Isnin, 26 Ogos 2013

WARKAH SERATING

WARKAH SERATING


Bulan takkan terbelah bagi kali kedua...

Posted: 08 Sep 2010 05:49 AM PDT
















1. Antara mukjizat Nabi Muhammad s.a.w kepada kaum Quraish sebagai bukti kenabiannya ialah terbelahnya bulan.

2. Mukjizat itu hanyalah sekali sahaja..

3. Dalam politik kepartian di Malaysia parti Islam yang berlambangkan bulan purnama penuh pernah "retak" dan terbelah dua dalam tahun 1980-an.

4. Peristiwa itu dirakamkan oleh seorang penulis Halim Mahmood. Dengan kulit buku melambangkan bulan yang retak dan gambar Asri dan Hj Hadi.

5. Matan presiden Pas ketika itu menghadapi tentangan dari dalam Pas oleh "young turk" yang diketuai oleh TG Nik Abdul Aziz dan TG Hj Abdul Hadi.

6. Akhirnya presiden Pas yang berjaya membawa kepada 'unity goverment' dengan BN selepas sengketa kaum 1969 tersingkir selepas revolusi dalaman Pas.

7. Ramai generasi muda Pas pasca-kepimpinan ulamak tentu sudah lupa peristiwa ini.

8. Tetapi jika dibuka buku 'Asri Dalam Dilema' kita akan dihidangkan dengan detik-detik kejatuhan 'parti Asri sekeluarga'.

9. Bulan retak akibat 'unity goverment' dengan BN yang diarkitekkan oleh Asri dan Tun Razak.

10. Ada yang beranggapan roda kitaran Pas berputar dengan dulunya Hj Hadi menentang polisi Asri berbaik dengan Umno. Sekarang beliau cuba melakar polisi berbaik dengan Umno dan menjadi mesra polisi Asri seperti zaman kritikal dahulu.

11. Walaupun saya dalam beberapa posting mengambarkan mesra 'unity goverment' saya tidak lupa peristiwa ini.

12. Peristiwa inilah yang menyebabkan beberapa pemimpin Pas phobia dengan idea 'unity goverment' kerana "bulan takkan terbelah untuk kali keduanya"..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mansuhkan saja PAS?

Posted: 04 Sep 2010 05:40 PM PDT

1. Itulah apa yang terkandung dalam Perlembagaan Pas. "Cara memansuhkan PAS": Fasal 78 Perlembagaan Parti Islam Semalaysia PAS (Pindaan 1993).

2. Jadi apa yang diutarakan oleh pemimpin atasan Pas bahawa Pas boleh dimansuhkan jika Umno yang mahu melaksanakan Islam secara syumul, adalah berasas dan berperlembagaan (constitutional).

3. Keikhlasan adalah urusan hati dan sukar untuk ditafsirkan tetapi kita boleh mentafsirkan apa yang tersurat. Dan yang tersurat adalah jelas bahawa Pas boleh dimansuhkan jika Umno betul-betul ingin laksanakan Islam.

4. Pas hanyalah "alat" bagi menyampaikan hasrat untuk "tujuan-tujuan" seperti yang terkandung dalam Fasal 5 (tujuan Pas).

5. Jika tujuan-tujuan Pas boleh dicapai tanpa perlu wujudnya alat yang dinamakan Pas, maka Pas sudah tidak diperlukan lagi. Dengan kata lain "mansuhkan saja Pas!"

6. Debat tentang mengapa zaman Nabi Muhammad s.a.w tidak ada "sistem kepartian" adalah juga menarik.

7. Undang-undang negara menetapkan bahawa jika sekumpulan warganegara atau lebih spesifik umat Islam mahu berpolitik maka mereka perlu menubuhkan sebuah parti. Oleh sebab itulah Pas didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

8. Mankala dalam al-Qur'an disebut "Hizbullah" atau "Parti Allah". Mungkin disini mengilhamkan pengasas Pas untuk menubuhkan Parti Islam SeMalaysia.

9. Hizbullah tidak terikat dengan ROS. Tetapi Pas terikat dengan ROS.

10. Apapun Parti Allah tidak akan luput selagi al-Qur'an masih ada. Manakala Pas boleh dimansuhkan jika menepati Fasal 78 Perlembagaan PAS.....

UMNO melancarkan perang siber?

Posted: 02 Sep 2010 07:20 PM PDT

1. Saya masih ingat satu statement daripada matan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi bekenaan kekalahan beberapa negeri dan kerusi strategik kepada Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya ke 12.


2. Beliau menyalahkan bahawa kekalahan ("kehilangan" adalah lebih tepat kerana BN masih memerintah Kerajaan Persekutuan) tersebut akibat BN kalah perang siber. Beliau sendiri tepaksa berundur sebagai PM kerana menjadi kambing hitam kepada kehilangan-kehilangan tersebut!

3. Taktik perang siber tidak semestinya secara langsung. Ia boleh berlaku secara "reverse" atau "sebalik" atau istilah dalam Bahasa Arab "mafhum mukhalafah".

4. Jika kita analisa satu persatu taktik dan bunga langkah Umno dalam perang siber adalah sangat menarik.

5. Mereka pada awalnya mendakwa tokoh-tokoh tertentu dalam blogosphere. Kemudiannya menjadi mesra Umno dalam posting-posting mereka.

6. Kalau kita masih ingat Kickdefella adalah warblogger kepada Husam Musa. Kemudiannya ditangkap polis gara-gara menyiarkan dalam blognya gambar bendera Malaysia terbalik.

7. Selepas beliau dibebaskan, tiba-tiba beliau menjadi mesra Umno dan agenda-agenda parti Melayu ini.

8. Kemudian beberapa blogger juga ditahan polis. Akibat sensai ditahan ini menyebabkan mereka secara "reverse" diiklankan kepada MSM (mainstream media) yang menambahkan populariti mereka dikalangan pelanggan media lama.

9. Ini secara "reverse" juga menyebabkan hit kepada blog mereka meningat dengan mendadak.

10. Blog-blog bebas dan pro-Unity Government juga diwar-warkan seperti www.zul4kulim.blogspot.com, Aduka Taruna dan blog Tantawi.

11.Ia seperti kumpulan penunjuk perasaan kepala lembu yang didakwa. Walaupun sabit kesalahan mereka dan dihukum, tetapi mesej iaitu jangan melangkah kegaris milik kami! adalah telah berjaya disampaikan kepada massa. Ini adalah satu manifestasi "reverse" taktik Umno dalam perang siber, jikalah kita dengan jayanya mengaitkan kumpulan penunjuk perasaan itu dengan Umno...

12. Terkini Utusan 3.9.2010 melaporkan "Hassan Skodeng didakwa buat komen palsu". Beliau didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

13. Beliau adalah editor eksekutif dalam MSM iaitu The Malay Mail. Beliau bukan barua Pakatan Rakyat.

14. Utusan juga melaporkan warblogger mesra Umno ada hadir di mahkamah bagi memberi sokongan moral kepada Hassan.

15. Saya telah melayari blog beliau di http://nose4news.wordpress.com/. Posting-posting beliau lebih mirip kepada isian-isian dalam MSM.

16. Umno mempunyai dua kategori perang siber (1) bersifat perang gerila- dengan menyembunyikan (anonymous) posting seperti Parpukari, Faisal dll. (2) perang bersemuka dengan warblogger yang menggunakan nama sebenar.

17. Saya percaya Umno akan lebih banyak merekrut warblogger bagi melancarkan perang siber!



Blogosphere memusnahkan monopoli media lama!

Posted: 29 Aug 2010 01:41 AM PDT

1. Saya ada membeli buku "Blog" oleh Hugh Hewitt di Kinokuniya, KLCC.

2. Walaupun buku ini bukan pemikiran dan ulasan mendalam dalam topik ini tetapi beberapa komentari dan pengistilahannya harus diberi perhatian.

3. Hugh Hewitt memerhatikan pencairan (meltdown) "mainstream media"(MSM) dan pelangganya pergi kepada sumber-sumber maklumat di blogosphere.

4. Pelanggan-pelanggan mencari "reliable information" yang bermaksud "very recent reliable information", hujahnya.

5. Beliau juga menyifatkan MSM sebagai "old media" (media lama).

6. Antara istilah yang digunakan oleh beliau adalah "warblogger" bagi panglima perang dalam blogosphere. "Polibloga" bagi blog-blog politik.

7. Banyak lagi perkara menarik dalam buku terawal berkenaan blog ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: