Khamis, 1 Ogos 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Perbualan dengan Allahyarham Hussain Najadi pada 30 Mac

Posted: 31 Jul 2013 09:03 PM PDT


Pertukaran dan Penempatan Kakitangan : Kelantan Laksana Dasar Mesra Keluarga

Posted: 31 Jul 2013 08:15 PM PDT



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang berlangsung pada hari ini 22 Ramadhan 1434H bersamaan 31 Julai 2013M telah membuat keputusan untuk melaksanakan dasar mesra keluarga di dalam menempatkan kakitangan dan pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim.

Dasar ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada kakitangan untuk berkhidmat di lokasi yang berhampiran dengan pasangan mahupun tempat tinggal keluarga masing-masing. Ia bagi memberikan kemudahan untuk kakitangan berinteraksi dan berurusan dengan keluarga masing-masing dengan ruang yang selesa tanpa diganggu oleh hambatan tugas di lokasi yang berjauhan.

Kerajaan Kelantan sepenuhnya percaya bahawa perjalanan urusan keluarga yang seimbang dan selesa akan memberikan motivasi kepada kakitangan meningkatkan mutu perkhidmatan masing-masing.

Dalam hal ini, pelaksanaan dasar ini berkuatkuasa serta merta dan akan diuruskan dari sudut teknikal oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Sekian.

YANG AMAT BERHORMAT USTAZ DATO AHMAD BIN YAKOB, Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 22 Ramadhan 1434H bersamaan 31 Julai 2013M

P.Pinang umum bonus setengah bulan gaji

Posted: 31 Jul 2013 07:45 PM PDT

SEMUA kakitangan awam Pulau Pinang akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan jumlah minimum RM600 sempena menyambut Hari Raya Puasa.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri membelanjakan RM3,734,908.81 untuk 3,841 penjawat awam di negeri berkenaan.

"Biasanya Kerajaan Negeri akan ikut (pemberian bonus RM500 sebagaimana diumumkan) Pusat.

"Tetapi, kita (Kerajaan Negeri) mampu, maka, kita memberikan bonus yang lebih bagi menunjukkan penghargaan atas prestasi penjawat awam yang begitu baik," ujar beliau pada pagi tadi di Komtar, George Town.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus turut berucap pada Majlis Perhimpunan Anggota Penjawat Awam Negeri Pulau Pinang tersebut yang disertai lebih 2,000 hadirin.

Guan Eng turut mengumumkan pemberian bonus RM300 kepada guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA), manakala, RM200 guru Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Katanya, guru sekolah menengah pensendirian Cina turut diberi bonus RM200.

Tiada ulasan: