairannya masih ada ahli yang setia dan mendokong kumpulan pemimpin jenis ini.

Apa jadi jika PAS hanya dikuasai oleh ulamak sahaja? Saya yakin, dalam PRU akan datang rakan pakatannya dalam PR akan meninggalkannya dan kekuatan PAS hanya bakal tinggal kenangan. Maka, untuk seterusnya UMNO dan BNlah yang akan terus menguasai negara.





Iklan C (ii)


Kenyataan Tuan Ibrahim Tamparan Hebat Buat Ketua Dewan Ulama PAS

Posted: 16 Sep 2013 02:13 AM PDT

Selepas Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kini Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, iaitu jurucakap rasmi PAS, pula menegaskan komitmen parti itu untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya mengkaji balik keperluannya.

Kenyataan ketiga-tiga tokoh utama PAS ini memberikan tamparan hebat kepada cadangan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib agar tahaluf siasi (kerjasama politik) PAS dengan PKR dikaji balik.

Dalam ucaptama di Multaqa Ulama SeMalaysia (gambar) di Alor Setar, Harun mencadangkan agar tahaluf siasi dikaji balik "untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali tahaluf siasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS".

The Malaysian Insider difahamkan, cadangan yang terdapat dalam kertas ucaptama ini tidak dibaca oleh Harun. Bagaimanapun idea ini diperkukuhkan melalui resolusi multaqa.

"PAS ingin menegaskan komitmen kita untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya.

Menurut Tuan Ibrahim (gambar), segala kelemahan yang timbul akan diperbaiki melalui meja rundingan.

PAS mengalu-alukan sebarang cadangan serta komentar dari mana-mana Dewan dan pandangan dalaman untuk meneliti apa jua unsur yang dianggap bertentangan dengan syarak, katanya.

"PAS melihat resolusi dari Dewan Ulama hasil Multaqa Ulama sebagai sesuatu yang menepati demokrasi dalam PAS, kerana Dewan Ulama sebagai sayap penting parti sewajarnya membuat rumusan bagi pihak dewan yang diwakili," katanya.

Sehubungan itu, PAS Pusat berharap Dewan Ulama dapat mengemukakan perkara yang menjadi kebimbangan mereka itu, tambah Tuan Ibrahim.`

Dalam kenyataannya juga, Tuan Ibrahim berkata, cadangan Dewan Ulama supaya jawatan tertinggi parti dipilih daripada ulama, akan diputuskan oleh para perwakilan.

"Sebagaimana juga dewan-dewan lain akan mengangkat dewan yang mereka wakili; terpulang kepada perwakilan untuk bersetuju atau sebaliknya dengan cadangan dari Dewan Ulama itu.

"PAS melihat ketentuan jawatan adalah hak perwakilan untuk memilih. Perlembagaan parti jelas memberi hak kepada perwakilan," katanya. ~the malaysian insider


Addin :

Sebagai ahli PAS, Addin berdiri teguh di belakang pendirian TGNA,TGHH dan Tuan Ibrahim. Moga ramai lagi di kalangan ulama PAS yang berpendirian sebegini...







Iklan C (ii)


Kantoi!! Utusan Sememangnya BAHALOL.. Gambar Sebagai Bukti

Posted: 15 Sep 2013 09:55 PM PDT


Alahai Utusan "Tahalul" tu bercukur selepas ihram. PAS nak pergi haji dengan DAP dan KEADILAN ke?

~milosuam




Iklan C (ii)


Berita Baik Dari Najib Buat Kroni Umno BN

Posted: 15 Sep 2013 06:57 PM PDT

Sebuah parti yang tidak pernah henti bercerita tentang Umnoputra. Tak pernah. Satu kisah yang selalu dijanakan oleh pembayar cukai.

Pastinya ia sering disuarakan senada dengan agenda nasional bagi memacu Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020; membantu orang Melayu mendapat peluang pekerjaan, rumah dan mengecilkan jurang demi jurang dan lain-lain.

Tidak syak lagi pihak yang akan meraikan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) adalah menteri Kabinetnya, timbalan menteri, senator, ahli keluarga dan rakan perniagaan.

Apabila kerajaan membelanjakan wang untuk projek dan program, golongan kaya dan berkepentingan yang mendapat faedahnya. Golongan lain hanya menikmati saki-bakinya sahaja.

Dasar Ekonomi Baru melahirkan jutawan dari kalangan ahli politik Umno dan kroninya. Melalui dasar tersebut menjadikan seorang jutawan lebih kaya dan pastinya pengumuman Najib di bawah peruntukan RM9.2 bilion yang diumumkannya semalam menjadi golongan yang dikatakan tadi lebih kaya.

Betul, sebahagian orang Melayu memiliki rumah di bawah dasar kerajaan namun pinjaman tanpa faedah atau penstrukturan semula pembayaran tidak sama jika dibandingkan keuntungan ahli politik dan pemaju hartanah yang terlibat dalam projek tersebut.

Begitu juga kisahnya graduan Melayu yang gembira mendapat peluang pekerjaan setelah menghadiri kursus bahasa Inggeris namun kebahagiaan mereka diragut apabila pihak yang menganjurkan latihan dan modul menjana kekayaan dari program tersebut.

Adalah tidak tepat keputusan kerajaan menganugerahkan pengundi setianya dengan agenda Melayu baru.

Pertama, dana yang digunakan Najib dan konco-konconya dari duit pembayar cukai bukan dari dana Umno atau yuran tahunan Perkasa. Kaum Cina, India dan wang pembayar cukai lain digunakan bagi tujuan tersebut.

Kedua, pelan yang diperkenalkan untuk Bumiputera itu melihat dengan tidak tepat kaum Cina, India dan lain-lain tinggal dalam kemewahan.

Pergi sahaja ke Kampung Medan atau pinggir Kuala Lumpur, pastinya kita diperlihat dengan kaum India yang masih diselubungi kemiskinan.

Pergi juga ke Jinjang dan Salak Selatan, anda boleh melihat keluarga Cina yang berusaha keras untuk hidup.

Ketiga, ganjaran itu tidak boleh ditafsir secara mudah tetapi inilah yang dilakukan kerajaan dalam agenda baru untuk Bumiputera.

Jika kita melihat isu pasaran graduan, siapa yang mengatur sistem pendidikan? Siapa pula yang mencabut bahasa Inggeris untuk diperkenalkan di sekolah?

Siapa yang memilih jalan mudah dengan membina banyak universiti sehingga pendidikan tinggi dilihat sebagai kilang ijazah.

Dan kini selepas kesalahan demi kesalahan, kerajaan mengakui kesilapan seperti graduan menganggur lalu tidak semena-mena mendakwa telah menemui penyelesaiannya.

Tiada apa yang pelik apabila kerajaan dilihat telah menipu. Semalam aspirasi Umnoputras dilancarkan lagi dengan mengabaikan hak kaum yang lain. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)

Sekali Lagi.. Bintang Hollywood, Michelle Yeoh Jadi Alat Propaganda BN

Posted: 15 Sep 2013 06:49 PM PDT

Gadis James Bond, Tan Sri Michelle Yeoh, hampir terlepas muncul dalam video Hari Malaysia penyanyi dan pembuat filem Pete Teo yang dilancarkan hari ini, selepas Putrajaya memberitahunya klip itu akan digunakan sebagai propaganda pembangkang.

Pelakon Hollywood kelahiran Ipoh itu merupakan salah seorang daripada personaliti terkenal termasuk ahli-ahli politik yang di"superimposed" dari kedua-dua babak perisytiharan Merdeka 1957 dan perisytiharan Malaysia pada 1963.

The Malaysian Insider difahamkan, Yeoh mahu melihat suntingan akhir klip video 4.25 minit itu seminggu sebelum disiarkan hari ini untuk membuat keputusan sama ada mahu terus berada dalamnya atau tidak.

"Beliau muncul selama dua saat. Akhirnya, beliau bersetuju untuk terus berada dalam klip," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan, pembantu media kerajaan yang terlibat dalam kempen penjenamaan kerajaan memberi amaran kepada Yeoh bahawa kemunculannya dalam klip video itu akan merosakkan imejnya kerana pemimpin pembangkang turut terlibat.


Baca seterusnya di SINI.






Iklan C (ii)


Tiada ulasan: