Jumaat, 23 Ogos 2013

.

.


Korban di Genting, Pembebasan Suspek Pembunuh Altantuya Satu Sejarah

Posted: 23 Aug 2013 02:31 AM PDT

RENUNGAN                                                                                         

Malaysia mencatat dua sejarah dalam tempoh tidak sampai 73 jam. Iya walaupun ia menggeri, menyedih dan menyesalkan ia adalah sejarah kerana ia peristiwa. Dua peritiwa dimaksudkan itulah tregedi bas Genting jatuh ke gaung sedalam 60 meter menyebabkan 37 orang maut. Menakala peristiwa kedua ialah pembebasan dua bekas anggota UTK Cik Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari disabitan membunuh model Mongolia, Altantuya.

Persitiwa bas jatuh gaung berlaku kelmarin di selekoh km 3.6 Jalan Genting - Kuala Lumpur. Kejadian itu menggemparkan negara dan merupakan kemalangan terburuk di negara ini. Semua orang memberi perhatian atas kejadian itu dengan pelbagai rasa dan perasaan.

Manakala sejarah kedua pula dicatat hari ini apabila Mahkamah Rayuan yang dianggota tiga orang Hakim; Mohamad Apandi Ali, Linton Albert dan Tengku Maimu Tuan Mat menerima rayuan mereka berdua yang disabit kesalahan Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pembebasan kedua mereka itu disambut dengan air mata oleh setengah orang, dan terima dengan rasa penuh kekagetan dan kehairanan misterius.


Kedua sejarah dan peristiwa ini akan dikenang sepanjang zaman. Mengenai pembebasan Azilah dan Sirul Azhar itu ia akan menjadi perhatian dunia dan keputusan mahkamah rayuan itu memberi implikasi negatif terhadap aspek perundangan negara ini kerana ia membabitkan pembunuhan rakyat asing dan kebetulan pula ia sifatkan pembunuh berprofil tinggi.

Walaupun keputusan mahkamah mungkin rayuan tepat, namun ia tetap akan dipersoalkan. Bukan kerana ada kehilafan dari segi proses perbicaraan, tetapi ia akan dipertikaikan dan terus ditanya siapakah pembunuh Altantuya sebenarnya. Dunia mana sekali pun tidak akan menerima kalau model beranak satu itu membunuh sendiri dirinya dengan meletup menggunakan C4 di hutan Punca Alam Shah Alam, Selangor.

Pakar undang-undang di negara ini dan di negara asing tetap mengkaji dan membuat tafsiran sendiri ke atas apa yang berlaku hari ini mengikut sudut pandangan masing-masing. Tetapi yang jelasnya keputusan mahkamah rayuan itu memeranjatkan. Dan mereka bertanggungjawab dengan kejadian sadis itu tetapi diburu rasa tanggungjawab ke atas letupan itu.

Demikian juga dengan tragedi bas Genting itu akan menjadi perhatian dunia terutamanya di mana rakyat mereka ikut terkorban. Dunia akan membaca mengenai 'kelewesan' pemandu atau pihak berwajib dalam memastikan jalan raya negara ini selamat.

Kedua peristiwa itu akan menyendak minda umum hanya beberapa ketika saja kemudian ia akan cair dan lupus begitu saja. Yang tetap kekal mencatatnya ialah sejarah. Sejarah menggerikan, sejarah megkagetkan ia berlaku di zaman Najib Razak menjadi perdana menteri. [wm.kl.5:22 pm 23/08/13]

Razali Seakan Bersiap Untuk Langgar Khairy

Posted: 22 Aug 2013 07:25 PM PDT

SPEKULASI                                                                                          

Walaupun beliau seorang Islam yang mempunyai tanggungjawab membela agamanya, namun kehadiran Naib Ketua Pemuda Razali Ibrahim di Istana Keadilan Putrajaya semalam untuk mendengar rayuan kerajaan berhubung kalimah Allah boleh menimbulkan tanda tanya lain.

Kalau tidak silap Razali adalah satu-satu pemimpin Pemuda yang hadir memberi sokongan bersama sekelompok yang lain. Maaflah bagi saya kehadiran timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu ada motif dan maksud lain. Ia bukan saja menunjukkan pembelaan kepada agama tetapi ada kaitan dengan perkembangan politik terakhir ini.

Kehadirian itu bukan atas kehendak atau arahan sayap kanan Umno itu tetapi atas inisiatif Razali sendiri. Kalau ia atas arahan sudah tentu ribuan pemuda Umno akan berhimpunan di Purajaya semalam kerana kebanyakan pemuda Umno adalah beragama Islam?


Apabila hanya Razali yang muncul sudah tentu kehadiran Razali itu disambut baik, beliau dianggap sebagai pembela agama dan orang yang ada concern kepada agama. Tangapan itulah yang diingini oleh Razali. Kenapa? Jawabanya mudah saja Razali akan menjadi daya penarik dengan kehadiran itu. Semacam ada sesuatu yang disusun oleh tokoh pemuda dari Johor yang berwajah intlek itu.

Bagi saya, memerhati gelagat dan cara bergerak Razali semacam dia sedang membuat persiapan untuk mencabar kedudukan Khairy Jamaluddin bagi kerusi Ketua Pemuda Umno. Begitulah yang saya lihat dan kalau salah, maaflah.

Jadi kemunculan Razali dalam suasana sedemikian adalah sebagai kempen untuk perhimpunan agung Umno nanti. Seperti mana biasa pemimpin Umno disemua peringkat akan aktif, rajin dan menunjukkan concern mereka dalam apa-apa jua aspek yang boleh meraih sokongan.

Tidak menjadi masalah kalau Razali bersedia untuk mencabar kedudukan Khairy. Keluasan (liberalisasi) Khairy di dalam melihat sesuatu perkara mungkin menjadi faktor kenapa Razali harus mencabar menantu bekas PM itu supaya Umno tidak dilihat terlebih agresif sehingga menyusahkan Najib Razak untuk mentadbir negara.

Razali tidak perlu takut kepada kedudukan Khairy sebagai Menteri Belia dan Sukan yang mana dengan kedudukan Khairy dapat mengemaskan penyokongnya. Razali tidak perlu bimbang kerana beliau boleh menarik penyokong dua calon ketua pemuda sebelum ini, Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir.

Mukhriz dan Khir sudah tidak mencuba lagi kali ini, jadi penyokong kedua bekas calon itu boleh berhijrah kepada Razali dan juga melepaskan kemarahan kepada Khairy dengan menyokong Razali. [wm.kl.10:23 am 23/08/13]

Tiada ulasan: