Ahad, 25 Ogos 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SPR patut panggil parti politik bincang

Posted: 25 Aug 2013 06:54 AM PDT

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - PR mahu Suruhanhaya Pilihan Raya (SPR) memanggil semua parti politik untuk berbincang mengenai sebarang perubahan dalam undang-undang pilihan raya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berpendapat, perbincangan itu penting bagi menyalurkan pandangan masing-masing.

"SPR perlu maklumkan dahulu pada parti-parti politik sebelum mereka buat apa-apa keputusan.

"Setakat ini, kita tak nampak lagi, apakah bentuk ataupun draf rang undang-undang itu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai usaha SPR itu, beliau akui masih terlalu awal untuk pihaknya menyokong atau menolak undang-undang tersebut.

"Terlalu awal untuk kita menyokong atau menolak undang-undang itu. Sebab itu penting untuk kita tahu apa kandungannya.

"Undang-undang mana yang hendak dibaiki, undang-undang mana yang hendak diganti. Kita tak tahu apa-apa," katanya.

Beliau juga menolak undang-undang baru itu menjamin ketelusan pilihan raya pada masa akan datang.

"Belum tentu (jamin telus) dan ia bukan satu indikator yang jelas bahawa akan berlaku perubahan ke atas apa yang kita perjuangkan selama ini.

"Jadi, ia terlalu awal untuk saya memberikan kenyataan tentang rang undang-undang itu. Tapi apa yang penting bagi saya adalah SPR perlu panggil semua parti-parti politik untuk kita dapat menyatakan pandangan kita," katanya.

Semalam, SPR dijangka bakal memperkenalkan satu rang undang-undang baru bagi melicinkan lagi pendaftaran pengundi selain menjadikan daftar pemilih lebih telus dan bebas daripada kontroversi.

Mengulas perkara sama, Naib Presiden PKR, Tian Chua akui tiada keyakinan terhadap SPR ekoran pasukan SPR masih pasukan sama.

"Kita tidak ada keyakinan langsung terhadap pasukan SPR yang ada sekarang. Kita harap, mereka letak jawatan dulu baru cakap tentang perubahan lain.

"Selagi pasukan SPR yang sedia ada, kita tetap tak yakin dan tak percaya," katanya.

SPR mungkin perkenal undang-undang baru

Posted: 25 Aug 2013 06:52 AM PDT



 
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suruhanjaya itu mungkin akan memperkenalkan undang-undang baru berkenaan daftar pemilih.

Beliau berkata ia merupakan antara hasil perbincangan bersama kakitangan SPR dalam pemukiman selama seminggu di Shah Alam minggu lalu.

Dalam pemukiman itu, warga SPR meneliti kelemahan yang wujud dalam undang-udang berhubung daftar pemilih, dan akan mengusulkan beberapa pindaan.

"Jika terlalu banyak pindaan perlu dilakukan, adalah lebih baik satu undang-undang baru pendaftaran pemilih diperkenalkan," katanya.

Menurutnya lagi, SPR akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk mencapai ketetapan sama ada meminda undang-undang sedia ada atau memperkenalkan undang-undang baru daftar pemilih.

Beliau menjangkakan perkara tersebut akan dimuktamadkan dalam tempoh masa kira-kira tiga bulan.

"Kita mungkin memansuhkan Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 kerana kita menerima begitu banyak rungutan sejak sepuluh tahun lepas.

"Sekarang ini kita tidak boleh membersihkan senarai pemilih melainkan mereka yang merungut tampil ke hadapan beserta MyKad mereka (yang bermasalah namanya dalam daftar pemilih)," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas lanjut gesaan MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi BERSIH, Datukk S Ambiga agar SPR membersihkan dahulu daftar pemilih sebelum melakukan persempadanan pilihan raya.

Menjawab soalan wartawan kemudiannya, Wan Ahmad mengakui pembersihan daftar pemilih adalah keutamaan yang diberikan tumpuan oleh SPR.

Perkara tersebut katanya akan dilaksanakan sebelum persempadanan semula yang dituntut oleh Perlembagaan dilakukan SPR.

"Kita akan bersihkan daftar pemilih sebaik mungkin sebelum persempadanan semula," katanya.
Beliau bercakap kepada wartawan selepas ucapan dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur pagi ini.

PKR tuduh polis hanya sasar masyarakat India

Posted: 25 Aug 2013 06:50 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Adakah mustahil jika seramai 71 peratus anggota kongsi gelap terdiri dari kumpulan masyarakat yang hanya mewakili tujuh peratus dari seluruh jumlah penduduk Malaysia? Naib presiden PKR N Surendran berkata, perkara itu mustahil.

Katanya, PKR percaya bahawa perangkaan itu disebabkan amalan rasis oleh pihak berkuasa dan polis sejak sekian lama yang menjadikan masyarakat India sebagai sasaran.

"Jumlah itu setinggi 71 hanya kerana polis mensasarkan masyarakat India dalam operasi mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran berkata sekiranya data berkenaan boleh dipercayai, ia bermakna terdapat krisis nasional melibatkan masyarakat India pada masa ini.

"Jika benar, mengapa angka yang menghairankan itu tidak didedahkan kepada umum sebelum ini?," soalnya.

Beliau merujuk kepada jumlah suspek seramai 40,000 mengikut pecahan kaum yang didedahkan polis semalam.

Angka yang didedahkan oleh pengarah jabatan siasatan jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah itu menunjukkan seramai 23 perauts oleh suspek tersebut terdiri dari golongan Cina dan kurang dari lima peratus dari masyarakat Melayu.

Wan Saiful: '1Malaysia jadi jenama untuk rasuah rakyat'

Posted: 25 Aug 2013 06:48 AM PDT



Seorang pengkaji sosiopolitik Wan Saiful Wan Jan berkata beliau melihat bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan tidak lama dahulu kini lebih sinonim dengan kebajikan.

Ketua pegawai eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi itu juga berkata konsep yang sepatutnya menyatukan rakyat Malaysia kini tidak lebih daripada "jenama untuk merasuah rakyat".

"Ia kini menjadi cara untuk kerajaan merasuah rakyat dan ini sangat malang.

"Ia menukar rakyat Malaysia menjadi satu masyarakat yang bergantung bantuan kerajaan yang dijenamakan sebagai 1Malaysia," katanya pada forum di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur pagi tadi.

Turut bercakap pada forum bertajuk "1Malaysia: Adakah Toleransi Mencukupi buat 1Malaysia" adalah ahli majlis tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam slot berkenaan, Saifuddin menjawab soalan hadirin tentang kemampuan sekolah satu aliran untuk mewujudkan perpaduan.

Mengulas perkara itu, Saifuddin berkata isu sebenar dalam perbahasan yang membandingkan sekolah vernakular dan sekolah satu aliran ialah keraguan tentang kualiti pendidikan.

Justeru tegasnya, sekolah vernakular adalah satu cara bagi memastikan ibu bapa mempunyai pilihan dalam persekolahan anak-anak mereka.

"Isu sebenar sistem pendidikan kita bukanlah perpaduan, tetapi kualiti.

"Saya akan membahaskan pendidikan dari sudut kualiti berbanding sudut perpaduan kerana apabila orang ramai membahaskan perkara ini daripada sudut perpaduan, mereka akan terlepas pandang isu sebenar (pendidikan)," katanya.

Khairy: Najib tak akui laporan Utusan

Posted: 25 Aug 2013 06:42 AM PDT

 


 
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memperakui laporan akhbar Utusan Malaysia bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' yang mencetus kontroversi sejurus selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Bagaimanapun, laporan berhubung peralihan sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat itu berbeza dengan kenyataan Najib ketika mengulas keputusan pilihan raya tersebut, kata Khairy.

Khairy berkata demikian dalam sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur petang ini.

"Beliau hanya membuat pemerhatian dan tidak menyalahkan mana-mana komuniti. Tajuk utama akhbar itu dan pendirian perdana menteri adalah berbeza," katanya.

Mengulas perkara tersebut, Khairy menegaskan bahawa Utusan bertindak dengan salah apabila menyiarkan laporan seperti itu.

"Perdana menteri komited dengan pendekatan 1Malaysia sehingga ke hari ini.

"Beliau boleh berkata yang kita tidak dapat sokongan Cina dan perlu melupakan 1Malaysia dan hanya beri tumpuan kepada mereka yang menyokong kita.

"Tetapi beliau konsisten agar kita kekal dengan dasar yang bersifat menyeluruh," katanya.

Khairy ditanya mengenai tindakan perdana menteri yang tidak mengambil tindakan ke atas Utusan ekoran laporan yang didakwa ramai pihak sebagai bersikap perkauman itu.

Najib sendiri ketika ditanya mengenai laporan kontroversi tersebut pada 7 Mei lalu mempertahankan laporan berkenaan.

"Anda menyalahkan Utusan tapi anda tidak bertanya tentang akhbar Cina," kata Najib.

Najib menyebut bahawa akhbar Cina pun menyiarkan jenis
berita yang sama, sebelum meninggalkan tempat sidang akhbar.

Najib juga berkata masyarakat Cina telah terpengaruh dengan pembangkang dan bertanggapan bahawa undi mereka boleh membawa perubahan dalam kerajaan.

Anwar: ‘Endless Possibilities’ Najib sama dengan Israel, bukan kebetulan

Posted: 25 Aug 2013 05:59 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Slogan terbaru diperkenal Perdana Menteri, Endless Possibilities yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sekarang kita ada bukti cukup. Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan," kata Anwar ketika ditemui pemberita di majlis hari raya KEADILAN Lembah Pantai, hari ini.

DSAI_Batu
Anwar berucap dalam majlis hari raya parlimen Batu di Dataran Dewan Masyarakat Fasa Tiga, Bandar Baru Sentul

"Sekarang lebih berat. Ia tak mungkin secara kebetulan" tegas Anwar.

Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013.

Manakala Najib dijangka melancarkan kempen '1Malaysia, Endless Possibilities' pada 17 September depan.

Justeru kata Anwar, penggantungannya dari Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember 2010 kerana mendedahkan pengaruh Israel dalam pentadbiran Malaysia membuktikan hipokrasi pentadbiran Umno-BN.

"Dulu saya ada bawa (isu ini) di Parlimen, (mengapa) pilih 1Malaysia. Saya dikenakan (gantung) enam bulan kerana bangkitkan 1 Malaysia.

"Sampai sekarang dia kata kebetulan. Ternyata ada pengaruh asing, termasuk apa didakwa 'pengaruh Israel'," kata Anwar.

Tegasnya, slogan baru Endless Possibilities (Kemungkinan Berterusan) hanyalah semata-mata strategi perhubungan awam (public relation).

"Yang kita bangkitkan isu jenayah, pertikaian pada kehakiman dan pelbagai masalah (lain).
"Yang dia (Najib) hanya hentam pembangkang," kata Anwar.

KEADILAN: Mahkamah Rayuan patut bicara semula kes Altantuya

Posted: 25 Aug 2013 05:57 AM PDT

Oleh: Mohd Arif Juhani

PETALING JAYA : Sekiranya Mahkamah Rayuan mendapati wujud kecacatan dalam penghakiman di Mahkamah Tinggi berhubung kes bunuh Altantuya, mahkamah sepatutnya mengadakan perbicaraan semula dan bukan membebaskan tertuduh.

IMG_5319

Ahli Majlis Perwakilan Pusat (MPP) KEADILAN,  Sivarasa Rasiah berkata, kecacatan pendakwaan itu bukan pertama kali berlaku kerana sebelum itu, mahkamah turut membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda selepas gagal mengaitkannya dalam kes itu.

"Contoh kecacatan yang dimaksudkan ialah apabila saksi penting seperti (DSP) Musa Safri tidak dipanggil.

"Mahkamah Rayuan sepatutnya bicarakan semula kes ini berdasarkan kuasa yang diberikan dalam undang-undang iaitu Seksyen 60 Akta Kehakiman Mahkamah 1964 yang membolehkan hakim memerintahkan suatu perbicaraan semula ketika rayuan diadakan," ujarnya dalam sidang media bersama Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua di Ibu Pejabat parti itu hari ini.

Semalam, Mahkamah Rayuan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, penghakiman dibacakan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan berlaku penyalaharahan serius oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam mensabitkan tertuduh.

Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri dan kegagalan mengemukakan diari balai polis yang menyatakan Azilah berada di Bukit Aman pada masa kejadian.

Menurut Sivarasa, selain Musa, saksi penting yang patut dipanggil adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas setiausaha sulit Najib selama 20 tahun, Nasir Safar; dan adik Najib, Datuk Nazim Razak.

"Semua saksi ini penting bukan untuk membuktikan kesalahan Sirul dan Azilah tetapi untuk membuktikan siapakah yang mengarahkan kedua-dua orang tertuduh itu membunuh Altantuya," katanya.

Selain itu tiga nama yang disebut, saksi penting yang baru ialah ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan; peguam Americk Singh Sidhu dan Cecil Abraham.

Justeru katanya, sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat kecacatan dalam pendakwaan kes berkenaan.

"Pendakwaan kedua ini cacat dan skrip ulangan yang melucukan kerana mahkamah gagal mengenalpasti dan mendakwa individu yang mengarahkan pembunuhan terhadap Altantuya dilakukan. Ini menyebabkan sistem keadilan di Malaysia hancur di mata dunia.

"Justeru saya mendesak sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi memulihkan kembali imej dan kredibiliti mahkamah," ujarnya.

Rebat Telefon Pintar RM200 Disambung 3 September

Posted: 25 Aug 2013 05:50 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
HULU TERENGGANU: Kerajaan akan menyambung semula pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G kepada golongan belia bermula 3 September ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata sebelum ini program itu dihentikan sementara untuk memantau keberkesanannya.

"Kita akan agih semula baki pada 3 September ini," katanya kepada pemberita ketika mengagihkan Jalur Gemilang di Manir dekat sini semalam.

Katanya kerajaan sudah membelanjakan RM1.42 juta sejak program itu bermula Mac lepas.

Kerajaan menganggarkan seramai 1.5 juta belia berumur antara 21 dan 30 tahun yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan berpeluang menikmati kemudahan itu. BERNAMA

Politik ‘angkuh’ MB, semakin menjauhkan rakyat dari Umno-BN

Posted: 25 Aug 2013 05:46 AM PDT

BULETIN ONLINE

KEMAMAN – Dun Chukai telah mengadakan sambutan rumah terbuka hari raya kali kedua khas untuk kaum Tionghua (Cina) di Dun tersebut pada 17 Ogos lalu

Majlis tersebut diadakan di Jalan Jakar Kampung Dusun Nyior yang mempunyai majoritinya masyarakat Cina.

Sambutan luar biasa diberikan oleh masyarakat Tionghua dengan kehadiran dianggarkan lebih 500 orang terdiri warga emas, wanita dan kanak-kanak beramai-ramai datang meraikannya majlis makan malam tersebut.

Mereka diraikan dengan makan malam gulai kawah empat ekor kambing import dan sate ayam serta pelbagai jenis minuman.

IMG_20130824_190721-924453032

Dalam ucapan aluan Haji Hanafiah berkata wakil rakyat PAS tidak sama dengan wakil rakyat Umno-BN kerana wakil rakyat PAS dan Pakatan akan tetap sama, sebelum atau selepas jadi wakil rakyat.

Namun, beliau berkata kerajaan negeri Umno-BN tidak adil kerana menyekat peruntukan Adun Kepada wakil rakyat pembangkang.

"Saya berjanji dahulu (sebelum pilihan raya) jika saya menang (pilihan raya) saya akan tolong semua rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka, sama ada orang Cina, orang India atau orang Melayu.

"Tapi hari ini, saya rasa susah hati sedikit apabila Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said telah potong saya punya peruntukan untuk Dun Chukai. Langsung (peruntukan) tidak ada dan dia (MB) cuma bayar gaji saya sahaja sebanyak RM4,112 sebulan.

"Dahulunya (sebelum jadi wakil rakyat) gaji saya RM11,000 tapi sekarang cuma dapat RM4,112 sahaja dan campur dengan sedikit elaun dapatlah RM5,000," ujarnya.

Namun, kata beliau, hairan bagaimana pula dengan wakil rakyat dari Umno dan Barisan Nasional (BN) yang kelihatan senang dan kaya raya setelah bergelar Yang Berhormat.

Menurutnya, wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti PAS, PKR dan DAP tidak ada yang kaya seperti Adun-adun BN.

Malah, kata Hanafiah, semua wakil rakyat Pakatan Rakyat terpaksa memotong sebahagian dari gaji dan elaunnya untuk disumbangkan kepada parti setiap bulan.

"Wakil rakyat BN nampak senang dan kaya macam mana jadi macam itu. Wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti PAS, PKR dan DAP tidak ada yang kaya seperti Umno-BN.

"PAS potong pula gaji saya RM750 untuk parti setiap bulan dan begitu juga dengan rakan-rakan PKR dan DAP," jelasnya.

Namun begitu, beliau tetap bersedia berkhidmat untuk rakyatnya meski pun mempunyai pendapatan yang agak kecil.

Oleh itu katanya, jika terdapat rakyat yang kesusahan dalam Dun Chukai termasuk di kalangan kaum Tionghua yang sakit, miskin dan meninggal dunia harap dimaklumkan.

"Satu pesanan saya, jika ada orang (Tionghua) sakit tolong beritahu saya supaya boleh saya pergi tengok. Jika ada orang susah, orang miskin, orang mati (meninggal dunia) atau ada masalah dengan pihak berkuasa tempatan seperti longkang dan sebagai beritahu saya.

"Ini janji saya…….saya akan tolong kamu (Cina) untuk bawa masalah kepada pihak berkenaan (kerajaan) untuk diselesaikan," tegasnya disambut dengan tepukan gemuruh.

Ketika ditemui selepas majlis tersebut, beliau kesal kerana MB Terengganu bersikap tidak rasional dan angkuh, mengamalkan politik balas dendam.

Beliau berkata rakyat di kalangan pengundi Cina turut terkesan diabaikan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Umno-BN Terengganu.

"Ya, bukan sahaja orang Melayu tetapi orang Cina juga terabai dan didiskriminasi oleh kerajaan Umno-BN ini. Sebaik sahaja mereka (BN) hampir tumbang di Terengganu dengan hanya mendapat 17 kerusi Dun dari 32 kerusi, Dia (MB) mula cakap angkuh.

"Ahmad Said 'ugut' mana-mana Dun yang BN kalah tidak akan diberi peruntukan Dun seperti yang pernah dilantik Pegawai Penyeleras Dun dan Parlimen. Sebab, rakyat telah pilih pembangkang dari PAS dan PKR di Terengganu," ujarnya

Antara rungutan dari masyarakat Tionghua ialah mereka mendakwa diabaikan oleh kerajaan seperti tidak membersih kawasan, longkang serta tidak dilayan bantuan persekolahan.

Katanya, tindakan pemimpin Umno itu tidak wajar kerana ia hanya akan menjauhkan lagi rakyat terutama pengundi Cina dari pihak kerajaan BN.

SAMM: 2 Pak Sanggup Dbebaskan, Altantuya Letupkan Diri Sendiri Guna C4?

Posted: 25 Aug 2013 05:44 AM PDT


KELAB GREENBOC
 
Sememangnya dari awal kes pembunuhan Altantuya menyaksikan perbicaraan melibatkan Azilah dan Sirul ditangguh dan ditangguh sehingga selepas pilihan raya untuk memberi laluan Barisan Nasional menang PRU tersebut.

Kemenangan ini membolehkan kedua-dua 'pak sanggup' ini dibebaskan.

Perihal ini sudah disebut dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sudah menjangka keputusan mahkamah Rayuan yang membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Apabila BN kekal, rakyat bukan sahaja tidak mengetahui apakah motif pembunuhan dan siapa yang arah pembunuhan Altantuya, malah pembunuhnya juga dibebaskan.

Walaupun dalam kes yang berprofil tinggi, walaupun sudah mengaku melakukan pembunuhan malah menyebut diri sebagai 'kambing hitam' kerana menjadi pembunuh upahan, namun akhirnya dibebaskan.

Apakah ia satu keputusan menang-menang demi saling melindungi? Lihatlah bagaimana keadilan tidak berada di tempatnya, tetapi berada di tangan pemerintah.

Keputusan ini juga seharusnya memberikan 'motivasi' besar kepada pihak tertentu untuk terus menjalankan kerja 'black-ops' dengan jaminan dibebas sekiranya tertangkap dan dibicarakan.

Pihak tertentu termasuk kemungkinan melibatkan anggota polis yang mengikut telunjuk atasan mampu berbuat apa sahaja kerja jahat, pasti akhirnya terlepas hukuman dan dibebaskan. Maka tidak hairanlah jika selepas ini lebih banyak kes pembunuh upahan. Konspirasi akhirnya berjaya apabila si pembunuh, individu yang mengarah pembunuhan, orang tengah, semuanya selamat. Rekod imigresen Altantuya terus hilang, bersama rekod bahan letupan yang diseludup keluar.

Pendedahan mengenai kematian tragis Altantuya telah di buat oleh SAMM dan banyak pihak lain khususnya apabila melibatkan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene.

Che'GuBard sebelum ini pernah menulis dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 'Siapa Arah Bunuh Altantuya'.

Buku tersebut telah menyebabkan che'GuBard ditahan sebanyak enam kali dan rumah Che'GuBard beberapa kali digeledah, namun tiada dakwaan terhadap che'GuBard.

Malah ketika buku ini dilancarkan, rumah Che'GuBard dibaling dengan bom botol.

Justeru itu, apakah konklusi paling tepat mengenai pembunuhan altantuya?

Negara hari ini menjadi kartun apabila membayangkan 'sebenarnya' Altantuya membunuh dirinya sendiri, kemudian bangun dan meletupkan pula dirinya menggunakan bom C4 demi menghilangkan bukti.

CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Perluas peranan polis bantuan untuk banteras jenayah

Posted: 25 Aug 2013 05:41 AM PDT


POLIS

SHAH ALAM,: Pemimpin Selangor mengulangi desakan supaya memperluas penubuhan dan peranan polis bantuan di pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membanteras jenayah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata hanya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diberi kelulusan untuk menubuhkan polis bantuan bagi menjaga keselamatan premis PBT itu.

"Tetapi dihad kuasa mereka hanya untuk jaga harta MBPJ sahaja. Tak guna kerana kita mahu kelulusan untuk jaga keselamatan awam, bukan jaga harta atau bangunan MBPJ," katanya.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) itu berkata demikian ketika mengulas isu berhubung polis bantuan di kawasan PBT negeri ini.

Kebelakangan ini, kes jenayah termasuk bunuh dan tembak berleluasa di negera ini dengan kebanyakan kejadian berkenaan gagal diselesaikan polis.

Hannah juga meminta kerajaan Persekutuan tidak mempolitik isu polis bantuan di pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kerana ia membabitkan keselamatan orang ramai.

Beliau juga menggesa semua pihak membuat semakan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) juga perlu bagi memastikan keberkesanan alat membantu mengatasi gejala jenayah.

"Semua PBT mesti semak CCTV mereka dan pastikan bantu selesaikan jenayah," katanya.- FZL

Mahathir sentiasa memilih timbalan yang salah, beliau pula pilihan salah Hussein

Posted: 25 Aug 2013 05:37 AM PDT




Oleh Aspan Alias

Tun Dr Mahathir sudah memberikan reaksi terhadap anggapan Abdullah Badawi yang tindakannya membatalkan projek yang telah diambil semasa pentadbiran beliau (Mahathir) ialah untuk mengelakkan negara menjadi muflis.

Abdullah menjawab kenapa beliau membatalkan keputusan yang telah diambil oleh Mahathir apabila beliau (Abdullah) mengambil alih kepimpinan negara dalam wawancara beliau didalam buku 'The awakening' hasil kerja Professor Chin dan Welsh.

Saya sememangnya tertunggu-tunggu jawapan Dr Mahathir kerana kata-kata beliau sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi sememangnya menjadi minda saya untuk mengikutinya. Oleh kerana saya sejak tiga puluh tahun dahulu mengikuti setiap kata-kata dan kenyataan beliau , maka saya tahu dimana beliau bercakap benar dan dimana beliau berbohong atau dimana beliau bercakap untuk mengelirukan semua orang.
Beliau boleh berbahas dengan menggunakan bahasa yang kasar dan juga boleh mengambil tindakan menyindir jika beliau sudah tidak mempunyai ruang untuk membalas perbahasan musuhnya dengan tepat dan jelas.
Kali ini beliau menjawab tanggapan Abdullah Badawi itu dengan sindiran. Beliau menjawab dengan menyindir Abdullah  jika beliau (Mahathir) bersara lama sebelum itu negara akan berada dengan wang yang menggunung, tetapi Abdullah tidak juga dapat mempertahankan kemenangan tradisi BN dengan majoriti 2/3 dalam pilihanraya ke12 yang lalu.
Mahathir berkata, jika beliau berhenti jauh sebelum tarikh yang beliau sebenarnya bersara dahulu beliau membayangkan yang negara tidak akan ada KLCC, jambatan P Pinang, Putrajaya, KLIA dan berbagai-bagai projek raksaksa yang kita lihat sekarang ini.
Bagi saya diantara Mahathir dengan Abdullah pergesiran mereka bukan kerana perjuangan. Sebenarnya Mahathir merasakan Abdullah tidak menunjukkan sikap berterima kasih kepada beliau (Mahathir) dengan secukupnya. Beliau mahukan Abdullah terus-terusan menunjukkan perasaan bersyukur yang tidak terkira kerana menjadi Perdana Menteri diatas pilihan beliau (Mahathir). Mahathir tidak mahu setakat Abdullah mengucapkan terima kasih sahaja. Mahathir mahu Abdullah sentiasa berhutang budi kepadanya dan sentiasa 'berzikir' dan 'mengtauhidkan' beliau 'in perpetuity'.
Itu sebabnya setelah Abdullah mengambil keputusan membatalkan projek jambatan bengkok itu, beliau mengambil isu itu sebagai alasan untuk memulakan serangan terhadap Abdullah. Sebenarnya Mahathir sudah mempunyai perasaan marah dan kecewa terhadap Abdullah hanya sebulan dua selepas Abdullah mengambil pimpinan negara. Pembatalan projek jambatan bengkok itu hanya di jadikan penyebab untuk menyerang dan melepaskan perasaan marah dan kecewa beliau sahaja.
Dr Mahathir kecewa dengan Abdullah kerana Abdullah tidak menghormati keputusan kerajaan pimpinannya sebelum ini dengan membatalkan apa yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan. Tetapi ini adalah perkara yang biasa bagi seseorang yang mengambil alih pentadbiran baru. Mahathir sendiri tidak menghormati banyak perkara yang telah dipersetujui oleh Kabinet Hussein Onn sebelum beliau.
Kabinet Hussein Onn telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mana-mana kerajaan negeri atau mana-mana agensi kerajaan supaya tidak menubuhkan syarikat yang menubuhkan Saham Amanah untuk memberikan tumpuan kepada Sekim Amanah Saham Nasional yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd sahaja.
Selain dari ASNB tidak dibenarkan mana-mana pihak menubuhkan sekim amanah kerana ia akan membantutkan usaha terancang untuk memindahkan hasil kekayaan negara kepada Bumiputra. Kerajaan hanya bersetuju untuk membenarkan sekim Amanah yang diurus oleh TKMB (Tabung Kumpulan Modal Bumiputra) yang di urus oleh Amanah Saham MARA Bhd sahaja.
Tetapi Mahathir mengenepikan keputusan ini apabila mengambil alih kepimpinan negara dan membenarkan banyak negeri-negeri menubuhkan Amanah Saham mereka sendiri seperti Amanah Saham Terengganu, Selangor, Johor dan banyak lagi agensi-agensi kerajaan lain menubuhkannya.
Hasilnya berbillion wang Bumiputra telah hilang kerana masing-masing mempunyai pasaran Bumiputra yang sama. Hasilnya semua sekim amanah yang bercambah itu telah mengalami kerugian dan ditutup operasinya. Orang Melayu kerugian berbillion ringgit wang simpanan mereka yang tidak seberapa itu.
Sebenarnya 'kesilapan' Abdullah hanyalah mengecewakan kehendak peribadi Dr Mahathir sahaja. Abdullah tidak sedar yang beliau telah dipilih oleh Dr Mahathir kerana Mahathir merasakan beliau boleh di perlakukan apa sahaja oleh beliau (Mahathir) kerana Mahathir masih banyak agenda peribadi beliau dan memerlukan Abdullah untuk memberikan ruang bagi mendapatkannya.
Dr Mahathir tidak tahu yang Abdullah walaupun seorang yang lembut, tetapi lembutnya Abdullah tidak boleh disudu oleh Dr Mahathir. Abdullah sememangnya seorang yang bukan mudah mendengar kata-kata nasihat Mahathir kerana beliau juga tahu niat dan kehendak Mahathir itu selalunya bertentangan dengan aspirasi rakyat yang ramai.
Akhirnya siapa sahaja yang menjadi pilihan Dr Mahathir adalah pilihan salah dan akhirnya Mahathir juga yang akan berusaha menurunkan mereka yang beliau naikkan. Musa Hitam pilihan beliau, akhirnya Musa juga tidak sesuai dengan beliau. Musa digantikan dengan Ghaffar, akhirnya beliau memilih Anwar untuk menumpaskan Ghaffar. Selepas itu beliau juga sedar yang Anwar juga bukan pilihan yang betul bagi beliau maka Abdullah lah yang dijangka orang yang paling sesuai untuk menggantikan beliau.
Apabila Abdullah menjadi gantian kepada beliau, Abdullah juga tidak sesuai, maka dari persaraan beliau menyuruh arah Muhyiddin untuk bergerak menolak Abdullah kerana akhirnya beliau berhasil mendapatkan gantian kepada Abdullah, iaitu Najib.
Sekarang ini sudah dipanggil ramai perwakilan UMNO oleh Dr Mahathir dan mengkritik Najib pula. Najib juga tidak betul kepada Dr Mahathir. Mungkin kali ini Mahathir hendak menaikkan Muhyiddin pula. Ramai pasti yang Muhyiddin juga akan menjadi pilihan yang salah jika Mahathir masih hidup sehingga umur 100 tahun.
Pendeknya jika kita menerima pilihan Mahathir keadaan negara tidak akan menjadi aman politiknya. Pilihan-pilihan Mahathir semuanya pilihan yang salah.
Kenapa pilihan Mahathir itu salah?
Jawapannya mudah kerana pemilihan Dr Mahathir oleh Hussein Onn sebagai pengganti beliau itu adalah pilihan yang salah. Dr Mahathir sentiasa menuduh timbalannya yang salah kerana pemilihan beliau sendiri oleh Hussein Onn itu dianggapkan oleh ramai orang-orang lama dalam UMNO itu sebagai pilihan yang salah.
Kalaulah Dr Mahathir itu pilihan yang betul masakan beliau mewariskan politik yang kacau bilau seperti sekarang ini? Beliau (Mahathir) sentiasa memilih timbalan-timbalannya yang salah.

Fomula bagi membuat pilihan yang betul elok dipilih mereka yang dari awal Mahathir tidak suka atau cemburui. Kita mengaku yang semua pilihan beliau itu adalah pilihan yang salah. Yang mana Dr Mahathir tidak suka itu, itulah dia pilihan yang secocok dengan politik dan negara

MB sampaikan anugerah integriti kepada Nik Aziz

Posted: 25 Aug 2013 05:31 AM PDT


DSC_0290

SHAH ALAM : Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan Anugerah Khas Integriti kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai penghargaan terhadap pentadbirannya yang bersih dari rasuah

Anugerah itu disampaikan kepada anak Mursidul Am PAS itu, Nik Omar pada sambutan Hari Belia bertema Tolak Rasuah Anak Muda Merdeka di Dataran Kemerdekaaan, Shah Alam, malam tadi.
Nik Aziz-Grafik
Nik Aziz tidak dapat hadir berikutan kesihatannya uzur dan baru keluar hospital tetapi beliau menyampaikan rasa kesyukurannya melalui anaknya terhadap penganugerahan itu.

"Bapa saya menyatakan kesyukuran atas anugerah ini dan teruja dengan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor," kata Nik Omar.

Beliau berkata, bapanya bertekad menolak amalan rasuah dalam tempoh 23 tahun menerajui Kelantan dengan membuktikannya melalui tingkah laku dan cara pentadbiran.

"Cara kehidupan yang sederhana, kewarakannya, sifat zuhudnya. Setiap pagi ketika di pejabat bersolat sunat memohon kepada Allah supaya segala apa dilakukan mengikut jalan yang benar serta menjadi contoh kepada pihak lain.

"Biarpun ada kalanya menerima tohmahan daripada musuh politik namun dia tetap yakin dengan apa yang dilaksanakan hingga beroleh kejayaan," katanya.- FZL

Campur tangan politik punca polis gagal selesaikan banyak kes profail tinggi

Posted: 25 Aug 2013 05:29 AM PDT


n-surendran copy

SHAH ALAM : Naib Presiden, N Surendran kesal berikutan polis sejak dulu gagal menyelesaikan banyak kes profail tinggi termasuk kes pembunuhan Altantuya Shariibuu akibat campur tangan politik.

Beliau percaya kegagalan polis menyelesaikan kes sedemikian disebabkan pihak berkuasa itu tidak memberi perhatian khusus untuk mempertingkat kecekapan dalam aspek penyiasatan dan pendakwaan.

Sebaliknya, beliau berkata, polis diperalat kerajaan Persekutuan sebagai alat politik untuk mmebuat risikan terhadap aktiviti parti pembangkang dan aktivis sosial.

"Kerajaan perlu berhenti segera daripada menggunakan cawangan khas (SB) untuk merisik aktiviti pembangkang dan gunakan perisikan untuk tangkap penjenayah," katanya kepada TV Selangor.

Beberapa kes berprofail tinggi seperti pembunuhan Altantuya, Norita Shamsuddin dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim menyaksikan siasatan tidak selesai untuk tempoh panjang.

Ia berikutan tiada individu didakwa sebagai pelaku atau dibebas begitu sahaja ataupun motif kejadian tidak diketahui.

Terbaru, Mohd Akhtar Shaharuddin, anak kepada Shaharuddin menyatakan pembunuhan bapanya ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi tetapi tiada perkembangan lanjut.

Mengulas lanjut, Surendran berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula lebih mementingkan usaha mengembalikan Ordinan Darurat tetapi mengabai penyelesaian kes jenayah.

Surendran berkata, campur tangan politik menyebabkan polis hilang amalan profesional dan 'tiada kemahuan yang kuat' untuk mencari kebenaran dalam sesuatu kes.

"Jangan ada campur tangan politik dalam urusan dan siasatan polis khususnya dalam kes berprofil tinggi agar mereka dapat menjalankan tugas dengan profesional," katanya.

Ahli Parlimen Bagan Serai itu, berkata Kementerian Dalam Negeri pula lebih mementingkan usaha mengembalikan Ordinan Darurat tetapi mengabai penyelesaian kes jenayah.

"Ini menyebabkan kegagalan dalam pendakwaan kes berprofil tinggi kerana Datuk Seri Zahid Hamidi lebih mementing Ordinan Darurat," katanya merujuk menteri yang menerajui KDN itu.

Selain itu, Surendran juga mencadangkan skema gaji polis disemak supaya mereka yang benar-benar berkebolehan berminat menyertai polis.- FZL

Hari Belia Selangor bawa isu semasa kepada anak muda

Posted: 25 Aug 2013 05:27 AM PDT


hari belia

SHAH ALAM S: Sambutan Hari Belia Antarabangsa peringkat Selangor yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan di sini semalam mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan muda.

Membawa tema 'Tolak Rasuah, Anak Muda Merdeka', ia dihadiri lebih 5,000 orang mulai jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam dengan pelbagai acara menarik.

Bagi Muhammad Adam Che Yusuf, 23, program itu merapatkan ukhwah di kalangan masyarakat, malah menarik minat anak muda terhadap isu semasa dalam dan luar negara.

Katanya, program khas seperti bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membantu memberi penerangan kepada anak muda terhadap gejala rasuah di negara ini.

"Sambutan dipenuhi dengan pelbagai program berunsur ilmiah, bukannya hiburan semata-mata, selain penekanan mesej terhadap integriti dalam diri belia selaku tonggak masa hadapan," katanya.

Hal sama diakui Safiq Izzat Azmi, 23, yang menyifatkan program itu mengingatkan masyarakat terhadap tragedi berdarah di Mesir.

Katanya, sesi dialog dan penerangan tragedi di negara bergolak itu memberi banyak maklumat mengenai punca di sebalik pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir baru-baru ini.

"Isu Mesir memberi gambaran jelas kepada rakyat yang tidak tahu atau mencari punca sebenar pergolakan di Mesir," kata mahasiswa sebuah institusi pendidikan tinggi awam itu.

Amirul Ridhuan Mohd Noor, 23, pula berkata, usaha kerajaan Selangor menganjurkan program penuh pengisian itu harus dipuji dan dicontohi negeri lain.

"Bukan hanya beriadah atau bersantai secara sihat tetapi turut dihidang dengan program ilmiah dan hiburan secara minimal. Ia cara terbaik untuk melahirkan belia berwawasan," katanya.

Sambutan itu dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan diiringi Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Khairi.

Antara program menarik ialah sembang santai bersama akar sakit tuan, Dr Ismail Tambi, Ustaz Zulkifli Ahmad dan selebriti terkenal, Afdlin Shauki.

Turut diadakan, sukan Paintball, Walk Hunt, Cycling Hunt, Basketball 3 0n 4, Klinik Bola Sepak, Pertandingan Pidato 'Rasuah', Pertandingan Catur Piala Exco Belia dan Sukan, Pertandingan Blast of the Band dan Pertandingan Dekorasi Cup Cake dan Kraft Fabrik Felt.

Pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Waytha, Tunggu Apa Lagi?

Posted: 25 Aug 2013 05:16 AM PDT


Oleh Shahbudin Husin

Semalam Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang lebih berupa cabaran terhadap pemimpin Hindraf yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy berikutan  pendiriannya yang mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang.
 
Kata Zahid, Waytha bukan saja tidak harus mempertikaikan kerja polis, bahkan juga tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

"Beliau jangan ingat beliau masih pemimpin NGO, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi dan jangan campur kerja polis,"tegas Zahid.

Tambah Zahid, jika ada pemimpin NGO yang kini sudah menyertai kerajaan masih mengeluarkan kenyataan negatif dan bertentangan dengan dasar kerajaan, letak jawatan dan kembali kepada NGO semula.

Serangan Zahid terhadap bekas pemimpin Hindraf itu jelas menunjukkan beliau tidak senang dengan cara Waytha yang masih terkongkong dengan sentimen Hindraf apabila cuba mempertahankan lima penjenayah India yang ditembak mati di Pulau Pinang dengan mengatakan beliau tidak percaya berlaku kejadian tembak-menembak antara polis dengan suspek, sebaliknya mengesyaki penjenayah itu ditembak dari jarak dekat.

Lantaran itu, Zahid segera melontarkan serangan terhadap kenyataan Waytha yang bukan saja bersifat negatif dan bertentangan dengan sifatnya sebagai seorang timbalan menteri, malah lebih dari itu seolah-olah menunjukkan simpati terhadap penjenayah.

Bagi Zahid yang merupakan pemimpin nombor tiga dalam UMNO, pendirian dan kenyataan Waytha itu amat tidak wajar dan menggesanya supaya meletakkan jawatan daripada kerajaan jika terlalu inginkan berpendirian seperti Hindraf semula.

Dalam hal ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga sependirian dengan Zahid bahawa Waytha seharusnya meletakkan jawatan jika tidak sehaluan dengan dasar kerajaan yang mana beliau merupakan salah seorang pemimpinnya.

Dengan Zahid mengeluarkan gesaan dan cabaran itu, Waytha sebenarnya tidak ada pilihan lain melainkan menunjukkan sifat kejantanannya dengan bersedia menyahut cabaran itu, melainkan jawatan timbalan menteri yang disandangnya itu merupakan anugerah dan idaman hati yang begitu sukar mahu dilepaskan.

Dalam mana-mana kerajaan di dunia, bahkan di Malaysia pun, bukanlah sesuatu yang pelik apabila seseorang menteri atau timbalan menteri meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan sesuatu perkara. Di zaman Mahathir, zaman Pak Lah malah di era Najib juga, sudah ada yang meletak jawatan atau menolak tawaran jawatan yang diberikan.

Waytha tidak boleh lagi berdiam diri selepas Zahid meneriakkan cabaran ke telinga ini. Beliau harus menyatakan pendiriannya sama ada kekal seperti sekarang atau menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini. Jika masih mahu kekal berjiwa Hindraf, letaklah jawatan serta kembalilah berjuang melalui Hindraf atau jika mahu bersma kerajaan lagi, tarik balik kenyataan dulu, mohon maaf sambil ciumlah tangan Zahid.

Kalau boleh mohon maaf dan cium tangan jugalah kepada Najib dan Muhyiddin.

Haruslah diingat bahawa Zahid adalah menteri kanan kerajaan dan dalam UMNO, beliau merupakan Naib Presiden yang mendapat undi paling tinggi. Ini bermakna Zahid adalah pemimpin nombor tiga dalam UMNO selepas Najib dan Muhyiddin.

Jika dalam sehari dua ini, Najib atau Muhyiddin tidak ada mengeluarkan apa-apa bantahan terhadap gesaan meletakkan jawatan yang diusulkan oleh Zahid itu, bermakna kedua-dua mereka secara tidak langsung merestui apa yang dilakukan Zahid itu. Dengan bersetuju terhadap gesaan Zahid itu, bermakna UMNO juga bersetuju bahawa Waytha mesti meletakkan jawatan dan tidak seharusnya lagi berada dalam kerajaan.

Kecualilah jika ada Najib atau Muhyiddin menyanggah kenyataan Zahid itu atau menyifatkan Zahid tidak perlu mengeluarkan kenyataan terlalu keras seperti itu, barulah dianggap gesaan Zahid itu tidak sah dan Waytha secara moralnya masih boleh berada dalam kerajaan tanpa perlu memohon maaf atau mencium tangan sesiapa.

Sehingga tidak ada apa-apa yang dilakukan oleh Najib atau Muhyiddin, gesaan Zahid itu lebih merupakan cabaran terhadap kejantanan Waytha sebagai seorang pemimpin Hindraf yang kini sudah beralih menjadi anggota pentadbiran kerajaan sama ada beliau masih seorang yang berprinsip dan tidak kemaruk jawatan atau jawatan lebih utama daripada prinsip perjuangan.

Waytha, tunggu apa lagi?

Juara dan pecundang dalam kes Altantuya

Posted: 24 Aug 2013 05:13 PM PDT


THE MALAYSIAN INSIDER
 


Kes pembunuhan model warga Mongolia Altantuya Sharibuu lebih berliku-liku berbanding menaiki ke Cameron Highlands. Terbaru, dua anggota polis (gambar) Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dibebaskan dari dakwaan pembunuhan itu pada Jumaat. The Malaysian Insider melihat pihak yang tercalar reputasinya dan siapa pula yang lepas bebas.

PECUNDANG

 * Malaysia

Kita tahu namanya dan anak-anak beliau turut merindukannya. Kita tahu pada 2006, beliau datang ke Malaysia untuk menuntut $AS500,000 daripada Abdul Razak Baginda yang pernah menjadi penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau telah dituduh membuat kacau dan didapati hilang yang kemudiannya telah dibunuh. Kita tahu butiran imigresennya telah dimusnahkan menjadikan beliau tiada bukti datang ke Malaysia. Kita juga tahu tiada pihak yang dapat membuktikan beliau masih hidup.

Namun Malaysia tidak dapat melindungi atau memberi keadilan kepada keluarganya.
Kita mungkin boleh menyangka kematiannya berkait dengan pihak pembangkang dan pihak yang berkepentingan sehinggalah kisah sebenar kematian Altantuya Shaariibuu diketahui, Malaysia mengabaikannya.

* Najib Razak

Kes ini akan selamanya menghantui Perdana Menteri kerana pelakon utamanya berkait atau dikenali beliau.

Abdul Razak Baginda, teman lelaki Altantuya merupakan penasihatnya ; Musa Safri yang memperkenalkan Razak kepada anggota polis merupakan pembantunya.

Serta, ada keraguan pada akuan bersumpah penyiasat pendirian mendiang Bala, yang diupah Razak bagi memerhati Altantuya.

Tiada bukti mengaitkan Najib terhadap pembunuhan namun fakta beberapa orang rakannya dan kakitangan melihat Altantuya atau tahu kematiannya semasa di Malaysia mengaitkan Najib.

Tumpuan itu berterusan pada tujuh tahun berikutnya.

* Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail

Pastinya semua ada sasaran dari tertinggi hingga terendah kecuali Gani Patail.

Di bawah seliaannya, pendakwa raya gagal dalam kes berprofil tinggi.

Namun siapa kisah dan peduli. Dia masih punya lesen besar.

Malah peguam muda faham bahawa kes berkenaan perlu dikuatkan dengan kehadiran Musa Safri, pihak yang berhubungan dalam kes ini.

Gani semalam menegaskan beliau percaya testimoni Musa tidak berkait dalam kes ini.

JUARA 

* Musa Safri

Beliau dinaikkan pangkat memegang jawatan kanan dalam Cawangan Khas tetapi perlu berdepan dengan kemelut apabila kes Altantuya mula diperkatakan.

Menurut Abdul Razak Baginda, dia diperkenalkan dengan Azilah dan Sirul oleh Musa yang kemudian menjadi pembantu Najib. Razak turut bertanyakan Musa beberapa kali apa yang telah terjadi kepada Altantuya.

Mahkamah mahu mendengar dari Musa apa sebenarnya yang diberitahu Razak tentang Altantuya; Apa arahannya kepada penembak tepat polis; adakah polis memberitahu keadaan Altantuya.

Banyak persoalan. Namun Musa masih bebas tanpa perlu menjawab soalan berkenaan.

* Abdul Razak Baginda

Selepas berlepas ke London, penasihat Najib suatu masa dahulu itu masih mempunyai banglo mewah di Damansara, duit di bank dan kebebasan.

Razak dituduh bersama dua anggota polis namun bebas dalam bersubahat membunuh Altantuya tanpa dipanggil membela diri.

Kes pegawai Kastam ditembak: PDRM akan siasat jika dakwaan sahih, kata Ahmad Zahid

Posted: 24 Aug 2013 05:07 PM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

















Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan kematian Timbalan Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim berkaitan kes penyeludupan kereta di Langkawi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar).

"Saya belum dapat maklumat hasil siasatan pihak polis, tapi kalau maklumat ini benar, kita akan jalankan siasatan," kata Ahmad Zahid ketika sidang media selepas merasmikan "Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang semasa dan langkah-langkah untuk mencegah jenayah kekerasan secara berkesan" di Petaling Jaya di sini.

Laporan The Malaysian Insider hari ini menyebut anak lelaki Shahruddin yang ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, mendakwa kematian bapanya berkait dengan kes penyeludupan tersebut.

 "Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider.

Mohd Akhtar juga meluahkan keyakinan dalang kepada pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri.

"Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.

"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.

Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya.

Jelas Akhtar, lebih menyedihkan apabila setelah empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.

Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.

Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.

Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya.

"Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan.

"Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.

"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.

Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.

"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini," katanya kecewa.

Shaharuddin sebelum ini mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati.

Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan kes berkenaan, sebaliknya mengatakan ia hanyalah sekadar spekulasi.

Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.

Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.

Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh kesan tembakan - Bernama

Posted: 24 Aug 2013 05:05 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh das kesan tembakan di kawasan pam pasir dekat Kampung Buntut Pulau, Temerloh malam tadi.

Mayat Abd Majid Abd Rahman, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada 9.05 malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat.

 Katanya bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh mendapati mangsa mati akibat terkena dua das tembakan di kepala dan masing-masing satu das di dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan.

Isteri mangsa membuat laporan polis apabila suaminya tidak pulang selepas keluar rumah di Taman Setia Temerloh pada 18 Ogos dan menemui kereta suaminya di kawasan berdekatan pam pasir itu pada 21 Ogos, katanya.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan jenis senjata api yang digunakan. - Bernama,

Mengapa Muka Azilah Dan Sirul Azhar Ditutup Dari Mula Sampai Sekarang?

Posted: 24 Aug 2013 04:44 PM PDT


Kes Altantuya: Warga internet luah marah di ruang siber

KELAB GREENBOC

Bagaimana rupa bekas polis Azilah Hadri dan Siru Azhar Umar? Mengapa DSP Musa Safri tidak dipanggil memberi keterangan?

Ini adalah dua soalan yang kerap ditanya di ruang siber apabila pengguna internet (netizen) memberi ulasan yang meluap-luap terhadap pembebasan dua anggota polis berkenaan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Berikutan keputusan mahkamah hari ini, ada pelbagai kemungkinan yang tiada berpenghujung mengenai apa yang berlaku kepada kes Altantuya, yang meletakkan Malaysia di peta dunia atas sebab yang salah.

Dan soalan yang terus berada di ruang siber, siapa bunuh Altantuya?

Kebanyakan ulasan yang dibuat di talian bernada sinis dengan salah seorang netizen, Isana berkata:"Wow! Kalau begitu, Altantuya pasti masih hidup kerana tidak ada sesiapa membunuhnya. `Endless Possibilities' hanya berlaku dalam 1Malaysia."

Satu lagi, Rayfire mengulas,"Ya, `Endless possibilities' untuk menipu, membunuh dah bebas! Keadilah mesti dan akan ditunjukkan oleh Yang Berkuasa."

Sebahagian yang lain tertanya-tanya sama ada masyarakat akan dapat mengenali bagaimana rupa Azilah dan Sirul.

"Muka mereka ditutup dari hari pertama, setiap kali mereka dibawa masuk dan keluar mahkamah,"
kata Mr M.

"Bagaimana mereka berdua dibenarkan menutup muka mereka sejak hari pertama? Adakah itu supaya apabila mereka dibebaskan, tidak ada sesiapa yang tahu siapa mereka dan bagaimana rupa mereka? Jika mereka tidak dibebaskan sekali pun, tidak ada siapa akan tahu sama ada mereka benar-benar digantung sebab tiada yang tahu rupa mereka! *teori konspirasi*".

Sebahagian yang lain meluahkan rasa kecewa terhadap sistem keadilan yang memutuskan pembebasan itu walaupun ada yang kata, itu memang dijangkakan berlaku.

Netizen Angel mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sengaja tidak memanggil DSP Musa memberi keterangan di mahkamah.

"Peguam negara tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan kes itu. Dia sengaja tidak memanggil Musa Safri, pegawai khas Najib. Dia akan mengikut arahan Najib," kata Angel dalam ulasannya.

Pihak pendakwa tidak memanggil Musa, perkara yang dibangkitkan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini, bahawa `saksi material tidak dipanggil beri keterangan, termasuk Musa'.

Altantuya dikatakan menjadi kekasih penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, tetapi, kemudian memburunya dan meminta komisen yang tinggi, kononnya atas bantuan membantu dalam urusan pembelian dua kapal selam untuk Malaysia.

Razak kemudian mengupah penyiasat upahan P Balasubramaniam untuk memerhatikan wanita itu ketika dia datang ke Malaysia.

Apabila Altantuya muncul di luar rumah Razak pada 18 Oktober 2006, polis menahannya dan itu adalah kali terakhir dia dilihat hidup.

Netizen Justice Pao memberi komen:"Sungguh memalukan! Altantuya tidak dibunuh, jadi mesti dia menjerut dan menembak dirinya di belakang kepala menggunakan alat khas, kemudian guna C4 untuk meletupkan dirinya!"

Seornag lagi netizen, Longjaafar dalam postingnya berkata: "Satu ketika dulu, seseorang kata Anwar Ibrahim menumbuk mukanya sendiri. Sama seperti ini, Altantuya bom dirinya."

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga terkait dalam kontroversiti itu.

Satu tweet berkata,"Keputusan berunsur politik untuk melindungi Najib, Rosmah? Bekas pengawal peribadi bebas daripada pembunuhan Altantuya".

Ramai netizen turut mengucapkan takziah kepada bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu, yang mereka gelar sebagai `adalah lelaki paling sedih di dunia hari ini'. -TMI

Rosnah Tawar Diri Rebut Kerusi Exco Wanita Umno

Posted: 24 Aug 2013 04:36 PM PDT

MSTAR ONLINE

Rosnah Abdul Rashid Shirlin 
 
KOTA KINABALU: Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menawarkan diri bertanding jawatan Exco Wanita Umno pada pemilihan parti Oktober ini sebagai usaha meneruskan khidmatnya kepada parti.

Rosnah yang akan melepaskan jawatan Ketua Puteri atas faktor umur berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor dan peranan untuk berkhidmat sebagai orang baharu dalam pergerakan itu.

"Berdasarkan pengalaman menyandang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Puteri Umno Negeri Sabah dan Ketua Pergerakan Puteri Umno yang saya galas bermula dari bawah, saya yakin dapat menyumbang serta memberi khidmat terbaik kepada Pergerakan Wanita Umno secara khususnya dan parti secara amnya," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Beliau berkata keputusan untuk bertanding dalam Exco Wanita Umno adalah demi memperkukuhkan saf perjuangan parti serta membantu pucuk pimpinan tertinggi dalam memastikan keutuhan Umno sebagai sebuah parti membela rakyat.

"Secara jujurnya, saya menyokong kepimpinan (Ketua Wanita Umno) Datuk Seri Shahrizat (Abdul Jalil) kerana melihat di bawah kepimpinan beliau, Pergerakan Wanita Umno terus utuh dan cemerlang dengan pelbagai program yang telah dilaksanakan demi mengangkat martabat wanita serta memberi khidmat kebajikan kepada segenap golongan rakyat".

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menyifatkan langkahnya sebagai pemimpin Puteri menawarkan diri bertanding Exco Wanita merupakan proses transisi semulajadi yang positif di dalam parti.

Beliau berkata penerimaan transisi secara positif pasti mampu menangkis pandangan bahawa pergerakan Wanita tidak menerima kehadiran anggota Puteri ke dalam pergerakan itu yang seterusnya memperkuatkan saf kepimpinan. - BERNAMA

Perodua Keluar Model Baru Berharga Rendah Tahun Depan - Najib

Posted: 24 Aug 2013 04:33 PM PDT

MSTAR ONLINE

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) menerima replika kunci kereta Perodua Alza untuk sukarelawan belia IM4U daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh (kanan) pada Majlis Sambutan Gala Perodua sempena ulang tahun ke-20 di Ibu Pejabat Perodua di Kuala Lumpur pada Sabtu.Turut sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kiri). -FotoBERNAMA
 
RAWANG: Perodua akan mengeluar model baharu pada harga paling rendah dalam pasaran tempatan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pengeluaran model baharu itu kelak akan membolehkan pengguna memiliki kereta mampu milik canggih serta dilengkapi ciri keselamatan yang diperkukuh.

Najib berkata Perodua telah membuat pelaburan mencecah RM1.3 bilion untuk kilang baharunya yang bakal siap Oktober tahun depan, dengan tahap kecanggihan yang tinggi, sekali gus dapat mengeluarkan model baharu yang lebih kompetitif.

"Saya harap melalui kilang ini, Perodua dapat mengeksport lebih banyak lagi unitnya, terutama ke negara jiran. "Perodua kini mengeksport 10,000 unit setahun, dan saya harap jumlah ini dapat ditingkatkan lagi, katanya ketika berucap pada majlis sambutan Gala Raya Perodua sempena ulang tahun ke-20, di sini Sabtu.

Najib berkata strategi Perodua selanjutnya ialah mengekalkan kelebihan pasarannya iaitu mengeluarkan kereta kompak berkualiti serta mencari jalan untuk meningkatkan kualiti dan mengurangkan kos pembinaan kereta.

Pada masa ini, ekosistem Perodua yang terdiri daripada vendor-vendor dan rangkaian pengedar di seluruh negara, melebihi 130,000, katanya.

"Dengan mengambil kira ekosistem yang besar ini, sudah tentu kejayaan Perodua akan memberi kesan kepada bukan sahaja 130,000 rakyat Malaysia terbabit, malah pengguna di negara kita akan mendapat kesan menerusi kejayaan Perodua," kata Najib.

Perdana Menteri turut menggesa syarikat-syarikat kereta supaya mengkaji kos struktur dan model perniagaan mereka supaya lebih efisien, memandangkan keadaan pasaran kini semakin kompetitif selain pelaksanaan dasar liberalisasi di Asean dan global.

Beliau berkata kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menggalakkan syarikat pengeluar kereta supaya secara sukarela mengurangkan secara beransur-ansur kos kereta yang dijual.

"Langkah seperti ini sangat tepat sekali, kita boleh tawar harga kereta yang begitu kompetitif kepada rakyat Malaysia, malah pengurangannya dapat kita berikan kepada rakyat," katanya.

Pada majlis yang dihadiri 20,000 orang itu, Najib turut melancarkan buku khas "Coffee Table Book" yang mencatatkan perjalanan Perodua sejak 20 tahun lepas dan harapan syarikat itu untuk masa hadapan. -BERNAMA

Lajim Ukin Dilantik Pengerusi PKR Sabah

Posted: 24 Aug 2013 04:26 PM PDT




KOTA KINABALU: Pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Lajim Ukin dilantik sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah bagi menggantikan Ahmad Thamrin Jaini, kata Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Majlis Pimpinan Tertinggi PKR telah menyokong pelantikan Laji.

Beliau yang juga Adun Klias dipilih untuk menerajui kepimpinan parti di Sabah selepas PKR memenangi tujuh kerusi pada pilihan raya umum baru-baru ini.

"Saya akan bercakap dengan pemimpin PKR Sabah mengenai pelantikan Lajim," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka PKR Sabah di sini pada Sabtu.

Thamrin, yang turut hadir pada majlis berkenaan, menyatakan kepada pemberita bahawa beliau menyokong penuh keputusan melantik Lajim sebagai Pengerusi PKR negeri.

Peguam Negara Harap Pelaksanaan EMD Dipercepatkan

Posted: 24 Aug 2013 04:25 PM PDT



Abdul Gani Patail 
 
PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan dijangka memperkenalkan pemasangan Peranti Pengawasan Elektronik (EMD) ke atas penjenayah pada bulan hadapan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kerajaan telah meluluskan pelaksanaan EMD di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) (Sosma) 2012.

"Kami mencadangkan pelaksanaan EMD dan kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan dasar berkenaan.

"Jika anda tanya saya, lebih cepat lebih bagus namun ia akan dilaksanakan pada September," katanya pada sidang media selepas menghadiri forum pencegahan jenayah di sini pada Sabtu.

Sementara itu, mengenai undang-undang pencegahan yang akan dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang, Abdul Gani berkata pejabat peguam negara akan menyemak semula sebarang pindaan dan mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak.

"Sebarang elemen yang berkaitan dengan Ordinan Darurat akan menjadi pilihan terakhir, jika tiada langsung pilihan lain," katanya.

Sementara itu, beliau tetap menentang tahanan tanpa perbicaraan, Abdul Gani mendedahkan pejabat peguam negara telah ditugaskan untuk menyemak semula undang-undang sedia ada bagi memerangi jenayah dengan lebih berkesan.

"Kami akan melihat undang-undang sedia ada untuk melihat sama ada mereka masih mencukupi," katanya.

ROS Sedia Terima 500 Surat Pengakuan Asal Perwakilan DAP

Posted: 24 Aug 2013 04:23 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sedia menerima semua 500 surat pengakuan rasmi daripada perwakilan DAP yang mendakwa mereka telah menghadiri pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC)parti Disember tahun lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata surat berkenaan tidak boleh fotostat bagi tujuan pengesahan.

"Kami yakin 500 surat ini akan dapat membantu ROS menyiasat dakwaan yang dibuat oleh ahli DAP yang mahu pemilihan semula diadakan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata adalah sesuatu yang 'pelik' apabila pemimpin DAP secara sukarela menyerahkan surat daripada 500 perwakilan apabila difahamkan tidak ramai daripada mereka hadir pada pemilihan CEC berkenaan.

Menurutnya, ROS juga masih belum menerima walaupun satu daripada 500 surat yang diperkatakan oleh pemimpin DAP, walaupun mereka telah membuat pengumuman tersebut empat hari lalu.

Pada 30 Julai lalu, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman telah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC parti kerana beliau tidak berpuas hati dengan 'kesilapan teknikal' yang berlaku dalam pemilihan DAP pada Disember lalu.

Bagaimanapun, DAP berulangkali menegaskan pemilihan parti berkenaan diadakan secara bersih dan masalah yang timbul ketika pengiraan undi adalah disebabkan oleh 'kesilapan teknikal' semata-mata.

Pada awalnya, DAP enggan mematuhi arahan ROS namun parti itu memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula CEC parti itu pada 29 September ini.

Tiada ulasan: