Ahad, 25 Ogos 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kanak-kanak 5 Tahun Didera Ibu Meninggal Dunia

Posted: 25 Aug 2013 07:33 AM PDT



[Bernama] IPOH: Kanak-kanak perempuan berumur lima tahun yang dipercayai didera oleh ibunya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Paediatrik Hospital Permaisuri Bainun di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kematian itu.

"Kita sedang menunggu maklumat daripada pihak hospital berhubung kematian kanak-kanak itu," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Pada 15 Ogos lepas kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital oleh bapanya dalam keadaan cedera pada bahagian kepala dan seluruh badannya akibat dirotan.

Choong Mee Chin, 30, ibu kepada kanak-kanak tersebut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan itu dan tidak mengaku bersalah pada 20 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan menganiaya kanak-kanak itu di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu pada pukul 9 pagi, 12 Ogos. - 25/8/13

Berita awal di sini.

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] 40 Barang Dikecualikan Cukai Jika GST Dilaksanakan

Posted: 24 Aug 2013 05:00 PM PDT


40 Barang Keperluan Asas Dikecualikan Cukai Jika GST Dilaksanakan 

[Bernama] 40 barang akan dikecualikan jika GST dilaksana, kata Husni. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kira-kira 40 barangan keperluan asas, termasuk tepung, beras dan gula, akan dikecualikan daripada cukai sekiranya cukai barangan danperkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Beliau berkata kajian mengenai perkara itu sedang dilaksanakan, dan rang undang-undang berhubung GST dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.

"Kita sedang berbincang dengan NGO dan syarikat korporat sebelum keputusan mengenai GST diputuskan bagi mengambil kira kesejahteraan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Kampung Kuang Hilir, di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata GST bukan cukai baru yang akan diperkenalkan, sebaliknya ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

"Sebanyak 170 negara telah melaksanakan GST, yang didapati lebih efisien dan moden, dan sudah terbukti meningkatkan ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata sekiranya GST dilaksanakan, pendapatan negara dijangka meningkat yang membolehkan kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, selain menurunkan kadar cukai korporat.

"Kita perlu lihat bagaimana hendak mengurangkan kadar cukai korporat supaya lebih ramai pelabur datang ke sini, sekali gus dapat merancakkan ekonomi negara serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.

Beliau berkata selain memberi manfaat kepada syarikat terlibat, pelaburan juga memberi kebaikan kepada banyak pihak.

"Bila kita melaksanakan satu pelaburan, bukan syarikat sahaja yang memperoleh keuntungan, malah pekerjanya juga akan mendapat keuntungan menerusi kenaikan gaji. Seperti rakyat yang menerima bantuan e-kasih, bantuan bulanan mereka juga akan meningkat," kata Ahmad Husni.

Mengenai Perundingan Belanjawan 2014, Ahmad Husni berkata ia telah selesai dilaksanakan, termasuk di Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.

"Sabah dan Sarawak dari segi cabaran, ialah pembangunan jangka panjang di kedua-dua negeri itu dalam konteks ia mesti menjadi kawasan pertumbuhan ekonomi atau pusat ekonomi, dan dengan itu infrastruktur perlu di berikan keutamaan," katanya. - 24 Ogos, 2013.



P/s: Beli baju kena cukai, beli tayar kena cukai, beli itu kena cukai, beli ini kena cukai. 

Terima kasih pengundi BN!



Tembakan Rambang di Restoran, 6 Orang Cedera

Posted: 24 Aug 2013 04:27 PM PDT


Macam Aksi Koboi

[HM] Nibong Tebal: "Saya ingat bunyi mercun, tak sangka itu bunyi tembakan," kata saksi kejadian dua lelaki bertindak ala koboi melepaskan tembakan rambang di sebuah restoran di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.45 malam, enam lelaki cedera akibat terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan dua suspek bermotosikal. 

Menurut saksi, dia berada di sebuah kedai berhampiran restoran terbabit sebelum terdengar bunyi letupan disusuli jeritan orang awam yang terkejut dengan kejadian itu. 

"Saya bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat lebih dekat apa berlaku. Saya lihat enam lelaki cedera ditembak dan mereka meminta tolong sebelum kami meminta bantuan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ketika kejadian, enam lelaki berkenaan minum di restoran sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal yang melepaskan tembakan secara rambang. -25/8/13



P/s: Bayangkan anda bersama-sama dengan keluarga berada di tempat kejadian ketika kejadian tembakan rambang ini berlaku!!!


Penjual Ikan Mati Ditembak

Posted: 24 Aug 2013 03:43 PM PDT


Foto dari sini.

[Bernama] Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh das kesan tembakan di kawasan pam pasir dekat Kampung Buntut Pulau, Temerloh malam tadi.

Mayat Abd Majid Abd Rahman, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada 9.05 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat.

Katanya bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh mendapati mangsa mati akibat terkena dua das tembakan di kepala dan masing-masing satu das di dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan.

Isteri mangsa membuat laporan polis apabila suaminya tidak pulang selepas keluar rumah di Taman Setia Temerloh pada 18 Ogos dan menemui kereta suaminya di kawasan berdekatan pam pasir itu pada 21 Ogos, katanya.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan jenis senjata api yang digunakan. - 24 Ogos, 2013.

Tiada ulasan: