Khamis, 1 Ogos 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


tutup peluang demokrasi dengan buat alasan remeh temeh yang sama .....jom kita sebagai rakyat tunjukkan demokrasi di jalanraya.....!!!!

Posted: 31 Jul 2013 08:47 PM PDT

salah satu penipuan oleh SPR untuk menipu rakyat  dan kenyangkan kantung kroni....dakwat  tak kekal  projek kroni pengerusi SPR...!!!

kita  kesal dengan tindakan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen dikemukakan oleh PAS dengan menggunakan alasan dan denda yang sama.

PAS memfailkan keseluruhan 16 petisyen di seluruh negara dan 11 darinya telah ditolak oleh mahkamah.

Tiga lagi belum disebut di mahkamah adalah bagi kawasan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Kelawang, Negeri Sembilan sementara dua kawasan di Terengganu Hulu Besut dan Kuala Berang keputusan akan diperolehi esok.

Kita  rasa kecewa terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah yang dilihat sebagai membelakangkan proses demokrasi.Kita kesal  dengan cara pengendalian petisyen yang berjalan di mahkamah, 16 petisyen yang dikemukakan oleh PAS dan 11 darinya telah ditolak dengan alasan serta denda yang sama.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kata kalau tidak puas hati dengan keputusan boleh bawa ke mahkamah untuk keadilan, tetapi bila dibawa kita melihat ia tidak dikendalikan sepertimana yang kita harapkan..

Malah , keputusan tersebut juga dilihat sebagai ada arahan dari pihak tertentu.( UMNO ) kerana alasan sama termasuk juga kos yang diarahkan juga amat luar biasa,..

Keputusan tersebut di anggap  sebagai usaha menggunakan mahkamah untuk menutup segala penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya yang lepas.

Kerajaan tidak boleh salahkan sesiapa jika rakyat mempunyai satu persepsi negetif terhadap kredibiliti mahkamah yang dilihat tidak memihak kepada pihak yang mahukan keadilan mengikut saluran demokrasi yang betul.

Kebimbangan tindakan tersebut akan memberi ruang kepada rakyat untuk menuntut keadilan mengikut cara mereka sendiri.Kita tuntut keadilan melalui proses demokrasi yang betul tetapi kerajaan menutup ruang tersebut.

Kita  bimbang dengan keputusan ini rakyat akan bangkit menuntut keadilan mengikut saluruan mereka sendiri, kita tidak mahu negara ini menjadi seperti negara-negara yang lain..

Sementara itu  satu memorandum  wajar di hantar kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat berhubungan kedudukan Pengerusi SPR agar perlantikannya dikaji balik serta pendedahan penyelewengan yang berlaku di dalam pilihanraya yang lepas.

mengkritik dan mengadu di kira di bawah akta hasutan....undang undang rimba mana yang pengerusi UMNO selangor pakai....!!!!

Posted: 31 Jul 2013 08:36 PM PDT

Kenyataan Pengerusi Umno Selangor menggesa polis menyiasat seorang ibu yang memuatnaik gambar yang menunjukkan murid SK Seri Pristina makan di bilik persalinan di bawah Akta Hasutan adalah sangat melampau. Mengapa sampai begitu? Kenapa perlu kita menyiasat  beliau di bawah Akta ini? Apakah tindakan ibu murid tersebut ada sifat menghasut? Yang mustahak, adakah ini fitnah supaya rakyat saling membenci antara satu sama lain?

Tindakan ibu yang muat naik gambar tersebut adalah untuk menyatakan perasaan tidak puas hati cara anak-anak makan dalam bilik persalinan sahaja. Tidak ada kaitan dengan tujuan menghasut dan seumpamanya, apatah lagi melibatkan soal perkauman.

Betul ibu itu sepatutnya mengadu kepada PIBG terlebih dahulu sebagai saluran yang betul, tetapi adakah wajar untuk kita menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan dengan tindakannya itu? 

Adalah  tidak wajar untuk ibu tersebut disiasat di bawah Akta Hasutan kerana nantinya akan membuatkan rakyat takut untuk mengadu. Tetapi kita  setuju jika ibu dan guru besar sekolah disiasat untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada kedua-dua pihak.

nampaknya mengkritik dan mengadu dianggap sebagai tidak berterima kasih, lalu keluarlah kenyataan yang pelik-pelik dari pemimpin kita. Jika harga ayam mahal, jangan makan ayam; harga beras naik, makan ubi kayu; jika tidak puas hati dengan sistem politik negara, berhijrah ke negara lain? Pertanyaannya, apakah itu jawapan pemimpin kita kepada luahan rakyat?

Pihak berkuasa perlu menegaskan akan menyiasat aduan tersebut supaya memberi keadilan kepada semua pihak. Sepatutnya kita cari yang benar, atasi kelemahan dan kekurangan supaya murid dapat belajar dengan selesa. Jangan kita ancam aduan yang dibuat dengan Akta Hasutan?

Kita jangan hanya melihat isu kantin sekolah, isu pengetua suruh murid balik ke China dan India sebagai soal parti dan kaum semata-mata. Kita juga perlu lihat dari aspek lain. Soal kantin misalnya, kita boleh lihat berlakunya aduan seperti ini kerana kita menghadapi masalah prasarana sekolah yang tidak mencukupi, maka ini bermakna kita perlu cari peruntukan untuk melengkapkan kekurangan ini.

Kita perlu selesaikan masalah dengan melihat kepada akar rumputnya, bukannya dengan memberi jawapan yang tidak berkaitan dengan masalah pokok.

Dalam soal perkauman dan agama, kita perlu berhati-hati dengan kenyataan. Kita perlu ingat hubungan antara kaum di negara kita: Cina itu ibarat pasir, India ibarat air dan Melayu ibarat simen. Apabila ketiga-tiganya digaul bersama, ia akan membentuk satu blok konkrit yang kukuh.

riuh rendah tembak sana....bedil Syiah siang dan malam sini... rupa rupanya tup tup gas masak naik harga.....ini taktik penyamun rupanya

Posted: 31 Jul 2013 07:49 PM PDT

Tiada ulasan: