Ahad, 8 September 2013

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Flashmob KB Mall : Ketua Polis Kelantan penipu.

Posted: 07 Sep 2013 11:16 PM PDT







Flashmob KB Mall : Ketua Polis Kelantan penipu.
Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/240562

Aktivis Kelantan kesal dan jijik dengan penipuan yang dilakukan oleh Ketua Polis Kelantan. Ketika ditahan, perserta belum hadir lagi. Apatah lagi jumlah 20 ketika tahanan dibuat. Hanya 4 aktivis yang sedang menyusun kertas slogan ditahan ketika itu. Berikut disertakan kronologi kejadian.

1.30 pm. 6 aktivis berkumpul di kedai minum belakang Kel Bike lama.

1.40 pm. 6 aktivis bergerak ke surau belakang Mat Spicy untuk solat Zuhur. Surau tutup. Aktivis ambil keputusan mulakan flashmob dan zuhur bergilir ketika program.

2.00 pm. 2 aktivis ke tandas. 4 aktivis (AdukaTaruna, Hazmi Miey, Listen Basikal Tua dan Rosdi) melintas jalan memasuki bawah flyover. Sekumpulan polis diketuai tanda nama MAHADI turut melintas (Mahadi pernah berbahas dengan gua semasa program camping stadium KB).

Kumpulan MAHADI menahan dengan baik. Menyuruh bersurai. Seorang anggota polis berkata perhimpunan 5 orang tidak sah. Gua berkata kami berempat (Ketua Polis kelantan menipu 20 orang). Akan berpecah sambil kutip derma. Mahadi berkata 2 orang sudah dianggap berhimpun.

Gua mengatakan kami sedia bekerjasama jika ditahan oleh polis beruniform. Tahan dengan baik, kami akur. Mahadi menjelaskan dengan baik pihak polis boleh merampas barang kempen kami, termasuk sticker.

Gua mempertahankan sticker kerana sticker tidak terlibat dengan flashmob. Ianya ditempah YB  Ahmad Marzuk Shaary. Beliau dianggap aktivis sebagai wakil perjuangan R dalam parlimen. Maka berlaku situasi sticker tersebut dipegang oleh Mahadi dan gua. Sekumpulan 'polis pakaian awam' menyerbu. Gua memberi amaran akan mempertahankan diri terhadap orang yang gagal menunjukkan identiti polis. Sakit sama sakit. Berpuluh kamera di hadapan KB Mall.

Mahadi meredakan keadaan dengan berjanji akan menyerahkan sticker ini selepas siasatan selesai. Gua akur dan diminta ke balai polis bergerak. Dan secara rasmi ditahan pada 2.10 petang.

2.30 pm. Rosdi cuba merakamkan proses tahanan. Tiba-tiba seorang berpakaian awam meyerbu, menghalang dan mahu merampas HP tersebut. Gua mempertahankan HP dan membantah tindakan orang berpakaian awam tersebut. Berlaku tolak-menolak. Gagal menyatakan identiti polis, maka hak gua mempertahankan diri.

Polis beruniform yang mahu membantu orang berpakaian awam tadi turut terhenti. Orang berpakaian awam mengeluarkan dompet dan menunjukkan identiti polisnya. Gua ucap terima kasih dan bertanya atas hak apa dia nak halang orang awam merakamkan apa2? Dia gagap. Kemudian membelasah akta mesin cetak, SKMM. Gua meminta dia melihat KB Mall. Penuh dengan rakaman.

Mahadi masuk campur meleraikan keadaan dan meminta OKT ke 'Lokap Bergerak'. Tanpa gari, tanpa ditutup pintu. Gua me-whatapps group aktivis supaya jangan hilang arah. Rugi datang jauh2, kena tangkap 4 orang dan acara berhenti. Teruskan flashmob sambil kutip derma.

3.00 pm. Seorang anggota polis menjengok dan meminta anak-anak muda berfikir sebelum berbuat sesuatu. Dibalas oleh Basikal bahawa sebab berfikirlah maka kami melakukan ini. Berlaku sedikit perbahasan. Gua membiarkan kerana ianya adalah sihat.

3.30 pm. Aktivis gelisah kerana masih belum Zuhur. Meminta polis membenarkan rakan aktivis memberi 4 botol mineral besar. Perkara tersebut dirujuk kepada Mahadi. Mahadi mengatakan dia akan selesaikan perkara ini secepat mungkin.

3.50 pm. Lokap bergerak mula bergerak. Diringi oleh polis pengiring bersiren. Perjalanan laju dan lancar. Semua kenderaan diarah ketepi atau berhenti. Dari tingkap kecil, kelihatan sebuah motorsikal ayah ibu dan 2 anak berhenti tergesa-gesa di lampu isyarat untuk memberi laluan kami. Begini rupanya menjadi seorang sultan.

4.00 pm. Hanya 10 minit KB Mall ke IPD Pengkalan Chepa! Kami turun dan meminta ke surau. Mahadi membenarkan dengan amaran, kalau lari, dakwaan atas lari pula. Selesai solat, masuk ke balai semula. Anggota polis sedang ketawa ketika mengambil gambar kertas kempen bertulis "Abang Sudin, 20 sen!"

5.00 pm. Mohon kepada Mahadi untuk Asar. Dibenarkan. Tetapi ditahan oleh anggota polis di pintu. Kami tak pedulikan sambil berkata kalau takut kami lari, mari ikutlah solat sekali. Selesai solat, kira-kira 30 aktivis Kelantan tiba. Memberitahu khabar flashmob dan kutipan derma berjaya mengumpulkan lebih dari RM1200. Malah diberikan pentas oleh syarikat alat kesihatan Jepun. Ustaz Marzuk menziarahi dan mengambil sticker kepunyaannya dari Mahadi.

6.30 pm. Perkara membuli berlaku. Aktivis yang ditahan turut disiasat atas akta dadah. Kami akan di urine test. Rakan aktivis setia menunggu. Turut hadir KP Tumpat. Kenyataan tidak bersetuju tindakan polis dikeluarkan dari Pemuda PAS Kelantan dan Pusat.

10.00 pm. Aktivis baru selesai diambil kenyataan. Dan belum menjalani ujian air kencing.

Tiada ulasan: