Jumaat, 23 Ogos 2013

dollah yankee

dollah yankee


Umur masih panjang (buat masa ini lah..)

Posted: 23 Aug 2013 05:37 PM PDT


Gurkah-gurkah di'port' pun tak mau ketinggalan dan tak mau tertinggal bas nak ulas tentang betapa 'rezeki,ajal,maut' itu ditangan Allah SWT bila dua orang ini umur mereka masih panjang dan Malaikat maut masih belum bersedia mahu menjemput mereka.

Selepas tujuh tahun, tiada siapa yang dipertanggungjawab untuk menjadi 'kambing hitam' dan selepas tujuh tahun juga lah tiada siapa pun akan tahu mengapa pompuan cantik dan seksi dari Monggolia ini mati dibunuh dengan kejam sekali pada tengah malam itu.

Pun begitu, keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin masih tidak dapat menutup fail pembunuhan misteri berprofail tinggi ini... apa lagi nak menutup mulut-mulut yang begitu banyak.

Kalau dah dua orang ini didapati tidak bersalah, siapa yang bersalah dan patut dipersalahkan? dan pasal apa pompuan cantik dan seksi ini dibunuh?

Sebelum dibom dengan C4, pompuan ini telah ditembak terlebih dulu. Tapi kedua-dua komando polis ini ada memberitahu dalam mahkamah yang mereka tidak mempunyai ekses kepada bahan letupan C4 itu. Apa yang terjadi sebenarnya? dan selain daripada mereka berdua ini, ada siapa lagi yang terlibat? (mana perginya bomoh-bomoh yang handal yang boleh guna ilmu 'scan' mereka?)

Pompuan cantik lagi seksi ini didakwa telah menjadi kekasih gelap Abdul Razak Baginda, dan selain dari Allah SWT hanya DSP Musa Safri sahaja yang tahu apa jenis pertolongan yang telah diminta olih Razak Baginda pada malam itu, dan apabila pompuan cantik yang seksi ini muncul pada malam yang malang itu, dua komando ini telah membawanya pergi.

Dan itu lah kali terakhir pompuan cantik, seksi dan mengancam ini dilihat masih hidup dan bernyawa.

dollah yankee -
Gurkah-gurkah di'port' mempunyai perasaan yang sangat kuat yang ajal dua orang ini akan datang juga, mungkin selepas PAU nanti bila pihak pendakwa akan merayu di Mahkamah Persekutuan ...




Tiada ulasan: