DUNIACACAMARBA |
- Kesilapan Besar Pendakwa kes Altantuya Menyebabkan Dua Polis Bebas
- [KANTOI] Endless Possibilities: Silap Bukan Malaysia Tiru Israel...Tetapi Malaysia Ikut...??
- Tandas MELETUP!
- Diperkosa Bapa Tiri Selama 20 tahun, Lahir 10 Anak
- Budak sekolah Dibelasah dan Diperkosa
Kesilapan Besar Pendakwa kes Altantuya Menyebabkan Dua Polis Bebas Posted: 26 Aug 2013 02:35 AM PDT [TMI] Timbalan Superintendan Polis (DSP) Musa Safri yang tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan adalah kunci untuk membongkar kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu, menurut laporan penghakiman 47 muka surat yang dikeluarkan hari ini. Laporan itu juga mendedahkan kegagalan hakim perbicaraan menimbang notis alibi sebagai punca kepada pembebasan dua komando polis, ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar pada Jumaat lalu. Kedua-dua tertuduh sebelum ini disabitkan dengan kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006. Laporan penghakiman oleh salah seorang hakim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat juga menekankan wujud percanggahan dalam afidavit oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dengan keterangan Sirul di mahkamah berkaitan pembabitan Musa dalam kes itu. "Ia tidak boleh terlepas pandang episod buruk dan dasyat ini bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum pembabitan Azilah dan Sirul. "Bukti yang diperoleh menunjukkan tugas Azilah dan Sirul adalah meronda sekitar rumah Razak dan kehadiran mereka di sana pada malam itu atas permintaan Razak kepada Azilah," tulis Tengku Maimun dalam penghakimannya. Hanya Musa akan membongkar semua ini, katanya. Dalam pembebasan Azilah, Mahkamah Rayuan mendapati hakim perbicaraan Datuk Mohd Zaki Md Yassin gagal menimbang notis alibi yang menunjukkan Azilah tidak mungkin boleh berada di dua lokasi pada suatu masa ketika malam pembunuhan Altantuya. Mahkamah Rayuan berkata, rekod panggilan oleh syarikat telekomunikasi yang diberikan pendakwa raya bertujuan untuk mengenalpasti pergerakan Azilah pada hari pembunuhan Altantuya. Berdasarkan kepada bukti yang diberikan itu, Azilah berada di Pekan Subang pada 10.15 malam dan di Kampung Melayu Subang pada 10.19 malam. Bagaimanapun, diari balai Bukit Aman menunjukkan Azilah berada di sana mengutip senjatanya, Glock EAH 387 dan dua kelopak peluru pada jam 10.18 malam. Beliau kemudiaan beredar ke Putrajaya dalam tugasan mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pegawai penyiasat dalam pembunuhan Altantuya, ASP Tonny Lunggan memberi keterangan dalam perbicaraan mengenai kebenaran diari itu dan ketepatannya. Namun, Mahkamah Rayuan berhujan meragui ketepatan rekod panggilan telefon berkenaan. - 26 Ogos, 2013. | ||
[KANTOI] Endless Possibilities: Silap Bukan Malaysia Tiru Israel...Tetapi Malaysia Ikut...?? Posted: 26 Aug 2013 01:00 AM PDT Kata Mazidul, Anwar tidak membuat homework kerana mengeluarkan kenyataan mengaitkan Israel dengan slogan Endless Possibilities Malaysia. Kata blogger itu yang memetik daripada sumber lain, Malaysia terlebih dahulu menggunakan slogan itu ketika di Davos sekitar Januari 2013 dan mendakwa Israel hanya menggunakan slogan tersebut pada April 2013. Namun segala-galanya terburai apabila MM melaporkan bahawa Mongolia terlebih dahulu menggunakan slogan itu berbanding dengan Malaysia dan Israel. Negara yang melahirkan gadis yang bernama Altantuya Shariibuu itu telah menggunakan slogan Endless Possibilities untuk mempromosikan industri pelancongan setahun lebih awal daripada Malaysia. Adakah Malaysia meniru Mongolia yang begitu kontroversi jika dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya? Bagaimana tiga buah negara boleh menggunakan slogan yang sama? Adakah kesemua negara menggunakan syarikat publisiti yang sama atau memang berlaku plagiat idea yang disengajakan? -DCM Baca laporan MM: PM's Office says Malaysia ahead of Israel in 'Endless Possibilities', but... [MM] PETALING JAYA, Aug 24 — Malaysia came out with "Endless Possibilities" as its new global theme months before Israel released a similar tagline, the Prime Minister's Office (PMO) has said amid a national uproar over claims that the slogan had been plagiarised. But the shadow cast by the controversy is unlikely to lift soon in the face of an online video that shows the exact same catchphrase used to sell Mongolia, uploaded over a year ago. "Malaysia's 'Endless Possibilities' nation branding concept was publicly launched in January 2013 at the World Economic Forum annual meeting in Davos, Switzerland. "The Tourism Ministry of Israel started using 'Endless Possibilities' to promote their conference and incentive market four months later, in May 2013," the PMO said in a statement emailed to The Malay Mail Online yesterday. This daily had asked the PMO for clarification after pro-establishment bloggers kicked up a storm this week over the striking similarities between the Najib administration's new global branding slogan and Israel's Ministry of Tourism's tagline "Israel. One Place. Endless Possibilities". But soon after receiving the PMO's explanation, The Malay Mail Online was made aware that a video advertisement marketing Mongolia using the exact same tagline had been uploaded onto YouTube nearly one year before Prime Minister Datuk Seri Najib Razak first mentioned it at Davos. A short clip titled "Mongolia Endless Possibilities by CNN" has been available on the popular video-sharing website since it was uploaded on February 19, 2012, by a YouTube account user named BDSecJSC. A voiceover in the 30-second clip says "With a thriving economy and diverse workforce and rich mineral resources, the opportunities are as vast as the landscape", before ending with the words "Mongolia, Endless Possibilities". The word "Mongolia" streams across the screen in a riot of colours towards the end of the clip, with the two words, "Endless Possibilities", shown in a smaller and darker-coloured typeface below it. A check on the Internet revealed "BDSecJSC" to be the initials of a stock brokerage and investment bank A check on Coloribus, an online archive of advertisements worldwide, lists international news broadcaster CNN, and its owner, Turner Broadcasting System, as creating an "Eye on Mongolia" promotional campaign in August 2011. The campaign was said to promote Mongolia as a tourism and investment destination. P/s: Kantoi! Adakah ini kerja APCO? Berapa negara yang menggunakan slogan 1Malaysia? Indonesia, Israel... | ||
Posted: 25 Aug 2013 11:00 PM PDT [HM] Beijing: Sebuah tandas mewah ala Jepun atau "washlet" yang dibeli satu keluarga di Dongguan, wilayah Guangdong meletup baru-baru ini. Akhbar Southern Metro Daily semalam melaporkan, keluarga Liu bernasib baik kerana tiada di rumah ketika kejadian berlaku. Mereka yang pulang kira-kira jam 9 malam mendapati pangsapuri mereka mempunyai kesan abu dan bau terbakar yang datang dari arah bilik air. "Saya membuka pintu dan dalam rumah diselubungi asap hitam dengan bau plastik terbakar. "Saya berundur kerana tidak tahan dengan bau hangit itu," kata isteri Liu. Bilik air di kediamannya rosak teruk dengan dipenuhi jelaga dan sisa tandas yang meletup itu. Polis menganggarkan tandas elektronik itu meletup antara jam 6 petang hingga 9 malam. Keluarga itu juga bernasib baik kerana letupan menyebabkan paip air bocor dan secara tidak langsung memadamkan api sebelum ia sempat marak. Siasatan awal mendapati kerugian dialami keluarga itu akibat letupan tandas itu ialah 300,000 yuan (RM161,881). Syarikat Dongpeng yang mengeluarkan tandas itu mendakwa model dimiliki keluarga Liu tidak lagi dikeluarkan. "Kejadian sedemikian tidak pernah berlaku," kata jurucakap syarikat itu. - Agensi | ||
Diperkosa Bapa Tiri Selama 20 tahun, Lahir 10 Anak Posted: 25 Aug 2013 09:00 PM PDT [HM] Buenos Aires: Seorang lelaki dituduh mengurung dan merogol anak tirinya sepanjang 20 tahun lalu hingga mangsa melahirkan 10 anak. Mangsa yang kini berusia 35 tahun memberitahu mahkamah di Santiago Del Estero, dia mula diperkosa bapa tirinya ketika berusia 14 tahun. "Dia mula merogol saya ketika saya berusia 14 tahun. Saya membantunya di bengkelnya tetapi dia merogol saya. Saya melahirkan anak pertama pada usia itu juga," kata mangsa. Wanita itu juga memberitahu, dia sering dipukul sebelum dirogol. "Dia merogol saya tidak kira tempat. Di ladang, di bengkel, dalam semak," katanya Lelaki berkenaan yang dinamakan mahkamah sebagai 'Orang Tua' ditangkap baru-baru ini. Hakim Maria Rosa Falco mengarah kes itu disiasat, termasuk menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan bapa kanak-kanak berkenaan. Dalam keterangannya kepada mahkamah, mangsa turut memberitahu bahawa ibunya tahu segala-galanya mengenai kejadian itu. "Saya menceritakan apa yang berlaku. Tetapi dia tidak bertindak. Dia takut dipukul oleh lelaki itu," kata mangsa. Ibu dan seorang adiknya turut hadir di mahkamah. Menurut wanita itu, dua daripada anaknya mati dan dikebumikan berhampiran rumah mereka. - Agensi | ||
Budak sekolah Dibelasah dan Diperkosa Posted: 25 Aug 2013 07:41 PM PDT
[HM] Hulu Selangor: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bukan saja 'diculik' dan dibelasah, malah dia turut diperkosa dalam kawasan semak sebelum ditinggalkan di sebuah perhentian bas, Serendah, di sini. Mangsa bernasib baik apabila diselamatkan orang awam yang menghubungi polis dan membawanya ke balai polis untuk siasatan. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai memperkosa mangsa bagaimanapun sudah ditahan polis kelmarin, dalam tempoh kurang 48 jam selepas kejadian. Menurutnya, kejadian terbabit berlaku jam 3.15 petang Rabu lalu apabila pelajar tingkatan dua itu pulang dari sekolahnya dengan berjalan sendirian ke Batang Kali, di sini. "Suspek menunggang motosikal Honda EX5 menahan dan memaksa pelajar itu membonceng bersamanya. Gadis terbabit menolak ajakan itu, namun suspek membelasahnya. "Berikutan itu, mangsa dibawa menghala ke Jalan Genting-Batang Kali. Tiba di satu kawasan semak, mangsa diperkosa," katanya. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan