Jumaat, 2 Ogos 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kes Tembak Lagi: Peniaga Emas Cedera Ditembak Di Pandan Indah

Posted: 02 Aug 2013 01:15 AM PDT


Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.

"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.

Amiruddin berkata Wong, yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilapor stabil. Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.

Isnin lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Pada 29 Julai juga seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini.

Rabu lepas pula, pemandu van kilang N. Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak. -Bernama

"Tinggal BN Jika Tak Setuju Tuntutan Noh Omar"

Posted: 01 Aug 2013 11:30 PM PDT


Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar parti MIC, Gerakan dan MCA meninggalkan BN sekiranya parti itu tidak bersetuju dengan tuntutan untuk menyiasat individu yang mendedahkan gambar mengenai isu kantin SK Seri Pristana.

Jika tidak, kritikan seperti yang disuarakan oleh presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung tuntutan seperti itu hanyalah satu retorik semata-mata, kata Lim.

Beliau mengulas kenyataan Chua semalam yang menyifatkan ketua perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar "gila" kerana membangkitkan tuntutan seperti itu.

Selagi MCA, Gerakan dan MIC tetap bekerjasama dengan UMNO dalam BN Selangor dengan Noh Omar sebagai pengerusi, sebarang kritikan terhadap Noh Omar mengatakannya gila hanyalah satu lagi pementasan drama atau wayang kulit yang akan dilupakan dalam masa seminggu," kata Lim (kanan) dakan kenyataannya.

Begitu juga dalam pengetua SK Alam Megah yang mengakui memberitahu pelajar India dan Cina supaya "balik India dan China".

Lim berkata, pendirian MCA supaya pengetua sekolah berkenaan didakwa mengikut Akta Hasutan tidak akan dipandang serius, khususnya oleh Umno.

Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong dalam satu kenyataan hari ini berkata permohonan maaf pengetua SK Alam Megah itu "tidak ikhlas" dan menuntutu agar tindakan dikenakan ke atas guru berkenaan. -mk

"Komen Ali Rustam Tidak Siuman"

Posted: 01 Aug 2013 07:55 PM PDT


Pemimpin Pakatan selar Ali Rustam berhubung dakwaan peningkatan jenayah

PAS mengatakan integriti polis boleh dipersoalkan dalam menangani kes jenayah terutama membabitkan kes bunuh senjata api yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini.

Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ketelusan polis yang kononnya bebas dari penyelewengan dan rasuah diragui sehingga berlakunya kes tembak terhadap Pengerusi Mywatch R Sri Sanjeevan Ramakrishan akibat dari tindakan mangsa dalam cubaan mendedahkan nama polis yang dikaitkan dengan kegiatan kumpulan gangster dadah.

Kerana itu pentingnya untuk menubuhkan sebuah badan perisikan bebas bagi memantau kes jenayah dan badan ini tidak harus melibatkan mereka yang mempunyai kepentingan dengan polis," kata Mohamad apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau memberikan kenyataan mengulas komen bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) menjadi sebab peningkatan kes bunuh senjata api kerana parti tersebut memaksa kerajaan memansuhkan Akta Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menyifatkan komen Ali Rustam sebagai tidak siuman beliau menegaskan kewibawaan polis boleh dipersoalkan kerana mereka mengambil masa terlalu lama menyelesaikan sesuatu kes dan belum berjaya menangkap suspek.

Dia (Ali Rustam) terlupa agaknya kes bunuh Altantuya siapa yang bunuh? Polis.. jadi mengapa dia nak buat kenyataan sedemikian sedangkan dia tahu jenayah boleh dilakukan oleh sesiapa saja bukan sebab pemansuhan Ordinan Darurat itu tak masuk akal," tegas Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata tuduhan dilemparkan Ali Rustam itu tidak masuk akal kerana keputusan menghapuskan undang-undang itu bukan diputuskan PR.

Beliau boleh menyalahkan Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu yang menghapuskan undang-undang tersebut,"katanya lagi.

Beliau yang menolak dakwaan itu berkata masalah dari pihak polis apabila mereka kekurangan anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah.

Ini masalah pengagihan anggota apabila separuh dari mereka diletakkan di Jabatan Pentadbiran dan hanya 2000 pegawai penyiasat yang tinggal ini kena melakukan semua kerja kerana itu hasil siasatan forensik tidak efektif,"tambah beliau lagi.

Ini berbeza di peringkat antarbangsa, apabila setiap pegawai hanya menyiasat lima atau enam saja kes setiap bulan.

Berita Harian melaporkan hari ini , Ali Rustam berkata PR menjadi punca peningkatan kes bunuh senjata api ekoran pembangkang itu yang mahu kerajaan memansuh EO dan ISA.

Menurut Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, jelas pembangkang harus dipersalahkan diatas permintaan mereka itu.

Dalam hal ini, pembangkang perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku " katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ekoran dari penghapisan EO dan Akta Kediaman Terhad, pihaknya akan mencadangkan menubuhkan jawatankuasa kecil kabinet bagi membantu polis menangani kes seperti ini.

Katanya 90 peratus daripada jenayah berat berlaku sekarang dilakukan bekas banduan yang kembali membalas dendam terhadap saksi yang menyebabkan mereka ditahan di bawah EO

Terdahulu Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sanjeevan ditembak oleh seorang dari dua lelaki India di persimpangan Taman Cempaka, Bahau, Jempol kira-kira jam 3.40 petang ketika mangsa sedang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya menghala ke Pekan Bahau.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya kerana merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.

Ia disusuli dengan kejadian bunuh Pengasas Bank Islam Am Bank Hussain Ahmad Najadi berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur. April lalu Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) dilaporkan mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya bagaimanapun sehingga kini pihak polis masih belum berjaya menangkap suspek. -TMI

Dia Kembali Ke Rahmat Allah Dalam Keadaan Bersujud...

Posted: 01 Aug 2013 04:45 PM PDT


Bangi, 1 Ogos - Seorang Ahli Jawatankuasa yang juga bilal Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi dekat sini, Roslan Ishak, mengejutkan orang ramai, apabila beliau ditemui meninggal dunia ketika sedang bersujud di dalam surau terbabit.

Kejadian ini menggemparkan penduduk setempat, tambahan pula di bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Sebelum ini kejadian seperti ini hanya dilihat berlaku di negara luar yang boleh disaksikan menerusi laman Youtube semata-mata.

Apapun, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmat dariNya. Al-Fatihah.


[BONGKAR] Pengakuan Ketua Perisikan Israel - Mursi Perlu Dihancurkan

Posted: 01 Aug 2013 06:40 AM PDT

Mesir Kini!! Pengakuan Ketua Perisikan Israel : Dr Mursi perlu dihancurkan kerana Pemikiran Ikhwanul Muslimin Dan Penerapan Syariah dan Khilafah

Ketua perisikan Israel menyebutkan diantara sebab utama Dr Mursi perlu disingkirkan adalah kerana ia membawa pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah seperti di Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dan lain-lain. Kini mereka berupaya untuk membina kekuatan di Syria dan Jordan.

Kekuatan Ikhwanul Muslimin ada di pelbagai bidang, tidak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.

Ada dua agenda besar yang kini sedang digencarkan Ikhwan.

Pertama: Mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat. Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem Syura. Sebuah merupakan konsep permesyuaratan yang diakui dalam Islam.

Kedua: Strategi lebih luas iaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh rejim non-demokratik pada masa demokrasi tidak boleh memadamnya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza.

Universiti Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syariat. Tetapi ini akan menyusul, supaya fokus kepada pengukuhan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh kerajaan Mesir.

Dua misi besar tadi akan menguatkan Ikhwanul Muslimin dalam perjuangan mereka. Maka parti-parti Ikhwan yang kini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju kearah kepemimpinan yang kemudian akan menjadikan mereka sebagai peneraju utama yang bertanggung jawab. Tanggungjawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh/kuat.

Jadi rampasan kuasa terhadap Ikhwan adalah bertujuan untuk menghalang tegaknya Daulah Islamiyah di Mesir. Penggulingan atas Dr Mursi sebenarnya kerana takut pada kejayaannya, bukan kerana kegagalannya.



sumber: #mesirkini/demo_lonie

Tiada ulasan: