Kerabu Bersuara ® |
- Gambar Terkini TG Haji Hadi Semasa Melawat TG Nik Aziz.
- Tok Guru Nik Aziz Dan Yb Husam Tunjuk Sokongan Kepada Mesir
- Erdogan Kecewa dengan Syeikhul Azhar
- Hapuskan campur tangan politik dalam MAS
- Man Utd-Chelsea terikat 0-0
Gambar Terkini TG Haji Hadi Semasa Melawat TG Nik Aziz. Posted: 27 Aug 2013 04:19 AM PDT |
Tok Guru Nik Aziz Dan Yb Husam Tunjuk Sokongan Kepada Mesir Posted: 27 Aug 2013 04:16 AM PDT |
Erdogan Kecewa dengan Syeikhul Azhar Posted: 26 Aug 2013 07:55 PM PDT Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahawa pihak-pihak yang mendukung apa yang disebutnya sebagai kudeta di Mesir sedang mencuba untuk membenarkan tindakannya tersebut dengan mengatakan ini adalah prosedur demokrasi yang dilakukan oleh tentera Mesir. Selain itu Erdogan juga mengkritik Syeikh Al-Azhar dengan mengatakan dia merasa kecewa ketika melihat syeikh tampil bersama pemimpin kudeta. Erogan mengatakan dalam sebuah pernyataan,"tidak mungkin ada kudeta terhadap Demokrasi, Kudeta tetaplah kudeta". Erdogan menyebut negara-negara dan organisasi yang menolak menyebut apa yang terjadi di Mesir sebagai Kudeta adalah "pengkhianat terhadap masa lalu dan masa depan", dan ia menambahkan,"kami sangat mengutuk Kudeta di Mesir atas dasar kemanusiaan, nurani dan prinsip-prinsip kami,"d ia menekankan bahwa tidak ada sama sekali dasar hukum atau alasan untuk membenarkan apa yang telah terjadi di Mesir. Erdogan juga menyinggung sikap syeikh Al-Azhar yang muncul bersama dengan pegawai-pegawai kudeta lainya, termasuk pemimpin angkatan bersenjata saat pengumuman penggulingan Presiden Muhammad Mursi, Erdogan mengatakan,"ketika saya melihat Syeikh Al-azhar bersama pihak kudeta, saya merasa sangat kecewa". |
Hapuskan campur tangan politik dalam MAS Posted: 26 Aug 2013 07:52 PM PDT Oleh: Mohd Arif Juhani KUALA LUMPUR 26 Ogos: Syarikat Penerbangan Malaysian Airlines (MAS) tidak perlu melantik tenaga asing dalam beberapa jawatan penting untuk memulihkan syarikat itu kerana Malaysia mempunyai banyak kepakaran tempatan. Sebaliknya, kata Ahli Majlis Perwakilan Pusat (MPP) KEADILAN, Datuk Johari Abdul, MAS perlu menghakis campur tangan ahli politik dalam syarikat penerbangan negara itu. "Kita mempunyai banyak contoh seperti syarikat penerbangan AirAsia yang dikendalikan oleh Tan Sri Tony Fernandes dan AirAsia X yang juga dimiliki oleh anak tempatan tetapi mereka berjaya mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa," ujarnya ketika dihubungi. Beliau mengulas kontroversi berhubung pelantikan PlaneConsult sebagai perunding dan melantik lapan warga asing untuk memegang beberapa jawatan penting dalam MAS. Menurut Johari, beliau tidak menolak keperluan mendapatkan kepakaran asing sekiranya diperlukan tetapi tindakan itu tidak seharusnya mengabaikan potensi anak tempatan. Menurutnya lagi, masalah yang dihadapi MAS bukan berpunca daripada pengurusan syarikat sebaliknya hasil campurtangan politik kerajaan. "Semasa Bekas Pengarah Urusannya, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman memimpin MAS, kita lihat prestasi syarikat itu begitu memberangsangkan. "Tetapi selepas Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dengan melantik Tan Sri Tajudin Ramli sebagai pengarah urusan, kedudukan MAS jatuh merudum sehingga hari ini. Jadi ini iktibar yang harus difahami oleh pengurusan MAS," kata Ahli Parlimen Sungai Petani itu. Dalam pada itu, beliau percaya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan sedaya upaya mendesak kerajaan menswastakan MAS, sepertimana disuarakan baru-baru ini. "Beliau merupakan seorang manusia yang tidak pernah puas dengan apa juga yang dimiliki," ujar Ahli Parlimen Sungai Petani itu. Menurut Johari, desakan Mahathir supaya MAS dijual bertujuan membuat keuntungan berjuta-juta ringgit melalui modal yang diberikan kerajaan. "Tetapi kita tahu, jika GLC ini bankrap walaupun selepas diswastakan, kerajaan jugalah yang perlu membeli semula syarikat ini manakala Mahathir pada ketika itu hanya diam membisu," katanya. |
Posted: 26 Aug 2013 04:24 PM PDT MANCHESTER: Pertembungan dua gergasi, Manchester United dan Chelsea berkesudahan terikat 0-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris, di Old Trafford, sebentar tadi. Pengurus United, David Moyes menurunkan Wyane Rooney yang disebut-sebut dipikat Chelsea, mengemudi barisan serangan bersama Robin van Persie dan Danny Welback. Chelsea menerusi pengendali baru, Jose Mourinho pula kerap mengasak menerusi pemain Brazil, Oscar dan Edin Hazard. Pada masa kedua, Welbeck hanpir mendapat jariangan awal namun tendangannya di depan pintu gol tersasar. Chelsea yang menurunkan Fernando Torres pada permainan berbaki 30 minit gagal menyerlah namun percubaan kencang Tim Carhill gagat menggegar jaring United. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan