Sabtu, 7 September 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bekas Naib Ketua Pemuda PAS : Anwar bayar Karpal lebih RM50 juta.

Posted: 07 Sep 2013 10:33 AM PDT

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini memberi tempoh tujuh hari lagi kepada bekas calon BN Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail untuk menarik balik fitnah terhadapnya berhubung pendedahan 6,000 keping surat pada awal bulan lalu.

 Karpal menegaskan pemimpin Umno terbabit perlu segera mengemukakan permohonan maaf terhadapnya jika tidak mahu perkara tersebut dibawa ke mahkamah.

 "Perkara itu (Anwar bayar RM50 juta) satu penipuan, saya sudah berikan mereka (Mazlan, NST dan TV3) notis guaman," katanya kepada pemberita selepas pelancaran bukunya di sini, hari ini. 

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran kira-kira 6,000 laporan bertajuk Bankleaks Anwar-Karpal yang mendedahkan 'urus-niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang itu yang telah tersebar secara meluas di Permatang Pauh sejak awal bulan lalu.

 Surat layang itu mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar Karpal lebih RM50 juta sejak 2008 bagi kos guaman dan rasuah untuk hakim dan peguam bela.

 Tambah Karpal, sekiranya Mazlan enggan menarik balik dakwaan tersebut dan mengemukakan permohonan maaf terhadap beliau dan Anwar, pemimpin Umno itu boleh dikenakan denda dengan kos berganda sekiranya pendedahan itu terbukti fitnah semata-mata.

 "Dia (Mazlan) sudah diberikan peluang untuk menarik balik tuduhan itu, tempoh tujuh hari sudah diberikan, jika ikut undang-undang dia boleh dikenakan bayaran berganda sebagai kos kerugian kerana berdegil menjawab notis guaman yang diberikan itu," katanya lagi.

 Pada 4 Ogos lalu, Karpal berhasrat untuk memfailkan saman fitnah terhadap Mazlan kerana tuduhan tersebut.

 Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu itu juga kemudiannya menggesa Peguam Negara Tan Sri Gani Patail mengambil tindakan untuk mempertahankan sistem perundangan kerana dakwaan tersebut bertentangan dengan sistem kehakiman.

 Karpal juga berkata bertahun-tahun beliau mempertahankan Anwar adalah atas dasar persahabatan mereka dan bukannya atas faktor kewangan.

 Beliau juga menyifatkan tuduhan beliau menerima rasuah itu sebagai serius sambil memberi amaran beliau tidak akan berdiam diri.  Sumber

PR syor sidang meja bulat Pakatan-Kerajaan

Posted: 07 Sep 2013 06:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pimpinan Pakatan Rakyat mengesyorkan satu sidang meja bulat diadakan antara Pakatan Rakyat dengan Kerajaan bagi membincangkan usaha menangani ancaman pencerobohan bersenjata di Sabah.

 Pada masa sama, mereka juga mahu satu sidang khas Parlimen diadakan dengan segera, demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah itu.

 Cadangan tersebut dinyatakan melalui satu kenyataan media hari ini yang ditandatangan oleh ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. 

 "Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

 "Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka," kenyataan itu dipetik.

 Berikut kenyataan penuh:

Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan
 anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

 Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.

 Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

 Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

 Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.

 YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM Ketua Umum KEADILAN

 YB DATO' SERI ABDUL HADI AWANG Presiden PAS

 YB LIM KIT SIANG Penasihat DAP

Tiada ulasan: