Khamis, 22 Ogos 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Cadangan Ujian Dara Cetus Kemarahan

Posted: 22 Aug 2013 05:30 AM PDT



[HM] Prabumulih (Indonesia): Ketua Pendidikan daerah ini semalam mencetuskan kemarahan selepas mencadangkan pelajar perempuan menjalani ujian dara sebelum dibenarkan memasuki sekolah menengah tinggi.

Aktivis menuduh Muhammad Rasyid mempromosikan 'keganasan seksual terhadap wanita' selepas dia menyarankan rancangan itu berikutan penahanan enam pelajar sekolah tinggi yang terbabit dalam pelacuran. 

"Jika diluluskan, ujian dara akan dilaksanakan tahun depan," kata Muhammad yang juga Ketua Pendidikan daerah Prabumulih di Sumatera. 

Ujian itu akan dijalankan kepada pelajar yang memasuki sekolah menengah tinggi.

Di Indonesia, pelajar sekolah menengah tinggi berusia antara 16 hingga 19 tahun. 

"Kami akan cuba memasukkan rancangan itu dalam belanjawan 2014," katanya mengenai cadangan itu. 

Dia bagaimanapun berkata, ia perlu mendapat kelulusan datuk bandar dan majlis tempatan. 

"Kami akan menjalankan ujian itu setiap tahun," katanya. 

Cadangannya itu mencetuskan kemarahan dengan Menteri Pendidikan Mohammad Nuh berkata: "Jika kamu mahu melindungi anak kamu daripada pengaruh negatif, terdapat cara lain. Ujian dara bukan caranya." 

Cadangan Muhammad turut dikritik kumpulan hak asasi manusia yang menyifatkannya sebagai penindasan terhadap kaum wanita. 

"Ujian dara adalah satu bentuk diskriminasi dan merendahkan martabat wanita," katanya. 

Timbalan Datuk Bandar Ardiansyah Fikri berkata, pihak berkuasa tempatan tidak akan menyokong cadangan itu. 

Bagaimanapun, katanya, program pendidikan dan keagamaan sedang dibincangkan bagi menangani masalah sosial di kalangan pelajar di bandar raya itu. - AFP


Kalimah Allah: Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Gereja Roman Katolik

Posted: 22 Aug 2013 01:04 AM PDT


[UM] Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald. Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf. - 

Husam TOLAK Tawaran Pengerusi 2 GLC, Cadang Audit Syarikat Rugi

Posted: 22 Aug 2013 12:06 AM PDT


[TMI] Datuk Husam Musa memohon maaf kerana tidak dapat menerima tawaran kerajaan negeri Kelantan untuk menjadi pengerusi kepada dua anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Development Corporation.

Kedua-dua GLC ini pernah dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS itu semasa masih menjadi Exco kanan kerajaan negeri di bawah pimpinan bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya tidak pernah di rundingi untuk perlucutan dan pelantikan mana mana anak syarikat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu mengulas tawaran yang dibuat oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub seperti yangdilaporkan The Malaysian Insider hari ini.

Menurut Husam (gambar kanan), beberapa syarikat yang dipengerusikan dan ditubuhkan olehnya sebelum ini telah ditarik balik darinya.

"Jika saya diberi pilihan, saya lebih berminat untuk mempengerusikan Baldah Toyyibah yang telah dilantik sebagai peneraju utama pembinaan lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dan saya merasa bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan lebuhraya tersebut menjadi kenyataan," tambah Husam dalam satu kenyataan bertulisnya kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

"Sebenarnya, semua susunan pembiayaan telah di atur semasa saya ditugaskan dulu," tambah beliau.

Menurut Husam, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13 (PRU13), Kelantan telah meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuang, Gua Musang dengan nilai RM 2.5 bilion yang dijadikan cagaran pembayaran lebuhraya berkenaan.

"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu tertentu. Selain itu, saya telah menubuhkan anak syarikat perlombongan kerajaan untuk tujuan memajukan sendiri perlombongan dengan skala besar, teknologi moden dan tambah nilai melalui pemprosesan dengan nama Az Zahab.

"Alhamdulillah selepas hanya tiga bulan diluluskan lesen pertama perlombongan emas kami telah mengeluarkan emas pertama (gambar kiri) minggu lepas. Selain itu kami telah mendapat kelulusan perlombongan mengganese yang boleh digunakan untuk hub pemprosesan tambah nilai dan nilai lombong itu sahaja di anggarkan bernilai setengah billion ringgit," kata Husam kesal.

Az Zahab, katanya, ditubuhkan untuk menyokong pembinaan lebuhraya dan stadium baru.

"Saya berharap kerajaan negeri boleh menjaga aset ini dengan sebaiknya," kata Husam.

"Alhamdulillah semasa saya diamanahkan untuk mempengerusikan anak ank syarikat ini kesemuanya mencatitkan keuntungan," katanya.

PMBK Sawit sahaja telah mencatat keuntungan sebanyak RM8 juta sehingga Jun tahun ini, katanya.

"Saya berharap pengerusi yang baru boleh menjaga amanah ini dengan sebaiknya.

"Saya juga ingin merakamkan rasa hairan bagaimana sesetengah pengerusi yang tidak berfungsi tidak dtukarkan," kata Husam.

KPK misalnya mencatat kerugian dan terdapat banyak urusniaga yang meragukan berlaku.

Anak syarikat perladangan sawit seperti Ladang Relai juga mengalami kerugian, beritahu beliau.

"Saya berharap kerajaan negeri melantik satu audit bebas ke atas anak syarikat penting yang sepatutnya untung tetapi sebaliknya rugi," tambah Husam memberikan cadangan. – 21 Ogos, 2013.


Shahidan Kassim & Tajuddin Juga Ada Anak Yang Berkerja di Kementerian

Posted: 21 Aug 2013 11:00 PM PDT


[TMI] Masih ada ahli keluarga sesetengah anggota pentadbiran Najib dibayar kementerian, bercanggah dengan arahan Putrajaya bahawa mereka hanya boleh bekerja di kawasan Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempunyai anak perempuan yang bekerja di pejabatnya sementara menantu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut bekerja dengannya.

Shahidan enggan memberikan komen apabila ditanya oleh The Malaysian Insider.

"Tiada sesiapa yang bercakap mengenai perkara ini dan saya juga tidak mahu bercakap mengenainya," katanya apabila ditemui di Majlis Rumah Terbuka Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Apabila ditanya lagi sama ada anak perempuannya Nur Shafizah adalah setiausaha sulitnya satu "jawatan yang diwartakan", Shahidan mengulangi tidak mahu bercakap mengenainya.

"Cukup-cukuplah mencari kesalahan saya. Saya sudah mengalami masa yang sukar di Parlimen," katanya.

Tajuddin juga tidak mahu mengakui atau menafikan menantunya, Firdaus Mufazal Faiz bekerja dengannya.

"Mereka tidak tahu hujung pangkal. Ini adalah politik murahan," kata Tajuddin.

Pengambilan ahli keluarga untuk "jawatan yang diwartakan" heboh apabila Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dikatakan menggajikan anaknya Muhammad Nedim untuk bekerja di kementerian, membangkitkan tentang isu nepotisme dan kronisme.

Datuk Seri Nazri Aziz dakwa gaji anaknya, Nedim bukan dibayar oleh kerajaan.

Bagaimanapun, Nazri menjelaskan anaknya, Nedim tidak dilantik secara rasmi sebagai pegawai khas kementerian akan tetapi bekerja dengannya untuk menguruskan anak muda "Gen Y" di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak.

Katanya, gaji Nedim tidak dibayar kerajaan tetapi dibayar sendiri olehnya.

Sebagai respon terhadap kritikan kepada Nazri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan tidak ada masalah jika menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil ahli keluarga mereka sebagai pembantu jika tidak melibatkan gaji atau elaun dari kerajaan.

"Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri.

"Jadi tiada wang kerajaan yang digunakan untuk membiayai kerja yang anak beliau lakukan kerana itu kerja sukarelawan semata-mata," kata perdana menteri.

Najib juga berkata, anggota pentadbirannya boleh megambil ahli keluarga untuk bekerja di kawasan Parlimen. 



[PANAS] Kerajaan Malaysia Tiru Slogan "Endless Possibilities" Israel?

Posted: 21 Aug 2013 08:28 PM PDT


Slogan 1Malaysia sebelum ini pun dikaitkan dengan 1Israel. Idea siapa? Sudah tentu ada kaitan dengan syarikat publisiti APCO yang pernah berkhidmat dengan kerajaan haram Israel sebelum itu.

Baru-baru ini kecoh fasal slogan baharu Najib, iaitu "Endless Possibilities". Sudahlah tidak patriotik kerana menggunakan bahasa asing, kini slogan itu dikaitkan pula dengan Israel sekali lagi. Pendedahan ini dihangatkan oleh blogger UMNO sendiri. Baca Jebat Must Die dan OutSyed The Box

Adakah slogan menggunakan bahasa penjajah ini juga idea APCO? -DCM



P/s: Kutuk kekejaman Israel, kaitkan pemimpin PR dengan Israel tetapi mereka sendiri menggunakan khidmat syarikat publisiti Israel dan kini didakwa meniru slogan negara haram itu sekali lagi.


Selepas Bikin Panas dalam Semak, Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Kerana...

Posted: 21 Aug 2013 07:36 PM PDT

Suspek. Foto: DetikNews

[HM] Jakarta: Seorang lelaki dilapor mencekik teman wanitanya hingga mati selepas mangsa memadamkan semua nombor dalam telefon bimbit lelaki berkenaan.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Ali, ditangkap Sabtu lalu selepas polis menemui mayat teman wanitanya, Siti Halimah Tusadiah, 22, di Sungai Cisadane di Bogor.

Anggota keluarga Siti melaporkan kehilangannya selepas dia tidak pulang setelah keluar bersama Ali, kata Pengarah Bahagian Jenayah Am Polis Jakarta, Slamet Riyanto.

Ali yang bekerja sebagai tukang kebun ditangkap di rumah sewanya di Kampung Bababan Nenggewer di Bogor. Dia mengaku mencekik dan melemaskan Siti kerana berang selepas teman wanitanya itu memadamkan semua nombor dalam telefon bimbitnya.

"Dia marah dengan tindakan mangsa. Kami yakin Siti bertindak demikian kerana cemburu," katanya.

Sementara itu Ketua Bahagian Jenayah Serius Polis Jakarta, Antonius Agus Rahmanto berkata, Ali membawa Siti pulang ke rumahnya selepas berhenti untuk mengadakan seks dalam semak. 

"Siti kemudian meminta telefon bimbit Ali dan memadamkan semua nombor telefon di dalamnya. Apabila Ali bertanya kenapa dia bertindak demikian, Siti menjawab, 'Saya boleh lakukan apa yang saya suka. Kamu marah?'" kata Antonius.

Pertengkaran antara mereka menjadi lebih sengit sehingga Ali membunuh Siti dan mencampakkan mayatnya ke dalam sungai.

Ali berdepan dengan tuduhan membunuh dan menghadapi hukuman penjara maksimum 15 tahun. - Agensi


Kerana Wang RM36, Atuk Nenek Jadi Brutal!!

Posted: 21 Aug 2013 06:22 PM PDT


[HM] Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit 'berperang' apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang. 

Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi.

Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.


"Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka.



Tiada ulasan: