Ahad, 8 September 2013

Addin

Addin


Suspek Kes Pembunuhan Timbalan Pengarah Kastam Di Tahan

Posted: 08 Sep 2013 09:26 AM PDT

Sindiket penyeludupan kereta mewah yang dipatahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis dipercayai kes sama membabitkan pegawai kanan kastam ditembak mati pada April.

Timbalan Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) hanya tinggal setahun perkhidmatan ditembak tiga das di leher dan pipi.

Ketelusan Shaharuddin menyebabkan beliau digelar "Mr Clean".

Anaknya, Akhtar Shaharuddin memberitahu The Malaysian Insider beliau percaya pembunuhan bapanya berkait dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

Pada Khamis, SPRM menahan seorang pengurus bank, isterinya dan lelaki yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan itu. Siasatan juga menjurus kepada penipuan dan penggubahan wang haram.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan suspek berumur di antara 30 dan 40 tahun.

Suspek wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian kereta mewah bernilai RM500,000 sementara suaminya, seorang pengarah swasta disiasat kerana bersubahat.

Kereta yang dipercayai didaftarkan di Langkawi dibeli dengan harga RM300,00 dan dijual dengan harga setengah juta ringgit dalam masa tiga bulan.

Siasatan menunjukkan dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam adalah palsu dan duti eksais kereta tidak dibayar.

Difahamkan sindiket berkenaan telah beroperasi sejak setahun lalu. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Dr. Asri Bidas Fathul Bari

Posted: 08 Sep 2013 08:24 AM PDT



Nabi s.a.w tidak meninggalkan perincian dalam masalah politik. Politik bukanlah ibadah khusus seperti solat, puasa yang seumpamanya yang tidak boleh diubah. Politik itu sesuatu yang bergerak berdasarkan kemaslahatan hidup manusia. 

Justeru itu, Nabi s.a.w tidak meninggalkan pendetilan tentang politik, sebaliknya hanyalah prinsip-prinsip umum untuk dipegang oleh manusia. Jika ada pendetilan, ia mempunyai faktor tempat dan masa yang terdedah kepada perubahan.

Apatahlagi, pentadbiran kerajaan Nabi s.a.w tidaklah sistematik seperti zaman selepas itu. Ini kerana keperluan politik sudah memadai dengan bentuk pengurusan yang lebih menjurus kepada tribal system ketika itu. Maka pengurusan Nabi s.a.w berdasarkan kepada keperluan rakyat. 

Kemudian politik itu berkembang dan pengurusannya lebih rumit dan terperinci. Tidak sama pula antara satu tempat dengan yang lain, antara negeri dengan negeri, antara negara dengan negara.

Maka, kita dapati banyak perubahan politik yang dilakukan selepas kewafatan Nabi s.a.w, khususnya bermula pada zaman Saidina 'Umar al-Khattab. Ijtihad dalam politik lebih luas dan terbuka. Terasnya, kemaslahatan rakyat. Islam bersifat luas dalam hal politik. Ini kerana syariat itu dibina atas dasar kemaslahatan manusia.

 Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):
"Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya". (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I'lam al-Muwaqqi'in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).
Ertinya, apa yang penting dalam penegakan syariat adalah tujuan atau maqsad utama syariat itu iaitu kemaslahatan manusia. Bukan soal nama yang penting tetapi matlamat dari perlaksanaan sesuatu perkara yang dikaitkan dengan nama syariah itulah yang paling penting. 

Jika kita memberikan nama yang 'islamik' sekalipun, tetapi tidak mencapai tujuan syariah iaitu keadilan untuk manusia, maka ia tidak boleh dianggap islamik. Nama bukan penentu, isi dan pencapaian maqsad itulah yang paling penting. 

Sebab itu, jika menamakan negara dengan 'daulah islamiyyah' tetapi tidak mencapai maqsad keadilan, maka nama itu tidak bererti, bahkan memberikan salahfaham umum terhadap agama yang suci ini.
Realiti Semasa

Untuk mencapai keadilan dan tujuan perlaksanaan syariah, ia memerlukan kefahaman terhadap nas dan penelitian terhadap realiti semasa. 

Kefahaman yang literal terhadap hadis-hadis siyasah akan menjadikan perlaksanaan Islam dalam bidang tersebut gagal mencapai tujuan sebenar syariat. Sebab itu dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
"Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan". (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani)
Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:
"Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza'i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…".
Dalam riwayat Abu Daud:
"Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran" (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani.)
Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w mengambil kira persoalan realiti tempat, masa dan kesan terhadap sesuatu perlaksanaan hukum. 

Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapuhan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati. Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. 

Maka perjuangan mengujudkan suasana yang kondusif itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya. Demikian juga dalam hadis Anas bin Malik, dia berkata:
"Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: "Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami". Jawab Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta". (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Dalam hadis ini, Nabi s.a.w enggan menetapkan atau mengawal harga barang (price control policy). Baginda bimbang itu akan menzalimi peniaga. Ini sangat relevan dengan keadaan para peniaga pada zaman baginda, keadaan barangan yang diniagakan dan juga bentuk perdagangan yang ada ketika itu. 

Namun, apabila zaman berubah, sikap peniaga, keadaan pasaran (market situation) pun berubah. Jika price control policy tidak diwujudkan, para pembeli pula mungkin menjadi mangsa. Untuk itu kita dapati para sarjana fekah sejak dahulu ada yang memboleh penetapan harga oleh pihak berkuasa apabila melihat kepada perubahan keadaan. Kata al-Munawi (meninggal 1031H) :

"Rabiah (bin 'Abd al-Rahman) telah mengharuskan penetapan harga. Ini sebenarnya Mazhab 'Umar, kerana itu akan memelihara sistem harga. Kata Ibn al-'Arabi al-Maliki: sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan".( Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.).
Hal yang sama disebut oleh Ibn Taimiyyah dalam Majmu' al-Fatawa.Kefahaman yang sebegini bukan menolak hadis, sebaliknya berusaha melihat nas dari segi teks dan konteks. Maka, pemimpin muslim yang hendak memimpin umat dalam era ini, tidak boleh terlalu literal dalam memahami nas, tetapi hendaklah melihat Maqasid al-Syariah (The higher objectives of Islamic Law) bagi setiap nas-nas yang berkaitan politik islami.


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin




Iklan C (ii)


Ini Kisah Di Sebalik Pengarah Kontroversi Tanda Putera

Posted: 08 Sep 2013 05:59 AM PDT

Pertemuan bersama pengarah yang kini dilanda kontroversi, Datin Paduka Shuhaimi Baba diadakan di sebuah restoran masakan Itali di Bangsar.Sesampainya beliau di sana, minuman kegemarannya Cafe Latte dipesan untuk menghilangkan dahaga."Saya sukakan tempat ini. 

Pasta Aglio Olio di sini merupakan kegemaran saya," katanya.Pembikin filem berusi 63 tahun ini mengenakan seluar panjang berwarna hitam dan kemeja lengan panjang dan berkasut merah.

Matanya kelihatan lesu memberi isyarat pertarungan beliau sejak beberapa hari ini untuk mempromosikan hasil kerja tangan terbarunya.Filem terbarunya, Tanda Putera dimulakan tayangan pada dua minggu lalu hangat mencetuskan kontroversi malah kerajaan negeri Pulau Pinang juga cuba menyemarakkan lagi suasana.

Mengulas mengenai suara sumbang yang mengkritik karya terbarunya, beliau berkata ramai memberi komen tidak membina."Mereka yang kuat mengkritik itu seharusnya menonton filem itu terlebih dahulu sebelum mengemukakan komentar," katanya.

Beliau masih mahu Tanda Putera dikenang sebagai filem yang menceritakan perjuangan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail berjuang memimpin negara.

Menepis dakwaan beliau tidak mengalami peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, katanya beliau sendiri merupakan penuntut Institut Teknologi Mara ketika itu."Saya dan rakan melihat sekumpulan perusuh menanggalkan seluar mereka dan kami sangat terkejut," katanya.

Pengarah filem itu dilahir dan dibesarkan di Seremban bersama empat adik beradik perempuan dan tiga adik beradik lelaki."Saya anak kelima dan arwah ibu menyangka dia tidak akan beranak lagi namun dikurniakan seorang lagi cahaya mata tujuh tahun kemudian.

"Atap rumah kami dahulu selalu diterbangkan angin semasa menikmati makan tengahari ketika cuaca hujan dan berangin.Katanya, meskipun beliau tidak mempunyai cita-cita awal untuk menjadi pembikin filem, keluarganya merupakan penggemar filem.

"Filem pertama yang saya tonton di pawagam adalah filem Hindustan. Makcik saya sewaktu keluar temu janji bersama teman lelakinya, mengheret saya dan kakak bersama.

"Shuhaimi berkata beliau sering menggunakan wang saku sekolah untuk pergi menonton filem."Saya datang dari keluarga yang susah. Ayah seorang kerani kerajaan manakala ibu hanyalah seorang suri rumah. 

Kami menonton pelbagai filem dari tempatan hinggalah ke antarabangsa," jelas beliau.Shuhaimi memberitahu hanya dirinya sahajalah yang menjadi pembikin filem dalam ahli keluarganya.

Selain minatnya dalam filem, beliau turut teruja membaca buku, satu tabiat yang diwarisi dari ayahnya."Abang dan kakak akan menunggu ayah membeli dan menghabiskan bacaan sesuatu buku sebelum kami bergilir-gilir membacanya," katanya sambil tertawa kecil.

Semasa menyertai kelab filem di fakultinya, beliau diminta untuk menghasilkan filem berdasarkan buku.

Bakat dalam pembikinan filem menyebabkannya terpilih menerima biasiswa di bawah Pelan Colombo untuk mengikuti latihan secara profesional di British Broadcasting Corporation.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Shuhaimi pernah menjadi pembersih hotel dan pelayan restoran bagi menanggung sara diri di United Kingdom kerana biasiswanya hanya mencakupi yuran pengajian.

Dua tahun selepas itu, pada 1982 beliau kembali ke Malaysia dan menyertai TV3 dan Astro yang meminta beliau mewujudkan rangkaian Melayu.Pada masa itu, beliau sempat menerbitkan beberapa filem yang telah memenangi anugerah dalam dan luar negara. 

Beliau pernah menggondol anugerah pengarah terbaik, sinematografi terbaik dan banyak lagi.Layar Lara 1997 menjadi kejayaan terbesar buat dirinya.Buat masa ini, Shuhaimi menyibukkan dirinya dengan melancong dan akan menuju ke Phuket selepas ini setelah semua kemelut yang melanda dirinya selesai. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Runtuh Di Terengganu Berterusan, Kini Tangki Air Sekolah

Posted: 08 Sep 2013 02:37 AM PDT


Sebuah tangki air di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan dekat Marang Terengganu telah meletup dan pecah menambahkan siri kejadian sedemikian di negeri Darul Iman ini.

Tangki air tersebut meletup kira-kira jam 11.30 malam pada 4 September lalu, hampir sama dengan kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Paka, Dungun pada 14 Julai 2012.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika mendedahkan perkara itu, menggesa kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap bangunan dan binaan kerajaan yang dilihat kerap runtuh dan rosak di negeri ini, lapor Harakahdaily.

"Saya sudah peringatkan pihak kerajaan kerana ianya melibatkan keselamatan rakyat, saya hairan lepas satu-satu peritiwa (yang berlaku) dan yang terakhir tangki air yang pecah. 

Pecah, mendap, runtuh… ia melibatkan keselamatan orang ramai."(sedangkan) Bila sesuatu projek dilaksanakan ia melibatkan banyak agensi dan jabatan kerajaan yang memastikan perkara (binaan) yang dibina itu mengikut spesifikasi (yang telah ditetapkan),"ujarnya.

Beliau berkata demikian pada satu siding medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) sempena Majlis Sambutan Rumah Terbuka PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, kejadian binaan dan bangunan kerajaan yang runtuh dan rosak ini jarang berlaku waktu dahulu, namun ia sudah macam satu 'kelaziman' kini di Terengganu.

Kata Abdul Wahid, kejadian itu berlaku seperti stadium runtuh, tanah mendap, sekolah senget, tangki air pecah dan lain-lain lagi.

Bumbung Stadium Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu adalah yang paling popular runtuh di Terengganu.

Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam berpendapat sekiranya tindakan sewajar tidak diambil, rakyat akan hilang keyakinan kepada jabatan dan agensi kerajaan.

Oleh itu, katanya perkara terbabit perlu diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan BN Terengganu. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)








Kenapa Najib Terkedu Baca Berita Ni?.. Saksikanlah

Posted: 08 Sep 2013 01:04 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 SEPT: Langkah terbaru kerajaan Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, terus mendapat kecaman dari rakyat Malaysia yang berang dengan keputusan tersebut.

Terbaru, di laman Facebooknya, orang ramai meluahkan rasa marah dan kesal  di atas kenaikan harga bahan bakar tersebut yang dilihat menjerut leher mereka.

Malah ramai antara mereka meminta perdana menteri itu meletak jawatan kerana gagal menguruskan ekonomi ketika negara kini menanggung hutang lebih RM 622  bilion.

Tidak kurang yang mencadangkan agar gaji dan elaun beliau dan barisan kabinet dipotong, selain mengurangkan perbelanjaan untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengendali laman tersebut pada awalnya meminta rakyat Malaysia menyampaikan idea bagi pembentangan Belanjawan 2012 dengan menghantar idea berkenaan di  laman 1Malaysia.com.

Bagaimanapun, kiriman status itu menerima kritikan  orang ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan diambil kerajaan, Isnin lalu.Ada antaranya juga menyesal kerana memilih BN pada Pilihan Raya Umum, selain tidak kurang juga yang menyindir pengundi BN kerana memilih parti itu, pada PRU lalu.

Sehingga berita ini ditulis, lebih 1200 menulis komen di ruangan tersebut dengan 99 peratus mengecam keputusan kerajaan.

Berikut sebahagian daripada komen pengguna FB berkenaan yang sempat dipetik:Azahar Md Said:  Najib Razak PM xguna… Selagi kau jadi PM dkt Malaysia ni mmg rakyat susah smpai bila2.. Yg hidup senang kroni2 kau je bukan nye rakyat… Puih!!!

Mohd Talha: Bayar hutang negara la Najib, malukan Malaysia je"Jibam Jb: Kurangkan gaji dan elaun perdana menteri serta menteri2 kabinet malaysia…minyak isi pakaiduit poket sendiri…..ini minyak free jer rakyat plak yg kena tanggung kos korang.

Mohd Ridhuan: Najib penipu! perompak! mu ingat semo rakyat mcm mu ko ??? mu ingat rakyat semua kaya mcm kroni2 mu ko??? mcm ni ko jnji ditepati dan rakyat didahulukan??? mu meme gilo.

NajibCarrot Susu: Kurangkan perbelanjaan Rosmah MansorMuhammad Ezwan Hj Masuri: Turunkan harga minyak dan semua brg akan turun… Naik 20sen trun 15sen sama je tetap naik… Malaysia ade minyak sendiri… Knp harga minyak masih mahal?

Zaini Jai: Jgn la bebankn rakyat….kami dr BN akn sokong PRMohd Faizal Zali: Naikkan gaji pekerja swasta minima 1200 bkn 900 , kata nk jd negara berpendapatan tggi! Hrga myk naik brg nik sume naik , gaji kecik!!

Koo Cai: Mohon letak jawatan segera…Juliana Adila: Mls nk layan bg cdgan pun bkn nk dgr… p duk naik lg hrga….. rasa tertipu sbg rakyat… sedihhhh sedih… semga ALLAH membalasnya. ..

Cik Ida Damia Isabella: Agak terkilan dengan keadaan skrg..rmai lagi yang susah..negara je maju..rakyat sengsara..harap dapat menyelami kehidupan kami rakyat biasa..

Puteri Joy Lim: Sila naikkan lagi harga minyak, harga barang runcit dan apa lagi mahu naik, naik la. 5 yrs later u tarak chance lagi dah. Sekian terima kasih. ~keadilandaily






Iklan C (ii)



Tiada ulasan: