Selasa, 3 September 2013

Addin

Addin


Nazri Aziz Buat U-Turn?

Posted: 03 Sep 2013 04:00 PM PDT

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) menafikan mengeluarkan kenyataan  mengatakan masyarakat Cina sebagai pencetus kepada Tragedi Berdarah 13 Mei 1969.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, apa yang dbeliau katakan pada ketika itu adalah seluruh komuniti Cina tidak bersalah disebabkan insiden dilakukan segelintir individu.

"Saya tidak berkata demikian, mereka salah faham apa yang saya cakap, if you know me, saya tidak akan cakap macam tue," kata Mohamed Nazri kepada pemberita semasa Majlis Warna-Warni Aidilfitri anjuran Kementerian Pelancoongan di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas mengenai cadangan Penasihat DAP Lim Kit Siang agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan tragedi 13 Mei, Nazri mengatakan ianya merupakan satu cadangan bodoh.

"Saya tidak rasa sejarah harus diubah semula dan itu semua adalah cadangan bodoh," katanya. 

"Mereka tanya mengenai Tanda Putera isaya tanya apa masalah dengan filem ini, kemudian seorang wartawan kerana tanya kerana kaum Cina terasa apabila digambarkan sebegitu.

"Apa yang saya katakan hari itu jangan kerana satu dua orang Cina seluruh masyarat Cina disalahkan dan saya bagi contoh Hitler yang membunuh Yahudi tapi kita tidak boleh cakap seluruh rakyat Jerman yang melakukan perbuatan itu," katanya lagi.

Sabtu lalu Mohamed Nazri dilaporkan bersetuju dengan gambaran filem Tanda Putera yang kononnya kaum Cina sebagai pencetus 13 Mei.

Namun, beliau turut berkata ia hanya dilakukan oleh segelintir individu dan menegaskan mana-mana pihak tidak seharusnya terasa kerana apa yang dipertontonkan itu adalah sejarah. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)

Bekas Bos NSTP, Dato' A. Kadir Jasin Bidas Najib Kerana Boros

Posted: 03 Sep 2013 09:00 AM PDT

Datuk A. Kadir Jasin (gambar) membidas kerajaan Barisan Nasional (BN) ekoran keputusan menaikkan harga minyak semalam, serta menggesa kerajaan tidak lupa akan rakyat luar bandar yang menyelamatkan mereka pada pilihan raya ke-13 lalu.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) tersebut menegaskan kenaikkan tersebut akan menekan rakyat khususnya luar bandar, dimana keputusan pilihan raya lalu telah menunjukkan secara jelas BN terselamat kerana sokongan mereka.

"Pengurangan subsidi menyebabkan harga minyak naik dan beban pengguna meningkat. Menteri Kewangan kata, kenaikan terbaru ini akan menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion.

"Di mana penjimatan itu akan dibelanjakan kita kena tahu. Harap-harap janganlah tumpu kepada bandar saja. Ingatlah siapa yang menyelamatkan BN pada 5 Mei lalu!" bidas Kadir dalam tulisan blognya susulan pengumuman kerajaan semalam.

Beliau juga mengecam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana bersikap boros dan tidak berbelanja secara berhemah sehingga menjadikan rakyat sebagai mangsa.

"Dilihat dari luar, nampak kerajaan boros. Belanja lawatan ke luar negara Perdana Menteri saja RM44.07 juta sejak Mohd Najib jadi PM lima tahun lalu.

"Belanja baik pulih dan ubah suai kediaman rasmi pula berapa?" katanya lagi.

Selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu, penganalisis membuat kesimpulan berlaku peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang antara bandar-luar bandar Malaysia semakin luas.

BN walaupun berjaya mempertahankan kuasa persekutuan dalam pilihan raya paling sengit negara, mereka telah kehilangan bandar-bandar besar dari George Town ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar besar di Johor.

BN gagal untuk menang di Selangor dan Pulau Pinang – dua negeri perindustrian di Malaysia – walaupun berjaya merampas kembali Kedah, negeri pedalaman dan jelapang padi itu.

Putrajaya semalam mengumumkan kenaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang menjelang 2020.

Langkah tersebut mendapat sokongan pakar ekonomi yang menyifatkannya sebagai baik bagi menangani hutang kerajaan yang semakin meningkat, iaitu ketika ini berada pada paras 53.5 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada hujung tahun lalu.

Sejurus pengumuman semalam, orang ramai bergegas dan memenuhi stesen minyak serta meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah kerajaan tersebut.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel adalah naik pada tahun 2010, mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)


2 Di Tahan Berhubung Kematian Eksekutif Air Asia X

Posted: 03 Sep 2013 05:23 AM PDT

Seorang pemandu bas sekolah dan rakan sejenayahnya ditahan bagi membantu siasatan kematian eksekutif AirAsiaX Shahrinawati Abu Bakar di Ampang minggu lepas.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengatakan mereka menahan suspek pertama pada Jumaat.

Dalam operasi susulan, pemandu bas sekolah itu ditahan di Taman Cempaka, Ampang petang semalam.Wanita berumur 30 tahun itu mati secara tragis selepas pemandu kenderaan yang mahu membantunya mengejar dua suspek cuba merompaknya, terlanggar dirinya.

Seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.

Menurut Amiruddin, kedua-dua suspek sedang disiasat kerana rompakan bersenjata dengan percubaan untuk menyebabkan kematian atau kecederaan parah kepada Shahrinawati.

Suspek berhadapan dengan penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan jika didapati bersalah.

Kejadian berlaku minggu lalu di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.

Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi. Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang yang baik. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)



Panas!! PKR Dakwa Pendaftaran Pertubuhan Luluskan 3 Kumpulan Kongsi Gelap

Posted: 03 Sep 2013 04:16 AM PDT

Datuk Saifuddin Nasution Ismail membidas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang mudah meluluskan tiga kumpulan kongsi gelap, tetapi sehingga hari ini Pakatan Rakyat (PR) dihalang dengan pelbagai cara daripada didaftarkan.

Setiausaha Agung PKR itu yang juga wakil sekretariat PR, mendakwa RoS tidak memberikan kerjasama untuk membantu mereka sejak permohonan kali pertama dibuat pada 2009 sehingga kini.

"Kita sedia maklum RoS baru-baru ini mengakui terdapat tiga kumpulan kongsi gelap yang berdaftar dengan mereka, jadi saya ingin menyoal mereka.

"Mengapa begitu mudah tiga kumpulan kongsi gelap mendapat kelulusan daripada RoS, tetapi tidak dengan pendaftaran Pakatan Rakyat? Kami bukannya gengster atau penjenayah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Saifuddin berkata, RoS juga tidak pernah menghantar surat atau notis kepada PR mengenai status pendaftaran yang dibuat, serta membidas agensi itu yang menggunakan media sebagai saluran menyampaikan berita mengenai perkara tersebut.

"Semua maklumat yang kami perolehi hanya menerusi media massa, mereka tidak pernah menghantar surat mahupun notis kepada kami untuk memberitahu status permohonan lama.

"Adakah sukar untuk menghantar surat kepada kami," katanya.

Semalam, media melaporkan RoS menolak permohonan PR kerana mereka hanya pernah memohon sekali sahaja dan tidak pernah membuat tindakan susulan.

Malah, Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya tidak dapat memproses kelulusan buat masa ini kerana PR menukar pucuk pimpinan sejak 2009, namun tidak memaklumkan status terkini mereka kepada RoS. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Najib Terdesak Naikkan Harga Minyak.. Ini Sebabnya

Posted: 03 Sep 2013 02:26 AM PDT

Mudah bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk kekal populis dan mengelakkan daripada bercerita mengenai pemotongan subsidi. Sangat mudah.

Mengapa? Kerana inilah yang dilakukan pemimpin terdahulu untuk dikasihi dan dihormati rakyat.

Kenyataannya, perdana menteri yang sanggup berbelanja di tempat tidak sepatutnya daripada menyelesaikan permasalahan pokok tidak wajar dibiarkan terus berkuasa.

Status kewangan negara yang sedang berdepan krisis, memaksa Najib meninggalkan zon selesanya sebagai populis ke kawasan tidak disenanginya.

Perbelanjaaan kerajaan pimpinannya semasa pilihan raya umum lalu mendatangkan beberapa kesan buruk kepada negara.




Iklan C (ii)


Punca Sebenar Kekecohan Di Pam Minyak Malam Tadi Tersebar

Posted: 02 Sep 2013 10:53 PM PDT

Pam minyak rosak di sebuah stesen minyak di Batu Buruk, Terengganu selepas dilanggar kereta malam tadi
Akibat kenaikan harga minyak malam tadi, kekecohan berlaku di seluruh negara sehingga menyebabkan sebuah pam minyak di Batu Buruk, Kuala Terengganu dilanggar.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta terlanggar pam minyak di stesen berkenaan menyebabkan kaca dan plastik bertaburan.

Petang semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen lagi menjadikannya masing-masing RM2.10 dan RM2.00 seliter.

Ia bakal diikuti oleh kenaikan harga tarif elektrik dan juga pelaksaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas ini.

Ekoran itu, pengguna menyerbu stesen minyak di seluruh negara menyebabkan kekecohan berlaku sehingga tengah malam tadi.

Menurut saksi, kejadian di Batu Buruk itu berlaku ketika semua berebut-rebut untuk mengisi minyak selepas pengumuman mengenai kenaikan harga itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya , berkata kerajaan BN perlu menggunakan kuasa yang ada bagi mengawal kenaikan harga barangan khususnya selepas kenaikan harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Katanya, rakyat sanggup bersusah-payah bersama kerajaan kalau kerajaan menunjukkan pembetulan pada sikap borosnya yang keterlaluan.

"Malangnya ini bukan kesnya. Kenaikan harga minyak ini mesejnya mudah iaitu rakyat mesti ubah gaya hidup, kerajaan boleh terus berboros," katanya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Kenaikan Harga Minyak Di Sambut Api Kemarahan Rakyat

Posted: 02 Sep 2013 06:29 PM PDT

Seorang pemandu mengisi minyak keretanya di stesen minyak di Petaling Jaya selepas kenaikan harga minyak RON95 dan diesel malam tadi
Ribuan rakyat Malaysia beratur di hampir semua stesen minyak malam tadi menjelang kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, sekaligus menaikkan kemarahan orang ramai kerana pemotongan subsidi itu.

Kebanyakan pengguna yang ditemui di Lembah Klang menyalahkan Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga bahan bakar itu di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang makin meningkat dari hari ke sehari.

Janji Putrajaya untuk meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam bajet 2014 tidak memberikan kesan kepada penduduk Lembah Klang kerana kebanyakan daripada mereka tidak layak menerimanya dan bantuan itu hanya diterima sekali sedangkan kesan kenaikan itu terpaksa ditanggung setiap hari.

Pemberian wang tunai RM500 itu sebelum ini diberikan kepada lima juta isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Shahrulnizam Mohamad, 29, berkata kenaikan harga minyak bermula tengah malam tadi dijangkakan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kerana umumnya rakyat mengetahui Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan harga bahan bakar itu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya.

"Kenaikan harga ini sangat memberi kesan kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana kenderaan seperti kereta memainkan peranan penting kepada orang awam. Dengan kenaikan harga barang ini, peniaga juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang," katanya.

Sementara itu, K Primela, 35, berkata kerajaan tidak wajar menaikkan harga petrol sewaktu rakyat sedang terhimpit dengan kenaikan harga barang selepas musim perayaan.

"Kerajaan BN 'bijak' mengambil kesempatan selepas beberapa bulan pasca PRU13 untuk menaikkan harga minyak. Sebelum pilihan raya berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak, tetapi kemudian lain jadinya. Apatah lagi kini rakyat sudah mula dibebankan dengan kenaikan harga barang. Gaji tidak pula catat kenaikan tapi harga minyak pula yang naik.

"Rakyat sendiri dapat perhatikan perbuatan buruk kerajaan BN apabila belum sampai setahun mendapat mandat menerajui negara, sudah tampil dengan pendekatan membebankan rakyat. Selepas ini, apa pula yang kerajaan nak naikkan," katanya, ketika ditemui di sebuah stesen minyak di Bandar Puteri, Klang malam tadi.

Lim Tai Boon, 46, yang ditemui di tempat sama juga melihat kenaikan harga minyak sebagai permainan politik kerajaan BN.

"Dulu sebelum pilihan raya janji tidak naikkan harga minyak. Lepas BN menang pilihan raya, lain pula ceritanya. Perkara ini memang tidak patut, menyusahkan rakyat," katanya.

Pengguna turut kesal dengan tindakan kerajaan menaikkan harga bahan bakar itu kerana tempoh makluman yang diberikan singkat untuk pengguna bertindak.

Tengku Zarul Tengku Lokman, 37, berkata kenaikan 20 sen seliter satu tindakan kejam yang dilakukan kerajaan kepada rakyat sambil menjangkakan harga barang keperluan asas lain turut meningkat ekoran kenaikan harga bahan bakar.

"Saya tahu mengenai kenaikan harga minyak ini melalui laman sosial Facebook. Media kerajaan melalui televisyen dan radio tidak komited dengan pengumuman itu. Esok bila sudah naik, baru hendak disiarkan. Itu yang jahatnya kerajaan enggan memaklumkan terlebih awal," katanya.

Amir Azri, 26, pula membayangkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menaikkan kadar pemberian BR1M tidak praktikal kerana saguhati itu diberikan sekali sahaja tetapi perbelanjaan petrol adalah keperluan harian.

"Kadar BR1M yang diterima tidak setimpal dengan kenaikan harga minyak. BR1M adalah wang pembayar cukai, justeru wang rakyat juga yang digunakan untuk menjayakan wang saguhati itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Najib ketika mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel semalam, menjelaskan kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.

Beliau menjelaskan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel," kata Najib selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di Pejabat Perdana Menteri.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel naik pada tahun 2010, iaitu mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter.

Najib menegaskan langkah itu bagi memastikan sasaran kerajaan mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.

Perdana menteri memberikan alasan langkah pengurangan subsidi itu bertujuan memastikan ia sampai kepada kelompok sasaran memandangkan subsidi ketika ini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang kaya dan warga asing.

Katanya, Malaysia perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas sambil menjelaskan kerajaan ketika ini terpaksa menanggung subsidi bahan api sebanyak RM24.8 bilion untuk tahun ini.

Bagi memastikan kelompok yang lebih memerlukan ini menikmati subsidi, Najib juga mengumumkan pentadbirannya berjanji akan meningkatkan pemberian wang tunai BR1M yang akan diumumkan semasa pembentangan bajet 2014 nanti. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: