RAKYAT MARHAEN |
- Dun Perak: Nizar gesa ambil iktibar titah Raja Nazrin
- Dun Perak : Utamakan Akhlak sebelum Pembangunan
- Dun Perak: PAS setuju titah ucapan Raja Nazrin
- Protesters gather outside Downing Street to oppose Syria intervention
- UN Security Council deadlocked over Syria
- Disebalik Kemelut Mesir - Sdr Kamaruzaman Mohamad & Ust Fathul Bari
- Nyawa Rakyat Mesir Tidak Berharga..... Bhg 2
- Nyawa Rakyat Mesir Tidak Berharga..Bhg 1
- Tanda Putera dan demokrasi di Pulau Pinang
- MCA menjadi mangsa keadaan, mengalami ‘double jeopardy’
- Mesir: Tembakan meletus berhampiran Kedutaan Malaysia
- Peguam negara tidak mahu bersara dalam masa terdekat..!!
- Sidang Dun Perak: Ucapan Yb Datuk Seri Nizar yang panaskan BN
- Analysis: How will Syria respond to U.S. strike?
- Segambut: Datuk Bandar KL harus campurtangan
- Ops Cantas banteras jenayah....
- Tembak Lagi: Ahli perniagaan nyaris maut
- British cabinet meet to discuss next move on Syria
- Syrian TurmOil: War panic sends black gold prices to 2-year high
- Syrian ambassador to UN blames outside powers
- U.N. chief says Syria inspectors need another four days
- Israelis nervous about Syria chemical arms
- Syria says "terrorists" will strike Europe with chemical weapons
- Chems in Syria: Cause for invasion or regime's crime?
- Ed Husain opposes US strike on Syria
Dun Perak: Nizar gesa ambil iktibar titah Raja Nazrin Posted: 28 Aug 2013 09:19 PM PDT |
Dun Perak : Utamakan Akhlak sebelum Pembangunan Posted: 28 Aug 2013 09:18 PM PDT |
Dun Perak: PAS setuju titah ucapan Raja Nazrin Posted: 28 Aug 2013 09:17 PM PDT |
Protesters gather outside Downing Street to oppose Syria intervention Posted: 28 Aug 2013 09:16 PM PDT |
UN Security Council deadlocked over Syria Posted: 28 Aug 2013 09:16 PM PDT |
Disebalik Kemelut Mesir - Sdr Kamaruzaman Mohamad & Ust Fathul Bari Posted: 28 Aug 2013 09:14 PM PDT |
Nyawa Rakyat Mesir Tidak Berharga..... Bhg 2 Posted: 28 Aug 2013 09:13 PM PDT |
Nyawa Rakyat Mesir Tidak Berharga..Bhg 1 Posted: 28 Aug 2013 09:12 PM PDT |
Tanda Putera dan demokrasi di Pulau Pinang Posted: 28 Aug 2013 05:20 PM PDT Saya mungkin tidak bersetuju dengan percakapan kamu, tapi saya akan pertahankan dengan nyawa saya akan hak kamu untuk menzahirkannya – I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it – ini adalah intipati idea Voltaire mengenai kebebasan bersuara yang menjadi asas kepada tegak tumbangnya demokrasi. Apakah itu kebebasan bersuara? Kebebasan bersuara bererti kebebasan untuk menyatakan dan menzahirkan pandangan, buah fikiran dan idea. Fikiran ini dimanifestasikan dalam bentuk kata-kata, penulisan, lukisan, ukiran, foto, filem dan lain-lain. Mengapa kebebasan untuk menerbitkan buku ini penting dan apa hubungannya filem dengan demokrasi? Pertamanya, premis kepada demokrasi adalah setiap warga yang sihat akalnya mampu berfikir secara rasional apa yang terbaik untuk mereka dan komuniti mereka. Bagi memastikan setiap orang dapat mencernakan keputusan terbaik, maka mereka mesti didedahkan dengan semua maklumat. Maklumat ini hadir dalam segala bentuk buku, akhbar, majalah, TV, radio dan pastinya filem! Maka, kebebasan untuk bersuara dan berekpresi ini mesti dijamin bagi memastikan kelangsungan demokrasi. Namun, dalam masa yang sama timbul soalan; bagaimana jika maklumat yang diperolehi itu dusta dan curang? Jawapannya, biar masyarakat yang tentukan! Mereka mempunyai akal yang merupakan masterpiece Tuhan untuk berfikir apa yang terbaik segala tiada maklumat disekat. Demikan, dalam perjuangan demokrasi, yang dilaungkan bukan menuntut saringan maklumat lebih cekap tetapi kebebasan lebih luas. Kini, dengan adanya internet yang sering digandingkan dengan jolokan maklumat tanpa sempadan, memungkinan untuk masyarakat lebih bijak dan cermat dalam membuat keputusan untuk diri mereka. Selama ini, kerajaan kita ada untuk 56 tahun terakhir ini sering mengatakan bahawa mereka tahu apa yang terbaik untuk rakyat apabila mengharamkan buku itu dan filem ini. Malah, pembangkang yang paling banyak membantah tindakan ini kerana hampir tiada ruang untuk mereka menyatakan pandangan. Read More / Baca Lagi >> |
MCA menjadi mangsa keadaan, mengalami ‘double jeopardy’ Posted: 28 Aug 2013 05:06 PM PDT MCA menjadi korban keadaan setelah BN memenangi pilihan raya dengan kehilangan majoriti 2/3 dalam pilihanraya ke12 yang lalu. MCA hanya memenangi 15 kerusi di Parlimen dan keadaan itu terus menjadi runcing dalam pilihan raya ke13 lalu. MCA bukanlah melakukan kesalahan yang begitu buruk tetapi oleh kerana MCA itu rakan kongsi kepada Umno, MCA menerima bahangnya dan menjadi korban keadaan apabila kawasan Cina DAP mendapat tempat di hati pengundi kaum Cina dalam pilihan raya yang lalu. Jika diimbas kembali kenyataan pemimpin MCA selepas pilihanraya ke12 dahulu, kita akan teringat bagaimana pemimpin MCA membidas kelemahan Umno sehinggakan parti itu sendiri menghadapi malang kerana bersekongkol dengan kelemahan Umno semasa itu. Kita bukan tidak ingat MCA memperjuangkan kaumnya dan meminta serta mendesak perkara penting wajar diperbaiki dan mengelakkan negara kita terperangkap dengan 'middle income trap' dan sebagainya. Keadaan itu disebabkan dasar keistimewaan orang Melayu yang berpanjangan. MCA mendesak BN supaya memperbaiki dasarnya supaya pembangunan negara tidak terbantut semata-mata kerana dasar yang mementingkan kepentingan Melayu keterlaluan. Tetapi apabila pilihan raya ke13 menghampiri masanya, MCA terpaksa berjuang mengikut cara lain iaitu dengan berbincang dan berbahas dalam BN tanpa diketahui ramai untuk menjaga imej BN yang kian lemah menghadapi tekanan pihak pembangkang dari Pakatan Rakyat. Apabila MCA memperjuangkan bangsanya dari dalam dan secara kekeluargaan dengan Umno dan lain-lain, DAP mengambil kesempatan untuk mengambil alih laungan perjuangan untuk bangsanya seolah-olah pada pandangan ramai MCA dianggap sebagai parti yang menjadi 'kaldai' kepada Umno, rakan kongsi terbesar dalam BN itu. Read More / Baca Lagi >> |
Mesir: Tembakan meletus berhampiran Kedutaan Malaysia Posted: 28 Aug 2013 04:46 PM PDT Bunyi tembakan kedengaran di Gamaat El Dawal pada Rabu, kawasan terletaknya bangunan Kedutaan Malaysia di Mesir. Tembakan dikatakan mula didengar kira-kira jam 4.15 petang (waktu tempatan) dan sehingga 6 petang ia masih dilaporkan berlaku. Pegawai Education Malaysian Egypt, Zaliha Zulkifli, berkata insiden dipercayai bermula daripada tembakan rambang dari sebuah bangunan tinggi di kawasan berkenaan ke arah kem kawalan tentera sebelum kedua-dua pihak berbalas tembak. "Anak saya menghubungi mengatakan rumah tidak ada elektrik dan selepas beberapa minit ada bunyi tembakan bertalu-bertalu berhampiran kedutaan. "Ada juga bunyi bom kedengaran begitu dekat dengan rumah saya yang hanya 50 meter dari kedutaan," katanya. Beliau berkata, kali terakhir kejadian sedemikian berlaku ialah pada 14 Ogos lalu. Kejadian itu turut disahkan Pengarah Education Malaysia Egypt, Datuk Dr Su'adi Safei. Read More / Baca Lagi >> |
Peguam negara tidak mahu bersara dalam masa terdekat..!! Posted: 28 Aug 2013 04:42 PM PDT Jabatannya lebih banyak kalah daripada menang dalam kebanyakan kes berprofil tinggi, dengan terbaru minggu lalu apabila Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota polis yang didakwa membunuh penterjemah Mongolia Altantuya Shariibuu, kerana pihak pendakwaan gagal membawa saksi utama. Jabatannya juga dituduh melakukan pendakwaan terpilih, terutama ahli politik Melayu seperti Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin yang seharusnya didakwa menggunakan undang-undang hasutan kerana mengugut untuk membakar kitab Injil berbahasa Melayu dan menghina agama Hindu. Tidak mengejutkan jika desakan supaya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) untuk meletak jawatan semakin kedengaran. Tetapi desakan itu serta kritikan terhadap Jabatan Peguam Negara tidak memberi kesan kepadanya. "Saya akan tentukan bila untuk berhenti. Saya boleh berhenti atau mengambil bersara pilihan sendiri," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur. Beliau dilaporkan berkata kepada sebuah portal berita: "Perdana menteri pun digesa untuk letak jawatan, inikan pula saya." Gani sudah menjadi Peguam Negara sejak 2002 dan mempunyai dua tahun sebelum mencecah umur bersara. Tetapi ramai yang berminat dengan jawatan Gani, malah, seorang peguam terkemuka memberitahu Putrajaya keinginannya untuk mengambil alih jawatan Peguam Negara. Baru-baru ini, terdapat spekulasi menyatakan kerajaan memulakan langkah untuk meletak hakim kanan ke jawatan itu, tetapi Gani mendapat sokongan kuat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Terdapat desakan sama semasa pemerintahan Tun Abdullah Badawi supaya perdana menteri menyingkirkan Gani kerana kelemahan Jabatan Peguam Negara dalam kes berprofil tinggi. Tetapi Abdullah tidak berjaya menyingkirkan Gani. Berjaya bertahan semasa pemerintahan dua perdana menteri dan mendapat sokongan yang ketiga, Gani mungkin tidak akan mengambil bersara pilihan sendiri. Read More / Baca Lagi >> |
Sidang Dun Perak: Ucapan Yb Datuk Seri Nizar yang panaskan BN Posted: 28 Aug 2013 04:38 PM PDT |
Analysis: How will Syria respond to U.S. strike? Posted: 28 Aug 2013 04:33 PM PDT |
Segambut: Datuk Bandar KL harus campurtangan Posted: 28 Aug 2013 04:30 PM PDT |
Ops Cantas banteras jenayah.... Posted: 28 Aug 2013 04:23 PM PDT |
Tembak Lagi: Ahli perniagaan nyaris maut Posted: 28 Aug 2013 04:22 PM PDT |
British cabinet meet to discuss next move on Syria Posted: 28 Aug 2013 04:20 PM PDT |
Syrian TurmOil: War panic sends black gold prices to 2-year high Posted: 28 Aug 2013 04:17 PM PDT |
Syrian ambassador to UN blames outside powers Posted: 28 Aug 2013 04:16 PM PDT |
U.N. chief says Syria inspectors need another four days Posted: 28 Aug 2013 04:15 PM PDT |
Israelis nervous about Syria chemical arms Posted: 28 Aug 2013 04:14 PM PDT |
Syria says "terrorists" will strike Europe with chemical weapons Posted: 28 Aug 2013 04:13 PM PDT |
Chems in Syria: Cause for invasion or regime's crime? Posted: 28 Aug 2013 04:12 PM PDT |
Ed Husain opposes US strike on Syria Posted: 28 Aug 2013 04:11 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan