Tukar Tiub |
- RASUAH DALAM ANAK SYARIKAT FELDA
- KONGSI GELAP DAN KONGSI TERANG KERJA SAMA
- BERITA POTONG STIM
- JUMAAT AKHIR SEBELUM RAYA
- BERITA TERKINI - BERITA BAIK UNTUK ANAK MUDA
- KENAPA BEBAL SANGAT UNTUK FAHAM
- TOLAK SEMUA UNDANG UNDANG ZALIM
- PENGUMUMAN UNTUK UMAT
RASUAH DALAM ANAK SYARIKAT FELDA Posted: 02 Aug 2013 06:30 PM PDT KES PENYELEWENGAN ANAK SYARIKAT FELDA: PERLU ADA PERTANGGUNGJAWABAN DI PERINGKAT TERTINGGI Saya mengalu-alukan kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sehingga ke peringkat pendakwaan kes penyelewengan melibatkan satu unit anak syarikat FELDA. Pendakwaan yang dibuat pada hari ini adalah satu perkembangan baik yang perlu diteruskan oleh SPRM. Walau bagaimana pun, siasatan dan pendakwaan berhubung kes ini tidak boleh terhenti di peringkat kepimpinan korporat KPFQ Foods Sdn Bhd semata-mata kerana ia juga melibatkan keputusan di peringkat tertinggi Felda yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tata kelola (good governance) dan pelaburan kesemua anak syarikat Felda. KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahama (joint venture) di antara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran bagi barang-barang makanan dan pertanian dari rancangan Felda di seluruh negara melalui projek Gedung Makanan Negara yang diilhamkan dan dilancarkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak oada 3 September 2009. Semasa pelancarannya, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa projek Gedung Makanan Negara akan melibatkan pelaburan sebanyak RM750 juta oleh Felda dalam tempoh 10 tahun. Oleh yang demikian, kes penyelewengan dana melibatkan KPFQ Foods Sdn Bhd perlu diteliti dalam konteks pentadbiran korporat dan tata kelola yang lebih besar. Tambahan lagi, akhir-akhir ini banyak dana rakyat digunakan untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta yang menimbulkan beberapa persoalan khusus mengenai tata kelola yang diamalkan oleh kerajaan: 1. Bagaimanakah penilaian mengenai kesesuaian projek dibuat sebelum sesuatu keputusan pelaburan dan usahasama dengan swasta dibuat memandangkan beberapa skandal setakat ini (termasuk NFC dan sekarang KPFQ) membayangkan jika projek dinilai dengan objektif, projek atau usahasama ini mungkin tidak diluluskan; 2. Apakah peranan wakil-wakil kerajaan di dalam agensi dan syarikat usahasama untuk memantau kemajuan projek dan memastikan penyelewengan tidak berlaku, memandangkan di dalam kedua-dua kes NFC dan KPFQ penyelewengan berlarutan dalam satu tempoh yang panjang; dan 3. Apakah peranan dan pertanggugjawaban kepimpinan kerajaan apabila projek-projek usahasama di bawah tanggungjawab mereka gagal dan membazirkan wang rakyat? Oleh yang demikian, saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian (negligence) dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi-agensi ini adalah dibawah tanggungjawab mereka. Apatah lagi apabila kes ini membabitkan usahasama dengan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuklah Tabung Haji. Selain projek-projek yang melibatkan Gedung Makanan Negara dan KPFQ Sdn Bhd, SBGB mempunyai beberapa projek usahasama yang serupa dengan Tabung Haji. Malah, pemegang-pemegang saham besar di dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan, yang menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan. Saya berharap siasatan SPRM telah pun mengambil kira semua perkara ini. Buat masa ini, sebagai pimpinan yang bertanggungjawab mengilham dan melancarkan projek Gedung Makanan Negara yang membabitkan KPFQ Sdn Bhd ini, Dato' Seri Najib Tun Razak perlu membuat kenyataan menjawab ketiga-tiga soalan yang saya nyatakan di atas mengenai longgarnya tata kelola kerajaan dalam menentukan pelaburan dan usahasama agensi kerajaan dengan pihak swasta. Adalah amat memalukan apabila penyelewengan terkini melibatkan dana dan kebajikan peneroka Felda, bila mana penyelewengan NFC sebelum ini melibatkan kebajikan penternak miskin! RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi Ahli Parlimen Pandan |
KONGSI GELAP DAN KONGSI TERANG KERJA SAMA Posted: 02 Aug 2013 08:00 AM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB kenapa jenayah semakin rancak? kerana: perdana menteri telibat kes bunuh menteri dalama negeri ada kes pukul isteri menteri di danai oleh hgangster gengster di beri derajah tan seri gengster terlibat dalam politik ini bukan kata kata tukar tiub ini kata kata belas ketua polis negara KAH KAH KAH KAH KAH KAH Peniaga emas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat 02 Ogs 2013 KUALA LUMPUR:Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, Selangor, hari ini. Tembak, bunuh: Purata 2 kes seminggu - KPRU Harakahdaily02 Ogs 2013 KUALA LUMPUR:Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) yang membuat kajian berhubung kadar kes tembak-bunuh mendapati purata sejumlah dua kes berlaku setiap minggu sepanjang 7 bulan tahun ini. |
Posted: 02 Aug 2013 07:00 AM PDT UPP rampas mercun bernilai RM16,000BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah merampas 40 unit mercun bernilai RM16,000 yang disimpan di sebuah kuarters guru di sini malam tadi.Komander UPP Bukit Kayu Hitam, Asisten Superintendan Shahidan Ladin, berkata pemeriksaan di kuarters kosong pada pukul 9 malam itu dibuat hasil maklumat awam. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit..INI BERITA POTONG STIM... kah kah kah.. kah kah kah...MACAM BERITA TAPAI TAK JADI.... kah kah kah.. kah kah kah...MACAM BERITA LEMANG MENTAH.... kah kah kah |
Posted: 02 Aug 2013 03:30 AM PDT PETANG INI petang ini redup dan nyaman petang ini cerah berangin jerebu telah jauh petang ini akan berbuka diluar selamat berbuka puasa MALAM KELMARIN meleser dan menebeng melihat dan memandang orang membeli belah di batu road sama sam buat sibuk sama sama buat ramai rata rata tak sibuk rata rata tak ramai rata rata tahun ini kureeeeng kenapa? duit sudah habis ekonomi mula merundum berbanding 2 atau 3 tahun dahulu hari kahamis malam jumaat sibuk sibuk dan sibuk berasak dan berasak tahun ini bukan lengang ada orang tapi tak sibuk TOWKAY KEDAI MENGELOH nora aktivis reformasi yang ada kedai di masjid india membuktikan fakta bahawa tahun ini semua merosot dapat pulang modal dapat sikit sikit pun okay dah perit kalau dulu ramai muka muka reformis yang berdiri jual songkok yang berdiri buka meja jual bunga api yang bawah meja ada mercun tumpang niaga buat duit tahun ini semua kepala botak tak pakai songkok -------- |
BERITA TERKINI - BERITA BAIK UNTUK ANAK MUDA Posted: 01 Aug 2013 09:43 PM PDT GAMBAR TEKINI EDWARD SNOWDEN MENINGGALKAN LAPANGAN TERBANG MOSCOW UNTUK KE PUSAT BANDAR BERITA TERKINI media russian telah melaporkan bahawa edward snowden telah mendapat suaka politik dari russia ini bermakna snowden selamat ini bermakna snowden tidak akan dihantar pulang ke amerika untuk di penjarakan kerana membocorkan maklumat snowden telah membocorkan maklumat cia membocorkan maklumat ajensi keselamatan amerika maklumat sulit ini menunjukkan bahawa kuasa imperial amerika sedang menyedut semua maklumat dalam dunia ini melalui e-mail internet melalui talipon bimbit melalui google melalui yahoo melalui face book kenapa amerika berbuat demikian? amerika sedang bersedia amerika sedang merancang untuk mengahadapi ledakan tamarod dari rakyat amerika dari rakyat dunia Snowden Granted 1-year Asylum in Russia, Leaves Airport By RT ANAK MUDA YANG BERANI August 01, 2013 "Information Clearing House - "RT" - NSA whistleblower Edward Snowden has been granted temporary asylum in Russia and is allowed to enter the country's territory. The whistleblower has been granted temporary political asylum in Russia, Snowden's legal representative Anatoly Kucherena said, with his words later confirmed by Russia's Federal Migration service. NOTA salut salut untuk anak muda salut untuk anak muda yang berani ------ |
KENAPA BEBAL SANGAT UNTUK FAHAM Posted: 01 Aug 2013 09:17 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB kenapa susah sangat untuk difahami polis milik gerombolan hakim milik gerombolan mahkamah milik gerombolan dalam sejarah dunia ketiga dalam sejarah bumi ini dalam sejarah alam ini belum ada kerajaan zalim dijatuhakan melalui pilihan raya tidak ada tidak pernah berlaku kerana pilihan raya itu diatur disusun direncana untuk memenangkan yang zalim NOTA tentera di mesir akan terus berkuasa jika anak muda dan warga mesir tidak turun ke jalan raya ini hakikat Kuala Brang catat kos petisyen paling tingggi, RM150,000 Harakahdaily01 Ogs 2013 KUALA TERENGGANU: Petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kuala Brang mencatat rekod kos petisyen paling tinggi apabila pempetisyen dikenakan kos RM150,000. JANGAN JADI BODOH Sebelum hantar petisyen telah diingatkan pada pemimpin yang kurang puas hati terhadapi keputusan pilihanraya yang lalu, bahawa tindakan itu adalah sesia-sia. Perbuatan yang cuba dijadikan sebagai satu penyakit adalah sindrom serba salah. Tak lapor jadi salah, bila dilaporkan pula akan jadi salah juga. Semua orang yang benci pada kerajaan BN akan jadi serba salah. Menghantar petisyen kemahkamah pilihanraya pada asasnya memang ia melalui saluran yang betul tapi malangnya penghuni yang menguasai mahkamah itu tidak boleh dipercayai kerana masih lagi dibawah pengaruh Linggam korek...korek....korek.... Sejarah telah menetapkan ceritanya bahawa kewujudan lingam korek itu adalah untuk menentukan semua keputusan sebelum perbicaraan. Itu sebebnya belum pun perbicaraan dimulakan hakim telah menolak petisyen yang dihantar dengan kos yang tinggi. Dengan adanya pengaruh "linggam korek" dalam mahkamah membuatkan semua pemimpin tertinggi UMNO Baru dan pemimpin dalam suruhanjaya yang ditajanya on JANGAN BUANG MASA - SEMUA PENYEMBAH SETAN Publish | Delete | Spam Anonymous on 8/2/13 SILA BACA KITAB RUJUKAN INI dalam kitab ini telah dihuraikan tentang penipuan yang telah yang sedang yang akan dilakukan oleh spr untuk memenangkan united malays national organisation ---------- |
TOLAK SEMUA UNDANG UNDANG ZALIM Posted: 01 Aug 2013 08:55 PM PDT UNDANG-UNDANG 'PENANAHAN UNTUK PENCEGAHAN' BUKAN CARA MEMERANGI JENAYAH KEADILAN memandang berat tuntutan sesetengah pihak yang ingin mengembalikan hak kerajaan untuk menahan suspek dibawah Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Malaysia tidak memerlukan undang-undang 'penahanan untuk pencegahan' seperti ini, yang boleh disalahgunakan oleh kerajaan. Lebih-lebih lagi pada masa kini, di mana kepercayaan rakyat kepada institusi-institusi awam adalah amat rendah, dan pendapat awam adalah sangat berbelah-bahagi. Pihak yang ingin mengembalikan undang-undang ini telah mendapat sokongan daripada sesetengah individu penting didalam kerajaan. Mereka berpendapat, rang undang-undang ini diperlukan untuk menangani kadar jenayah yang kian menular. Mereka juga berhujah bahawa, sebahagian besar aktiviti jenayah yang melibatkan keganasan telah dilakukan oleh tahanan yang dibebaskan selepas pemansuhan EO. Kami mempertikaikan pandangan tersebut kerana tiada bukti kukuh yang mengaitkan pemansuhan EO dan ISA kepada kadar jenayah ganas yang kini semakin menular. Tanpa bukti kukuh, hujahan pihak-pihak yang ingin memperkenalkan balik EO dan ISA, adalah hanya pandangan semata-mata. Kami juga ingin mempersoalkan, mengapa anasir-anasir jenayah ini tidak boleh ditahan dan didakwa mengikut ketetapan undang-undang yang sedia ada? Mengapa pihak berkuasa berpendapat bahawa hanya penahanan tanpa perbicaraan - yang biasanya hanya digunakan pada zaman darurat - boleh menangani jenayah ganas? Apakah yang menghalang pihak berkuasa daripada bertindak terhadap jenayah dan penjenayah mengikut ketetapan undang- undang yang sedia ada? Malaysia tidak lagi memerlukan undang-undang yang menzalimi dan memecah belahkan masyarakat. Undang-undang sedemikian pernah dan boleh disalahgunakan oleh kerajaan untuk tujuan politik. Apa yang Malaysia perlukan sekarang, tetapi tidak dapat diberikan oleh pihak kerajaan ,adalah lebih ramai pegawai polis dimana masa dan sumber mereka didedikasikan terhadap pencegahan jenayah dan bukan terhadap dakwaan selektif berunsurkan politik. Adalah amat penting untuk rakyat Malaysia menyedari bahawa kadar jenayah kini yang semakin menular, tidak boleh dijadikan suatu alasan untuk mengugat hak asasi rakyat. Rakyat juga tidak boleh membenarkan kadar jenayah yang tinggi untuk memusnahkan cara hidup yang sedia ada, membawa unsur ketakutan dan syak wasangka sesama rakyat. Adalah amat perlu bagi semua rakyat Malaysia untuk bersatu-padu mendesak kerajaan untuk menjaga keselamatan dan membela kebebasan rakyat. Meskipun Perdana Menteri Najib Razak telah memutuskan untuk memansuhkan EO dan ISA kononnya sebagai sebahagian daripada usaha 'transformasi'nya, namun beliau memperkenalkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) sebagai ganti yang masih mengundang banyak masalah. Pada masa sama, meskipun beliau telah mengumumkan hasrat memansuhkan Akta Hasutan, namun pendakwaan di bawah akta tersebut meningkat. Langkah untuk kembali ke dasar-dasar lama akan membuktikan jaminan Najib bahawa pentadbirannya akan menamatkan era 'Kerajaan mengetahui segala-galanya' hanyalah sia-sia. Perdana Menteri tidak boleh membenarkan suara-suara jumud di dalam pentadbirannya memperlekehkan jaminannya untuk melakukan perubahan. Kami menyeru Perdana Menteri untuk bukan sahaja memerangi jenayah mengikut ketetapan undang-undang yang sedia ada, tetapi untuk juga membela kebebasan asasi semua rakyat Malaysia. Beliau perlu berkerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan didalam hal ini. Keselamatan dan kebebasan rakyat adalah dua unsur penting yang tidak boleh dipisahkan demi kemajuan negara ini. Semua rakyat Malaysia sewajarnya mengingati prinsip asas ini: mereka yang mengorbankan kebebasan mereka demi keselamatan tidak akan memperoleh kedua-duanya. Kedua-duanya adalah saling bergantung antara satu sama lain: rakyat Malaysia berhak dan mesti memperoleh kedua-duanya jika negara ini hendak benar-benar maju ke hadapan. PENGARAH KOMUNIKASI PARTI KEADILAN RAKYAT ----------- |
Posted: 01 Aug 2013 08:23 PM PDT PENGUMUMAN adalah diumumkan adalah tabuh dipukul adalah canang dipalu adalah diwar war kan adalah di mashurkan saentaro dunia marilah semua umat menyokong marilah semua ahli mengundi perlu disokong perlu dimenangkan kerasna sosok pemikir negara kah kah kah NOTA apa jadi dengan mat ezam kah kah kah Lokman Adam umum tanding naib ketua Pemuda Umno Exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam mengumumkan akan bertanding jawatan naib ketua Pemuda parti itu dalam pemilihan pergerakan itu akhir September depan, sekali gus mengesahkan cakap-cakap berhubung perkara itu sebelum ini. Beliau membuat keputusan itu kerana yakin pengalaman sebagai ketua Pemuda di peringkat cawangan selama 22 tahun sehinggalah menjadi exco sayap kanan parti itu akan banyak berguna untuk pengukuhan parti. "Saya dengan rendah diri merayu sokongan sahabat-sahabat sekalian," katanya yang pernah menjadi orang kuat Pemuda PKR sebelum menyertai Umno sebelum ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... KAH KAH KAH... KAH KAH KAH.... KAH KAH KAH..... kah kah kah... kah kah kah...I REST MY CASE MAY LORD..... kah kah kah ---------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan