WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Siapa bunuh Altantunya dan kenapa? (LM)
- Sirul & Azilah bebas, Najib akan dipanggil (LM)
- The night Altantuya was murdered - Americk Sidhu
- ALTANTUNYA .NAJIB AKAN DI SAPINA UNTUK TUNTUTAN SIVIL
Siapa bunuh Altantunya dan kenapa? (LM) Posted: 23 Aug 2013 12:40 AM PDT |
Sirul & Azilah bebas, Najib akan dipanggil (LM) Posted: 23 Aug 2013 12:25 AM PDT Mahkamah bebas Azilah, Sirul dari tuduhan bunuh Altantuya Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Sementara itu, Peguam kanan Karpal Singh akan memohon untuk memanggil Datuk Seri Najib Razak dan bekas pembantunya DSP Musa Safri dalam saman RM100 juta berkaitan pembunuhan warganegara Monglia Altantuya Shaariibuu. |
The night Altantuya was murdered - Americk Sidhu Posted: 23 Aug 2013 12:11 AM PDT |
ALTANTUNYA .NAJIB AKAN DI SAPINA UNTUK TUNTUTAN SIVIL Posted: 23 Aug 2013 12:06 AM PDT Karpal panggil PM, Musa Safri dalam tuntutan sivil bapa AltantuyaPeguam Karpal Singh (gambar), yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak Setev, berkata beliau akan mendesak tuntutan itu didengar tidak lama lagi. Setev memfailkan tuntutan sivil RM100 juta terhadap Abdul Razak Baginda, Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan kerajaan Malaysia pada Jun 2007. "Kita kini akan memanggil perdana menteri dan Musa. Musa tidak boleh bertindak sendiri," katanya di Shah Alam, hari ini. Karpal berkata, di sebalik pembebasan Azilah dan Sirul, Setev masih mempunyai jalan menerusi tuntutan sivil. "Ini akan menjadi peluang membuktikan salah di atas keseimbangan kemungkinan. "Saya akan mengaktifkan tuntutan itu untuk kes itu ditetapkan bagi pengurusan kes," katanya. Bagaimanapun, katanya, ada kemungkinan tuntutan kes itu kekal ditangguh berikutan rayuan yang mungkin difailkan Pejabat Peguam Negara berikutan keputusan mahkamah hari ini. Ketika ditanya sama ada pembebasan itu akan dibawa kepada tuntutan sivil, Karpal berkata,`ya'. "Kita masih boleh menggunakan ini untuk menghukum mereka. Kes pemain bola Amerika, OJ Simpson contohnya. Dia dibebaskan atas tuduhan membunuh isterinya, tetapi kemudian didapati boleh dihukum menerusi tuntutan sivil atas kematian isterinya dan diperintah membayar kemusnahan," katanya. "Perkara ini (merujuk kepada kes Altantuya) adalah perkara serius. Seseorang datang ke negara kita, diletupkan dan akhirnya tidak ada sesiapa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku." Karpal juga mengkritik pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes itu. "Mereka patut dipertanggungjawabkan atas kecacatan yang berlaku," katanya merujuk kepada beberapa perkara yang dibangkitkan panel Mahkamah Rayuan dalam penghakiman mereka pagi ini. "Ia menunjukkan mereka tidak melakukan tugas sebaiknya," katanya. – 23 Ogos, 2013. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan