Isnin, 26 Ogos 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Lelaki cedera di jari selepas ditembak dipercayai ketika bergaduh

Posted: 26 Aug 2013 05:30 AM PDT

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki cedera pada jari tangan sebelah kanan selepas ditembak dipercayai ketika bergaduh di kawasan ladang kelapa sawit di Bukit Selambau, dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya, mengesahkan kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk rawatan lanjut.

Pandikar Amin dahului penerima darjah kebesaran TYT Pulau Pinang - Bernama

Posted: 25 Aug 2013 06:08 PM PDT

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar) mendahului senarai 1,085 penerima darjah kebesaran dan pingat kehormatan negeri sempena sambutan ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, hari ini.

Pandikar Amin, 58, adalah penerima tunggal Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN), yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Menurut senarai yang dikeluarkan unit Dewan Undangan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini, empat individu menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN), yang membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Muhamad Zabidi Zainal; Pengarah Urusan IGB Bhd, Robert Tan Chun Meng; Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Profesor Datuk Dr Md Salleh Yaapar serta tokoh korporat Datuk Seri H'ng Bok San.

Enam penerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN), yang membawa gelaran Datuk Seri, ialah Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar; Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Arfah Abdul Razak serta anggota Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Jamaludin Hasan.  

Turut menerima anugerah itu ialah konduktor orkestra Datuk Ooi Chean See, pengasas Kumpulan Syarikat R A, Datuk R Arunasalam dan anggota panel Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur Datuk Shaik Daud Md Ismail.

Seramai 12 individu menerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN), yang membawa gelaran Datuk, iaitu Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan (Rehda) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan Fook Sing; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Law Choo Kiang; Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaki Md Yasin dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon.

Pengarah Urusan Thye Huat Chan Sdn Bhd., Datuk Ng Tee Soo; Pengarah Pentell Marketing Sdn Bhd, Datuk Tan Gin Soon; Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia, Datuk Ong Poh Eng.

Naib Canselor USM, Datuk Omar Osman; Pengerusi Eksekutif Kumpulan SAA Resources Sdn Bhd, Datuk Shaik Aqmal Shaik Alaudin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Seramai 68 individu menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk, antaranya Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Abang Iskandar Abang Hashim; Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin.

Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) Universiti Teknologi Mara (UiTM)' Prof Dr Abu Bakar Abdul Majeed; Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Operasi), Ahmad Zakaria Mohamad Sidek dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Roshida Hassan.

Selain itu, 60 individu menerima Darjah Johan Negeri (DJN), Bintang Cemerlang Negeri (BCN) (39 orang), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (165), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (413), Pingat Jasa Masyarakat (PJM) (235) dan Pingat Bakti Setia (PBS) seramai 82 orang.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri itu berlangsung di Dewan Sri Pinang.

Sebelum ini, Speaker Dewan Undangan Negeri Law Choo Kiang mengumumkan majlis sambutan ulang tahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, yang dijadual pada 13 Julai lalu, ditunda sehingga hari ini bagi menghormati bulan Ramadan. - Bernama, 26 Ogos, 2013.

Tiada ulasan: