Jumaat, 2 Ogos 2013

Biaqpila

Biaqpila


LAGI SORANG KENA TEMBAK DI LAMPU ISYARAT

Posted: 02 Aug 2013 05:00 AM PDT

Peniaga emas cedera ditembak di lampu isyarat


KUALA LUMPUR - Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.

"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.

Amiruddin berkata Wong, yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilapor stabil.

Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.

Isnin lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Pada 29 Julai juga seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini.

Rabu lepas pula, pemandu van kilang N. Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak. - Bernama

SH

KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

ORANG BUNIAN MUNCUL DALAM VIDEO

Posted: 02 Aug 2013 01:41 AM PDT



Satu rakaman video sewaktu memikat ayam hutan telah terakam imej orang berjubah putih melalui di belakang rimbunan pokok-pokok di kawasan tersebut.Saksikan kejadian pada minit ke 2:00.

Mengikut pada tajuk video tersebut kejadian ini dirakamkan di Padang Serai.Kesahihan imej orang bunian ini tak dapat dipastikan.




KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

MATI HINA AKIBAT FITNAH ULAMA

Posted: 01 Aug 2013 09:00 PM PDT

JIKA KERAJAAN DAH MATI KUTU TANGANI JENAYAH

Posted: 01 Aug 2013 07:36 PM PDT


'Undang-undang Islam boleh ganti ISA, EO'


Undang-undang Islam boleh menggantikan kekosongan akibat penghapusan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang dikatakan punca meningkatnya kadar jenayah akhir-akhir ini, kata Pemuda PAS.

Ketuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, setelah sekian lama negara ini menggunakan "undang-undang ciptaan manusia", gejala jenayah terbukti bukan sahaja tidak menurun, bahkan semakin parah.

"Undang-undang Allah ada keberkatan, (ia mekanisme) tegah dan kawal daripada Allah SWT yang selama ini hilang dari perlaksanaan undang-undang negara kita dan akhirnya jenayah tidak pernah surut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan lanjut cadangnya sebelum ini yang menggesa undang-undang syariah digunakan bagi membanteras jenayah, daripada aspek mekanisme dan kaedah pelaksanaannya.

Anggota Parlimen Temerloh itu pada 31 Julai lalu berkata, jika negara buntu dan pihak berkuasa mati kutu menangani jenayah yang meningkat mendadak, undang-undang syariat Islam mesti dikuatkuasakan sebagai alternatif dari "kegagalan teruk" sistem sedia ada.

Beliau berkata, undang-undang itu bukan sahaja dapat membanteras jenayah, tetapi juga memastikan keadilan kepada semua kaum, terutamanya kepada mangsa jenayah.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Nasrudin bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci cadangannya tetapi membayangkannya dalam bentuk "akta baru" bagi menggantikan ISA dan EO.

Kenyataan beliau itu disambut baik oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang mencadangkan ia harus turut diguna pakai kepada orang bukan Islam melalui penyatuan sistem sivil dan syariah di negara ini.

Bagaimanapun, peguam dan aktivis perlembagaan Syahredzan Johan berpendapat, cadangan itu jika dilaksanakan tidak akan menyelesaikan masalah kerana kegiatan jenayah bukan disebabkan undang-undang tetapi kegagalan pelaksanaan pihak polis.

Menegaskan Malaysia sebagai sebuah negara sekular, beliau berhujah, undang-undang syariah sedia ada terbatas kerana bergantung pada undang-undang negeri dan tertakluk ke atas umat Islam sahaja.


MK

KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Tiada ulasan: