Kelab Greenboc |
- Terperanjatkah Kita Mahkamah Rayuan Bebaskan Sirul Azhar & Azilah?
- Tiada Lagi Solat Di Dua Masjid Besar Kaherah
- Pemandu Bas Bertengkar Dgn Pemandu Teksi Sejurus Sebelum Jatuh Gaung
- [BERGAMBAR] Proses Evakuasi Pelajar Malaysia Di Mesir Bermula
- Berita Kematian Al-Sisi Tidak Sahih & Tidak Benar
- [TERKINI] Hosni Mubarak Dikeluarkan Dari Penjara, Rasmi Jadi Tahanan Rumah
Terperanjatkah Kita Mahkamah Rayuan Bebaskan Sirul Azhar & Azilah? Posted: 23 Aug 2013 01:05 AM PDT Jadi, siapa bunuh Altantuya? Dan kenapa? Sepanjang tujuh tahun, tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Altantuya Shaariibuu. Dan tidak ada siapa pun tahu mengapa si cantik warga Mongolia itu dibunuh pada Oktober 2006. Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya. Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan lebih banyak soalan. Siapa bunuh dia? Mengapa? Dia ditembak mati dan bahan letupan C-4 dikatakan digunakan untuk meletupkan mayatnya hingga berkecai, tetapi kedua-dua komando polis itu berkata mereka tidak ada akses terhadap bahan letupan itu. Jadi, apa yang berlaku? Adakah orang lain terbabit? Dia datang ke negara ini, tetapi tidak akan rekod imigresen dengan namanya. Adakah dia menggunakan pasport lain? Bolehkah pihak berkuasa menjelaskan perkara ini? Semua persoalan ini mungkin boleh terjawab jika saksi seperti DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan. Pihak pendakwaan tidak memanggilnya dan mahkamah rayuan hari ini membenarkan rayuan itu kerana saksi material tidak dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk Musa. Musa mungkin boleh memberi keterangan apa yang membantu penganalisis politik, Abdul Razak yang memintanya supaya dapat mengelak diri daripada Altantuya. Penterjemah itu pernah menjadi kekasih Abdul Razak tetapi kemudian memburunya dan menyebabkan Abdul Razak terpaksa mendapatkan perkhidmatan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memerhatikan Altantuya. Apabila Altantuya muncul pada malam malang 18 Oktober 2006 itu, polis menangkapnya dan itu adalah kali terakhir wanita itu dilihat hidup. Seterusnya yang berlaku menggemparkan politik Malaysia. Abdul Razak ditahan kerana ada kaitan dengan pembunuhan itu dan kedua-dua polis komando Azilah dan Sirul kemudian didakwa atas pembunuhan Altantuya. Kaitan antara mereka ialah Musa, yang ketika itu pegawai khas kepada timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, Datuk Seri Najib Razak. Kini perdana menteri, Najib menafikan sebarang kaitan terhadap kes itu walaupun Abdul Razak adalah seseorang yang rapat dengannya. Adakah keputusan hari ini memberikan penutup kepadanya juga? Adakah ia juga memberikan penutup kepada Abdul Razak, yang terlebih dahulu dibebaskan dalam tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Beliau mengaku mengelak dan mengusir wanita itu, tetapi tidak minta kematiannya. Menariknya, pihak pendakwa tidak pernah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak. Tetapi, hari ini pihak pendakwaan berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Azilah dan Sirul, kedua-dua tertuduh yang `disembunyikan' daripada masyarakat awam sepanjang 159 hari perbicaraan kes itu. Itu juga sekali lagi menimbulkan lebih banyak persoalan. Dan `endless possibilities'. -TMI
ULASAN GB Terperanjatkah kita dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini? GB tidak terperanja kerana sebelum ini GB sudah dapat merasakan bahawa kedua-dua mereka akan bebas SELAGI perancang pembunuhan itu tidak didakwa dan dihukum. Di dalam keterangannya, tertuduh pernah menyatakan di mahkamah: Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan. |
Tiada Lagi Solat Di Dua Masjid Besar Kaherah Posted: 22 Aug 2013 11:20 PM PDT Mesir: Selepas terbakar dan rosak teruk diserang pihak tentera yang menggempur penyokong legitimasi, dua masjid antara yang terbesar di Kaherah tidak lagi boleh berfungsi. Masjid Raba'ah (gambar atas), hampir keseluruhannya bahagiannya terbakar dalam serangan berdarah oleh tentera 14 Ogos lalu yang menyaksikan ribuan penyokong Morsi terbunuh. Masjid Fath (gambar bawah) di Ramsis juga mengalami nasib sama apabila digempur pihak tentera dan samseng upahan sehingga masjid itu rosak keseluruhannya. Kedua-dua masjid ini merupakan tempat perlindungan penyokong legitimasi yang telah diserang dengan peluru hidup beberapa minggu lalu. Semalam, Kementerian Wakaf Mesir mengumumkan tiada solat jumaat di kedua-dua masjid berkenaan minggu ini. Kementerian itu berkata, pihak mereka telah meminta syarikat pembinaan untuk membaiki kedua-dua masjid terebut secepat mungkin. Sementara itu, gabungan parti yang menyokong Presiden Morsi mengumumkan himpunan besar-besaran sempena hari Jumaat hari ini. Perikatan Kebangsaan bagi pertahankan legitimasi berkata, perhimpunan akan bermula dengan doa kepada rakyat mesir yang telah terkorban dalam serangan tentera sebelum ini di seluruh masjid di Mesir. "Kami akan tetap berpegang teguh sehingga rampasan kuasa tentera berdarah dikalahkan," kata gabungan itu. Morsi, presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi, telah digulingkan pihk tentera melalui rampasan kuasa. -HD |
Pemandu Bas Bertengkar Dgn Pemandu Teksi Sejurus Sebelum Jatuh Gaung Posted: 22 Aug 2013 07:25 PM PDT Ketika punca sebenar kemalangan bas di Genting Higland semalam masih tidak dapat dipastikan secara rasmi, beberapa versi cerita telah muncul daripada mangsa yang terselamat. Seorang daripadanya, Mosammat Sirajum mendakwa sejurus sebelum kemalangan berlaku, pemandu bas itu dan seorang pemandu teksi kelihatan marah-marah di antara satu sama lain sewaktu memandu kenderaan masing-masing. "Dua anak saudara lelaki saya nampak pemandu bas itu dan seorang pemandu teksi seperti saling menunjuk-menunjukkan isyarat marah antara satu sama lain," kata pemastautin tetap Malaysia dari Bangladesh itu. "Menurut mereka, pemandu teksi itu cuba memotong bas tersebut dan pemandu bas sempat menekan pedal brek," kata Mosammat sewaktu ditemui di Hospital Selayang. Menurutnya, anak-anak saudara beliau yang masing-masing berumur 22 tahun dan 14 tahun kehilangan ayah mereka yang berusia 54 tahun dalam kemalangan itu walaupun ibu mereka terselamat. "Ini kali pertama sepupu saya, seorang warganegara Kanada, membawa keluarga mereka ke Malaysia," katanya. Seorang lagi mangsa, warganegara Indonesia, Andri Purwadi yang berusia 23 tahun, memberitahu wartawan yang bas itu dipandu laju. Andri berkata beliau adalah salah seorang daripada lima penumpang yang membeli tiket berharga RM7 tetapi terpaksa berdiri kerana tempat duduk telah penuh. Beliau yang sakit gigi menaiki bas jam 2 petang untuk bertemu doktor gigi di bandar sementara rakannya Nur Firdil Gusman, 25 tahun, juga warganegara Indonesia yang bekerja sebagai tukang cuci di Genting Highlands, diwadkan di Hospital Selayang. Andri yang juga bekerja sebagai tukang cuci berkata pemandu itu tidak mengantuk atau pun mabuk. Menurutnya beliau berada dalam kesakitan sewaktu bas itu mencecah tanah selepas terjunam dan mereka terpaksa menunggu selama kira-kira sejam sebelum bantuan tiba. Andri patah kaki dan akan dibedah petang ini. -mk
klik untuk baca |
[BERGAMBAR] Proses Evakuasi Pelajar Malaysia Di Mesir Bermula Posted: 22 Aug 2013 05:24 PM PDT Seramai 420 penuntut Malaysia di Mesir akan dibawa pulang secara berperingkat melalui empat penerbangan komersil dalam Ops Piramid 2 hari ini, demikian lapor Bernama. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata penerbangan pertama membawa lapan penuntut dari Alexandria menaiki pesawat Emirates dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 9.45 malam ini. Seramai 365 penuntut akan dibawa pulang dari Kaherah dengan penerbangan AirAsia dan dijangka tiba pada 5.25 pagi esok (23 Ogos). Penerbangan ketiga akan membawa 45 penuntut, juga dari Kaherah, melalui pesawat Singapore Airlines (SIA SQ493) yang dijangka tiba pada 8.05 pagi, 23 Ogos. Dua lagi penuntut akan dibawa pulang dari Kaherah menaiki pesawat Egypt Air dan dijangka tiba pada 6.40 petang esok. Menurut kenyataan itu penerbangan pertama Egypt Air membawa enam penuntut Malaysia dari Kaherah yang berlepas kira-kira tengah malam tadi waktu Kaherah, dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 6.40 petang ini. Selasa lepas, kerajaan memutuskan untuk membawa pulang 3,300 penuntut Malaysia di Mesir menggunakan pesawat komersil berikutan pergolakan di negara itu yang dilaporkan semakin tidak menentu. |
Berita Kematian Al-Sisi Tidak Sahih & Tidak Benar Posted: 22 Aug 2013 08:01 AM PDT Sebuah portal online, FreeMalaysiaToday (FMT) petang ini telah menyiarkan berita mengenai kematian Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya dan didapati berita tersebut tidak benar dan tidak dapat disahkan. Al-Sisi dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Memetik laporan dari "The Egyptian Gazette" di bawah tajuk "General 'Hitler' Sisi has died", dikatakan rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian Al-Sisi. Semakan GB terhadap laman tersebut (The Egyptian Gazette), yang memiliki IP 213.158.162.45, tidak dapat diakses lagi dan tiada sebarang laman agensi berita, samada dalam atau luarnegara ada melaporkan berita kematian berkekenaan. Hanya laman sesawang SILOBREAKER ada menyiarkannya dengan memautkan berita penuhnya itu ke laman asal iaitu The Egyptian Gazette yang tidak dapat diakses.
|
[TERKINI] Hosni Mubarak Dikeluarkan Dari Penjara, Rasmi Jadi Tahanan Rumah Posted: 22 Aug 2013 05:35 AM PDT Kaherah - Perdana Menteri Mesir Hazem al-Bablawi mengeluarkan keputusan memindahkan mantan Presiden Hosni Mubarak menjadi tahanan rumah pada Rabu 21 Julai waktu tempatan. Mubarak "dibebaskan" setelah lebih dari dua tahun berada dalam sel tahanan. Demikian disiarkan Associated Press, Khamis (23/8/2013). Pengumuman rasmi mengenai pembebasan Mubarak dibuat satu jam setelah pihak pendakwa raya Mesir mengajukan permohonan supaya Mubarak yang ditahan sejak April 2011 dibebaskan. Pembebasan Mubarak bukan berarti tanpa adanya kontroversi, kebebasan ini justeru dikhuatirkan membuat keadaan Mesir semakin buruk. Langkah tersebut semakin memberikan petunjuk penggulingan Morsi Julai lalu adalah untuk mengembalikan rejim lama ke tampuk pemerintahan. PM el-Beblawi dalam kenyataan rasminya mengaku jika "pembebasan" Mubarak sebagai salah satu langkah sukar untuk diambilnya pada bulan ini. Keputusan ini seperti membuka ruang kritik lebih besar pada pemerintah tentera Mesir dan kritikan dianggap akan muncul pada penghakiman terhadap Mubarak yang dijadual minggu depan. Pihak penjara tempat Mubarak ditahan memberi tahu pemindahan Mubarak menjadi tahanan rumah akan dilaksanakan setidak-tidaknya pagi ini, Khamis 22 Ogos. Sementara tempat baru Mubarak masih belum jelas apakah akan ditahan di kediamannya atau di rumah sakit, menimbang kesihatan Mubarak yang semakin melemah. Mubarak diketahui diserang komplikasi penyakit seperti angin ahmar, lemah jantungserta pernah berada dalam keadaan koma. Tetapi bagi para pengritik, berita mengenai sakitnya Mubarak itu adalah hanya untu mendapat simpati awam dan kelonggaran pengadilan. Sekadar makluman, Hosni Mubarak ialah presiden Mesir keempat. Dia berhasil merebut tampuk tertinggi Mesir dari Anwar Sadat yang terbunuh. Berkuasa selama hampir 30 tahun, Mubarak dijatuhkan pada 2011 kerana tidak dapat menahan demontrasi besar yang menginginkan dirinya turun.
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan